‘Jual’ anak untuk rokok

‘Jual’ anak untuk rokok

BATU PAHAT: Bagi memastikan bekalan rokoknya sentiasa cukup serta tidak perlu dibeli, seorang bapa menawarkan empat anak perempuannya berusia 17 hingga 25 tahun tidur bersama lelaki hidung belang sebagai tukaran.

Lebih menjijikkan, kegiatan itu dilakukan di rumahnya di sebuah kampung di daerah ini, malah ketika anaknya tidur bersama lelaki, bapa durjana berusia 53 tahun terbabit berada di situ sambil merokok.

Kegiatan itu yang berlarutan sejak dua bulan lalu itu, bagaimanapun hanya membabitkan rakan bapa durjana itu, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada keempat-empat anaknya akur perkara itu atau terpaksa melakukannya.

Bagaimanapun, kegiatan keji itu berakhir malam kelmarin, selepas rumah lelaki terbabit diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Daerah Batu Pahat sempena Ops Ambang Merdeka.

Comments

  1. eza pon ada baca jugak kolum ni tadi.. tertanya2 jugak masih ada yang boleh jawab "tak tahu itu salah" emm..salah siapa benda macam ni ye.. masa kawen tau pulak buat anak..

    ReplyDelete
  2. Tulah eza, sedihkan...kalau bapa sendiri tak boleh lindingi anak-anak mereka, nak harap siapa lagikan..dunia akhir zaman

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat