Breaking News

Thursday, January 31, 2013

Drama Sahara Menghina Islam !!!




DRAMA terbitan sebuah saluran TV berbayar, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.

Sehubungan itu, mereka menggesa agar pihak saluran TV terbabit menghentikan penerbitan drama itu. Sebuah akaun fanpage Facebook yang berdaftar atas nama Hentikan Drama Sahara telah diwujudkan.

 Video Promo Drama Sahara


KLIK Kat sini untuk Details:


Sinopsis Drama SAHARA

 Reaksi Orang Ramai Terhadap Cerita Ni

  Kisah di sebalik isu-isu 

 Komen Ustaz Azhar Idrus tentang Drama Sahara


  “Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri” 

 

Read more ...

15 Orang Hilang Setiap Hari


Sesuatu yang mengejutkan apabila purata sebanyak 15 orang didapati hilang setiap hari di Malaysia iaitu satu per empat daripadanya adalah gadis Melayu berusia antara 13 dan 17 tahun.

Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang telah dilaporkan hilang dari Januari hingga Oktober tahun lepas dan lebih separuh daripada mereka tidak kembali ke rumah. Pada tahun 2011, 5,961 orang hilang.

Menurut polis pengaruh rakan sebaya dan masalah penyumbang kepada faktor terbesar kes orang hilang melibatkan remaja. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata banyak kes orang hilang yang dilaporkan datang dikalangan keluarga yang berpecah sama ada bercerai atau tinggal berasingan.

"Ia adalah kesan domino, apabila remaja daripada keluarga yang bermasalah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lari dari rumah," katanya. Katanya lagi, ada dikalangan mereka itu tercicir daripada sekolah dan sebahagian yang lain terutamanya perempuan lari dengan teman lelaki mereka.

Rekod juga menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dan 17 tahun adalah kategori umur tertinggi kumpulan yang dilaporkan hilang dari rumah. Remaja perempuan Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu sehingga 1,124 kes hilang direkodkan daripada Januari hingga Oktober pada 2012 dan jumlah itu hampir empat kali ganda kes di kalangan remaja lelaki.

Selain itu Mohd Bakri berkata terdapat kes-kes terpencil orang hilang kerana menjadi mangsa penjenayah seksual dan kes penyeludupan manusia.

"Pihak polis bekerja keras untuk mengesan mereka yang hilang. "Ia adalah satu tugas yang sukar tetapi kita akan tetap cuba sedaya upaya untuk mencari semua yang hilang itu," katanya.

Bagaimanapun menurut beliau ahli masyarakat terutamanya keluarga perlu memainkan peranan mereka membantu polis. "Adalah penting bahawa laporan orang hilang hendaklah dibuat secepat mungkin kerana ia akan membantu kita dalam menggerakkan sumber kita dengan cepat," katanya.

Read more ...

Muntah ikan paus bernilai RM210,502


WILMAN dan anjingnya menemui ambergris yang bernilai tinggi ketika berjalan-jalan di sebuah pantai.




Seorang lelaki di sini, Ken Wilman ditawarkan wang berjumlah £43,000 (RM210,502) oleh seorang pembeli dari Perancis untuk muntah ikan paus yang ditemui anjing peliharaannya di sebuah pantai.


Dia menemui objek itu selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit berwarna kekuningan ketika bersiar-siar di bandar Morecambe, barat laut England.


Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi.


Wilman percaya objek tersebut adalah sebahagian daripada ambergris, bahan yang ditemui dalam sistem penghadaman ikan paus sperma.


Ikan paus kadang kala memuntahkan ambergris yang kemudian terapung di permukaan air dan dianggap bernilai tinggi sejak berabad-abad lamanya.

– AFP















Read more ...

15,000 Kakitangan Awam Suka Ambil MC ?

 

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan kira-kira 14,700 penjawat awam muda yang berusia 30 tahun ke bawah kerap mengambil cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat.

 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius gejala tersebut walaupun jumlah itu membabitkan sekitar tiga peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam iaitu seramai 1.4 juta orang.

 

Malaysia kini mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta orang dan daripada jumlah itu, 490,000 orang atau 35 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 30 tahun ke bawah.




“Mereka sepatutnya ambil sijil cuti sakit jika betul-betul tidak mampu bekerja atau jika bekerja penyakitnya itu akan berjangkit kepada rakan sekerja.

“Kalau sekadar selesema, cukuplah dengan pelepasan masa bekerja satu atau dua jam, tidak perlu beri cuti sakit walaupun diminta,” katanya kepada pemberita di sini semalam.






Read more ...

Wednesday, January 30, 2013

Hukum Membunuh Cicak


Soalan

RAMAI yang bertanya soalan ini kepada saya. Kenapa Islam memberi kelebihan tertentu untuk membunuh cicak? Apakah itu kerana ia pernah meniupkan api yang membakar Nabi Ibrahim? Jika benar, mengapa kerana kesalahan seekor cicak ratusan tahun lalu, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini?

Jawapan

Sebelum menjawab soalan ini, saya hendak menegaskan satu prinsip. Setiap perintah Rasulullah SAW mestilah mengandungi hikmah tertentu, sama ada kita dapat mengetahui hikmah itu ataupun tidak. 

Namun begitu, setiap kali berbincang tentang perintah ataupun larangan Nabi SAW, kita mesti pastikan terlebih dahulu status kesahihan hadis yang mengandungi perintah atau larangan tersebut. 

Ini kerana, menisbahkan suatu ucapan palsu kepada Nabi SAW sebuah dosa besar menurut para ulama.

Hadis yang mengandungi perintah membunuh cicak adalah sahih berasal daripada Nabi SAW. Antaranya hadis riwayat Muslim daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi memerintahkan untuk membunuh cicak dan menyebutnya sebagai haiwan perosak (fuwaisiq).

Sunat

Berdasarkan hadis di atas, para ulama sepakat menyatakan sunat membunuh cicak.  Sebabnya kerana cicak termasuk haiwan perosak, pengotor dan boleh membawa penyakit. Atau dalam hadis Saad bin Abi Waqqas di atas, ia termasuk fuwaisiq.

Dalam istilah moden, kita boleh mengatakan bahawa cicak termasuk dalam kategori pest (perosak) seperti; nyamuk, kutu, tikus, pijat, lipas dan lain-lain. Semua haiwan ini digalakkan untuk dibasmi demi menjaga kesihatan manusia.

Berkata Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: "Nabi memerintahkan dan menggalakkan untuk membunuh cicak kerana ia termasuk mu'ziyat (haiwan-haiwan yang dapat mengganggu kesihatan manusia)."

Jadi, sama sekali tidak benar sangkaan bahawa kerana kesalahan cicak seekor, semua cicak mesti dibunuh hingga ke hari ini.

Meniup api Ibrahim

Kisah cicak meniup api yang membakar Nabi Ibrahim memang sahih. Al-Bukhari meriwayatkan, Nabi memerintahkan Ummu Syarik untuk membunuh cicak. Baginda bersabda: "Ia pernah meniup api pembakaran Nabi Ibrahim (untuk menyalakannya)."

Namun hadis ini sama sekali tidak menunjukkan bahawa perkara itu tidak menjadi 'illat (penyebab) suruhan tersebut. Menurut al-Baidawi, ini menunjukkan betapa kotor dan buruknya cicak sehinggakan syaitan boleh memperalatkan (cicak) untuk meniup dan menambah besar api yang membakar Nabi Ibrahim.

Jadi, lagi-lagi perbincangan kembali kepada sifat perosak dan kotor haiwan kecil ini. Sifat inilah yang menjadi sebab utama mengapa Islam memerintahkan untuk membunuhnya. Bukan kerana motif balas dendam atau perkara lainnya.

Adapun hadis al-Nasa'i dan Ibnu Majah yang menceritakan bahawa Siti Aisyah menyiapkan sebuah tombak untuk membunuh cicak, itu adalah hadis lemah. 

Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW menceritakan bahawa semasa Nabi Ibrahim dilempar ke dalam api, semua haiwan berusaha memadamkannya kecuali cicak. Haiwan ini malah meniup untuk menyalakan api. Maka sebab itulah Rasulullah memerintahkan untuk membunuhnya.

Read more ...

Kafe Barbie Pertama dibuka di Taipei (5 gambar)


SEORANG pelayan menunjukkan menu makanan.


Sebuah kafe yang menampilkan tema patung permainan Barbie dibuka di sini semalam.

 A baker decorates a Barbie doll cake during a media preview of the Barbie Cafe in Taipei Jan. 30, 2013. The 660-square-metre restaurant, decorated with Mattel Inc.’s Barbie doll-themed decor and food, opens Jan. 31. (PICHI CHUANG /REUTERS)

Syarikat pembuat patung Mattel dari Amerika Syarikat memberi lesen kepada kumpulan Sinlaku untuk membuka restoran itu.

 Even the chairs are decorated -- with corseted backs and hot-pink tutu skirts -- in the café, which is licensed by Mattel. (PICHI CHUANG /REUTERS)

Restoran tersebut menyediakan kerusi dan meja yang berwarna merah jambu.
Para pelayan wanita turut memakai pakaian seragam yang sama.

 Customers eat dessert during the media preview. (PICHI CHUANG /REUTERS)

Kek-kek patung itu turut disediakan untuk para pengunjung.

A plate of desserts served during the media preview of the Barbie-themed café in Taipei. The café’s offering include macarons, sundaes and cakes. (PICHI CHUANG /REUTERS)
Read more ...

Ngeri: Makan anak kerana lapar !!!!



Penduduk Korea Utara yang kelaparan didakwa bertindak membunuh anak mereka untuk dijadikan makanan bagi mengelak kelaparan, lapor The Sunday Times.

Seorang ayah dikatakan telah dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan, ketika kebimbangan lebih banyak lagi kes seperti itu berlaku di negara komunis ini.

Menurut The Sunday Times, mereka memperolehi maklumat itu daripada wartawan yang menyaksikan beberapa kejadian mengerikan itu di negara ini.

Kes lain yang dilaporkan termasuklah seorang penduduk yang menggali kubur cucunya untuk dijadikan makanan dan anak warga emas itu bertindak memasak daging anaknya sendiri.

Beribu-ribu rakyat Korea Utara dikhuatiri mengalami kebuluran, meskipun perkara itu dinafikan oleh pemimpin negara ini, Kim Jong-un.

Lebih 10,000 penduduk negara ini didakwa terbunuh di wilayah selatan Pyongyang akibat kebuluran.

Menurut seorang pemberi maklumat di Hwanghae, seorang lelaki di kampungnya dijatuhi hukuman mati pada Mei lalu selepas membunuh dua anaknya dan cuba memakan mayat anaknya.

Menurutnya, lelaki itu ditahan selepas isterinya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan mayat kanak-kanak itu ditemui.

Laporan itu dikumpulkan oleh Asia Press menggunakan 'wartawan penduduk tempatan'.

Ramai penduduk Korea Utara mengalami kebuluran akibat kejatuhan pengeluaran makanan di negara ini, terutama akibat dilanda musim kemarau. - AGENSI



Read more ...
Designed By