Breaking News

Monday, December 31, 2012

Tanda Kasih: 2 organ suami selamat isteri


Tidak mungkin ada hadiah yang begitu berharga daripada yang diberikan David Whaymand kepada isterinya pada Krismas lalu.

Apabila Carolyn yang menghidap fibrosis sista (cystic fibrosis) diberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan satu-satunya harapan untuk pulih ialah dengan menjalani pemindahan, suaminya tanpa teragak-agak menawarkan satu daripada buah pinggangnya. Ia satu tindakan penuh kasih sayang dan membuatkan David gembira untuk melakukannya selepas 15 tahun berkahwin dengan buah hatinya sejak kanak-kanak lagi.

Namun, apa yang menjadikan pengorbanannya lebih menakjubkan ialah, dalam keadaan terdesak yang sama 13 tahun lalu, dia memberikan sebahagian daripada peparunya kepada Carolyn. Dua sumbangan itu dipercayai adalah yang pertama di dunia. Doktor dan pakar pemindahan berkata, setakat ini tidak ada kes seorang penderma yang masih hidup menyumbangkan dua organnya. Ini kerana bahaya yang dihadapi dalam pembedahan seumpama itu.

Hakikat bahawa penerima dalam kedua-dua kes itu ialah isteri David sendiri menjadikan kisah ini lebih menarik memandangkan adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang suami berupaya mendermakan kepada isterinya kerana untuk mencari organ yang sesuai bagi tujuan pemindahan amatlah sukar.

 In sickness and in health: David and Carolyn were childhood sweethearts before marrying in 1997

Pembedahan terbaru itu berjaya dilakukan di Hospital Hamersmith di London Barat pada 12 Disember lalu dan pasangan itu sempat merayakan Krismas bersama di kediaman mereka yang berharga RM2.5 juta di Ingatestone, Essex.

David, 39, akauntan di bank JP Morgan berkata: “Perkahwinan adalah dalam sakit dan sihat. Apabila saya mengahwini Carolyn. saya tahu ia bukan perkara mudah kerana dia mungkin mati tanpa menjalani pemindahan peparu. Saya tidak teragak-agak untuk menjadi penderma.

“Saya sudah bersedia untuk melakukan pengorbanan yang boleh menyebabkan kedua-dua kami mati. “Saya tidak sanggup untuk melihat Carolyn mati kerana tidak dapat penderma peparu. “Dan apabila dia memerlukan buah pinggang, sudah tentu saya bersedia untuk berkorban sekali lagi. “Ia lebih mudah daripada pembedahan pertama,” katanya.

Bagi Carolyn, peguam yang berusia 42 tahun, ia amat sukar untuk menjelaskan pengorbangan David kepadanya. “Dia lebih bimbangkan penderitaan saya daripada penderitaannya sendiri,” katanya. - DM
 
Read more ...

10 Iklan Terbaik Sepanjang Tahun 2012

 
Iklan memainkan peranan yang amat penting untuk menarik perhatian penonton ke atas produk-produk yang di tawarkan. Banyak iklan-iklan yang pasti tak mungkin dilupakan terutama apabila ianya menyentuh hati kecil kita...Iklan-iklan raya dari Petronas, contohnya sering menjadi tontonan utama setiap kali menjelang hari raya kerana jalan ceritanya yang menyentuh hati..

Tapi untuk kali ni bukan iklan hari raya yang nak di kongsikan, tetapi beberapa iklan pilihan yang pasti mencuit hati semua!!!!

Apple: The Apple genius

 

 

Melbourne Metro: Dumb Ways to Die

  

 

TNT: A dramatic surprise on a quiet square

 

 

Samsung Galaxy S3: The next big thing

  KLIK DI SINI@ IMAGE DI ATAS UNTUK MENONTON

 

NSPCC: S#*! Kids Say Anti-Child Abuse Campaign

 

 

Red Bull: The Red Bull Stratos

 

 

Procter & Gamble: Best job in the world

  


Google: Zeitgeist 2012

Read more ...

Masih hidup walau dua kali diisytihar mati

HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli.
HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli. 


Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat.

Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat. Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya meratapi kematian bekas tukang masak itu di rumah mereka.
 
Akhbar Siberian Times melaporkan, kali pertama Hardy mengejutkan doktor, rakan dan keluarganya ialah November tahun lalu dan kali kedua pada Oktober tahun ini.

Dalam kejadian tahun lalu, dia dibawa ke Hospital Wilayah Tomsk dan dirawat beberapa hari kerana tidak sihat. Apabila anaknya, Anastasia, 29, menelefon hospital, dia diberitahu bahawa ibunya sudah mati.  Anastasia yang begitu sedih mula merancang majlis pengebumian ibunya dan menyampaikan berita itu kepada rakan dan anggota keluarga lain.

 Anastasia started arranging the funeral of her mother after being told by doctors that she was dead

Dia membelanjakan RM6,000 untuk membeli bunga, keranda, urusan gali kubur serta makanan. Apabila dia ke hospital untuk mengambil mayat Hardy, dia diberitahu supaya tunggu kerana doktor belum menjalankan bedah siasat. Seorang doktor yang kelihatan terkejut kemudian memberitahu ibunya tidak mati dan masih bernafas di katilnya.

Anastasia yang hampir tidak percaya dengan kata-kata doktor itu, memasuki bilik ibunya dan mendapati wanita itu memanggill namanya. Dia menjerit sehingga beg yang dipegangnya terlepas. “Saya begitu terkejut hingga terlupa untuk masuk semula ke bilik itu dan memeluk ibu saya. Sebaliknya saya menelefon rakan dan keluarga dan meminta supaya kerja menggali kubur dihentikan,” katanya kepada akhbar itu.

Ibunya hanya ingat bahawa dia berada di hospital itu pada hari Jumaat dan terjaga di rumah mayat pada Isnin.

Pada Oktober lalu, Hardy yang menghidap sakit jantung, dikatakan sudah tidak bernyawa lagi ketika dimasukkan ke sebuah hospital tetapi kali ini doktor berjaya menyedarkannya semula selepas beberapa jam. - DM



Read more ...

Happy New Year 2013

 


Buat Semua 


First of All, I want to take this opportunity to thanks everyone yang sudi ziarah dan follow Blog Santai, since July this year. Sedar tak sedar dah masuk enam bulan usia Blog ni. And pastinya dari suke-suke untuk ber Blog now dah jadi so addicted to it. And of course selama enam bulan, I've learned a lot of things about Blog, People and Value of friendship!!!

So di kesempatan ini, I really want to thanks those yang really support me all the while by being my regular visitor and commentar...So this Special Thanks goes to Kesuma Angsana, Belogisam and Hanif...

 A Bunch of Roses For You Guys!!!!

 

And of course I want to take this opportunity as well to thanks those Blog yang banyak mengajar  Blog Santai untuk terus berkarya dan memperbaiki mana-mana yang perlu. Antara Blog Rujukan ialah, Maribinablog, Blog Hasrulhassan, Blog Cik Tom and Blog Hanif as well.  

Roses For You Guys Too!!!



And lastly my humble thanks goes to the silent readers. Without you guys my ranking might still be at 19 million. (Where I start with)

Roses to Everyone!!!!

 


And sempena Tahun Baru esok, Let me Wish Everyone To Have A Very Pleasant New Year

Let us pray that it will be a year with new peace, Happiness, and abundance of new friends.

May ALLAH Bless All Of Us Through The New Year!!!!


bFree New Year Greeting Cardsb  Happy b2013 E Cardsb  bOnlineb Newy bb How To Free New Year Greeting Cards Online 2013

Read more ...

Wanita Terkurus Di Dunia

Bahaya Anorexia !!!

 Valeria, here aged 11, believes the roots of her condition lie with her mother, who was terrified she would grow up obese like her relatives
Valeria Levitin @ 11 tahun..Cute & Chubby

 A collect photograph of Valeria Levitin, aged 19, on holiday in Puerto Vallarta, Mexico
Valeria yang kelihatan sempurna pada usia 19 tahun

Kini pada usia 39 tahun, Valeria bagaikan Rangka Berjalan 

Many foods have to be avoided because they don¿t agree with her body any more
Tinggal Tulang akibat Extreme Diet!!!



Read more ...

Sunday, December 30, 2012

5 negara paling bahaya untuk wanita

LIMA NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK WANITA


LIMA NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK WANITA  Afghanistan
 
Sahar Gul, gadis diseksa suami
 
Pembuka tahun 2012, dunia digemparkan dengan insiden seorang remaja berusia 15 tahun, Sahar Gul, dipukul dan dikurung dalam tandas oleh suami dan keluarga mertuanya selama lima bulan selepas enggan bekerja sebagai pelacur.

Sewaktu diselamatkan sekumpulan aktivis di kediaman mertuanya di utara Baghlan, Sahar ditemui dalam keadaan cedera parah di seluruh badan. Menurut polis, selain dipukul, rambutnya direntap, kukunya dicabut dan dikurung di dalam tandas di bawah tanah tanpa makanan dan minuman untuk hidup.

