Kenapa 2014 Susah Dapat Rezeki ?

kenapa rezeki sukar
Kenapa 2014 Susah Dapat Rezeki ?

Kenapa 2014 Rezeki Sukar?


Bila go thru popular keywords kat Blog Santai semalam, terskema sekejap tengok ayat ni " kenapa 2014, susah dapat rezeki." Tiba-tiba rasa sedih. Siapalah yang menulis ayat di atas. Untuk mereka yang berkenaan kita ni bukanlah pakar dalam bab-bab rezeki ni tapi kita nak kongsikan bebrapa tips berkaitan dengan rezeki yang pernah kita kongsikan sebelum ni. Moga-moga bermanfaat ya.

Perkara pertama yang harus kita lakukan adalah muhasabah diri. Ini penting kerana kita tau rezeki datangnya dari Allah. Jadi kalau Allah sukarkan rezeki kita, mungkin ada beberapa sifat dalam diri kita yang perlu kita perbaiki. Antaranya:


1. Gemar mengungkit-ngungkit pemberian 
2. Asyik mencanang perihal duit tak cukup
3. Berkira untuk bersedekah
4. Berkira untuk membuat kebaikan
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat
7. Kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur
Amalan Murah Rezeki
Rezeki Yang Tidak Putus

Rezeki Yang Tidak Putus


Disamping itu mungkin kita terlepas pandang satu perkara, iaitu doa kepada kedua ibu bapa kita. Setiap pagi kita terlupa untuk berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk kedua ibubapa kita. Sebab itu rezeki kita amat sukar dan sentiasa tidak cukup. Di samping doa, mungkin kita juga terlupa untuk berkongsi rezeki yang kita perolehi dengan mereka walaupun sedikit. Amalkan selalu. In Shaa Allah Rezeki Kita Tidak Putus.

Amalan Murah rezeki


Salah satu Amalan Murah Rezeki ialah dengan bersedekah. Seperti yang selalu kita dengar, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu beri sesuatu. Jadi berilah sesuatu kepada mereka yang memerlukan. Tak perlu banyak tapi ikhlas kerana Allah telah berjanji tidak akan mengurangkan malah melipatgandakan rezeki mereka yang suka bersedekah. Dan sedekah yang terbaik adalah pada waktu pagi kerana ia akan meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala. 

Comments

  1. satu perkongsian yang amat baik kak... sentiasa bersyukur dan menerima seadanya..

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing kak. selalu bila ingat kita akan sedekahkan al-fatihah untuk mak dan arwah abah. semoga dapat sentiasa amalkan

    ReplyDelete
  3. peringat unuk diri saya.. nice to read :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian dan peringatan yg baik utk saya hari nie..

    ReplyDelete
  5. salam khamis blog santai, peringatan yang sgt berguna..kadang kita leka sgt asyik merungut je kan..sampai lupa nak istighfar

    ReplyDelete
  6. Ana amalkan kata2 dato' dr fadzilah kamsah & bersedekah. Sebab orang yang bersedekah ni Allah akan lipat gandakan rezki. Kadang tetiba macam 'bankrap' sangka baik je ngan Allah, mungkin de rezki lain. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yg baik. Betul apa yg dipaparkan
    Jadi terpulang utk diri sendiri utk aplikasikan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  8. Semoga kita dimurahkan rezeki. Amin.

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk saya sentiasa beringat

    ReplyDelete
  10. 1) Kena tahu perbezaan antara 'Syukur' dan 'Terima kasih'.. Syukur HANYA pd Allah, bkn syukur pd 'makhluk' hingga takut x dpt apa2 bantuan lg slps ni.

    2) Sentiasa berdoa..tapi macamana nak berdoa kalu x SOLAT walau baik sekalipun cth posa 30hari tapi x solat..sia2 shj posa. dlm rukun Islam solat list 2 slps mengucap.

    3) Org yg solat dan berdoa tapi x makbul sbb TIDAK MENDOAKAN IBUBAPA.

    4) Rezeki itu bkn DUIT/GAJI/KAYA,itu hanya DUGAAN. Rezeki adalah apa yg masuk dlm perut.


    ** Aku dulu gaji besor x mau kerja kat kg tapi aku x putus2 doa rezeki aku murah & kawinkan aku supaya boleh berbakti pd parent aku.. 3 offer kerja aku dpt,x tau psl apa aku pilih job yg gaji kecik+kontrak..org interview tanya aku betul ke x betul ni nak interview.

    berkaitan x mau kerja di kg...tgk bagaimana perjalanan takdir.. slps kursus induksi aku dpt dua posting letter,1 pagi.. 1 ptg. surat ke dua tu,tempat kerja aku di kg halaman.hampir 1tahun aku x lepak kedai sbb kwn2 x duduk kg..yg ada hanya pakcik...senang cerita aku DIPAKSA balik..tapi doa tetap doa.

    kerja kat kg,jumpa balik gf yg lama,kerja bagus,dah ada rumah & kereta.Jumaat next week akad..rezeki2 n jimat2 sbb aku dah x yah beli rumah & kereta utk wife..hehe bkn ke Allah marah org membazir,psl apa aku nak beli rumah lagi..plan seterusnya 2015 nak cuti tanpa gaji sambung belajar,x yah risau psl belanja..bijak2..hehe. Bak kata sorg Dato' yg ramai bini aku terjumpa.. zaman skrg kena cari bini yg ada kerja & kereta (setahun 2 kerja tdk dilayan..hehe).

    Besok nak pergi survey & submit form,tunang aku nak tukar pakai honda..aku suka KIPAS dia shj n aku kena kasi setel sblm dia jadi wife aku supaya lps2 ni supaya direct ANGKASA dia..iyalah aku kan nak belajar full time,mana ada duit lps2 ni ;-) .. plan yg jimat+bijak.. and this is what we call 'Social Engineering'.. kena praktik dlm hidup bkn utk IT.. aku suka psiko 'ramai yg cari awk sbb kerjaya awk,cuba ckp awk x kerja tgk ada yg dtg x'..heheh

    Moral: graduan yg nak cari kerja,cuba jgn nak kerja kat kg..sure anda blh blk kg mcm saya,dipaksa.. lagi satu sbb anda mmg tahu kerja bagus+gaji besar takde kat kg halaman anda jadi psll apa nak tunggu & paling penting mmg boleh lps grad dpt kerja jadi pengarah gaji 10k mcm kat drama tv3 tapi sikit sgt 'rezeki' mcm tu sbb company XY tu BAPAK & DATUK dia punya..

    dah dpt kerja nanti, jgn plk hari pertama kerja dah tanya psl loan kereta sbb min PTPTN rm50 ko ckp x mampu byr,tapi loan kereta rm500 mampu bayar..

    ReplyDelete
  11. Insyaallah.
    Setakat ni alhamdulillah rezeki sentiasa cukup walaupun macam-macam nak bayar.
    (macam-macam loan ada-hehe..)

    ReplyDelete
  12. good sharing raudz..rezeki datang dalam pelbagai bentuk, bukan wang sahaja.huhuhu.semoga harta benda tak membuatkan kita lupa pada DIA yang satu

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah...reseki sentiasa ada....bnyakkan amalan solat dhuha...dan sebagainya...insyallah....

    ReplyDelete
  14. nak dapat rezeki, buat baik dengan ibubapa... tapi janganlah niat buat baik dengan ibubapa sebab nak dapat rezeki... lain pulak cerita dia...

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kpd kita semua... aamiin ya Rabbal alaamiin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat