Puasa Enam Paling Afdal
Puasa Enam Paling Afdal
Puasa Enam Paling Afdal
Hari ni adalah merupakan hari ke 15 Syawal. Dan tentunya di bulan Syawal ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan puasa enam. Puasa enam hari di bulan Syawal adalah merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi memperoleh ganjaran yang berlipat ganda yang telah ditawarkan dan janjikan oleh Allah SWT. Pada yang telah menghabiskan puasa enam, Alhamdulillah. Pada yang belum ada 14 hari lagi ya.
Puasa Enam Dan Puasa Qada
Bila kita bercakap pasal puasa enam, antara persoalan yang sering ditanya, Adakah puasa enam boleh digabungkan dengan puasa qada pada bulan Ramadan atau perlu dilaksanakan secara berturut-turut.
Sebenarnya ada perbezaan pandangan dalam kalangan ulama mengenai persoalan
puasa enam, namun pandangan yang paling afdal adalah mengikut mazhab
Shafie. Namun, Pandangan mazhab lain masih boleh diamalkan
dan diterima amalannya oleh Allah SWT kerana Islam tidak memberatkan
hambanya untuk melakukan ibadah.
Mengikut pandangan ulama, Puasa enam boleh
dilakukan dengan tiga keadaan:
1. Qada terlebih dahulu kemudian
diikuti dengan puasa enam,
2. Puasa enam dahulu kemudian diikuti dengan
puasa qada,
3. Harus digabungkan kedua-duanya.
Namun yang paling afdal dilakukan adalah keadaan pertama iaitu
memisahkan puasa qada dan puasa enam dengan melakukan puasa qada
terlebih dahulu kemudian diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal. Ini bagi memperbanyakkan amalan kita kepada Allah SWT
Puasa Enam Berturut-Turut
Persoalan kedua adakah puasa enam perlu dilakukan secara berturut-turut. Ada dua pandangan mengenai persoalan ini:
Pertama, puasa enam tidak perlu dilakukan secara berturut-turut.
Ia boleh juga diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan
bilangannya mencukupi enam hari kerana apabila Rasulullah SAW
menganjurkan puasa sunat enam hari, Baginda menyebut bulan Syawal secara
umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.
Namun, menurut mazhab Syafie dan Imam Nawawi, puasa enam yang terbaik ialah dilakukan secara berturut-turut dan lebih afdal lagi dimulai dari hari raya kedua.
Namun, menurut mazhab Syafie dan Imam Nawawi, puasa enam yang terbaik ialah dilakukan secara berturut-turut dan lebih afdal lagi dimulai dari hari raya kedua.
terima kasih atas perkongsian ini.. :) selamat pagi..
ReplyDeleteBanyak yang kita dapat dari entri ini...semoga kita sama2 dapat melaksanakan nya...
ReplyDeleteselamat pagi...saya tengah berusaha selesaikan...doakan saya berjaya yer...^_^
ReplyDeleteinsyallah..belum lagi start berpuasa enam..
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ini..
ReplyDeleteSlamat hari raya Raudzah.. ^_^ harap2 dpat laksanakan jugak insyaAllah
ReplyDeleteBeruntunglah mereka yg mengambil kesempatan diatas kelebihan yg Allah kurniakan..
ReplyDeletetengah qada puasa..memang tak sempat nak puasa 6 dah sebab busy dengan persiapan sukan plak..huhuhu..
ReplyDeleteterima kasih atas info raudzah...x habis lg ni...walaupun 6 hari jer...hehehe ...
ReplyDeletejom g old town white coffee :)
ReplyDeleteSemoga sempat nak puasa 6... puasa ganti pun tak habis lagi... Tapi Allah maha pemurah... Moga puasa ganti pada bulan syawal ni dapat jugak pahala puasa 6 tu...
ReplyDeletesalam. nice sharing sis...taun ni sy tak buat puasa 6..
ReplyDeletetapi insyAllah..akan buat..
Deleteterima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.
ReplyDeleteTulah Raudzah....tak terbuat lagi ni....rugikan.....insyaallah miga ada kekuatan
ReplyDeleteselamat berpuasa 6.. :)
ReplyDeleteT.kasih atas perkongsian
ReplyDeleteBelum dapat berpuasa.
ReplyDeleteMasalah kesihatan pulak.
Ermmm..dot..dot.dot..
Nice sharing..
ReplyDeleteIn shaa Allah... t kasih atas perkongsian Raudzah..
ReplyDelete