Aimi Mati Akibat Sesak Nafas ?
Laporan Sinar Harian mengenai penemuan mayat mangsa, semalam. Pelajar tingkatan lima yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang remaja perempuan di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini dipercayai meninggalkan mangsa yang sesak nafas selepas gagal memberi bantuan kecemasan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan PR Gunarajan berkata, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu yang juga rakan kepada mangsa, Aimi Hamizah, 14, dipercayai panik apabila melihat mangsa diserang sesak nafas ketika kedua-duanya berada di kawasan kejadian, berhampiran sebuah kawasan lapang tempat remaja bermain bola sepak. Menurutnya, disebabkan panik, suspek dipercayai meninggalkan mangsa begitu saja, biarpun sebelum itu be...