• Home

Blog Santai

  • Home

Breaking News

Friday, February 28, 2014

Jadual Catuan Air Phasa Kedua Di Selangor Mulai Esok

Catuan Air Di Selangor & Lembah Kelang (Source)

Jadual Catuan Air Phasa Kedua 


Catuan air di Lembah Kelang dan Selangor memasuki phasa kedua mulai esok (Ahad) sehingga 31 Mac ini.

Phasa kedua catuan melibatkan lebih 260 kawasan dari enam wilayah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor. Penjadualan catuan air peringkat kedua itu merupakan lanjutan daripada peringkat pertama yang dimulakan Khamis lalu di Hulu Langat dan Kuala Langat melibatkan lebih 60,000 pengguna.

Catuan Air Dalam Masa Dua Hari


Enam wilayah yang terlibat dalam catuan tersebut akan dibahagikan kepada dua zon iaitu zon pertama akan menerima bekalan air pada 2 dan 3 Mac dan diikuti dua hari tanpa air manakala bekalan air untuk zon kedua pula akan diperolehi pada 4 dan 5 Mac.

Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air dijangka berhenti mulai pukul 9 pagi selama kira-kira 55 jam sehingga bekalan disambung semula pada pukul empat petang, dua hari selepas bekalan diputuskan.


Jadual Catuan Air Phasa Kedua


Berikut adalah Jadual catuan air phasa kedua untuk 6 zon yang terlibat.

Jadual Catuan Air SYABAS Di Selangor 2014 (Phasa Kedua) 

Jadual Catuan Air SYABAS Di Selangor 2014 (Phasa Pertama) 

P/s: Selamat Menyimpan Air Untuk Semua!!!

1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

(Source)
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 6:30 PM 15 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Isu Air

Sedihnya!!!!

Sebahagian Dari Rakyat Palestin Di Kem Pelarian Yang Menunggu 
Bantuan Makanan

Pelarian Palestin Di Kem Yarmouk


Nasib pelarian palestin memang malang. Sudahlah diusir dari negara sendiri, keadaan di Kem Pelarian Yarmouk juga amat tenat. Kem ini begitu padat kerana banyak kem-kem berhampiran telah musnah akibat serangan pihak tentera Syria. Kem Yarmouk juga kelihatan seperti "tempat berhantu". Kemusnahan di mana-mana. Akibatnya, lebih daripada 18,000 orang pelarian Palestin di kem Yarmouk, di pinggir ibu negara Syria kini kekurangan makanan, ubat-ubatan dan keperluan lain. 


http://webcdn.aa.com.tr/webdocs/625x424xc/content_new/245/suriye_yermuk_2-jpg20140125134930-jpg20140209224818-jpg20140212214951-jpg20140212215657.jpg
Kemusnahan
http://news.bbcimg.co.uk/media/images/72824000/jpg/_72824358_yarmouk2.jpg
Padat & Sesak
https://www.middleeastmonitor.com/images/article_images/middle-east/syrian-refugee-children-on-the-streets.jpg
Hilang Arah

Percubaan pihak PBB untuk menyampaikan bantuan kepada mereka juga telah dihalang akibat perang saudara di Syria yang sudah mencecah usia tiga tahun. Yarmouk menjadi sukar sejak Julai tahun lalu. Ramai penduduk kini lemah dan kekurangan zat makanan. Mereka juga terdedah kepada risiko penyakit, kecederaan dan juga kematian.


P/s: Alhamdulillah kita tidak diuji sebegini. Mereka bukan diuji dengan air, malah segala-galanya. Jadi apalah sangat catuan air untuk kita.


1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 3:00 PM 21 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Serius

Inilah Statistik Pekerja Asing Di Malaysia


Gaji Pekerja Asing
Bayaran Kepada pekerja Asing

You all ingat tak lagi dengan entry Kayanya Malaysia. Pada yang dah lupa Malaysia menduduki tangga ke sebelas dalam carta negara-negara yang membayar khidmat pekerja asing di dunia.  Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Nation Master, sebanyak USD6.5 Billin (RM18 billion) telah dibelanjakan pada tahun 2009 untuk tujuan ni. Banyakkan. Dan pada yang nak tau bayaran tu dibuat kepada siapa sila tengok statistik kat bawah ni.

Embedded image permalink
Statistik Pekerja Asing Di Malaysia

Statistik Pekerja Asing Di Malaysia


Berdasarkan statistik di atas Indonesia merupakan tenaga asing yang paling ramai bekerja di negara ini sejak 15 tahun lalu. Kerajaan menyasarkan seramai 4 juta pekerja asing berdaftar bakal berkhidmat di negara ini untuk merealisasikan visi 2020.

Biarpun data di atas agak outdated, tapi kita rasa ianya tidak banyak berbeza kerana menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, terdapat lebih daripada 1.58 juta pekerja asing sudah berdaftar untuk bekerja di negara ini sehingga pertengahan tahun 2012. 

Indonesia adalah antara lima negara tertinggi pekerja asing yang berdaftar bekerja di Malaysia dengan 767,590 orang diikuti Nepal sebanyak 279,421 orang dan Myanmar 137,784 orang. Bangladesh menduduki tangga ke empat dengan bilangan pekerja seramai 134,148 orang . Manakala India menduduki tangga ke lima denagn jumlah tenaga kerja seramai  91,222 orang.

Kesimpulan yang boleh kita ambil dari statistik di atas adalah, hampir 25% daripada tenaga pekerja di Mlaysia adalah pekerja asing. (ini yang berdaftar. Yang illegal tidak diambil kira). 

Persoalannya:

1. Apakah risiko kepada negara apabila terlalu bergantung kepada pekerja asing?
2. Bolehkah rakyat Malaysia menggantikan tempat mereka?


1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 3:00 AM 27 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Serius

Punca Sebenar Amah Membunuh 2 Beradik Di Sungai Buloh

Lokasi kejadian

Punca Sebenar Amah Membunuh 2 Beradik


3 hari lepas, Malaysia dikejutkan dengan satu lagi pembunuhan ngeri yang berlaku di sungai Buloh. Dua beradik mati dikelar oleh amah di rumah tersebut menggunakan dua bilah pisau sebelum beliau sendiri mumbunuh diri.

Kejadian mengerikan itu mengejutkan ramai pihak kerana amah tersebut dikatakan seorang pekerja yang bagus dan sangat rapat serta menyayangi kedua-dua beradik tersebut. Jadi apakah yang punca sebenar yang mendorong beliau untuk melakukan perkara tersebut?

Amah Tidak Punya Pengenalan Diri


Berdasarkan siasatan polis, perbuatan amah berkemungkinan didorong oleh tekanan perasaan. Beliau yang berasal dari Indonesia dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri walau sudah 2 tahun berada di malaysia. Di sebabkan ketiadaan dokumen beliau tidak bebas bergerak dan kebanyakan masa dihabiskan di rumah.

Amah Rindukan Anaknya


Beliau juga dikatakan sangat merindui dua anaknya yang berada di Indonesia. Walaubagaimanapun beliau tidak boleh kembali ke Indonesia kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Kesimpulannya tekanan perasaan adalah simptom yang sangat kritikal. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Luaran nya nampak ok seperti amah tersebut yang tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik sebelum pembunuhan ngeri tersebut berlaku. Tapi dalamannya begitu tenat. Kalau tidak mana mungkin beliau boleh melakukan perkara sebegitu kejam. Dan yang lebih mengerikan mengikut bedah siasat, leher kanak-kanak tersebut dikelar secara perlahan-lahan. Huh..tak boleh bayangkannn..apa perasaan dia sebenar pada waktu tu..

1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 1:00 AM 50 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Serius

Thursday, February 27, 2014

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)

 Embedded image permalink
Solat Sunat Istisqa

Kemarau yang berpanjangan adalah ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana kita semua manusia ingat kepada NYA. Kita manusia adalah umat yang lemah dan sering leka. Untuk memastikan kita sentiasa dilandasan yang benar, kadang kala Allah turunkan ujian supaya kita muhasabah diri. 

Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)


Cara yang terbaik untuk menghadapi ujian Allah ialah dengan kembali merujuk kepada NYA dan memohon supaya ujian tersebut segera berakhir. Dan untuk menghadapi kemarau yang berpanjangan Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan) adalah salah satu cara untuk kita memohon kepada Allah. 

Istisqa dalam bahasa adalah meminta turun hujan. Secara istilah ia bermaksud  meminta kepada Allah SWT agar menurunkan hujan dengan cara tertentu ketika kita benar-benar memerlukannya. Hukum shalat Istisqa adalah sunnah muakkad bagi mereka yang terkena musibah.

Adab Solat Istisqa'


Semua orang yang hendak menunaikan solat Istisqa' digalakkan berpuasa selama 3 hari, bersedekah dan bertaubat. Namun ia sekadar galakan bukan satu kemestian.


Pada hari keempat mereka akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa'.

Cara Solat Istisqa


Ia dilakukan secara berjamaah. Tiada azan mahupun iqamah. Rakaat pertama membaca Surah A'la selepas Surah Al-Fatihah. Rakaat kedua membaca Surah Al-Ghasyiah. Bacaan ini dibaca dengan kuat seperti Solat Jumaat.


Niat Solat Istisqa


Ø£ُصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الإِسْتِسْÙ‚َاءِ رَÙƒْعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ تَعَالَÙ‰
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.



Jemputan Solat Istisqa


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama dengan NGO-NGO dan komuniti setempat akan mengadakan Solat Sunat Istisqa’ pada 1 Mac 2014 (Sabtu), mulai jam 8.30 pagi, di Padang Pusat Komuniti Kg. Sg. Kantan, Kajang. 

Aturcara program adalah seperti berikut:
 

1. Solat Dhuha
2. Kuliah ringkas Dhuha
3. Solat Istisqa’ diimamkan oleh Imam Ustaz Shamsul Firdaus al-Hafiz
4. Khutbah oleh Ustaz Naim Mohd Nor, Tembalan Presiden ABIM


P/s: Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran, bolehlah join sekali.

1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 4:29 PM 20 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Agama

Fenomena Okultasi Di Langit Biru

 Maurizio Campisi got this beautiful shot of the moon and Venus on February 26.
Fenomena Okultasi

Fenomena Okultasi


You all perasan tak semalam ada berlakunya fenomena Okultasi Gerakan Planet. Kedengaran sungguh scintifik ya. Sebenarnya Fenomena Okultasi ni lebih dikenali sebagai gerhana. Ianya berlaku apabila sebuah planet ditutupi bulan atau sebuah planet ditutupi sebuah planet lain yang memiliki diameter yang lebih besar.

It was morning, and the sky was blue, when the occultation of Venus began over Bangalore, India.  February 26, 2014 Venus occultation by the moon.  Photo by Ravindra Aradhya in Bangalore, India.
Zurah Menghampiri Bulan
 Embedded image permalink
 Zuhrah Menyentuh Bulan
 Now Venus is barely visible at the limb of the moon. February 26, 2014 Venus occultation by the moon.  Photo by Ravindra Aradhya in Bangalore, India.
 Zuhrah Hampir Hilang Di Tutupi Bulan

Bulan Menutupi Planet Zuhrah


Fenomena Okultasi ini dapat dilihat pada waktu Subuh semalam (26 Februari 2014). Pada ketika kejadian, langit kelihatan sangat cerah kerana kedua-dua planet tercerah diangkasa selepas matahari seakan-akan duduk bersebelahan sebelum planet Zuhrah menghilangkan diri disebalik bulan. Rugi tak dapat tengokkan.

1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 3:00 PM 23 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Menarik

Kejamnya Manusia Ni...

Mulut Di Kunci Mangga Kerana Menangis

Mulut Di Mangga Kerana Menangis


Kejamnya seorang bapa,  Chris Elvis, 30 dari Nigeria yang sanggup mendera anaknya yang berusia 4 tahun sehingga mati hanya kerana tidak sanggup mendengar tangisan mangsa. Untuk menghentikan tangisan tersebut beliau membuat keputusan untuk menutup mulut mangsa dengan memasang mangga pada bibir kanak-kanak malang tersebut. 

Badan Di Lekapkan Seterika panas


Tidak cukup dengan mangga, beliau turut melekapkan seterika panas ke seluruh tubuh anaknya, Godrich dan kemudian mengurungnya di dalam bekas tong plastik. Selain untuk mengelakkan kanak-kanak tersebut dari menangis, beliau juga turut menganggap kanak-kanak tersebut pembawa sial.

