Zikir Yang Di Sukai Rasulallah SAW
Zikir Yang Di Sukai Rasulullah SAW Zikir Yang Di Sukai Rasulullah SAW Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Wallahu Akbar (Maha Suci Allah, segala pujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar) adalah zikir kesukaan Rasulullah SAW. Zikir ini sangat besar kedudukannya kerana boleh digunakan sebagai pengganti bacaan Al Fatihah dalam solat bagi mereka yang baru memeluk islam. Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak berupaya untuk membaca Al Fatihah dengan sempurna kerana baru memeluk agama Islam , maka hendaklah dia membaca tujuh ayat Quran yang berturutan atau tujuh ayat yang tidak berturutan (atau berasingan) yang tidak kurang bilangan huruf dalam al-Fatihah. Jika masih tidak mampu membaca mana-mana ayat Quran, dia dikehendaki membaca zikir yang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah. Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa bacaan Fatihah itu sendiri. Bilangan ayat dalam surah al...