90 Orang Satu Rumah?

90 Orang Satu Rumah?

90 Orang Satu Rumah?


Bila baca berita ni, nak percaya pun susah. 90 orang duduk dalam sebuah rumah pangsapuri berkongsi dua tandas dan tiga bilik tidur. Hmmm..ini lebih daripada sardin ni..tak boleh bayangkan macammana dia orang nak bernafas.
Tapi inilah yang berlaku, kepada sekumpulan 90 warga asing daripada etnik Uighur yang ditahan Jabatan Imigresen dalam sebuah serbuan pada malam Rabu yang lalu. Ketika ditahan mereka semua sedang tidur dalam keadaan yang sempit dan berbau. Mereka semua beragama islam dan datang ke Malaysia untuk mencari perlindungan politik setelah berlaku penindasan yang melampau di  barat laut Xinjiang, China. Sebahagian besar dari mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia. Hmmm..macam-macam kisah dalam dunia ni kan..
Bila tengok video semasa penahanan dia orang ni memang kesian sangat. Kita teringat satu artikel mengenai etnik ni yang kita pernah kongsikan sebelum ni. Kalau ada yang miss boleh baca di sini: Etnik Ughur Di Larang Berpuasa & Imej Islam Di Larang Menaiki Bas

Tapi tulahkan. Nak salahkan dia orang pun tak boleh. Yang jahatnya sindiket tu..memang tak berperikemanusiaan..Moga ada penyelesaian yang terbaik untuk dia orang..

Comments

  1. memang kasihan dengan mereka..namun etnik Uighur jenis yang tahan lasak

    ReplyDelete
  2. Macam di pengungsian mreka berkumpul dalam serumah hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu IQ..macam kongsi perkerja...ramai-ramai dalam satu rumah..

      Delete
  3. kesian jugak..teringat masa kes MH370 dulu, tak pasal-pasal mereka dikaitkan sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah...layanan yang di terima di negara dia orang pun semakin teruk. Harap-harap mereka tabahkan..

      Delete
  4. Mashaallah. Sian tengok.
    Baby besar anak saya pun ada.

    ReplyDelete
  5. Kuatnya pegangan iman diorang. Allahu.. Semoga Allah melindungi mereka dan agamanya. Aminnnnn

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat