Posts

Showing posts from March, 2013

Lelaki lepas tembakan rambang di pusat hiburan, dua cedera

Image
JOHOR BHARU - Seorang lelaki yang memakai topi keledar penutup muka penuh tiba-tiba masuk ke sebuah pusat hiburan di sini pada Rabu malam dan melepaskan tembakan rambang, mencederakan dua pengunjung, menurut polis hari ini.   Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaakob lelaki itu datang ke pusat hiburan itu di Jalan Damai, Taman Serene pada kira-kira 11.45 malam dan melepaskan lima das tembakan daripada pistol semi automatik berkaliber 9mm.   Sedas daripada tembakan itu terkena betis kanan seorang lelaki berusia 42 tahun manakala sedas lagi mengenai bahagian dada kiri seorang lelaki berusia 51 tahun, katanya.   "Kita masih menyiasat motif sebenar suspek dan kes diklasifikasikan sebagai cubaan bunuh," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang daripada mangsa di hospital di sini. Seorang lagi mangsa dibenarkan keluar hospital semalam.   Zainuddin berkata terdapat 10 orang termasuk pekerja berada di pusat hiburan itu ketika

Anak singa jadi rakan sepermainan

Image
Melbourne: Ketika kebanyakan kanak-kanak menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, Braxton West-Smith bertindak lebih berani apabila bermain-main dengan anak singa.   Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah generasi terkini yang menjadi ahli kumpulan Sarkas Stardust. Selain dikelilingi ahli keluarga yang menguruskan sarkas berkenaan, West-Smith menjadikan anak singa Afrika, Zimbi, sebagai rakan. Stardust adalah kumpulan sarkas terbesar di Australia dan menggunakan pelbagai jenis haiwan liar untuk membuat persembahan.   Setiap pagi, West-Smith akan berkongsi meja dengan Zimbi untuk bersarapan serta bergurau-senda.   Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan selama mana West-Smith akan bersahabat dengan Zimbi kerana aktivis yang membantah penggunaan haiwan dalam persembahan semakin berkembang di Australia. - Daily Mail    Source

Nekad: Bayi 7 hari ‘terjun’ laut

Image
Sepanggar: Seorang ibu muda berusia 28 tahun yang berpantang mengambil tindakan nekad terjun bersama bayinya ke laut bagi menyelamatkan diri selepas hampir 500 rumah atas air terbakar dalam kejadian di Kampung Numbak, di sini, malam kelmarin. Ibu terbabit, Julsima Jultaran dan bayinya, Nuranadania Jelwin yang berusia tujuh hari terselamat, namun tidak sempat menyelamatkan harta mereka termasuk pakaian bayi yang baru dibeli. “Ketika kejadian, saya sedang menyusukan bayi di ruang tamu, manakala dua lagi anak bermain di halaman rumah dan suami pula keluar bekerja. “Tiba-tiba saya terdengar lebih 20 letupan seperti bom sebelum melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kebagu.  Julsima berkata, sebaik menjenguk ke luar, dia melihat suasana kelam-kabut termasuk melihat penduduk bertempiaran sambil menjerit memberitahu mengenai api yang semakin marak.   SEBAHAGIAN rumah at

Lagi Masjid Di Bakar

Image
Yangon: Perusuh beragama Buddha semalam membakar sebuah lagi masjid dan kediaman penduduk Islam di bandar di tengah Myanmar. Ia kejadian keganasan terbaru membabitkan penduduk berbeza agama itu yang setakat ini sudah meragut kira-kira 40 nyawa. Dalam kejadian terbaru yang berlaku selepas keganasan meletus, polis berkata, sebuah masjid di bandar Nattalin dibakar perusuh. Penduduk berkata, polis tidak dapat berbuat apa-apa ketika sekumpulan perusuh Buddha tiba di bandar itu dan membakar masjid berkenaan. “200 perusuh datang ke bandar ini. Polis tidak dapat mengawal mereka...mereka memusnahkan masjid dan beberapa kediaman. Kemudian mereka beredar,” kata seorang penduduk. Perintah berkurung dari senja hingga ke Subuh turut dikenakan di tiga lagi bandar, lapor media kerajaan ketika pihak berkuasa cuba untuk menghentikan keganasan itu yang mula tercetus di Meiktila 130 kilometer ke utara Naypyidaw, hab komersial Myanmar. Utusan Pertubuhan Bangsa-Bangs

Hilang Penglihatan Kerana Contact Lens

Image
A teenager has told how she almost lost her eyesight after a parasite grew on her contact lens and began eating through her cornea. Ashley Hyde had to endure a procedure where an optician had to drill into her eye. Scrapings from her eyeball were also taken as medical staff tried to find out why her left eye was left inflamed. Infection: Ashley Hyde, 18, suffered an eye infection that almost left her blind due to her contact lenses Painful: Ashley had to endure a procedure where doctors drilled into her eye to stop the bacteria Attack: The bacteria was eating through her cornea, leaving her eye red and inflammed Hydes has been told she must undergo months of treatment. Hidden danger: The bacteria is found in soil and water and is transferred by contact lenses Recovery: Ashley will need to undergo months more treatment until her eye is back to its original health   Source

CIKGU Erin Ketagih Suntikan

Image
Bayan Lepas: “Mula-mula doktor toreh kulit, kemudian dia seperti mengoyak bahagian dagu hingga menampakkan tulang. Selepas itu doktor kikis kolagen yang sudah menjadi lemak. “Sakitnya susah saya nak gambarkan. Pada masa itu, saya terfikir itulah hukuman ke atas saya kerana cuba mengubah ciptaan Allah,” kata bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, menceritakan pengalamannya untuk kembali ke pangkal jalan. Dia yang sebelum ini dikenali sebagai Erin bergelumang dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita. Akibatnya, kata Mohd Khariri, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang. Cikgu Erin sebagai mak nyah. Menurutnya, kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesa

RM50 untuk jadi askar Sulu

Image
KAD pengenalan pengganas Sulu milik Komander Habib Musa A. Abdullah yang mati ditembak pasukan keselamatan Malaysia pada 7 Mac lalu. SEMPORNA - Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku. Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian. Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50. "Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5. "Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina," katanya semalam. Source

Parlimen Terbubar Sendiri : NS Di Tadbir Kerajaan Sementara

Image
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada Khamis. SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif terutama dari segi pembangunan negara. Ini kerana katanya, kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini khususnya. "Pada saya cakap-cakap pasal pilihan raya ini tidak baik kerana pelabur asing dan dalam negara akan mengambil langkah tunggu dan lihat (sebelum buat [pelaburan) dan ini tidak baik kepada ekonomi negara," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri, di sini pada Rabu. Katanya langkah melambatkan pembubaran Parlimen atau membiarkannya terbubar sendiri juga membolehkan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tempoh lima tahun itu untuk membangunkan negara tanpa diganggu oleh perkara lain. &q

Pulau Tercantik Di Dunia

Image
LONDON - Pulau terbesar negara Belize, Ambergris Caye mengungguli senarai 10 pulau tercantik di dunia dalam satu kaji selidik yang disiarkan semalam. Pulau tersebut menjadi destinasi popular penyelam skuba dari seluruh dunia. Terletak di barat Lautan Carribean, Ambergris Caye yang mempunyai terumbu karang kedua terbesar di dunia selepas Terumbu Karang Besar di Australia mengatasi Pulau St. John yang berada di tempat kedua. Kedua-dua pulau tersebut terletak di Lautan Carribean. Tempat ketiga menjadi milik Bora Bora yang terletak dalam Kepulauan Polinesia Perancis di Lautan Pasifik. Kaji selidik secara dalam talian itu dilakukan oleh laman web pelancongan TripAdvisor.  "Ambergris Caye memiliki pelbagai tarikan seperti gua batu kapur, jeram dan hutan tropikal,” kata jurucakap TripAdvisor, Emma Shaw. - Reuters    Source

"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"

Image
Dah lama tak join any segmen semenjak menggunakan broadband yang sentiasa overlimit.. Anyway memandangkan segmen ni ada hadiah menarik, nak cubalah, mana lah tau sangkut mana-mana satu hadiah hebat tajaan rakan-rakan blogger kita.. kan best tu..   Syarat-syarat dia pun senang aje..    1.  Follow Blog  Bicara Mak Dara 2.  Buat entri dengan tajuk "MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"   3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini  4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.   SheilaSalim , MrsVelentine , PuanGojes , MasZull , SeneoritaBaharin , Hazmanakaspecies1980 , N adiaFarahida , Keyme , mamahannybunny , SiMatatajam , DayangDeno , AimanAziz , SuWaRaEntertainment , BetaKupu , SyidaRasyida , HanaMaroo , DatinTyka , ShimaMazlan ,MimeMF , ZamaniAbe , MrsValentine , NormiNieza , SayaSukaGelak , CTCHEERY , ERAY , AYUJEAN , Lynn Si Pipi Merah , Kesuma Angsana , Kyle Kesha , Mohd Ridzwan 5 .Tag 3 Orang Ra

Kampung Tanduo ditutup, penduduk dipindah ke lokasi baru

Image
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan memutuskan bahawa Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan kumpulan penceroboh militan Sulu akan ditutup dan tidak lagi menjadi kawasan petempatan penduduk. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata semua penduduk kampung itu yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan  dipindahkan ke satu lokasi baharu yang akan diputuskan kemudian. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pihak keselamatan mendapati kawasan yang menjadi kubu pengganas sejak pencerobohan 12 Feb lepas itu terjejas teruk susulan gerakan ofensif yang dilancarkan 5 Mac lepas. "Setakat ini, itu yang kita putuskan, kita akan bincang perkara ini lagi tetapi perbincangan di peringkat pasukan keselamatan mendapati lebih sesuai penduduk kampung itu yang jumlahnya tidak begitu ramai ditempatkan di satu tempat yang akan dikenal pasti kemudian," katanya pada sidang akhbar  di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Beli

Ikan Bergigi Manusia

Image
Tengok gigi ikan ni, macam gigi kita semua kan... Actually spesis ikan-ikan macam ni hanya boleh di temui di florida... agak-agaknya kenapa ya.. .   Source

Bunuh Pesakit Untuk Kosongkan Katil Hospital

Image
Sao Paulo: Seorang doktor yang dituduh membunuh pesakitnya bagi mengosongkan katil hospital mungkin boleh dipersalahkan atas lebih 300 kematian.  Virginia Soares de Souza dipercayai bertindak “seperti Tuhan” dengan memberikan ubat penenang otot berlebihan atau mematikan mesin sokongan hayat pesakit tertentu. Jika dibuktikan, polis berkata, Virginia kemungkinan besar bertanggungjawab atas kematian lebih ramai pesakit berbanding pembunuh bersiri Britain, Harold Shipman, yang membunuh sekurang-kurangnya 215 orang sebelum dia menggantung dirinya pada 2004.  Virginia - bekerja di Hospital Evangelico di Curitiba, selatan Brazil, sebelum ini dituduh menyebabkan kematian tujuh pesakit. Namun, jumlah itu meningkat ketika polis menjalankan siasatan terhadap pesakit yang diletakkan di bawah pengawasannya sejak tujuh tahun lalu.  Jurucakap polis berkata, mereka mungkin mengesan hampir 300 kes membabitkan Virginia. Sementara itu, peguam Virginia, Elias Mattar A

Ops Lahad Datu: 21 jam tanggung azab

Image
  Hasnal menceritakan pengalamannya pada majlis penyampaian sumbangan warga KPDNKK untuk balu serta waris anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Putrajaya, semalam. - Foto Fariz Iswadi Ismail   Putrajaya: “Luka di badan dihurung semut dan lalat, darah di muka dan tangan sudah kering, seluar dan baju jadi keras bila darah mengering, tangan kanan terkulai hampir putus selepas ditetak,” kata Inspektor Hasnal Jamil, 31.  Menceritakan pengalaman bertempur menentang pengganas di Simunul, Semporna, beliau antara anggota barisan hadapan, berkata azab itu terpaksa ditanggung hampir 21 jam sebelum diselamatkan.  Beliau terkena tiga tembakan, satu menembusi perut selain dua lagi di tangan kiri dan hanya dapat gunakan tiga jari tangan kiri untuk minum air hujan yang ditadah.  Pasukannya, termasuk seorang rakan yang terbunuh dan semb

Pelajar 17 tahun jadi jutawan

Image
D’ALOISIO menunjukkan aplikasi Summly di London semalam. -REUTERS LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D’Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta) Aplikasi itu akan membolehkan D’Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia. Ia dicipta pada November 2012. Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta). Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas. Ketika berusia 15 tahun, D’Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini. Syarikat Yahoo! menyatakan, D’Aloisio dan pasukan Summ

Hari Tidur Sedunia

Image
RESIDEN Permasalahan Tidur Malaysia (SDSM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata, mereka yang ada masalah tidur mempunyai tujuh kali ganda risiko mendapat kecederaan akibat kemalangan.  Ini amat penting bagi mengatasi masalah berkaitan tidur bagi menjadikan jalan raya lebih selamat “Walaupun masalah berkaitan tidur boleh dirawat tetapi hanya satu pertiga saja pesakit mendapatkan rawatan profesional," katanya semasa majlis pelancaran Hari Tidur Sedunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.  Hari Tidur Sedunia disambut setiap Jumaat, minggu ketiga dalam bulan Mac, bertujuan memberi penerangan khusus kepada mereka yang mempunyai masalah tidur tentang cara mengatasi dan panduan penjagaan tidur yang baik. SDSM memfokuskan kesedaran kepada permasalahan tidur bagi mendapatkan kehidupan lebih berkualiti kerana tidak ramai menyedari mengenainya  Menurut Dr. Muhammad Muhsin, pesakit dengan masalah tidur dan gagal mendapatkan rawatan akan memberikan kesan besar kepada

Rakyat Malaysia ambil lebih garam ?

Image
KAKITANGAN Kementerian Kesihatan, Nur Raishah Najid menunjukkan satu sudu kecil garam pada Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013 di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia secara puratanya mengambil sebanyak 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali ganda lebih tinggi berbanding yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian yang dijalankan Institut Kesihatan Umum pada tahun lepas menunjukkan rakyat negara ini mempunyai kandungan garam melebihi paras yang disyorkan iaitu lima gram ataupun satu sudu teh sehari. "Dalam kajian yang sama turut didapati kicap soya merupakan makanan yang mengandungi kandungan garam yang paling tinggi iaitu kira-kira 0.57 gram dan kuantiti tersebut belum termasuk jumlah garam dalam makanan lain yang diambil seseorang dalam tempoh sehari," katanya .    Source

Keganasan terus merebak

Image
Penasihat khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon, Vijay Nambiar meninjau kerosakan yang berlaku berikutan rusuhan etnik di Meikhtila, Mandalay, 550 kilometer ke utara Yangon, semalam. - Foto AP Yangon: Kumpulan anti-Islam mengamuk di tiga lagi pekan di Myanmar hujung minggu lalu, memusnahkan masjid dan membakar berpuluh-puluh rumah di sebalik usaha kerajaan untuk menghalang keganasan agama terbaru di negara itu daripada terus merebak. Presiden Thein Sein mengisytiharkan darurat di tengah Myanmar Jumaat lalu dan menempatkan tentera di bandar raya paling teruk terjejas, Meikhtila, yang menyaksikan 32 maut dan 10,000 penduduk kebanyakannya beragama Islam kehilangan tempat tinggal.  Namun walaupun tentera ditempatkan di situ selepas beberapa hari menyaksikan penduduk Buddha bersenjata membakar bandar raya diduduki penduduk Muslim itu, ketegangan anti-Islam merebak ke ibu kota, Naypyitaw.   20 lelaki geledah masjid

Kerana Sedih, 8 bulan tidur bersama mayat ibu

Image
Munich: Seorang wanita yang kesedihan tidur bersebelahan mayat ibunya selama lapan bulan di flet satu bilik kediaman mereka kerana tidak mampu mengebumikannya.   Kisah mengejutkan itu terbongkar selepas seorang pegawai dihantar ke rumah berkenaan di Munich untuk menuntut hutang pesara berusia 70 tahun itu. Dia menemui mayat reput wanita itu di atas katil.  Menyedihkan lagi apabila anak perempuannya yang hidup dengan bergantung kepada bantuan kerana menganggur tidak menyedari dia mungkin ditangkap kerana tidak mengebumikan ibunya, kata polis. Di Jerman, mereka yang tidak mampu membayar upacara pengebumian boleh memohon bantuan sebanyak 3,200 euro (RM12,834) daripada kerajaan untuk menampung kos itu. Wanita berusia 39 tahun itu dimasukkan ke pusat psikiatrik atas permintaannya.  Polis mula menyiasat sama ada dia menuntut wang pencen ibunya kerana menyimpan mayat ibunya di rumah.   Warga emas terbabit meninggal Julai tahun lalu dan meninggalkan anak perempuannya den