6 Teknik Kejam CIA CIA : Agensi Risikan Pusat Semua orang pasti pernah dengar perkataan CIA kan. Bukan Chief Internal Audit ya, tapi Central Intelligence Agency , ( CIA ) atau dalam bahasa adalah Agensi Risikan Pusat. Menurut wiki, CIA merupakan salah satu agensi keselamatan bagi negara Amerika Syarikat , yang bertanggung jawab untuk mendapatkan dan menganalisa maklumat berkenaan kerajaan negara-negara luar, badan-badan korporat , serta individu-individu, dan melaporkan maklumat tersebut kepada beberapa badan lain di dalam kerajaan Amerika Syarikat. Ibu pejabatnya adalah di kawasan komuniti Langley di McLean CDP Fairfax County , Virginia , berhadapan Sungai Potomac dari Washington, D.C. . CIA merupakan salah satu daripada komuniti perisikan Amerika, yang mana sekarang di pimpin oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (Director of Central Intelligence A...