Posts

Apa Itu SEO

Image
SEO Apa itu SEO Mesti ramai yang dah biasa dengar pasal SEO kan? And mungkin ada jugak yang tergelak tengok kita buat tajuk nikan. Yalah Blog sendiri pun masih terkial-kial ada hati nak bagi Blog tutorial ya. Actually kita sebenarnya sedang belajar mengenai SEO untuk memantapkan lagi Blog Santai. And to be honest kita memang rasa teruja sangat nak tahu details mengenai SEO ni coz sememangnya ia adalah sesuatu yang besar and menarik. So alang-alang dah baca, kita rasa tak salah kalau kita berkongsi apa yang kita baca dan belajar dengan you guys. So kalau you guys ada idea, boleh tambah and mana-mana yang tak betul ke boleh tegur ya. Kita boleh sama-sama belajar and at the end of the day, Win-Win situation. Pada yang dah expert you all boleh skip this entry ya... Definisi SEO SEO adalah merupakan ringkasan kepada Search Engine Optimization . Dalam bahasa mudah ianya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang kita buat di blog kita supaya blog kita tersenarai d...

Kerana Tempat Parking, Kanak-Kanak 2 tahun Di Bunuh Kejam

Image
Han lei, Merayu Di Jatuhkan Hukuman Mati Gara-Gara Parking, Kanak-Kanak Di Bunuh Kejam Gara-gara marah kerana tidak diberikan tempat parking, Han Lei, 39, telah membunuh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun. Kejadian yang berlaku di China itu, bermula apabila ibu mangsa tidak membenarkan lelaki berkenaan meletak kenderaan di sebuah petak letak kereta.  Berang dengan tindakan wanita tersebut, Han lantas menarik kanak-kanak tersebut yang berada di dalam kereta sorong lalu menghempasnya ke Lantai sebuah hentian bas. Kanak-kanak tersebut cedera parah dikepala dan dilaporkan meninggal dunia 2 hari kemudian. Kerana terlalu bersalah dan tertekan dengan tindakannya, beliau telah  merayu supaya dijatuhkan hukuman mati di Mahkamah Rakyat Pertengahan. Mahkamah akur dengan rayuan tersebut dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya. p/s: Sekurang-kurangnya this guy ada rasa tanggungjawab. Ramai aje kat Dunia ini yang tak rasa bersalah apabila membunuh......

Adakah Wanita Cantik Ini Pembunuh Kejam?

Image
  Samantha Lewthwaite Samantha Lewthwhite, Wanita Cantik, Perancang Keganasan? Cik Lewthwaite, 29, adalah seorang wanita cantik yang kini menjadi perhatian dunia kerana dikatakan terlibat dalam beberapa siri pembunuhan kejam sejak Desember 2011. Wajah beliau yang telah disiarkan oleh Interpol sebagai ‘orang yang paling dikehendaki’ adalah seorang warga Britain. Beliau adalah balu kepada salah satu daripada empat pengebom berani mati yang menyerang London pada 7 Julai 2005. Dikenali sebagai "White Widow", beliau telah dikaitkan dengan Kumpulan Militan Islam , Somalia, Al- Shabab.  Biarpun pihak Interpol tidak mengaitkan waran tangkap ke atas beliau dengan serangan yang berlaku di Pusat Beli-Belah Westgate, Kenya yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 67 pengunjung,  tetapi banyak spekulasi yang menghubungkan Cik Lewthwaite dengan peristiwa tersebut. Beliau dilaporkan sebagai salah seorang perancang serangan tersebut serta bebeberapa lagi...

Motivasi Pagi: Doa Orang Mukmin

Image
  Doa Adalah Senjata orang Mukmin (Cr Google) Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai, Motivasi Pagi: Doa Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Doa. Doa adalah amalan yang diharuskan syarak dan ibadat yang sangat dituntut . Ia adalah senjata utama orang mukmin. Jika kita berdoa, kita perlu yakin bahawa Allah tidak akan mempersia-siakan permohonan kita. Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi.” (Riwayat Tirmizi)  Adab-Adab Berdoa Dalam kehidupan harian kita, jika kita inginkan sesuatu daripada seseorang, maka kita akan melakukannya dengan cara yang terbaik untuk memastikan mereka memenuhi permintaaan kita. Apatah lagi jika kita memohon kepada All...

Pelik Tapi Benar: Hidung Di Dahi

Image
  Pembedahan Plastik Paling Popular: Hidung Di Dahi Hidung Di Dahi Pelik Tapi Benar, ungkapan yang sesuai untuk seorang lelaki China yang mempunyai hidung di dahi. Walaupun penampilannya nampak pelik dan agak tak logik, lelaki ini sebenarnya adalah salah seorang "Pioneer" kepada "Pembedahan Semula Hidung" yang luar biasa. Hidung Rosak Akibat Kemalangan Lelaki ini mengalami kerosakan hidung selepas terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk. Jangkitan kuman telah memakan jauh ke tulang rawan dalam hidung beliau, menjadikannya mustahil bagi doktor untuk mengembalikan hidungnya yang asal. Sebaliknya, para doktor memutuskan untuk  membuat hidung baru pada dahinya.   Biarpun ianya kelihatan janggal, tapi proses pembedahan tersebut tidak begitu berbeza daripada teknik-teknik pembedahan plastik yang biasa. Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang dia...

Awas: Ayam Kampung Tiruan

Image
Ayam Kampung Tiruan? Ayam Kampung Tiruan Kepada peminat-peminat setia ayam kampung, you all kena berhati-hari coz the Star melaporkan terdapat Ayam Kampung Tiruan di pasaran. Ayam kampung tiruan ini bewarna lebih kekuningan dari ayam biasa dan kelihatan seperti ayam kampung. Harga sekilo bagi ayam tersebut adalah RM12.50 berbanding ayam biasa yang dijual pada harga RM8.50 sekilo.  Pewarna Aniline Aniline Untuk Ayam Kampung Sindiket mewarna ayam kampung, dikatakan berleluasa kerana permintaannya yang tinggi berbanding pengeluaran. Di katakan masyarakat China lebih suka membeli ayam yang bewarna kekuningan kerana menurut mereka itu ayam itu adalah lebih baik serta berkhasiat. Untuk menjadikan ayam tersebut kelihatan seperti ayam kampung, pembekal mencelup ayam tersebut ke dalam air yang mengandungi pewarna yang dikenali sebagai  Aniline . Aniline adalah pewarna yang biasanya digunakan untuk mengecat barangan kulit dan kayu. Implikasinya semema...

5 Pesanan Imam Al-Ghazali

Image
  Sahabat (Cr Google) Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai, 5 Pesanan Imam Al-Ghazali Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 5 Pesanan Imam Ghazali Mengenai "Kawan/Sahabat" . Selain daripada keluarga, sahabat adalah orang yang paling hampir dalam kehidupan seharian kita. Memiliki kawan/sahabat sejati yang sentiasa berada disamping kita ketika susah dan senang adalah impian semua orang. Sahabat yang baik boleh membawa kita ke arah kebaikan, manakala sahabat yang kurang akhlaknya, mungkin boleh mempengaruhi kita ke arah kehancuran.  Memandangkan betapa pentingnya sahabat dalam kehidupan seharian kita, Imam Al-Ghazali telah menggariskan 5 perkara yang perlu kita consider ketika membuat pilihan: 5 Pesanan Imam Al-Ghazali (Cr Google) Semoga kita semua tergulong dalam khalangan sahabat yang "dimaksudkan" dalam 5 Pesanan Imam Al-Ghazali di atas. Jaga Diri/Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. ...