Taufan Gergasi Phailin Bakal Menyerang

Foto
Nelayan di Ganjam menarik bot ke tepi pantai, sebagai persediaan untuk melindungi harta mereka dari serangan Taufan Phailin

Taufan Gergasi Pailin


Taufan gergasi Pailin bakal menyerang India petang esok. Taufan Phailin ini disifatkan sebagai taufan paling ganas, dengan kelajuan angin antara 210 hingga 220 kilometer sejam dengan saiznya sebesar separuh daripada India. Jika sekiranya taufan ini benar-benar berlaku, ianya merupakan taufan terbesar yang bakal melanda India selepas ribut besar yang mengorbankan 10,000 orang 14 tahun lalu.

 Imej satelit Menunjukkan Taupan Gergsasi Yang Bakal Menyerang India

Berdasarkan Imej satelit kedudukan Phailin kini berada pada jarak 500 kilometer dari pantai Teluk Bengal. Ratusan ribu penduduk di pantai timur India telah mula meninggalkan kediaman masing-masing untuk mencari tempat perlindungan yang selamat.

 http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/42/Hurricane_katrina_damage_gulfport_mississippi.jpg
Kemusnahan Akibat Taufan Katrina
 http://0.tqn.com/i/ga/0/NYT_katrina_womanrubble-resized.jpg
 Kemusnahan Akibat Taufan Katrina

Taufan Gergasi Pailin Menyamai Taufan Katrina


Beberapa ahli kaji cuaca menyamakan saiz dan kekuatan Phailin dengan taufan Katrina yang melanda pantai Amerika Syarikat dan New Orleans pada 2005. Taufan Katrina adalah salah satu daripada lima taufan paling dahsyat, dalam sejarah Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya 1,833 orang mati dalam serangan taufan tersebut. Sementara jumlah kerosakan harta benda dianggarkan sebanyak $81000000000 (2005 USD).

Sekarang ni musim tak menentu. Ribut petir di sana-sini. Panjatkan doa semoga kita semua terlindung daripada bencana seperti ini.

Comments

  1. aaamin . semoda kita semua terlindung daripadanya ... insha Allah .

    ReplyDelete
  2. ya allah, semgo semua ini tidak melanda negara kita, dan semoga kita semua terlindung dari bencana ini..

    ReplyDelete
  3. Uhh.. bayanglah klu kita memandu kereta selaju 220kmj... lepas tu kita keluarkan kepala di tingkap.. fuhh.. itulah rasanya kelajuan ribut tu.. nauzubillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup seramkan Khir...140 pun dah rasa laju..inikan pulak 220..hmm

      Delete
  4. Bersyukur kita negara ini masih terselamat dari ancaman taufan-taufan yang ganas itu.
    Moga negara tercinta ini selalu terlindung dari musibah.

    ReplyDelete
  5. semoga dilindungi oleh Allah selalu..

    ReplyDelete
  6. Malaysia bernasib baik..dilindungi oleh filipina, acheh dan indonesia..

    ReplyDelete
  7. Syukur negara kita tidak dilanda bencana alam yg besar. Semoga dilindungi Allah selalu...

    ReplyDelete
  8. Dah baca kejadian dan kemusnahan akibat Taufan Gergasi Pailin ni kat entri Raudzah td.. moga negara kita dijauhkan dari kejadian2 seumpama ini. Aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat