Breaking News

Thursday, October 3, 2013

Apabila Polis Kehilangan Senjata Api


Agak menakutkan apabila Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) kehilangan aset berjumlah RM1.33 juta melibatkan antaranya gari, senjata api dan kenderaan antara tahun 2010 hingga 2012. Dalam tempoh itu, PDRM kehilangan 156 unit gari, 44 unit senjata api dan 29 unit kenderaan. Berikut adalah statistik aset yang hilang:

CARTA POLIS HILANG ASET
Statistik Aset Yang Hilang

Senjata Api Jatuh Ke Tangan Siapa?

Bagi kita, kehilangan ini adalah serius kerana pertamanya ianya melibatkan senjata api. Bagaimana pihak polis boleh memastikan senjata api ini tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Keduanya ia berlaku  semasa didalam pengawasan pihak polis. Apakah ada kompromasi pada tahap keselamatan didalam negara kita?

Tiada Tempat Simpanan Selamat Untuk Senjata Api?

Dan yang lebih mengejutkan apabila laporan audit itu juga mendapati tidak ada tempat penyimpanan selamat bagi aset, termasuk senjata api dan ruang penyimpanan terhad atau sempit. Wah ini bahaya. No wonder aset boleh hilang.
Dan yang terakhir ialah kelewatan mengesan kehilangan dan seterusnya membuat laporan dan menjalankan siasatan serta kelewatan mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan barangan termasuk senjata api. Kalau ini boleh disamakan dengan laporan-laporan yang dibuat oleh orang awam, nampak gayanya pihak polis mempunyai rekod yang kurang baik. Kelemahan yang perlu diperbaiki  dengan segera.

13 comments:

  1. jangan2 depa juai kat penjenayah hehehe

    ReplyDelete
  2. agak2nya manalah pergi kesemua tu ek??? sangat scary...

    ReplyDelete
  3. tak pasti tntang ni..kalau yg jujur..mmg betol2 hilang..kalau yg bersubahat dgn pnjenayah teruk la mcm 2..kena semak betol2 ni..gari dgn pistol bnyak betol hilang..ish3..mcm polis barat.kalau xsilap, sblum blik rumah, snjata kena simpan dalam loker khas kt balai..kalau Malaysia xthu la..

    ReplyDelete
  4. bahaya la sgt . org lain yg buat jenayah , polis yg sangkut ...

    ReplyDelete
  5. Klu hp atau kamera yg hilang tu, boleh lat terima.. lumrah brg2 ofis. Tp senjata api pun sampai 14.2% tu kira tinggi juga utk sebuah negara yg mengharamkan senjata api. Gari pulak sampai 50.5% sure ramai yg ambil buat souvenir tu hehee. Nice info & sharing :)

    ReplyDelete
  6. Mungkin alat baru makin canggih.. peralatan lama tak di jaga dengan betul sampai senang hilang dari kawalan polis.. but still senjata api lama pun boleh bunuh orang..

    ReplyDelete
  7. Macam mana polis nak menjaga rakyat jika polis sendiri tidak cukup amanah menjaga harta sendiri... Walaupun segelintir tapi kesannya...

    ReplyDelete
  8. mengejutkan dan menakutkanlah..huhu

    ReplyDelete
  9. kredibiliti mereka sebagai satu badan yang menjaga keselamatan akan tercalar.. mungkin pihak polis sendiri perlu lebih peka berkenaan isu ini..

    ReplyDelete
  10. mcm2 hala skang berlaku dlam mesia ni !

    ReplyDelete
  11. sistem kawalan yg amat lemah...

    ReplyDelete

Designed By