Bakteria Salmonella Punca Keracunan Makanan Di Terengganu?

http://www.forumsains.com/tpadmin/tp-images/Image/salmonella.jpg
Bakteria Salmonella (Source)

Bakteria Salmonella Punca Keracunan Makanan


Bakteria Salmonella disyaki sebagai punca keracunan makanan dan kematian budak berusia 5 tahun di Terengganu pada hari Isnin yang lalu. Bakteria ini juga merupakan punca keracunan makanan di sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Yan, Kedah tahun lalu. Ayam busuk yang dihidangkan kepada tetamu, telah mengorbankan empat nyawa. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lepas, seramai 101 orang telah mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah yang dibeli di pasar malam di Taman Shah Bandar dan Padang Hiliran.

Bakteria Salmonella Dari Ayam & Telur


Seramai 68 orang termasuk 18 kanak-kanak telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) manakala 33 orang lagi diberi rawatan pesakit luar selepas mengalami keracunan makanan. Mereka dirawat setelah muntah dan cirit-birit selepas menikmati nasi goreng putih, nasi goreng merah, kuetiau goreng dan mee goreng. 

Berdasarkan siasatan pihak hospital tidak menolak kemungkinan empat jenis makanan itu mengandungi bakteria salmonella yang mungkin berpunca daripada ayam atau telur.



http://data.tribunnews.com/foto/bank/images/telur-mentah1.jpg
Bakteria Salmonella Dalam Telur

Bakteria Salmonella Merebak Melalui Lalat


Bakteria Salmonella boleh merebak melalui lalat dipersekitaran yang tidak bersih. Ia juga boleh didapati didalam makanan ayam. Ayam yang memakan makanan yang dijangkiti bakteria Salmonella akan menghasilkan telur yang mengandungi Bakteria Salmonella. Bakteria Salmonella sangat aktif dan senang membiak pada musim panas terutama jika makanan tidak dimasak dengan sempurna.

Cara Mengelakkan Bakteria Salmonella Dalam Telur


Kehadiran bakteria salmonella didalam telur tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan ianya boleh dielakkan. Antaranya pastikan telur yang dibeli masih dalam keadaan yang baik. Tidak retak atau rosak. Telur juga perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan atau disimpan didalam peti ais untuk mengelakkan sebarang kotoran. Elakkan makan telur mentah atau separuh masak. Bakteria senang membiak jika makanan tidak dimasak dengan sempurna. Ayam yang dimasak tapi masih berdarah didalamnya juga perlu dielakkan.


Comments

  1. thanks info nie raudzah...harap2 bakteria ni tidak terus menular di dalam masyarakat kita..amat membimbangkan.,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-haarp macam tukan..suspen aje nak beli makanan kat luar!!!

      Delete
  2. akan berhati2 pas ni.... insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Assalam..RDZ Z..., banner sebelah kiri ni ganggu sikit lah utk baca entri... kena adjust sikit bagi lepas paragraph... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorrylah Wafa..kita test untuk loading actually. nampak setting dia macam ok kat my lappy. tak tau ada problem kat other's lappy. nway kita dah take out. Thanks anyway ya..

      Delete
    2. Sorry menyibuk.. cuma rasanya kena bagi tahu sebab nak bagi elok kan...?
      tapi kenapa take out terus... tak boleh adjust span sikit?

      Delete
  4. Hmmm... sebab tu mak saya pesan, telur MESTI kena basuh dulu sebelum simpan untuk digunakan... Ada ustaz kata kena basuh telur supaya cuci.. tak ingat dia sebut hukum kalau telur tak basuh guna untuk masak...
    p/s: ni kira macam wabak jugak ke ni ye?... takut betul la zaman-zaman akhir-akhir ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Wafa..Even cuaca pun tak menentukan lately..terlalu sejuk at once and now dah terlalu panas..semuanya Allah dah rencanakan...

      Delete
  5. bakteria jenis ni memang bahaya dear, iolss dulu pun pernah buat satu entri pasal bakteria ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really Farah..nanti kita baca ya..thanks anyway..

      Delete
  6. bkteria ayam.
    skank beli ayam 2 hari je smpan
    tkot nk smpan lelama .
    tkot tkot
    mne la nampak ad bkteria ke x
    napak elok je ayam tu ..ermmm

    ReplyDelete
  7. dulu pernah baca pasal ridiculous diet yang berkesan. Cara dia tebuk lubang kat telur tu. kemudian biarkan. esok makan telur tu.. :( ewww.. tapi memang berkesan, rasanya sebab bakteria tu la kot kan yg buat cirit birit muntah2 semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think you are right Licha..wow bahaya sungguhkan..what a diet!!!

      Delete
  8. ooo..ini puncanya......kne hti2 lps ni..

    ReplyDelete
  9. kena lebih berhati hati lepas ni...harap semua pesakit yang mengalami keracunan makanan tu cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. Thanks for info...memang betul bakteria ni tak boleh nampak dgn mate kasar.

    ReplyDelete
  11. Bagus info ni.. thanks sharing Raudzah..

    ReplyDelete
  12. risau pulak telor yang kita beli kat pasar, mungkin sementara ni kena elakkan makan telur separuh masak,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu DH..maybe kena stop dulu kot..yalah kita pun tak tau samada telur tu ok tak okkan..

      Delete
  13. tq berkongsi info yer !

    ReplyDelete
  14. Thanks for the info RDZ...sekarang nie nak beli barang kat pasar malam pun tak berani especially lauk sebab tak tahu dia masak bila...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Strider..memang kena hati-hati...kita tak tau macammamana dia orang masak & bila kan..

      Delete
  15. Baru tahu yang bakteria tu juga mampu merebak melalui telur. Terima kasih Raudzah atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  16. kena hati2lah cam ni kan... sya clik nuffnang2 kat sini

    ReplyDelete
  17. tq for sharing kak.. bagus info nie..

    ReplyDelete
  18. Telur wajib dibasuh sebelum digunakan.. urmm... macam2 penyakit akhir2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nurul..apa yang disuruh adalam Islam mesti ada hikmahkan...

      Delete
  19. salmonella ni spesis bakteria, bukan virus, kalau x silap.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada error kat situ Pha is..nway apa yang kita baca, memang bakteria...thanks ya..dah betulkan..he..he

      Delete
  20. kuman ada di mana-mana.. yang penting kena pastikan kebersihan di tahap yang optimum..

    ReplyDelete
  21. Pengajaran sbnrnya, padahal mmg ajal dia... Itu hnya penyebab sbg pngajaran kpd org lain...

    ReplyDelete
  22. Pengajaran sbnrnya, padahal mmg ajal dia... Itu hnya penyebab sbg pngajaran kpd org lain...

    ReplyDelete
  23. Info yg baik sis.bahaya sungguh.

    ReplyDelete
  24. Was-was nak makan kat luar atau bungkus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat