Baca Ini Bila Marah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxjWNdW85BjkmLWo69Ua5u_9lGi3OwNt7lmMj0qfxyzjzrc8l63OpXckL-0qHaoSjNi49jDB3sydXYskO96EHBXYaZLRQPCy9zvhSUwyIM17sUZ62H2fDOup2vwe16uc58DLiuPbMzqgSo/s400/setan.jpg
Marah Itu Kawan Syaitan

Baca Ini Bila Marah


Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah bacaan yang perlu kita baca bila sahaja dalam kemarahan. Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal perasaan tersebut. Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Marah itu dari syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan diri kita supaya bertindak lebih ganas. Jadi kalau kita tak ingin tewas kepadanya, bacalah “Auzubillahi Mminas Syaitanir Rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) sebagaimana pesan Rasulullah S.A.W:

Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Doa  Untuk Menghilangkan Rasa Marah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_gYQl2I2WTCtM9_QuBlHMhPsfU_lZCgHN-bo1zx7DSGIJd_PwqF5wo9Ipj31LcTI3yyPEV1pURjNr-lHtzF2AM-XcBFMWxreTdY0mi3XEGzl3Xx49SmFrM4XmiOvcErthH7chfyKskslt/s1600/Doa+Untuk+Menghilangkan+Rasa+Marah.jpg 

Comments

  1. alhamdulillah... doa yg terbaik... thanks kak :D
    dulu suke follow kartun tu...

    ReplyDelete
  2. nice sharing... biasa mmg baca serta istghfar...

    ReplyDelete
  3. nice :) jalan jalan ramadhan hari ini..hehe

    ReplyDelete
  4. huhu..syaitan akan kembali dilepaskan tak lama lagi..hati-hati

    ReplyDelete
  5. thanks...boleh lah hafal doa ni nanti. bila rasa marah meletop2 dalam jiwa boleh cepat2 baca.

    ReplyDelete
  6. tthanks sharing raudzah...syaitan nie memang suka orang marah...

    ReplyDelete
  7. salam. perkongsian yang bermanfaat kak :)
    bersama kita amalkan.. :))

    ReplyDelete
  8. sha kalau nak marah sekarang tetiba jadi cool secara auto.... hahhaa

    ReplyDelete
  9. Tadi ada sorang patient kata die ni baran.
    Saya cakap kat die, " pakcik jjangan baran sangat. Secara saintifiknya, orang baran ni hayatnya akan memendek setiap kali dia marah. "

    ReplyDelete
  10. Marah2 syaitan suka... sentiasalah bersabar...
    Promoted content sini... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat