Breaking News

Saturday, November 30, 2013

5 Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Bercuti

http://www.indiamarks.com/wp-content/uploads/india-travel-tips-for-visitors.gif
Tips Semasa Bercuti

Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Bercuti


Musim cuti sekolah dan akhir tahun adalah masa untuk "Makan Angin". Waktu nilah ramai diantara kita yang mengambil peluang untuk bercuti samada ke dalam atau ke luar negara. Yalah selepas penat bekerja/belajar selama hampir setahun mestilah nak rehatkan mindakan. Tapi sebelum bercuti, yang pasti kena plan betul-betul supaya percutian kita berjalan lancar. Bagi kita travelling ni memang aktiviti yang menyeronokkan. Tapi kalau tak plan betul-betul memang boleh stress. 

Hari ni kita nak kongsi beberapa tips, mengenai penjagaan makanan yang boleh you all jadikan panduan semasa bercuti especially kalau you all berhajat ke negara-negara di South East Asia. Antaranya:

 Displaying 7 tips-infographic.jpg
5 Tips Penjagaan Kesihatan Semasa Bercuti (Source)

1. Pastikan Makanan yang dipilih adalah baik untuk kesihatan. Elakkan mengambil terlalu banyak makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi kerana proses pencernaannya agak lambat. Hasilnya perut kita mungkin mengalami keadaan yang tidak selesa akibat asid yang berlebihan.

2. Jarakkan masa pengambilan makanan. Jangan ambil terlalu banyak makanan dalam satu masa.

3. Elakkan mengambil makanan yang terlalu pedas.

4. Pastikan makan ditempat yang bersih untuk mengelakkan keracunan makanan. Di samping tu, pastikan buah-buahan yang diambil dibasuh terlebih dahulu sebelum dimakan.

5. Elakkan mengambil makanan yang agak berat sebelum tidur. Jika lapar ambillah buah-buahan sebagai pengganti.

Read more ...

Misteri Tasik Chini

 
Tasik Chini

Tasik Chini


Apabila sebut tasik Chini, mesti ramai yang terbayangkan kisah Naga Misteri di Tasik Chini kan. Sebenarnya kita tak pernah sampai ke sini, tapi kita agak tertarik dengan kisah-kisah misteri tasik ni yang terletak di dalam daerah Pekan di negeri Pahang. Tasik Chini ni pada kita agak unik dengan persekitarannya yang agak tenang dikelilingi dengan hutan yang menghijau. 

Misteri Naga Tasik Chini


Menurut lagenda, Tasik Chini ini pada mulanya dikawal oleh seekor naga yang bergelar Seri Gumum. Kemudian seekor naga lain yang bergelar Seri Pahang meneceroboh kawasan Seri Gumum. Perbalahan terjadi yang mengakibatkan Seri Pahang kalah lalu melarikan diri.

Menurut cerita, Seri pahang telah melarikan diri melalui sebuah lubang didalam tasik itu. Lubang itu masih boleh ditemui di salah sebuah tasik didalam tasik Chini. Bermula dari cerita ini, Tasik Chini telah menjadi terkenal sebagai sebuah tasik yang penuh misteri.

 http://img.fotocommunity.com/Bach-Fluss-See/See-Teich-Tuempel/Fischerhuette-am-Tasik-Chini-West-Malaysia-a18501864.jpg 
Tasik Chini

Tiga Belas Tasik Membentuk Tasik Chini


Keunikan Tasik Chini bukan sahaja kerana persekitarannya, tetapi pembentukan tasik itu sendiri. Tasik Chini mengikut sejarah, terdiri daripada cantuman 13 buah tasik dan merupakan satu-satunya "Rantaian Tasik" yang terdapat di Pahang dan Di Malaysia.

Daripada 13 buah tasik ini terdapat tujuh buah tasik yang besar. Penduduk tempatan Pahang Darul Makmur menggelar tasik besar ini sebagai laut kerana tasik-tasik ini kelihatan seperti laut ketika hari hujan.

 http://www.timalaysia-forestwatch.org.my/wp-content/uploads/2012/06/Lotus-The-Glory-of-Tasik-Chini.jpg 
Teratai Tasik Chini

Teratai Di Tasik Chini


Pemandangan yang paling menarik di Tasik Chini adalah ketika musim teratai. Pada musim ini Tasik chini akan dipenuhi bunga teratai. Musim bunga teratai adalah pada bulan April hingga Ogos. So kalau you all berhajat nak melawat Tasik Chini mungkin ini adalah masa yang sesuai kot. Disamping tu boleh menikmati suasana desa yang dikelilingi warna-warna hijau yang tenang..

Read more ...

Tikus Di Denda Kerana Mencuri

Thieving Rats are Put on Public Display, and Made an Example of for Other Rats
 Tikus Di Denda

Tikus Di Denda Kerana Mencuri


Tiga ekor tikus  telah didenda dengan diikatkan kepada sebatang pokok sebagai pengajaran kepada tikus-tikus yang lain. Kalau cerita sebelum ni, seekor lembu telah ditangkap di Nigeria kerana didakwa membunuh, kali ni kesemua tikus-tikus ini ditangkap kerana sering mencuri makanan dari sebuah kedai di Sichuan, China. Selain daripada mencuri tikus-tikus ini juga sering menggigit serta merosakkan wayar CCTV dikedai berkenaan.

Amaran Kepada Tikus Lain


Tujuan mereka meletakkan tikus berkenaan di pokok tersebut untuk memberi amaran kepada tikus-tikus yang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama. Mana-mana tikus yang telah ditangkap kerana melakukan perbuatan yang "buruk" akan dihantar ke kawasan luar bandar dan diserahkan kepada "Konstabel Kucing Hitam".

p/s: Macam cerita Walt Disney pulak. Tapi itulah hebatnya China. Macam-macam cerita pelik tapi benar ada.

Read more ...

10 Sebab Kenapa Perlu Makan Manggis

http://www.asianspaproduct.com/wp-content/uploads/article-skin-benefits-mangosteen-peel.jpg
Manggis

Manggis Buah Tropika


Manggis adalah my all time favorite. Dikenali scientifically sebagai Garcinia mangostana, manggis dipercayai berasal di Kepulauan Sunda dan Maluku Indonesia. Ia tumbuh subur terutamanya di Asia Tenggara dan beberapa negara lain seperti Colombia, Kerala di India dan di Puerto Rico. 

 http://1.bp.blogspot.com/-iTjNvkox8bY/UZSwvX93hrI/AAAAAAAABc4/5lv1DnmySzY/s400/188243_10200174052848253_68875974_n.jpg
10 Khasiat Manggis

10 Khasiat Manggis


Kita suka buah manggis ni kerana rasa dia yang masam dan manis. Di samping tu manggis ni sebenarnya banyak khasiat. Antaranya ia merupakan sumber antioksidan yang tertinggi di dunia. Di dalam buah Manggis terdapat element yang dikenali sebagai "xanthone" yang baik untuk jantung dan membantu sistem pengaliran darah.   

Read more ...

Friday, November 29, 2013

Kenapa Villa Nabila Tak Boleh Di Robohkan?


 
Villa Nabila

Kenapa Villa Nabila Tak Boleh Di Robohkan?


Villa Nabila yang telah menjadi lokasi sensasi beberapa minggu yang lalu, tak mungkin dirobohkan kerana ia adalah harta persendirian. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri besar Johor. Sememangnya ini adalah tindakan yang betul. Namun seeloknya tempat tersebut dijadikan kawasan larangan supaya tak ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menceroboh kawasan tersebut. 

  
Kawasan larangan

Kalau ada pihak-pihak yang dapat menghubungi tuan punya villa tersebut lagilah elokkan. Bagi kita tempat-tempat sebegini kurang elok dibiarkan kosong terlalu lama. Selain daripada dihuni oleh mahluk-mahluk halus, selalunya ia akan dijadikan Port Penagih Dadah Tegar. Dan kadangkala tempat-tempat begini juga seringkali dijadikan sarang maksiat...

 
Sebahgian Dari Banglo Villa Nabila

Memandangkan pihak kerajaan Johor tidak berminat untuk menjadikan Villa ni salah satu daripada tempat tarikan pelancong, ada baiknya Banglo ini dirobohkan. Sekurang-kurangnya ia boleh mengelakkan kehilangan yang kedua dan ketiga kerana rasanya ramai diluar sana yang excited nak jadi Uncle Seekers untuk test power.  
Read more ...

Koleksi Gambar Lucu

 
Padlock Handphone? (Source)

Sama tapi tak Serupa


Sama Tapi tak Serupa. Kedua-duanya agak kreatif dan menggunakan pinggang sebagai base ya...Yang berbeza hanya lah konsep keselamatan yang di praktikkan. Seorangnya begitu "alert" sehinggakan handphone pun di Padlockkan nya. Dan sorang lagi begitu "loose" . Hanya menggunakan slipper sebagai cover pistol...Hmmmmm!!!!
 
Pistol Gun Revolver Holsters in India Funny Jugaad
Read more ...

Thursday, November 28, 2013

Awas: Denda Atau Penjara Kalau Kritik Polisi Kerajaan

 
Denda Atau Jail Untuk Kritikan

Rang Undang-Undang Baru Vietnam


Di Denda Atau Penjara Kalau Kritik Polisi Kerajaan. Wah susahlah macam ni. Tapi nasib baik ini bukan kat Malaysia tau. Ianya telah diluluskan sebagai rang undang-undang baru di Vietnam.

Berdasarkan undang-undang baru yang telah diumumkan minggu lalu, kerajaan Vietnam berhak mengenakan Denda sebanyak 100 juta dong ($ 4,740) atau hukuman penjara kepada sesiapa yang mengkritik dasar kerajaan di laman sosial seperti Facebook, Blog dan Twitter. 

Denda/Penjara Jika Menentang Kerajaan 

Dalam undang-undang tersebut, mana-mana komen yang dianggap sebagai "propaganda menentang kerajaan", akan dikenakan denda walaupun ianya bukan satu kesalahan jenayah.

Sehingga kini Vietnam telah menghukum beberapa penulis blog yang mengkritik dasar mereka. Bilangan tangkapan dan sabitan telah meningkat dalam tempoh empat tahun lepas.

Rang undang-undang baru itu yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Vietnam,
Nguyen Tan Dung menerima kritikan hebat kerana ianya dianggap tidak jelas dan tidak adil. 

p/s: Closed polisi macam ni tidak baik untuk sebuah negara yang membangun. Rakyat berhak menyuarakan pendapat masing-masing. Semoga Malaysia tidak sampai ke tahap ini.

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...

Surat Dari Pencuri

 
11 Muka Surat Tulisan Tangan

Surat Dari Pencuri


You all ingat tak lagi kisah Nota dari Pecuri yang kita kongsikan dulu? Kali ini kita nak kongsikan kisah yang hampir sama. Kalau dulu, pencuri tersebut meninggalkan Nota kepada Mangsa diatas cermin teksi, kali ni si pencuri menghantar 11 keping surat tulisan tangan kepada Mangsa. 

Pencuri Telepon Bimbit


Kisahnya yang boleh dianggap "Pelik Tapi Benar" ini seperti biasa berlaku di China apabila seorang lelaki telah kehilangan telepon bimbitnya semasa menaiki teksi. Ketika sampai ke tempat yang dituju, beliau menyedari telepon bimbitnya sudah tiada dan beliau mengesyaki seorang lagi penumpang yang berada didalam teksi tersebut telah mencuri telepon beliau ketika beliau tertidur.

Bengang dengan kejadian tersebut, lelaki tersebut telah menghantar message kepada telepon bimbitnya mengungut supaya sipencuri memulangkan kembali telepon beliau kepada alamat yang diberi.  

 11 Muka Surat Tulisan tangan


Keesokan harinya, beliau sangat terkejut apabila menerima sepucuk surat beserta 11 muka surat tulisan tangan senarai kenalan beliau, lengkap dengan nama, nombor telefon dan alamat e-mel. Ianya tidak kurang daripada 1000 orang kenalan. Tulisannya begitu kemas dan ia pasti pencuri tersebut mengambil masa yang agak lama untuk menyediakan kesemua senarai tersebut.

Biarpun telepon bimbit beliau yang beharga 270 Yuan tidak dikembalikan, beliau agak terskema & terharu dengan "usaha" pencuri tersebut.

  
Nota Dari Pencuri

P/s: Mungkinkah  pencuri ini orang yang sama yang telah meninggalkan nota di atas cermin teksi yang dicuri sebelum ini? Hmmmm....

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
Read more ...

6 Jenis Manusia Yang Di Benci Allah

Salam Motivasi Untuk Semua Pembaca Blog Santai,

http://4.bp.blogspot.com/_xWZwy8Zr3rA/TFGjAMiIkZI/AAAAAAAAAFg/QcQZWWAwWUg/s1600/ujian+Allah.jpg
Ujian Allah (Source)

6 Jenis Manusia Yang Di Benci Allah


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai hari ni adalah mengenai kisah 6 Jenis Manusia yang Di Benci Allah.
 
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: "Ada enam orang yang Aku benci/kutuk dan Allah S.W.T juga membencinya/mengutuknya. Sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan". Mereka itu adalah:

1. Orang yang menambah isi Al Quran (Dengan tafsiran atau takwil yang menyimpang)
2. Orang yang tidak menerima takdir Allah S.W.T
3. Orang yang berkuasa yang suka memaksa dan takkabur, sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan oleh Allah, dan dia menghina orang yang telah dimuliakan oleh Allah.
4. Orang yang menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah di Mekah.
5. Umatku yang menghalalkan apa-apa yang telah diharamkan oleh Allah.
6. Dan orang yang meninggalkan sunnahku.

Secara kesimpulannya, jauhi enam perkara diatas. Yang paling hampir dengan kita adalah perkara dua iaitu tidak dapat menerima takdir Allah apabila diuji. Tanpa sedar kita telah menjemput kebencian Allah. Dan begitu juga perkara enam, apabila ada diantara kita yang bukan sahaja tidak mengikut sunnah Nabi bahkan memperkecilkan nya. Semoga kita semua bukan salah seorang daripada mereka.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam. 

Read more ...

Giveaway By Mama Liza


Kira Buku Di Dalam Rak

Hari ni kita nak share giveaway yang ditaja oleh blog Life As Mama Liza. Giveaway ni simple aje. Apa yang you all perlu lakukan adalah mengira berapa banyak buku yang ada kat dalam rak kat atas tu. Kalau sukar nak kira teka aje..Tak rugi pun..Mana tau tiba-tiba tepatkan...

Pemenang pertama yang dapat memberikan jawapan yang tepat akan menerima set barangan kat bawah ni:

 
Hadiah Untuk Pemenang Pertama

Kalau tak dapat hadiah pertama, its ok coz ada tiga lagi hadiah saguhati yang akan diberi kepada mereka-mereka yang membuat tekaan yang hampir tepat kot. Pemenang hadiah saguhati akan menerima salah satu dari set barangan dibawah:

Hadiah Untuk Pemenang Saguhati

Menarikkan!!!

Read more ...

Wednesday, November 27, 2013

12 Sebab Kenapa Perlu Makan Delima

http://i0.wp.com/www.nutrientrich.com/wp-content/uploads/2013/10/pomogernate1.jpg?resize=640%2C480
Delima (Source)

Delima Buah Syurga


Delima ni adalah one of my favorite fruits. Kita suka rasa dia yang manis even susah sikit nak makan coz saiz dia yang kecil. Ada juga a few yang kita pernah beli yang saiz dia agak besar tapi tak manis. That one was imported. Tapi kalau you all pernah makan delima dari Egypt memang best sangat-sangat. Bukan hanya besar tapi color dia sangat merah and meriah. Kalau siapa yang tak pernah makan pun mesti nak cuba.!!!

http://4.bp.blogspot.com/-bPvCJT4KtJQ/UPCHmrMXImI/AAAAAAAACvg/bjTlLg-Wk_0/s1600/buah+delima.JPG
Delima Buah Syurga (Source)

12 Khasiat Delima


Delima ni bukan setakat sedap tapi khasiat dia memang banyak. Khasiatnya turut disebut dalam hadis mauquf di mana antara lain Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima adalah antara daripada buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga. Antara khasiat delima adalah membantu sistem penghadaman, membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah serta membaikpulih fungsi hati dan limpa.

http://www.antioxidants-make-you-healthy.com/images/aobenefits.jpg 
Read more ...

Rezeki Dari Langit

http://2.bp.blogspot.com/-p0z1_as-QtY/UhJT0XGjw2I/AAAAAAAABVs/UuC3Fu6-SKw/s1600/bersyukur.jpg 
Rezeki Dari Langit (Source)

Rezeki Dari Langit


Rezeki dari langit. Pepatah ni rasanya memang sangat sesuai untuk tiga kisah yang kita kongsi dengan you all ni. Mungkin ini juga yang selalu dikatakan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia tiada siapa yang tahu.

The $3 Bowl Found in a Garage Sale that Turned to Be a 1,000-Year-Old Treasure Worth $2.2 Million 
Mangkuk Rezeki : $3 Jadi $2.2 Juta

Tuah Mangkuk Cina


Sebuah keluarga New York telah membeli sebuah mangkuk Cina dengan harga $ 3 di sebuah jualan garaj. Mereka sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa mangkuk itu sebenarnya telah berusia 1,000 tahun dan bernilai $ 2.2 juta.

Mangkuk seramik, 5 inci diameter dengan corak gigi terukir di bahagian luar akhirnya dijual kepada seorang usahawan di London, Giuseppe Eskenazi, di rumah lelongan Sotheby di New York pada Mac 2013.

Sotheby berkata mangkuk tersebut adalah dari Dinasti Song Utara, yang telah memerintah China 960-1127. Satu-satunya mangkuk yang berlainan saiz tapi mempunyai reka bentuk yang sama kini berada dalam koleksi Muzium British selama lebih daripada 60 tahun.
  

 The Alleged Jackson Pollock Painting that was Bought for Five Dollars and is Being Sold for $50 Million 
Lukisan Rezeki: $5 Jadi $50 Juta

Tuah Lukisan


Teri Horton, seorang pemandu truck dari california telah membeli sebuah lukisan dengan harga $5 dari sebuah kedai sebagai hadiah untuk rakan yang dalam kesedihan. Horton berpendapat warna-warna terang yang ada pada lukisan tersebut mungkin akan mengembirakan rakannya. 

Tapi sebaliknya berlaku apabila warna-warna ceria tersebut adalah sebenarnya khas untuk beliau, apabila dimaklumkan bahawa lukisan tersebut adalah hasil kerja tangan Jackson Pollock, seorang pelukis terkenal.  Dan lukisan itu sebenarnya bernilai tidak kurang daripada $50 juta.

The Man Who Paid $10 at a Las Vegas Garage Sale for What Turned Out to Be a $2 Million Andy Warhol Original Sketch 
 Lukisan Rezeki: $1 Jadi $2 Juta

Tuah Lukisan


Seorang ahli perniagaan British, Andy Bidang telah membeli koleksi lima buah lukisan dari sebuah jualan garaj di Las Vegas dengan harga $5. 

Apabila beliau membuat keputusan untuk memframekan salah satu dari lukisan tersebut, beliau amat terkejut apabila mendapati sebuah lakaran awal Andy Warhol, tersembunyi di belakang lukisan tersebut. Lukisan itu dilukis semasa Warhol hanya berusia 10 tahun. Harga yang ditawarkan untuk lukisan tersebut mencecah $2 juta.

1. Rahsia Blogger Malaysia
2. Rahsia Yang Kita Semua Perlu Tau  
6. Amaran Untuk Rakyat Malaysia 
7. Ramai Yang Suka Buat Ni
 
SR: Oddee.com
Read more ...

Awas: Di Tangkap Jika Ada Saman!!!!!

http://4.bp.blogspot.com/-2Khk_M1SMKA/UpQNX79VooI/AAAAAAAACls/1wPEKuex19M/s400/Screenshot_2013-11-25-10-53-37-1.png 
Ops Cantas Khas Trafik

Di Tahan Jika Ada 10 Saman

You all ada saman tertunggak tak? Jika ada eloklah diselesaikan segera ya, terutama kepada mereka-mereka yang mempunyai lebih daripada 10 saman. Bukan apa nanti tak pasal-pasal kena tahan dalam Ops Cantas Khas Trafik yang sedang giat dijalankan sekarang ni. Operasi ni dah bermula kat KL dan akan di jalankan keseluruh negara.

Kalau tak sure ada saman ke tak,  you all boleh check sekarang samada melalui online atau sms:

Semakan Saman PDRM


1. Semakan saman PDRM secara online: KLIK SINI
2. Semakan saman PDRM melalui SMS:
Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran/plat kenderaan] hantar ke 32728
Contoh: POLIS SAMAN SA3321S hantar ke 32728
3. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu
Taip POLIS SAMAN atau dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN WAQ1234 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20


Semakan Saman JPJ


1. Semakan saman JPJ secara online: KLIK SINI
2. Semak saman, lesen memandu dan mata kejara JPJ melalui SMS:
Taip jpj <space> your IC Number and send to 37773
Contoh: jpj 123456734000 hantar ke 37773


SR: Informasi.my
Read more ...

