Taufan Gergasi Phailin Bakal Menyerang
Nelayan di Ganjam menarik bot ke tepi pantai, sebagai persediaan untuk melindungi harta mereka dari serangan Taufan Phailin
Taufan Gergasi Pailin
Taufan gergasi Pailin bakal menyerang India petang esok. Taufan Phailin ini disifatkan sebagai taufan
paling ganas, dengan kelajuan angin antara 210 hingga 220 kilometer
sejam dengan saiznya
sebesar separuh daripada India. Jika sekiranya taufan ini benar-benar berlaku, ianya merupakan taufan terbesar yang bakal melanda India selepas ribut besar yang mengorbankan 10,000 orang 14 tahun lalu.
Imej satelit Menunjukkan Taupan Gergsasi Yang Bakal Menyerang India
Berdasarkan Imej satelit kedudukan Phailin kini berada pada jarak
500 kilometer dari pantai Teluk Bengal. Ratusan ribu penduduk di pantai timur India telah mula
meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat perlindungan yang
selamat.
Kemusnahan Akibat Taufan Katrina
Kemusnahan Akibat Taufan Katrina
Taufan Gergasi Pailin Menyamai Taufan Katrina
Beberapa ahli kaji cuaca menyamakan saiz dan kekuatan Phailin dengan taufan Katrina yang melanda pantai Amerika Syarikat dan New Orleans pada 2005. Taufan Katrina adalah salah satu daripada lima taufan paling dahsyat, dalam sejarah Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya 1,833 orang mati dalam serangan taufan tersebut. Sementara jumlah kerosakan harta benda dianggarkan sebanyak $81000000000 (2005 USD).
Sekarang ni musim tak menentu. Ribut petir di sana-sini. Panjatkan doa semoga kita semua terlindung daripada bencana seperti ini.
aaamin . semoda kita semua terlindung daripadanya ... insha Allah .
ReplyDeleteIn Shaa Allah Vee..
Deleteya allah, semgo semua ini tidak melanda negara kita, dan semoga kita semua terlindung dari bencana ini..
ReplyDeleteAmiin mama..
Deleteya Allah takut nya, :(
ReplyDeleteMoga dijauhkan Lieya..
DeleteUhh.. bayanglah klu kita memandu kereta selaju 220kmj... lepas tu kita keluarkan kepala di tingkap.. fuhh.. itulah rasanya kelajuan ribut tu.. nauzubillah.
ReplyDeleteYup seramkan Khir...140 pun dah rasa laju..inikan pulak 220..hmm
DeleteBersyukur kita negara ini masih terselamat dari ancaman taufan-taufan yang ganas itu.
ReplyDeleteMoga negara tercinta ini selalu terlindung dari musibah.
Semoga Allah melindungi kita sis..
Deletebahaya nyer..
ReplyDeleteMemang bahaya sis..
Deletesemoga dilindungi oleh Allah selalu..
ReplyDeleteMalaysia bernasib baik..dilindungi oleh filipina, acheh dan indonesia..
ReplyDeleteSyukur negara kita tidak dilanda bencana alam yg besar. Semoga dilindungi Allah selalu...
ReplyDeleteDah baca kejadian dan kemusnahan akibat Taufan Gergasi Pailin ni kat entri Raudzah td.. moga negara kita dijauhkan dari kejadian2 seumpama ini. Aamiin
ReplyDelete