Bayi Maut Dipatuk Ular Tedung Ketika Tidur
Ular Tedung
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan maut selepas dipatuk seekor Ular ketika sedang tidur dalam kejadian di rumahnya di Kampung Gong Ubi Keling, dekat Jabi pada malam Sabtu.
Kejadian dipercayai berlaku pukul 11.30 malam ketika Puteri Suhana
Sata sedang tidur di ruang tamu rumah bersama ibu dan empat lagi
adik-beradiknya.
Menurut ibunya, Zela Mohamad, 42, kejadian disedari oleh anak
sulungnya, Mohd Ruhaidi, 25 yang ternampak Ular berkenaan di hujung kaki
anak bongsunya itu. Setelah memeriksa Puteri Suhana, beliau mendapati
kaki anak bongsu daripada 11 beradik itu berdarah manakala Ular terbabit yang dipercayai Ular tedung sudah menyusur ke tepi dinding menuju ke
bahagian dapur.
Mangsa yang cedera dipatuk di kaki kiri di bawa ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut kira-kira setengah jam kemudian.
p/s: Bahaya Ular ni..
mak aihhh... bahayanya
ReplyDeletememang bahaya carlos...rasanya sebelum ni ada kes macam nikan..
DeleteYa Allah..masih kecil lagi.. keluarganya kena reda dalam terpaksa.saya turut rasa simpati..
ReplyDeleteBetul Suri...tidur dalam rumah pun tak selamat..redha ajelah..
DeleteSudah ketentuan Ilahi, innalillah..
ReplyDeleteYup BM..takdir ALLAH kan..
DeleteAl-Fatihah :(
ReplyDeleteAlfatihah untuk si kecil..
Deletebahayanya..kesian budak tu
ReplyDeleteKan mama..macam mana dia datang and patuk kaki si kecil tukan..dah memang ditakdirkan..
Deletesalam takziah, bahaya betul tu !
ReplyDeleteMemang bahaya KA..sesuatu yang mungkin kita tak sangkja akan berlaku.
DeleteTakutnya..... macamana nak elak ek kalau cam tu? Susah jugak tu!
ReplyDeletegerun nya..kesiannya si kecik tu..
ReplyDelete