Koleksi Lawak Santai

http://bigteaparty.com/blog/wp-content/uploads/TiPs/canibal_cooking.jpg 
Puak Kanibal

Kanibal & Kayak


Koleksi Lawak santai yang kita nak kongsi hari ni adalah mengenai kisah Puak Kanibal & Kayak.

Tiga orang pengembara ditangkap oleh puak kanibal di hutan Borneo. Ketua puak meneliti setiap seorang daripada mereka .

Ha..ha..ha...Malam ni kami akan buat kenduri besar. Kami akan bunuh kamu bertiga. Daging kamu akan kami panggang dan kulit kamu akan dibuat kayak. Tapi aku ada satu berita baik. Kamu boleh pilih sendiri cara kamu untuk mati, kata ketua puak.

 http://www.sciencebuzz.org/sites/default/files/webform_images/kayak0213cropped.jpg
Kayak

"Saya nak dibunuh dengan pedang" kata pengembara pertama. Ketua puak memberikan pedang dan pemuda itu menikam perutnya sendiri lalu mati.

"Saya nak dibunuh dengan pistol" kata pengembara kedua. Ketua puak memberikan pistol dan pemuda itu menembak kepalanya.

"Saya nak dua batang garpu" minta pengembara ketiga. Ketua puak mengerutkan keningnya apabila mendengar permintaan itu, tapi beliau tetap menunaikannya.

"Eh apa kau buat ni.?" jerit ketua puak apabila melihat pengembara itu mencucuk seluruh badannya hingga berdarah.

"Ha..ha..ha...Supaya kayak kau bocor" kata pengembara ketiga.
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Kenapa Rukuk dan Sujud Dalam Solat

Renungan Sebelum Tidur