"Suami dan keluarga mertuanya turut mencederakannya dengan puntung rokok dan  lidahnya dikerat dengan playar," kata jurucakap polis Baghlan. Kes berkenaan turut mendapat perhatian pemimpin Afghanistan, Presiden Hamid Karzai yang menggesa hukuman dikenakan ke atas di pelakunya.

Ketua hal ehwal wanita Baghlan, Rahima Zarifi berkata kepada Reuters, Sahar yang berasal dari wilayah Badakhshan telah dikahwin dengan suspek pertengah Mei 2011 dan telah dipaksa menjadi pelacur bagi mendapatkan wang untuk keluarga mertuanya. Sementara itu, polis kanan Baghlan, Mohammad Zia, mengesahkan ibu mertua dan kakak ipar Sahar telah ditahan, tetapi membebaskan suami dan bapa mertuanya.

Pakistan
 
Malala Yuosafzai, gadis ditembak Taliban
 
Gadis dan pelajar sekolah menengah berusia 15 tahun, Malala Yousafzai yang memperjuangkan pendidikan kepada golongan wanita ditembak oleh Taliban sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah di Pakistan pada 9 Oktober lalu.

Serangan mengejut terhadap Malala yang juga aktivis paling dikehendaki Taliban itu mendapat liputan penuh media dunia sekali gus mencetuskan bantahan besar-besaran seluruh negara.

Beberapa pemimpin berpengaruh dunia termasuk Britain menghulurkan bantuan ke atas Malala dengan memberikan rawatan membuang peluru di kepalanya. Kini, Malala yang juga simbol keberanian dan beribu-ribu pembaca yang mengikuti kisahnya itu menandatangani petisyen meminta remaja itu dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel.

Bercakap bagi pihak gadis itu, bapanya, Ziauddin Yousafzai berkata, anaknya yang mesra dipanggil Malala mahu berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya kerana membantu dia untuk terus kuat. Kejadian tersebut menarik perhatian dunia dan Taliban menerusi laman webnya berikrar akan melancarkan serangan lagi sekiranya Malala masih hidup.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Yayasan Amanah NHS, Hospital Universiti Birmingham, Yousafzai berkata, Malala mahu memberitahu kepada semua bagaimana dirinya sangat bertuah kerana seluruh dunia mendoakan penyembuhannya.

India
 
Pelajar perubatan mati dirogol kumpulan lelaki
 
Seorang pelajar perubatan sebuah kolej di India, yang cedera parah selepas diperkosa beramai-ramai di New Delhi dan diterbangkan ke Singapura untuk rawatan, meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu, yang mana serangannya dalam sebuah bas menimbulkan bantahan di seluruh India, meninggal dunia 4.45 pagi (waktu tempatan) di Hospital Mount Elizabeth di mana beliau dimasukkan untuk rawatan pada Khamis lalu. Pelajar itu dipindahkan dari Hospital Safdarjung di tengah Delhi ke Hospital Medanta di Gurgaon, berdekatan dengan lapangan terbang bandar itu, sebelum diterbangkan ke Singapura.

Menurut sumber, sewaktu kejadian mangsa bersama teman lelaki yang pulang dari menonton wayang dengan menaiki bas, diserang enam lelaki. Suspek memukul mangsa dan teman lelakinya dengan batang besi dan merogolnya secara bergilir-gilir. Laporan perubatan mendedahkan, mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dalaman badan dan suspek dipercayai menggunakan batang besi sebagai alat memperkosa mangsa.

Selepas merogol mangsa selama sejam, dia dan teman lelakinya dicampak keluar.

Tahukah anda?
 
Sesetengah ahli sejarah percaya asal usul keganasan terhadap wanita berkait rapat dengan tanggapan bahawa golongan itu sebagai aset dan jantinanya yang memaksa mereka tunduk kepada kaum lelaki dan wanita atasan lain.

Dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap Penyingkiran Keganasan terhadap Wanita (1993), menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah satu manifestasi perhubungan kuasa yang dari segi sejarah tiada persamaan antara lelaki dan wanita di mana membawa kepada dominasi serta diskriminasi oleh golongan lelaki yang menyekat kemajuan wanita.

Keganasan terhadap wanita adalah satu daripada mekanisme sosial utama yang memaksa mereka berada pada kedudukan bawah golongan lelaki. Pada tahun 1980, sebuah mahkamah di Amerika Syarikat telah mengharamkan hak si suami melaksanakan hukuman fizikal terhadap isterinya.

Sementara itu, adat menghukum isteri yang diamalkan masyarakat Britain dengan penderaan sederhana agar si isteri rajin melakukan kerja telah disekat pada tahun 1891.

Read more ...
Designed By