Puasa Enam Paling Afdal

 Puasa Enam Paling Afdal 
Puasa Enam Paling Afdal

Puasa Enam Paling Afdal


Hari ni adalah merupakan hari ke 15 Syawal. Dan tentunya di bulan Syawal ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan puasa enam. Puasa enam hari di bulan Syawal adalah merupakan amalan sunat yang sangat digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam bagi memperoleh ganjaran yang berlipat ganda yang telah ditawarkan dan janjikan oleh Allah SWT. Pada yang telah menghabiskan puasa enam, Alhamdulillah. Pada yang belum ada 14 hari lagi ya. 

Puasa Enam Dan Puasa Qada


Bila kita bercakap pasal puasa enam, antara persoalan yang sering ditanya, Adakah puasa enam boleh digabungkan dengan puasa qada pada bulan Ramadan atau perlu dilaksanakan secara berturut-turut.
 
Sebenarnya ada perbezaan pandangan dalam kalangan ulama mengenai persoalan puasa enam, namun pandangan yang paling afdal adalah mengikut mazhab Shafie. Namun, Pandangan mazhab lain masih boleh diamalkan dan diterima amalannya oleh Allah SWT kerana Islam tidak memberatkan hambanya untuk melakukan ibadah.

Mengikut pandangan ulama, Puasa enam boleh dilakukan dengan tiga keadaan:

1. Qada terlebih dahulu kemudian diikuti dengan puasa enam, 
2. Puasa enam dahulu kemudian diikuti dengan puasa qada,
3. Harus digabungkan kedua-duanya.

Namun yang paling afdal dilakukan adalah keadaan pertama iaitu memisahkan puasa qada dan puasa enam dengan melakukan puasa qada terlebih dahulu kemudian diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal. Ini bagi memperbanyakkan amalan kita kepada Allah SWT

Puasa Enam Berturut-Turut


Persoalan kedua adakah puasa enam perlu dilakukan secara berturut-turut. Ada dua pandangan mengenai persoalan ini:

Pertama, puasa enam tidak perlu dilakukan secara berturut-turut. Ia boleh juga diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Namun, menurut mazhab Syafie dan Imam Nawawi, puasa enam yang terbaik ialah dilakukan secara berturut-turut dan lebih afdal lagi dimulai dari hari raya kedua.

Comments

  1. terima kasih atas perkongsian ini.. :) selamat pagi..

    ReplyDelete
  2. Banyak yang kita dapat dari entri ini...semoga kita sama2 dapat melaksanakan nya...

    ReplyDelete
  3. selamat pagi...saya tengah berusaha selesaikan...doakan saya berjaya yer...^_^

    ReplyDelete
  4. insyallah..belum lagi start berpuasa enam..

    ReplyDelete
  5. Slamat hari raya Raudzah.. ^_^ harap2 dpat laksanakan jugak insyaAllah

    ReplyDelete
  6. Beruntunglah mereka yg mengambil kesempatan diatas kelebihan yg Allah kurniakan..

    ReplyDelete
  7. tengah qada puasa..memang tak sempat nak puasa 6 dah sebab busy dengan persiapan sukan plak..huhuhu..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas info raudzah...x habis lg ni...walaupun 6 hari jer...hehehe ...

    ReplyDelete
  9. Semoga sempat nak puasa 6... puasa ganti pun tak habis lagi... Tapi Allah maha pemurah... Moga puasa ganti pada bulan syawal ni dapat jugak pahala puasa 6 tu...

    ReplyDelete
  10. salam. nice sharing sis...taun ni sy tak buat puasa 6..

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini.

    ReplyDelete
  12. Tulah Raudzah....tak terbuat lagi ni....rugikan.....insyaallah miga ada kekuatan

    ReplyDelete
  13. Belum dapat berpuasa.
    Masalah kesihatan pulak.
    Ermmm..dot..dot.dot..

    ReplyDelete
  14. In shaa Allah... t kasih atas perkongsian Raudzah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat