MH370: Misteri Pilih Jurang Paling Dalam Untuk "Mendarat"?

 
 Jurang Paling Dalam Di Lautan Hindi

MH370 "Mendarat" Di Jurang Paling Dalam

Kisah kehilangan pesawat MH370 masih belum berakhir. Misteri terbaru adalah pemilihan tempat untuk mendarat (Bukan terhempas ya. Kalau terhempas ada serpihan.) Dikatakan, MH370 telah "mendarat" di permukaan lautan Hindi yang mempunyai jurang yang paling dalam.

Diamantina Trench: Jurang Paling Dalam

Pendaratan di kawasan yang mempunyai jurang paling dalam ini sangat meyakinkan setelah lima isyarat yang dikesan sehingga kini dipercayai datangnya dari kotak hitam pesawat MH370 yang bersemadi di Diamantina Trench. Kawasan paling terpencil dan sukar dengan kedalaman melebihi 15,000 kaki di dasar laut. Dan untuk pengetahuan you all kapal Titanic tenggelam pada kedalaman 12.500 kaki. MH370 tenggelam lebih dalam. 

Operasi menyelamat pastinya lebih sukar kerana kehadiran lapisan tebal keladak yang meliputi dasar lautan. Jika pesawat MH370 berada disini, bangkai atau sebarang serpihan dengan mudah akan tenggelam ke dalam lumpur. Di samping itu, keladak tebal di dasar lautan juga turut menyekat isyarat yang dipancarkan kotak hitam berbanding dengan di permukaan pejal seperti batu yang boleh memantulkan isyarat yang dipancarkan.

MH370 "Mendarat" Sempurna


Dan, satu lagi persoalan yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini adalah ketidakhadiran sebarang serpihan walaupun sudah lima isyarat kotak hitam diterima. Jadi apa yang kita bayangkan adalah, MH370 telah membuat pendaratan yang amat baik di permukaan Lautan Hindi. Malangnya pada pagi 8 March 2014, tiada siapa yang datang menyelamat, maka MH370 akhirnya tenggelam secara perlahan-lahan dan bersemadi dalam keadaan yang paling sempurna di Diamantina Trench.

Bila difikirkan balik betapa jauh dan dalamnya kawasan persemadian MH370, kita tertanya-tanya apakah "Pilot" merajuk sehingga begitu jauh membawa diri? Atau apakah MH370 "dipaksa" membawa diri ke sana? Atau yang ketiga isyarat ini hanyalah "lakonan". Especially bila akhir-akhirnya PM Australia dan Pasukan SAR sudah mula bertelingkah mengenai "isyarat" yang diterima.

 http://www.infomedia.my/wp-content/uploads/2014/04/MANGGIS-MISTERI-YANG-DIBAWA-PESAWAT-MH370-BUKAN-DARI-MUAR-530x330.jpg 
Misteri Manggis Dalam Kargo (Source)

Misteri Manggis Dalam Kargo


Dalam perkembangan lain, you all ingat lagi tak kisah Manggis Misteri dalam kargo yang katanya diperolehi dari sebuah dusun di Muar, Johor? KPN dah buat penjelasan semalam. Katanya manggis tu bukan datang dari Muar. Cuma di packingkan disana. Ada info yang mengatakan manggis tu datang dari Perak. So orang Perak, sekarang musim manggis ke kat Perak? Orang Johor dah tak ngaku. He..he. 

P/s: Kalaulah semua umat Islam di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat memohon petunjuk dari Allah mengenai kehilangan misteri MH370, kita percaya, kita semua tentu akan dapat jawapannya. Tak perlu ping locater untuk mencari dan juga tak perlu teori spekulasi. Allah pasti ada jawapannya.

1. Pilihan Blogger Malaysia
2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia  
6. Pilihan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Comments

  1. Errmmm.... something wrong somewhere nie...!

    ReplyDelete
  2. hanya Allah sahaja yang tahu.........