Kekejaman ke atas mangsa hanya diketahui ibunya apabila pulang dari kerja. Namun semuanya sudah terlambat. Bayi malang itu sudah tidak bernyawa. Untuk mengelakkan dirinya dijatuhkan hukuman, si bapa yang kejam berpura-pura sakit mental. Namun pemeriksaan doktor mengesahkan beliau tidak mengalami sebarang simpton sakit mental. 

p/s: Dunia..dunia. Ramainya manusia yang dah hilang perikemanusiaan. Yang sakit mental satu hal, yang tak sakit pun pura-pura sakit. Hmm...


1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni

Source
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 3:00 AM 24 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Serius

Wednesday, February 26, 2014

Awas: Kopi Beracun Pembawa Maut

http://2.bp.blogspot.com/-zMUHSo6A6fY/TkiKehDBmbI/AAAAAAAADk4/LecqDjWjolE/s320/abang-yes-kopiberacun.jpg
Kopi Beracun (Source)

Kopi Beracun Pembawa Maut


Awas kopi beracun boleh membawa maut. Inilah amaran terbaru yang dikeluarkan oleh kerajaan apabila serbuan yang dilakukan ke atas sebuah premis memproses kopi di lembah kelang mendapati kopi yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan mengandungi  racun Sildenafil dan Sibupralile yang boleh membawa maut.

Kedua-dua racun tersebut adalah antara elemen utama yang digunakan dalam proses pembuatan kopi tersebut yang mana pengambilannya secara berterusan dalam jangka masa panjang, boleh merosakkan hati. 

Walaupun nama kopi tersebut tidak didedahkan, namun difahamkan sekotak kecil serbuk kopi ini mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak. Kopi ini katanya boleh melansingkan badan serta menguatkan tenaga batin. Setakat ini ia telah dipasarkan di sekitar lembah Kelang. 

Senarai Kopi Beracun


Selain daripada kopi diatas, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan sebelum ini juga telah menyenaraikan kopi-kopi berikut sebagai beracun:

Cafe Abang Yes,
Candi Gold,
Candy 193,
Extend Up Energy Drink,
Extremen,
Extrewomen,
Goji Guarana,
Goji Guarana Extra,
Goji More,
Goji Yumberry,
Guara Cafe,
HBW Ice Lemon Tea,
Hotton Vitality Candy,
Ie2 O,
King Cappucino,
Knight Cofee.
Kolek Cafe Power Plus,
Kopi Angguk,
Kopi Asmara,
Kopi Bagus AAA,
Kopi Campuran Kedai Kopi Ali Bagus,
Kopi Pahlawan,
Kopi Super Angguk,
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus,
Maca Max,
Macagin Ginseng Candy,
Mentalk Candy,
Nexus MXP,
Night Cafe,
Red Energizer Candy For Men,
Royal Beverage Maqrifatun,
Sasanergy Drink,
Trica Jus,
Tri-Max,
True SR,
vigor Candy,
Vitca-F,
Vitca-M,
Winnie Beauty V1,
XKL Sky Fruit Juice Premix. (Source)

So hati-hati semua terutama penggemar kopi. 

1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 9:00 PM 30 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Serius

Senyuman Rasulullah S.A.W

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://pondokalmadinah.com/file/2013/04/sabar.jpg
Sabar Itu Sebahagian Dari Iman

Senyuman Rasulullah S.A.W


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai kisah senyuman Rasulullah S.A.W. berhadapan dengan seorang Badui yang berkasar dengannya.

Anas bin Malik ra pernah berkata " Aku pernah berjalan bersama Rasulullah S.A.W. Ketika itu beliau mengenakan pakaian buatan Najran. Datanglah seorang Badui mendekati beliau dan kemudian dengan kasar menarik baju yang dikenakan Rasulullah saw tersebut. Akibat kerasnya tarikan orang Badui itu, leher Nabi saw tergores sedikit.

Kemudian orang tersebut membentak dengan ucapan: "Ya Muhammad, berikan aku dari harta Allah yang ada padamu."

Rasulullah S.A.W memandang kepadanya dan tersenyum, lalu kemudian menyuruh agar memberikan kepadanya apa yang dimintanya itu. (Riwayat Bukhori)

Rasulullah S,A.W memang terkenal dengan sifat sabar dan tenang. Tidak cepat marah dan emosi. Kalau kita semua diperlakukan sebegitu pastinya berlaku pergaduhan. Itulah istimewanya Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Selain dari sifat sabar dan tenang, empat sifat mulia Rasulullah S.A.W yang kita semua patut contohi adalah:

1. Sentiasa berbuat baik agar dapat dicontohi oleh orang lain.
2. Meninggalkan segala yang buruk dan tidak pernah menghampirinya
3. Selalu berusaha melakukan yang terbaik untuk umatnya
4. Sentiasa menegakkan apa yang benar dan yang baik bagi umatnya, walaupun mendapat tentangan.

Jom sama-sama kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah saw. Semoga jiwa kita akan lebih tenang dan hidup akan kita lebih diberkati. Aminn!!!

1. Rahsia Wanita 
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
3. Rahsia Di Sebalik Senyuman  
4. Mesti Baca 
5. Apa Kata Mereka
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 5:00 PM 28 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Motivasi pagi

Muslim Niaga : Contest SEO Terbaik

 
 Contest SEO Muslim Niaga

Contest SEO Muslim Niaga


Contest SEO Muslim Niaga adalah contest tajaan blog Terbaek.net dengan kerjasama MuslimNiaga.com.  Seperti contest SEO Eridy yang kita join sebelum ni, Contest SEO Muslim Niaga juga mengambil tema SEO sebagai asas pertandingan.

Tujuan Contest SEO Muslim Niaga(

SEO adalah merupakan ringkasan kepada Search Engine Optimization. Dalam bahasa mudah ianya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang kita buat di blog kita supaya blog kita tersenarai di search engine   seperti google, yahoo, bing dan lain². - See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2013/09/apa-itu-seo.html#sthash.MBFPZYzP.dpuf

Tujuan Contest SEO Muslim Niaga ini diadakan adalah memperkenalkan Muslim Niaga kepada pasaran yang lebih besar terutama mereka yang berminat untuk menjana pendapatan secara online. Di samping itu ia juga menguji kemahiran bloggers menghasilkan entri menggunakan keyword Muslim Niaga. Penggunaan teknik SEO yang betul akan mempengaruhi kedudukan entri yang kita hasilkan di halaman utama enjin carian.

Apa Itu Muslim Niaga


Muslim Niaga adalah sebuah Platform Dropship Produk Islamik No.1 Malaysia. Ianya diperkenalkan untuk membantu individu-individu yang berminat untuk memulakan perniagaan secara dropship dengan memiliki laman web kedai online sendiri yang lengkap dengan system yang telah disediakan oleh pihak Muslim Niaga.
 

Konsep Dropship Muslim Niaga


Konsep Dropship Muslim Niaga,  memerlukan seorang agen dropship untuk mempromosikan kedai online beserta lebih kurang 400 produk yang disediakan. Seperti konsep dropship yang lain, agen tidak perlu menyimpan stok barangan. Sekiranya terdapat pembeli, agen perlulah membuat pesanan kepada pembekal yang akan menghantar pesanan tersebut ke rumah pelanggan. Pembayaran kepada pembekal akan dibuat pada harga kos. Lebihan bayaran adalah di kira sebagai keuntungan yang menjadi hak milik agen.

Carta Dropship Muslim Niaga 


Carta Dropship Muslim Niaga

Langkah 1: Anda promosikan kedai online anda. 
Langkah 2: Pembeli membeli produk di kedai online anda. 
Langkah 3: Pembeli membayar kepada anda mengikut Harga Jualan. 
Langkah 4: Anda membayar Harga Kos kepada Pembekal. Anda simpan keuntungan. 
Langkah 5: Pembekal menghantar produk kepada Pembeli.


Produk-Produk Di Muslim Niaga

Antara Produk-Produk Muslim Niaga

 
Ada pelbagai produk yang ditawarkan oleh Muslim Niaga. Antaranya:
  • Produk kecantikan
  • Produk islamik seperti CD bacaan doa, zikir dan selawat, quran digital, tasbih digital, panduan haji dan umrah, buku-buku keagamaan dan kompas kiblat
  • Gajet-gajet seperti tablet, scanner dan visual goggle.
Muslim Niaga amat menitikberatkan pemilihan produk dan juga pembekal. Produk-produk ini dipilih bukan hanya kerana ianya nampak menarik pada pandangan mata sahaja, tetapi ia juga mampu dijual pada harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. 

Cara Untuk Menjadi Agen Muslim Niaga


Sekiranya you all berminat untuk menjadi Agen Muslim Niaga, bolehlah hubungi pihak Muslim Niaga melalui panggilan telepon, tweeter, fanpage atau masuk ke website Muslim Niaga sendiri seperti berikut:

Website : Muslim Niaga
No Tel : 011 142 601 61
Twitter : @mndropship
fanpage : Muslim Niaga

Usaha yang dilakukan oleh Muslim Niaga ni sangat baik. Ianya adalah salah satu cara untuk membantu umat Islam berniaga mengikut syariat yang betul. Semoga ianya mendapat sambutan.

Syarat Contest SEO Muslim Niaga


Syarat untuk menyertai Contest SEO Muslim Niaga ni adalah seperti berikut:

1. Membuat satu blogpost review tentang Muslim Niaga
2. Entry mestilah tidak kurang dari 400 perkataan
3. Menggunakan keyword Muslim Niaga berdasarkan kreativiti masing-masing. 
4. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk membuat satu entry.


Hadiah Contest  SEO Muslim Niaga

Hadiah Contest SEO Muslim Niaga


Pemenang pertama, kedua, ketiga dan sagu hati Contest SEO Muslim Niaga akan di pilih berdasarkan carian keyword Muslim Niaga di halaman pertama carian google.com pada jam 11.59 malam pada 12 March 2014. 3 Pemenang yang membuat review terbaik tentang Muslim Niaga juga akan terpilih. 

Pemenang-pemenang
Contest SEO Muslim Niaga akan membawa pulang hadiah menarik seperti berikut:

1. Percutian selama 3 hari dua malam sumbangan Sumai Hotel Apartment & Kedai Online

2. iPad Mini 16GB
3. Smartphone Lenovo Ideaphone A850
4. Wang Tunai berjumlah RM200 beserta Tshirt Muslim Niaga dan Projek Iqra
5. Wang Tunai berjumlah RM150 beserta Tshirt Muslim Niaga dan Projek Iqra

3 Pemenang review terbaik akan menerima set minyak wangi dari favorite perfume.

Penaja Contest SEO Muslim Niaga


Contest Seo Muslim Niaga ini dianjurkan oleh Farid Laham, dan ditaja oleh Muslim Niaga, Sumai Hotel Apartment, Projek Iqra,  Farisya Anastasyia, Akma Omar, Nannie Isa, Azhafizah Md Nor, Nadia Shaira Shaf'ii dan Nabila Biela.

Tarikh Penyertaan Contest SEO Muslim Niaga


Contest SEO Muslim Niaga(terbuka kepada semua blogger bermula dari 12 Feb 2014 sehingga 11 March 2014. So guys apalagi jomlah kita memeriahkan contest ni. Pada yang berminat boleh join di sini ya: Contest SEO Muslim Niaga

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Tiga Minit Yang Berharga...  
3. Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...  
4. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia 
5. Pilihan Terbaik
6. Suara Mereka Suara Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 3:00 PM 58 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Contest SEO

WW # 16: Segmen & Giveaway By Ikhwan Yusuf

SEGMEN&GIVEAWAY BY IKHWAN YUSUFF
Boleh klik banner di atas untuk join

Embedded image permalink

Jom Semua, Support Blogger Ikhwan

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Tiga Minit Yang Berharga...  
3. Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...  
4. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia 
5. Pilihan Terbaik
6. Suara Mereka Suara Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 4:38 AM 11 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Wordless Wednesday

Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin


Tidur dalam kandang, tak mampu sewa rumah
Tai Lun Po, 79, telah ‘menginap’ di dalam kandangnya selama 30 tahun

Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin


Kerana kemiskinan dan kos sara hidup makin meningkat, tak semua orang mampu mempunyai sebuah rumah mahupun menyewa sebuah bilik. K
andang adalah antara pilihan yang mereka ada.  Itulah realiti kehidupan. 