Koleksi Lawak Santai

http://bigteaparty.com/blog/wp-content/uploads/TiPs/canibal_cooking.jpg 
Puak Kanibal

Kanibal & Kayak


Koleksi Lawak santai yang kita nak kongsi hari ni adalah mengenai kisah Puak Kanibal & Kayak.

Tiga orang pengembara ditangkap oleh puak kanibal di hutan Borneo. Ketua puak meneliti setiap seorang daripada mereka .

Ha..ha..ha...Malam ni kami akan buat kenduri besar. Kami akan bunuh kamu bertiga. Daging kamu akan kami panggang dan kulit kamu akan dibuat kayak. Tapi aku ada satu berita baik. Kamu boleh pilih sendiri cara kamu untuk mati, kata ketua puak.

 http://www.sciencebuzz.org/sites/default/files/webform_images/kayak0213cropped.jpg
Kayak

"Saya nak dibunuh dengan pedang" kata pengembara pertama. Ketua puak memberikan pedang dan pemuda itu menikam perutnya sendiri lalu mati.

"Saya nak dibunuh dengan pistol" kata pengembara kedua. Ketua puak memberikan pistol dan pemuda itu menembak kepalanya.

"Saya nak dua batang garpu" minta pengembara ketiga. Ketua puak mengerutkan keningnya apabila mendengar permintaan itu, tapi beliau tetap menunaikannya.

"Eh apa kau buat ni.?" jerit ketua puak apabila melihat pengembara itu mencucuk seluruh badannya hingga berdarah.

"Ha..ha..ha...Supaya kayak kau bocor" kata pengembara ketiga.
 
Read more ...

Masterchef Malaysia All Star : Enot & Kencana Terkeluar

Photo: @KenchanaMasterchefMY dan @EnotMasterChefMY tersingkir pada malam ini. Tahniah kepada 18 Peserta MasterchefMYALLSTARS yang lain.
Enot & Kencana Menunggu Keputusan

Enot & Kencana Terkeluar


Enot & Kencana menjadi dua peserta pertama yang tersingkir dalam program Masterchef Malaysia All Star semalam. Kedua-kedua mereka terpaksa memasak apabila kumpulan Merah kalah dipusingan cabaran luar. Untuk ujian penyingkiran kali ni, mereka diuji menggunakan pelbagai jenis beras sebagai bahan asas. Antaranya basmati, beras perang, dan beras pulut. 

Photo: Hidangan dari @KenchanaMasterChefMY . Apa komen ada? #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Kencana

Nasi Kencana Tak masak


Kencana terpaksa akur apabila nasinya tak masak, walaupun mengikut juri ayam yang dimasak sedap. Sedih pulak kita tengok Kencana coz selalunya dia ni very bubbly and suka nyanyi. Tapi semalam bila nasi dia tak masak coz salah menggunakan rice cooker tu dia tiba-tiba jadi sebak. Nasib baik chef Adu pandai pujuk. At least a bit relief for her.

 Photo: Hidangan dari @EnotMasterChefMY . Apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARS 
Masakan Enot

Nasi Enot Terlebih Masin


Enot pulak menghadapi masalah kerana masakan yang dimasak terlebih masin. Enot was a bit emotional sewaktu diumumkan tersingkir. But i think its good for her coz Enot tak really fit for the program.
Dan inilah masakan yang terselamat semalam:
 Photo: Hidangan dari @AlongMasterChefMY . apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARSPhoto: Hidangan sari @WincciMasterChefMY . apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARSPhoto: Hidangan dari @AhhongMasterchefMY. Apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARS Photo: Tahniah @ZamirMasterChefMY kerana hidangan mendapat citarasa yang bagus. #MasterchefMYALLSTARS
Masakan Milik Along, Soo Winci, Ah Hong & Zamir

 Photo: Hidangan dari @AzwanMasterChefMY . Apa komen anda? #MasterchefMYALLSTARS
Ni Azwan Ali Punya ya. Pengat Pisang Bersama Pulut Rayuanku

Read more ...
Designed By