    ReplyDelete
  3. tetap berharap MH370 serta semua pnmpang dan krew ditemui dgn selamat...Amin Ya Rabb!

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar semoga ada keajaiban berlaku.. terlalu banyak teori sekarang nie.. Hanya Dia yangtahu

    ReplyDelete
  5. mula2 PM umumkan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi, dalam fikiran saya sudah bermain2 pelbagai persoalan.. kenapa MH370 sampai lautan hindi.. tempat y paling sunyi, paling bahaya, bukan laluan kapal2... paling sukar untuk melakukan operasi menyelamat.. seperti dirancang je....walalhualam..

    ReplyDelete
  6. moga allah permudahkan segalanya...amin...

    ReplyDelete
  7. aduhai....mengapa jadi begini?sesungguhnya apa kita mampu lakukan kemabli paad DIA dan memohon semuanya di permudahkan..

    ReplyDelete
  8. Masih mengharap ada keajaiban diitu...semoga dipermudahkan SAR..

    ReplyDelete
  9. Terlalu banyak teori..semoga misteri MH370 terungkai..

    ReplyDelete
  10. wallahu a'lam.. banyak sangat teori2 konspirasi.

    ReplyDelete
  11. bilalah nak selesai kan....nak tau jugak ape yang sebenarnye berlaku...Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  12. terlalu banyak perkara yg tak tercapai dek akal fikiran mengenai misteri kehilangan MH370 nie..

    ReplyDelete
  13. Marilah bersama kita semua terus berdoa agar dibukakan hijab dgn ihsan Allah swt... aamiin...

    ReplyDelete
  14. Baru-baru ini Montagraph menghasilkan video memperincikan kemungkinan bahawa hilang Malaysian Airlines penerbangan 370 telah mendarat di Diego Garcia, pangkalan tentera rahsia dikawal oleh Amerika Syarikat

    Oleh Shepard Ambellas

    ( INTELLIHUB ) - Montagraph yang juga muka di sebalik popular " Montagraph " saluran YouTube , dikenali untuk video pemikiran- memprovokasi beliau. Dalam video beliau yang paling baru-baru ini bertajuk "Penerbangan MH370 Adakah Pada Diego Garcia - Berikut adalah Bukti ", Montagraph meletakkan keluar garis masa ringkas peristiwa-peristiwa yang benar-benar masuk akal. Malah teorinya lebih masuk akal maka apa-apa tekaan media arus perdana baru-baru ini .

    Malah, video butiran bagaimana penerbangan 370 berlepas Lapangan Terbang Kuala Lampur Malaysia pada 00:41 pada 8 Mac , hilang dari radar dan menara komunikasi di seluruh 01:21 selepas membuat yang agak tajam pula balik ke barat. Ini adalah maklumat penting yang membawa Montagraph ke bahagian seterusnya penyiasatannya .

    Menurut Montagraph dan lain-lain , pesawat itu dilihat terbang rendah di hujung selatan Kepulauan Maldives sekitar 6:15 pagi , pada pagi 8 Mac 2014 . Selepas rujukan waktu penerbangan dan jarak, Montagraph membuat kesimpulan bahawa pesawat akan menjadi di sekitar Maldives sekitar 6:25 . " Itu hanya perbezaan sepuluh minit" , menyatakan Montagraph .

    Montagraph kemudian menyatakan bahawa MH370 kemungkinan besar mendarat di Diego Garcia dan pesawat itu mungkin telah diiringi ke dalam " sangkar Faraday " gaya hangar besar-besaran untuk mengelakkan penumpang dari berkomunikasi dengan dunia luar.

    Montagraph spekulasi bahawa pesawat akan kemudian akan terhempas ke dalam laut untuk liputan akhbar dan tiada penumpang akan diambil kerana mereka mungkin masih diadakan di kemudahan tentera.

    ReplyDelete
  15. Berdoa dan terus berdoa... Hnya Allah yg tahu sbnrnya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat