Posts

Showing posts with the label My Selected Article

Aksi Terlampau Pemandu Di China

Image
AWAS: Jangan Tiru Aksi Di Bawah. Bahaya!!!! Beratnya Mak oiii!! Wah having good time up there..   mana pemandunya...   siap ada kondukror lagi!!   Senget oooo!!!   Dah macam pesta kat atas tu!!!   Steady aje!!! Sampai atas jalan!!!!   Teka..Dimana saya!!!!   Kalau lah jatuh atas jalan...hmmm   Smile..You are on candid camera!!!   Senyum lagi!!!   Nak jatuh dah....         Pemandu sikit aje nampak 1 . "Rah sia " KLIA 2 . Hanya Untuk Wanita 3 . Tawaran Hebat 2013 4 . Siapa Cepat Dia Dapat 5 . Exclusive O ffer: Hanya RM25.00     6. Jangan Lepaskan Peluang Ni        7. Rugi Tak Cuba    Source

Terbakar Terkena Cecair Panas Lahar Gunung Berapi

Image
Peminat sukan kayak, Pedro Oliva tidak gentar mendekati tebing berbatu walaupun lahar panas dari Gunung Berapi Kilauea di Hawaii mengalir ke dalam laut. - AGENSI HAWAII 5 April - Berani melakukan apa saja, mungkin itu ungkapan sesuai buat seorang peminat sukan kayak dari Brazil, Pedro Oliva. Dalam penjelajahan terbaharunya, lelaki itu menunjukkan keberaniannya berdayung di kawasan berhampiran lahar panas yang melimpah dari Gunung Berapi Kilauea, Hawaii, hingga mengalir ke lautan.   Tidak cukup dengan itu, dia turun dari kayak dan berjalan di kawasan berbatu di situ serta cuba menguji kehangatan lahar lebur dengan suhu mencecah antara 700 dan 1,100 darjah celsius dengan mencelup pendayung ke dalamnya. Pendayung tersebut terbakar sejurus terkena cecair panas itu.   Oliva meneroka beberapa laluan berkayak di Hawaii yang kurang diketahui umum bersama dua rakannya, Chris Korbulic dan Ben Stookesberry. Dua lelaki tersebut yang merupakan...

50 jam siapkan kasut berlian

Image
Kepuasan terpancar di wajah Wilson dan Hutchings ketika lelongan kasut berlian di New Zealand.   SEPASANG kasut bertumit tinggi bertatahkan berlian asli bernilai £276,000 (RM1.3 juta) muncul sebahagian aksesori wanita paling mahal di dunia. Perekanya, Kathryn Wilson berasal dari New Zealand berkata, penghasilan kasut berlian itu diilhamkan oleh Pengarah Auckland’s Orsini Fine Jewellery, Sarah Hutchings dengan menyediakan berlian bermutu kepadanya. "Proses menyiapkan sepasang kasut ini memerlukan ketelitian bagi mengelakkan berlian bercalar atau tertanggal," katanya yang dip etik dari laporan MailOnline   Ratusan berlian digunakan untuk menyaluti sepasang kasut. Wilson berkata, impiannya untuk menghasilkan kasut idaman jutaan wanita menerusi ki...

Hmmm.... Harga Tiket Ikut Berat Penumpang

Image
SYDNEY - Syarikat penerbangan Samoa Air bakal mengenakan tambang berdasarkan berat penumpang yang didakwa sebagai cara paling adil dan murah berbanding sebelum ini. Ketua Pegawai Eksekutif Samoa Air, Chris Langton berkata, penumpang boleh memberitahu berat mereka semasa membuat tempahan kerana harga tiket dikenakan berdasarkan jumlah kilogram. "Ia sememangnya satu konsep adil untuk penumpang yang gemar melancong bersama keluarga atau secara bersendirian," jelasnya.    Difahamkan, syarikat itu telah mengumumkan cadangan tersebut pada November lalu, namun ia hanya mendapat perhatian umum selepas mereka mula melancarkan penerbangan antarabangsa, minggu lalu, dipetik dari laporan Reuters.   Source

Gagal ucap kalimah syahadah

Image
Tukang masak restoran disiasat Noridzuan (kanan) dan pegawai penyiasat Jaip yang lain.   KUANTAN – Rahsia seorang tukang masak dan pembuat minuman bukan Islam yang ‘berselindung’ di sebalik kopiah akhirnya terbongkar selepas mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Pemeriksa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip). Tukang masak yang mengaku Islam itu bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam. Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua tukang masak itu mengaku beragama Islam walau pun nama yang tertera di dalam dokumen pengenalan diri tidak langsung menggambarkan mereka Islam. “Walau pun mereka memakai kopiah tetapi tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua...

Cuaca Panas & Gelagat Haiwan Dapat Ais

Image
SEEKOR gajah ber main dengan sebongkah ais di Zoo Dusit, Bangkok semalam.- AP BANGKOK - Haiwan-haiwan di Zoo Dusit di sini diberikan ais bagi tujuan untuk menyejukkan badan ekoran cuaca panas.   Pelbagai gelagat yang melucukan dapat disaksikan oleh para pengunjung ketika haiwan tersebut menjilat dan bermain dengan ais pelbagai warna. Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan suhu panas di bandar raya ini mencecah antara 38 hingga 40 darjah Celsius. - Agensi \ Source

Bukti Pengganas Kebal ?

Image
Baju pengganas Kiram ini tiada kesan darah walaupun ditembusi puluhan peluru. DAKWAAN ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku. Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik. Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini. Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap. Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah. “Kami ...

PRU13 : Negara kini ditadbir kerajaan sementara..!!!

Image
KUALA LUMPUR: Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dibubarkan hari ini Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan sementara bermaksud kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini. Katanya amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara. “Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri,” katanya kepada Bernama. Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan h...

Parlimen dibubar, buka laluan bagi PRU13

Image
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 yang dinanti oleh seluruh negara sejak dua tahun lalu. Pembubaran diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet. "Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," kata beliau dalam pengumuman khas yang dibuat dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen jam 11.30 pagi.   Pengumuman ini dibuat ketika Najib genap empat tahun menjadi perdana menteri. Mandat kerajaan pusat akan berakhir pada 28 April ini. PRU12 diadakan pada 8 Mac 2008. Ini kali pertama pilihan raya umum diadakan selepas genap lima tahun selepas satu-satu pilihan raya umum. Dalam ucapannya, Najib yang diiringi Timbalan Perdana Men...

13 anak yatim maut terbakar

Image
ORANG ramai mengusung jenazah salah seorang kanak-kanak yang terbunuh akibat kebakaran di sebuah masjid di timur Yangon untuk upacara pengebumian semalam. - Foto REUTERS   Litar pintas punca kebakaran di masjid yang menempatkan sekolah agama Yangon: Beribu-ribu umat Islam di Myanmar menghadiri upacara pengebumian 13 pelajar lelaki anak yatim yang terkorban apabila sebuah kompleks masjid yang menempatkan sekolah agama di timur Yangon, terbakar awal pagi semalam, dipercayai akibat litar pintas.   Ramai diantara jemaah juga tidak dapat menahan sebak ketika solat jenazah diadakan sebelum upacara pengebumian. Seluruh masjid berbau diesel sedangkan kami tidak pernah menggunakan bahan api itu di sekolah” Soe Myint, Anggota jawatankuasa masjid . “Tiga belas kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran di sebuah sekolah agama di pinggir Yangon. Kami mengesyaki ia akibat litar pintas. Anggota bomba berjaya mengawal kebakaran....

Azzimuddie Kiram jadi pelarian ?

Image
GAMBAR fail menunjukkan Azzimuddie (kanan) bersama seorang rakannya ketika berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu kira-kira sebulan lalu. LAHAD DATU - Pasukan keselamatan tidak menolak kemungkinan saki-baki puak pengganas Sulu yang dianggarkan kurang daripada 10 orang sudah keluar dari kawasan operasi penggeledahan dan pembersihan. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, usaha untuk menjejaki kumpulan musuh itu kini giat dijalankan dengan menggunakan taktik risikan. "Kita akan mendapatkan maklumat daripada orang ramai selain menggunakan kepakaran risikan pasukan kita untuk menjejaki saki-baki musuh yang ada," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.   Source

Ngeri: Di Gantung di Tempat Letak Kereta

Image
Sentenced to death: Three men hang from the scaffolding in Kuwait in the first executions in the country since 2007 Last cigarette: A Saudi man is allowed a final smoke before being led to the gallows Final minutes: One of the three convicted murderers is seen before being led to his death No escape: The Saudi prisoner is held by two executioners as he puffs on his final cigarette The sentenced prisoner is pictured blindfolded and smoking as he led away to his execution  Final minutes: Two of the three men are walked up on to the scaffolding platform to their execution A medic prepares to examine one of the executed men to confirm sentence has been carried out  Medics check one of the executed men to ensure his heart has stopped Lifeless: Undertakers arrive to remove the bodies of the three men  |No escape: The feet of two of the men are seen dangling above the ground after the sentence was...

Al-Aqsa diceroboh lagi

Image
Gambar fail menunjukkan penduduk Palestin menunaikan solat di kawasan luar Masjid Al-Aqsa selepas mereka dilarang memasukinya. - Foto AFP] Pendatang Yahudi bersikap biadab, benar anak perempuan kencing di halaman masjid Baitulmaqdis: Perkelahian berlaku antara penduduk Palestin dan sekumpulan pendatang Yahudi apabila mereka bersikap biadab dengan minum minuman keras dan membenarkan seorang kanak-kanak perempuan membuang air kecil di pekarangan Masjid Al-Aqsa kelmarin.  Pergaduhan menyebabkan polis Israel menahan sekurang-kurangnya 10 jemaah Palestin dan melarang umat Islam daripada memasuki masjid berkenaan. Polis menahan 10 penduduk Palestin dan menyerang jemaah itu dengan baton kejutan elektrik” Saksi Pihak berkuasa Israel sebelum itu membenarkan kemasukan kira-kira 280 pelampau Yahudi dengan dilindungi polis dan enam polis Israel yang menyamar ke pekarangan masjid al-Aqsa, menaikk...

Lelaki lepas tembakan rambang di pusat hiburan, dua cedera

Image
JOHOR BHARU - Seorang lelaki yang memakai topi keledar penutup muka penuh tiba-tiba masuk ke sebuah pusat hiburan di sini pada Rabu malam dan melepaskan tembakan rambang, mencederakan dua pengunjung, menurut polis hari ini.   Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaakob lelaki itu datang ke pusat hiburan itu di Jalan Damai, Taman Serene pada kira-kira 11.45 malam dan melepaskan lima das tembakan daripada pistol semi automatik berkaliber 9mm.   Sedas daripada tembakan itu terkena betis kanan seorang lelaki berusia 42 tahun manakala sedas lagi mengenai bahagian dada kiri seorang lelaki berusia 51 tahun, katanya.   "Kita masih menyiasat motif sebenar suspek dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang daripada mangsa di hospital di sini. Seorang lagi mangsa dibenarkan keluar hospital semalam.   Zainuddin berkata terdapat 10 orang termasuk pekerja berada di pusat hiburan it...

Nekad: Bayi 7 hari ‘terjun’ laut

Image
Sepanggar: Seorang ibu muda berusia 28 tahun yang berpantang mengambil tindakan nekad terjun bersama bayinya ke laut bagi menyelamatkan diri selepas hampir 500 rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Numbak, di sini, malam kelmarin. Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli. “Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu, manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar bekerja. “Tiba-tiba saya terdengar lebih 20 letupan seperti bom sebelum melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu.  Julsima berkata, sebaik menjenguk ke luar, dia melihat suasana kelam-kabut termasuk melihat penduduk bertempiaran sambil menjerit memberitahu mengenai api yang semakin marak.   SEBAHAGIAN...

Lagi Masjid Di Bakar

Image
Yangon: Perusuh beragama Buddha semalam membakar sebuah lagi masjid dan kediaman penduduk Islam di bandar di tengah Myanmar. Ia kejadian keganasan terbaru membabitkan penduduk berbeza agama itu yang setakat ini sudah meragut kira-kira 40 nyawa. Dalam kejadian terbaru yang berlaku selepas keganasan meletus, polis berkata, sebuah masjid di bandar Nattalin dibakar perusuh. Penduduk berkata, polis tidak dapat berbuat apa-apa ketika sekumpulan perusuh Buddha tiba di bandar itu dan membakar masjid berkenaan. “200 perusuh datang ke bandar ini. Polis tidak dapat mengawal mereka...mereka memusnahkan masjid dan beberapa kediaman. Kemudian mereka beredar,” kata seorang penduduk. Perintah berkurung dari senja hingga ke Subuh turut dikenakan di tiga lagi bandar, lapor media kerajaan ketika pihak berkuasa cuba untuk menghentikan keganasan itu yang mula tercetus di Meiktila 130 kilometer ke utara Naypyidaw, hab komersial Myanmar. Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangs...