RON95 Hanya Dijual Kepada Yang Layak Mulai 1 September?

 
RON95 Hanya Dijual Kepada Yang Layak

Petrol Kepada Yang Layak Mulai 1 Setember


Info menarik pilihan Blog Santai adalah kisah sistem baru petrol dan diesel yang bakal dijual hanya kepada mereka yang layak Mulai 1 September.  

Kalau you all masih ingat, kisah petrol ni pernah menjadi sensasi awal tahun ini apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan kenyataan petrol RON95 hanya akan dijual kepada yang layak sahaja. Idea tersebut adalah untuk memastikan semua subsidi kerajaan hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia yang layak sahaja, i.e golongan miskin. Mereka yang tak layak perlu menggunakan RON97.

RON95 Hanya Untuk Golongan Miskin?


Isu yang menjadi persoalan pada ketika itu adalah siapakah yang dimaksudkan sebagai "golongan miskin"?. Jawapan ni mungkin terjawab apabila kerajaan telah mengumumkan akan melaksanakan sistem baharu penjualan petrol dan diesel bersubsidi secara berasingan antara kenderaan komersial dan persendirian mulai 1 September ini.

Kalau berdasarkan pengumuman ini, golongan miskin mungkin dirujuk kepada kenderaan pensendirian.  Namun ada yang mengatakan pengguna kereta-kereta mewah seperti (Toyota) Alphard serta Mercedes (Benz) tak layak katanya. Hmmm..kita tengoklah nanti apabila garispanduan peraturan baru ini dikeluarkan. Siapa yang termasuk dalam "golongan miskin" ni. Mungkin ada diantara kita selepas 1 September tak lagi dibenarkan menggunakan RON95.

Comments

  1. hal minyak pun ada klass jugak ek...takpala..
    datang isi tabung

    ReplyDelete
  2. Inilah politik namanya, senang kata " penjenamaan semula" Jual pada yang layak tapi sebenarnya "minyak naik harga"!

    ReplyDelete
  3. wait n see... fening betul memikirkannya

    ReplyDelete
  4. Buat kajian sebaiknya sebelum dilaksanakan...jangan sampai ianya menampakkan kepincangan dan kebodohan apabila dilaksana kelak.

    ReplyDelete
  5. Ermm.. macam2 laa kerajaan kita nie... suka implement sistem tahapa2... pastu bila rakyat kondem kata tak patriotik... apa pun kaji la dulu...

    ReplyDelete
  6. macam2 lah.. takpelah asalkan yang betul2 layak dapat manfaat...

    ReplyDelete
  7. Pakai basikal jer lepas ni... Nanti dekat nak piliharaya seterus gerenti turun balik... Nasibla....

    ReplyDelete
  8. This is quite hard to implement.

    ReplyDelete
  9. Laporan berkaitan..

    Hanya mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM5,000 dan membawa kenderaan kurang daripada 2,000 cc layak menikmati pembelian bahan api bersubsidi secara sepenuhnya.

    Di bawah pendekatan baharu yang akan dilaksanakan mulai September ini, pemilik kenderaan yang mempunyai pendapatan bulanan antara RM5,000 hingga RM10,000 pula diperuntukkan kuota petrol RON95 dan diesel bersubsidi sebanyak 300 liter.

    Sebaik menghabiskan kuota 300 liter, pemilik kenderaan berkenaan tiada pilihan melainkan membeli bahan api mengikut harga pasaran.

    Bagi mereka yang mempunyai pendapatan RM10,000 ke atas pula, mereka dijangka tidak akan dibenarkan membeli petrol atau diesel menggunakan harga subsidi.

    Sinchew Daily yang memetik sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melaporkan, pemilik kenderaan di bawah 2,000 cc juga dijangka dapat membeli bahan api bersubsidi.

    Di bawah sistem baharu tersebut, semua warga asing dan kereta asing tidak dibenarkan membeli bahan api bersubsidi.

    Akhbar tersebut turut melaporkan, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu memasukkan fungsi pembelian minyak ke dalam MyKad atau mengeluarkan kad baharu untuk membolehkan pembelian bahan api bersubsidi dilakukan.

    "Pemilik kenderaan tidak kira individu atau syarikat mungkin perlu menyerahkan maklumat peribadi seperti laporan cukai supaya kad pembelian minyak boleh dikeluarkan.

    "Kad ini menunjukkan nama pemilik kenderaan, alamat dan kuota minyak subsidi yang dibenarkan.

    "Ketika mengisi minyak, pemilik kenderaan perlu mengimbas kad terlebih dahulu untuk membeli minyak pada harga subsidi," demikian lapor akhbar tersebut.

    Menurut sumber, penggunaan kad minyak yang khusus akan memudahkan kerajaan menjejak den merekodkan kadar penggunaan bahan api oleh pemilik kenderaan.

    Sumber itu bagaimanapun berkata, memandangkan pendekatan baharu hanya dilaksanakan pada September, maka kerajaan belum membuat keputusan muktamad dan mungkin membuat perubahan selari dengan cadangan pihak berkepentingan.

    Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada pemilik kenderaan yang layak secara berperingkat mulai 1 September ini ~ MalaysiaGazette


    Menariknya.. rakyat ditekan tetapi dalam masa yang sama satu peluang perniagaan buat kroni bakal diadakan..

    Berapa agaknya yang akan diperolehi oleh kroni yang akan dianugerahkan projek 'Kad Pembelian Minyak' itu?

    Ini Bermakna, siapa ada kenderaan 2,000 ke atas, sila jual kereta sekarang, sebab lepas ni, kenderaan 2,000 ke atas nak jual, harganya jatuh!
    Maju BE END utk negara, I salute cara pemerintahan anda!

    ReplyDelete
  10. Kalau betullah kata anon di atas, lepas ni lambakan kereta 2,000cc ke atas pasti berlaku, ataupun kelembapan jualan kereta-kereta ni di pasaran. (Tak takut pun sebab, keeta Malaysia, tak lebih pun dari 2,000cc).

    ReplyDelete
  11. adehh..pening pala..

    ReplyDelete
  12. Klu org tu pakai kereta lebih 2000cc tapi model tahun 70an & mmg buruk pun kira kayalah. Boleh bayar roadtax sama mcm kereta baru setahun sekali je & kereta tu tak de loan bank dah. Nak beli kereta baru mmg tak mampu & usia pun dah lanjut.. kira kayalah...
    Siapalah kumpulan pemikir yg terlalu complicated ni... simple2 & mesra rakyat dah lah... aiyoo...

    ReplyDelete
  13. hmmmmm........tak taulah nak komen ape...tengok jelah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat