Breaking News

Saturday, July 6, 2013

Ngeri: Mayat rentung masih berasap di tepi jalan

Mayat rentung masih berasap
Unit Forensik polis sedang memeriksa mayat rentung yang ditemui di tepi jalan menuju ke kawasan Lebuh Raya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara tinjau Bukit Ampang, semalam. Foto: Ihsan Oriental Daily
 

Last time Blog Santai ada berkongsi berita mengenai kadar jenayah di Malaysia melalui dua entires yang dianggap agak sedikit keterlaluan. Pertama mengenai  Kedudukan Kuala Lumpur Sebagai Bandar Ke Enam Bahaya Di Dunia dan kedua mengenai nilai RM5000 Bagi Satu Nyawa

Kadang-kadang ramai yang rasa kita mungkin terlebih emosi bila bercakap soal keselamatan serta kadar jenayah di Malaysia. Atau ada yang a bit sarcastic mengatakan laporan jenayah di Malaysia banyak yang exaggerate. Tapi bila di fikirkan balik, mungkin ada kebenarannya. Tengok aje, setiap hari tidak kurang daripada tiga laporan jenayah kejam yang berlaku di seluruh negara.

Tiga kejadian yang melibatkan pembunuhan ngeri dilaporkan for the last two days, cukup untuk membuat kita mengucap panjang. Kes pertama mengenai  kehadiran mayat rentung yang masih berasap ditemui di tepi jalan menuju ke kawasan Lebuh Raya Ampang-Ulu Klang berhampiran menara tinjau Bukit Ampang pada awal pagi Jumaat.

Mengikut siasatan, mayat tersebut dipercayai baru sahaja di bunuh dan dibakar dengan tayar motosikal, sebelum ia ditemui orang awam kira-kira jam 10.45 pagi. Keadaan mayat juga amat ngeri kerana ianya terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, masih terdapat kesan pakaian yang melekat pada badan mangsa.

Dalam kejadian kedua pula, mayat manusia yang dicincang dan dibakar ditemui di Jalan Pintas dekat Genting Skyway, Genting Highlands pada petang Jumaat. Mayat itu dipercayai dikerat kepala sehingga putus dan badannya dicincang sebelum dibakar. Berdasarkan keadaan mayat yang teruk terbakar, polis tidak dapat mengecam jantina mangsa.

Kes ke tiga pula, melibatkan penemuan dua mayat dalam keadaan mengerikan, dalam kebun kelapa sawit di Jalan Baru, Sri Keledang, Gedangsa di kuala selangor .
  
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Hafiz Omar, 28, dan Hamsi Hashim, 42, ditemui kira-kira 4.30 petang Sabtu oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan. Mayat Muhamad Hafiz ditemui di dalam pondok dengan kesan kecederaan di lehernya yang dipercayai akibat disembelih manakala mayat Hamsi ditemui di luar pondok dalam keadaan terlentang dengan kesan kecederaan di kepalanya yang dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

p/s: Dimana agaknya nilai nyawa manusia?  Adakah ini hanya kes-kes terpencil atau sememangnya ia satu bentuk "trend" yang gagal dikesan?

1. "Rahsia" KLIA
2. Hanya Untuk Wanita
3. Tawaran Hebat 2013
4. Siapa Cepat Dia Dapat
5. Exclusive Offer: Hanya RM25.00   

6. Jangan Lepaskan Peluang Ni      
7. Rugi Tak Cuba    

Extract From: Sinar & Kosmo Online

7 comments:

  1. Menakutkan! Inilah realiti sebenarnya...baru lagi dekat tempat saya lelaki india di bunuh dgn parang di stesen minyak dihadapan orang ramai...Rasa xselamat diluar rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu BM..memang menakutkan, even stay dalam rumah...forbia kan

      Delete
    2. ya..dadalam rumah pun rasa xselamat. Kalau dulu selamba jer pintu terbuka, skrg ni bertutup ajer

      Delete
  2. kejamnya >.< x sanggup nak bayangkan.. >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's why aisya..nak tulis cerita-cerita macam ni pun agak menakutakan..macam-macam kejahatan orang sekarang. kena banyak berdoa..

      Delete
  3. memang patut pun Malaysia termasuk dalam list!

    ReplyDelete
  4. mmg menakutkan..senang je nk bunuh org skang ni...

    ReplyDelete

Designed By