Itulah dilema ramai penduduk dunia. Ianya juga turut berlaku di Hong Kong.  Antara bandar terkaya di dunia. Walaupun bandarnya kaya, tapi penduduknya masih ada yang terpaksa hidup dalam kandang seperti binatang kerana tidak mampu menyewa rumah.
Getting some work done: Tang Man Wai, 60 (right) looks out of the window as his roommate sits at a desk, a rare luxury in the filthy, dank cage rooms
 Kandang Jadi Pilihan
Kandang Jadi Pilihan

Harga hartanah di Hongkong tersangat tinggi. Satu apartmen dengan satu bilik boleh mencapai sewa 1,240 pound (RM6,850.13) sebulan. Sebagai pilihan, mereka yang kurang berkemampuan terpaksa memilih untuk tinggal di dalam 'kandang' yang disusun secara bertingkat di dalam sebuah bilik yang kecil dan panas. Itulah nasib orang miskin.

p/s: Alhamdulillah. Rakyat Malaysia rasanya belum sampai ke tahap ini. Tapi tak mustahil kerana ramai aje yang tak mampu memiliki rumah kat Malaysia sekarang ni. Bilik mungkin ok lagi. Kalau kenaikan kos sara hidup makin meningkat dan tak ditangani dengan baik kejadian macam ni mungkin juga akan berlaku pada suatu hari nanti.


1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Tiga Minit Yang Berharga...  
3. Ramai Yang Bangga Dengan Mereka...  
4. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia 
5. Pilihan Terbaik
6. Suara Mereka Suara Malaysia 
7. Ramai Yang Pilih Ni..Kenapa Ya?

Source
Read more ...
Share ! Tweet
Posted by Blog Santai at 1:30 AM 23 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Info Serius
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ►  2018 (5)
    • ►  December (2)
    • ►  November (3)
  • ►  2016 (20)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (8)
  • ►  2015 (26)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (7)
    • ►  April (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (4)
    • ►  January (8)
  • ▼  2014 (1162)
    • ►  December (77)
    • ►  November (71)
    • ►  October (71)
    • ►  September (73)
    • ►  August (67)
    • ►  July (85)
    • ►  June (111)
    • ►  May (134)
    • ►  April (119)
    • ►  March (126)
    • ▼  February (111)
      • Jadual Catuan Air Phasa Kedua Di Selangor Mulai Esok
      • Sedihnya!!!!
      • Inilah Statistik Pekerja Asing Di Malaysia
      • Punca Sebenar Amah Membunuh 2 Beradik Di Sungai Buloh
      • Solat Sunat Istisqa (Minta Hujan)
      • Fenomena Okultasi Di Langit Biru
      • Kejamnya Manusia Ni...
      • Awas: Kopi Beracun Pembawa Maut
      • Senyuman Rasulullah S.A.W
      • Muslim Niaga : Contest SEO Terbaik
      • WW # 16: Segmen & Giveaway By Ikhwan Yusuf
      • Tidur Dalam Kandang Kerana Miskin
      • Dua Beradik Mati Di Kelar Amah Di Sungai Buloh
      • Jom Bercuti Ke Okinawa Jepun
      • Jawatan Kosong Untuk Umur 70 Tahun
      • Awas Dengan Panggilan Ni !!!
      • Tulisan Tangan Lambang Peribadi
      • Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !
      • Inilah Status Pendapatan Rakyat Malaysia
      • Promosi Hebat Air Asia Serendah RM0.00
      • Rahsia Qiamullail Di Sepertiga Malam
      • Kejamnya!!!!!
      • TETRIS - "Game" Untuk Diet
      • Inilah Telur Tiruan Untuk Pasaran Dunia
      • Harga Gula Tahun 1968 Di Malaysia
      • Segmen Review Blog Sampai Lebam
      • Anak Derhaka Di Sebat 2,400 Kali
      • BR1M 3 Telah Di Bayar. Sila Semak Akaun Ya!!!
      • 8 Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap
      • Kisah Panda Dan Manusia
      • Kongsi Gambar & Menang Rebat kredit RM50 Setiap hari
      • Tikam Bapa Hingga Mati, Kerana Di Suruh Ke Sekolah
      • 7 Sifat Yang Di Sukai Syaitan
      • Jom Bantu Mereka!!!!
      • Inilah Antara 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahu...
      • 3 Sebab Kenapa Tidak Boleh Makan Sambil Berdiri
      • Pembunuhan Kejam Umat Islam Di Afrika
      • Kisah Marwan Di Tengah Padang Pasir
      • Mengapa Kualiti Backlink Penting Untuk Blog
      • Mengapa Melayu Paling Ramai Muflis?
      • WW # 15: Amalan Memasuki Tandas
      • Jelmaan Serigala Jadian
      • Awas: Sosej Berkulat Dalam Roti
      • Haram Sembelih Binatang Cara Islam
      • Bacalah Ayat Ini Setiap Pagi
      • Tidur Dalam Marah
      • Inilah Wajah Wanita, Pemuja Syaitan a.k.a Pembunuh...
      • KWSP Umum Dividen 6.35% Bagi Tahun 2013
      • Hukum Berbisik Di Dalam Islam
      • Wah Banyaknya Untung...
      • Tragedi Hutang...
      • Awas: Risiko Cuaca Panas
      • Motivasi Pagi : Isyarat Hati
      • Krisis Air: 3 Empangan Kritikal Akibat Kemarau
      • Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)
      • 5 Gambar Letusan Gunung Berapi Kelud Di Surabaya
      • Motivasi Pagi : Emosi Dan Dosa
      • Siapa Yang Sanggup Buat Macam Ni?
      • Kayanya Malaysia !!!!!
      • Skim MyHome Bagi Subsidi Sehingga RM30,000
      • 4 Solat Sunat Yang Di Tuntut
      • Penyumbang Trafik Ke Blog Santai @ 12 Feb 2014
      • Kisah Kopi Dan Gembala Kambing Yang Di Pinggirkan
      • 5 Sebab Mengapa Perlu Tidur Mengiring
      • 7 Amalan Makanan Ikut Sunnah
      • Alexa Ranking Blog Santai @ 12 Feb 2014
      • Misteri Terowong Larkin
      • WW # 15: Rezeki Yang Berkat
      • Sedapnya Jus Tembikai Susu ...
      • Awas : Selfie Penyebab Sakit Mental
      • 4 Sebab Mengapa Perlu Tidur Awal
      • Misteri Pokok Petai Menangis
      • Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali..
      • Terima Kasih Blogger Aiza Dari Dunia Kecil
      • 4 Cara Untuk Menang Angpau RM4,204 Dari JDR
      • Motivasi Pagi : Nasihat Untuk Rakan
      • Bagi Percuma Tak Nak, Sanggup Bayar Walau Mahal..
      • Tips Sihat Untuk Semua...
      • Ngeri: Maut Di kelar Suami
      • Pembayaran BR1M 3 Bermula 22 Februari 2014
      • Cubalah Contohi Mereka...
      • Di Penjara Kerana Inaya Anak Kucing...
      • Di Usir Dari Kampung Kerana "Hodoh"
      • 7 Cara Berkesan Menangani Masalah
      • Kasih Ibu
      • Inilah Tarif Baru Insurans Kenderaan Bermotor Mula...
      • Ribut Salji Melanda Iran
      • Sujud Syukur
      • Mereka Perlukan Bantuan...
      • Awas: Kes Denggi Semakin Serius
      • Angkara Duit Perut Bapa Hampir Terburai Di Tikam
      • Tol Tak Naik Tahun Ni Ya!!
      • Nasi Beriani Percuma...
      • WW # 15: Keajaiban Allah
      • Apabila Gereja Bantu Orang Islam!!!
      • 5 Peringatan Untuk Perbaiki Diri
      • Segmen Jom Beramah Mesra
      • Angpau Bernilai RM4,204.00 Untuk Semua
      • Apabila Orang Melayu Beratur Di Tokong
      • 7 Kuasa Cinta
    • ►  January (117)
  • ►  2013 (1464)
    • ►  December (127)
    • ►  November (130)
    • ►  October (121)
    • ►  September (130)
    • ►  August (115)
    • ►  July (119)
    • ►  June (125)
    • ►  May (120)
    • ►  April (132)
    • ►  March (116)
    • ►  February (111)
    • ►  January (118)
  • ►  2012 (763)
    • ►  December (154)
    • ►  November (138)
    • ►  October (131)
    • ►  September (131)
    • ►  August (103)
    • ►  July (106)

Popular Posts

  • 1st Segmen : Kasi Terjah by Add
  • WW #7: Honda Vesel
  • 3 Hikmah Solat Sunat Dhuha
  • 8 Petua Untuk Hidup Tenang Dan Bahagia
  • KLIA2 Lebih Baik Dari KLIA?

About Me

Blog Santai
View my complete profile

Followers

Powered by Blogger.
Designed By