Posts

Showing posts with the label Info Pelik Tapi Benar

Tertelan Telepon Bimbit

Image
  Forseps Digunakan Untuk Menarik Keluar Telefon Bimbit Dari Mulut Mangsa  Tertelan Telepon Bimbit Pelik tapi benar. Telefon Bimbit tersangkut dalam mulut . You all boleh bayangkan tak? Blackberry lagi tau..Not that small kan.. Inilah yang berlaku kepada seorang mangsa dari Klerksdorp, Afrika Selatan. Beliau cemas apabila dengan tidak sengaja telepon bimbit miliknya termasuk kedalam mulutnya dan tersangkut ditekak. Beliau yang panik dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.   Sebelum diselamatkan, mangsa sempat menjadi bahan ketawa kepada kakitangan dihospital tersebut. Dia orang pun tak boleh bayangkan macammana telepon sebesar tu boleh tersangkut kat dalam mulut...Kesian pun ada, Kelakar pun ada.. 1. Kena Cuba..Tak Ada Alasan 2. Istimewa Untuk Rakyat Malaysia   3. Ramai Orang Sukakan Ni   4, Amaran Untuk Semua..   5 . Menarik..Mesti Tengok 6. Pilihan Terbaik Rakyat Malaysia   7. Ramai Yang Pilih Ni.....

Makhluk Aneh Di Pantai Canvey

Image
  Makhluk Aneh Di Pantai Canvey Makhluk Aneh Di Pantai Canvey   You all pernah tengok tak gambar kat atas? Kita tak pernah. Inilah kali pertama kita melihat Makhluk Aneh ni. Bila tertengok, ngerilah pulak. Tak pasti makhluk ni spesis apa. Sekali pandang macam perlakuan manusia, dua kali pandang macam perlakuan binatang. Hmmm.. Aneh sungguh ciptaan Allah kan. Sebenarnya sampai sekarang dia orang pun tak tau nak masukkan makhluk aneh yang dijumpai terdampar di Pantai Canvey England pada tahun 1953 dalam kategori apa.  Dia orang hanya bagi nama aje kat dia. Canvey Island Monster, sempena mengambil nama pantai tempat ia dijumpai. Berdasarkan deskripsi, makhluk aneh ciptaan Allah ni,  mempunyai badan yang sangat lembut berwarna perang kemerahan seperti manusia. Ia juga mempunyai insang seperti ikan dan mata yang terjojol seperti katak. K akinya kecil seperti katak dengan kukunya yang tajam. Giginya juga kecil dan tajam seperti ikan. Kalau berd...

7 Larangan Pemanduan Yang "Pelik" Di Dunia

Image
7 Undang-Undang Pemanduan "Pelik" Di Dunia Larangan Jalanraya Pelik Di Dunia Kisah 7 larangan pemanduan yang pelik didunia mengisi slot Info Pelik Tapi Benar , Blog Santai tengahari ni. Kalau kita sebut pelik mesti ada yang kelihatan atau kedengaran agak janggalkan atau mungkin tak logik. Tapi pastinya setiap negara ni ada alasan tersendiri mengapa undang-undang tersebut perlu dikuatkuaskan. Jom kita tengok logik ke tak tak logik undang-undang dia orang ni:  Minum Sambil Memandu Pemandu di Costa Rica dibenarkan mengambil alkohol semasa memandu. Namun mereka dilarang memandu jika alkohol dalam darah melebihi 0.05 %. Hmm..yang ni macam tak berapa nak ok je..Kalau dah minum susah nak kawal tu..   Tiada kereta kotor di jalanan Kereta yang kotor di larang berada di atas jalanraya . Pemandu kereta yang kotor di Moscow akan dikenakan denda sebanyak 2000 Rubles ( kira-kira $ 55). Yang ni agak susah sikit nak kawal kot..Kalau kat Malaysia ni de...

Adegan Cemas Di Pintu Pesawat

Image
Adegan Cemas Di Pintu Pesawat Adegan Cemas Pintu Pesawat Adegan Cemas Di Pintu Pesawat adalah antara kisah Pelik Tapi Benar yang berlaku kepada manusia apabila gagal mengawal perasaan. Ianya boleh berlaku kepada sesiapa saja, di darat, udara dan juga dalam air. Kisah yang berlaku dalam pesawat 722, penerbangan dari Chicago ke California, telah menimbulkan suasana panik kepada semua penumpang apabila seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari tandas dalam keadaan basah kuyup cuba untuk membuka pintu pesawat pada ketinggian 30,000 kaki.  Semua penumpang bernasib baik kerana adegan cemas di pintu pesawat tersebut telah disedari oleh tiga penumpang lain yang berjaya mengawal lelaki tersebut daripada meneruskan niatnya. Bayangkan kalau tidak ada yang menyedari, pasti sesuatu yang buruk telah berlaku kan.  Adegan Cemas Di Pintu pesawat Akibat perbuatan tersebut, pesawat tersebut terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Omaha, Nebraska, sebelum meneru...

Penjenayah Termuda Di Dunia

Image
  Penjenayah Termuda Di Dunia & Botol Susunya Penjenayah Termuda Di Dunia Koleksi Pelik Tapi Benar Blog Santai kembali lagi. Kali ni membawa cerita mahkamah akhir zaman yang di naungi oleh mereka-mereka yang boleh dikategorikan sebagai kumpulan manusia yang pelik dan luar biasa. Kalau tidak mana mungkinkan seorang kanak-kanak yang  berusia sembilan bulan boleh dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh melakukan pembunuhan. Dan kini "si kecil" boleh diiystiharkan sebagai penjenayah termuda di dunia.      Muhammad Mosa Khan, Penjenayah Termuda Bersama Datuknya Penjenayah Rancang Pembunuhan Kisah Muhammad Mosa Khan ni memang tragis. Beliau dituduh membaling batu ke arah seorang anggota polis sehingga mati didalam satu demonstrasi di kawasan perumahannya. Bukan itu aja, beliau yang masih membawa botol susunya ke mana-mana sahaja, juga dituduh melakukan pembunuhan terancang selain mengancam polis ketika mereka melakukan opera...

5 Nama Tempat Yang Pelik Di Malaysia

Image
Kota Sarang Semut 5 Nama Tempat Yang Pelik Di Malaysia Pelik Tapi Benar . Inilah gambaran 5 nama tempat yang terdapat di Malaysia.  Bile tengok nama-nama tempat ni kita terfikir macam manalah dia orang boleh terfikir nak taruk nama macam ni. Agaknya zaman-zaman dulu-dulu dia orang ni very simple kan. Tak ada complicated macam sekarang. Apa yang terfikir terus finalize. Tak yah bincang banyak kali. Senang...     Kampung Imam Lapar Kampung Imam lapar contohnya, masih menjadi misteri kenapa ia dinamakan sedemikian. Nama kampung ini seperti benar-benar menggambarkan sejarah kampung itu mempunyai imam yang hidupnya sentiasa dalam kelaparan .Hmm...   Masjid Kampung Seronok Mengikut cerita kampung seronok dinamakan oleh seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, pada tahun 1946. Beliau yang sering datang ke kampung ini setiap tahun kerana menghadiri majlis keramaian, sangat gembira dengan aktiviti yang dijalankan di kampung tersebut lanta...

Pelik Tapi Benar: Gigi Tumbuh Dalam Otak

Image
Gigi Tumbuh Dalam Otak Gigi Tumbuh Dalam Otak Pelik Tapi Benar . Gigi tumbuh dalam otak . Mana mungkin kan..Tapi tak ada yang pelik sebenarnya kan. Itukan kuasa Allah. Sama juga kes   "Mahluk Asing" dalam otak  suatu ketika dulu. Kejadian luarbiasa dalam sejarah perubatan manusia ni berlaku kepada s eorang bayi yang berusia empat bulan dari  Maryland, Amerika Syarikat. Pihak doktor yang merawat bayi tersebut berjaya mengesan sesuatu yang ganjil berlaku apabila mereka mendapati tumbesaran kepala bayi tersebut berlaku begitu cepat berbanding anggota lain tubuhnya. Gigi Mirip Gigi Rahang Dalam Otak Apabila im basan otak terhadap bayi tersebut dilakukan, mereka mendapati sebatang gigi yang mirip gigi rahang bawah bayi tersebut tumbuh didalam otaknya. Kejadian itu disahkan yang pertama berlaku dalam sejarah perubatan dunia. Pembedahan untuk membuang gigi tersebut telah berjaya dilakukan. Bayi tersebut juga tidak mengalami sebarang komplikasi. It...

Ikan Gergasi Muncul Di Pantai Sandakan Sabah

Image
  Ikan Gergasi Muncul Di sandakan Ikan Gergasi Muncul Di Pantai Sandakan Sabah Kalau minggu lalu heboh mengenai Ribuan Ikan Tamban Naik Ke Perairan Lahad Datu, kini muncul pula ikan gergasi di Kampung Forest Sandakan Sabah beberapa hari yang lalu. Menurut sumber Ikan ini adalah dari spesis ikan Matahari (Ikan Mola-Mola).  Mola adalah ikan bertulang yang paling berat. Saiznya boleh mencecah 14 kaki (4.3 m) panjang dan 10 kaki (3.0 m ) lebar. Beratnya pula hampir 5,000 lb (2,300 kg).     Mola Tidak Merbahaya Untuk Penyelam Ikan Gergasi Suka Berjemur Ikan Gergasi (Mola) boleh ditemui di lautan sederhana dan tropika di seluruh dunia. Mereka sering dilihat mucul dipermukaan air untuk berjemur di matahari. Apabila sirip dorsal besarnya muncul di permukaan air, ramai yang keliru dan menganggap ia adalah jerung. Ikan ini tidak merbahaya kepada penyelam. Tapi sikap ingin tahunya sering menyebabkan ia menghampiri penyelam. p/s: Kesian pulak t...

Fenomena Aneh Laut Terbelah Dua Di Korea Selatan

Image
Laut Terbelah Dua Laut Terbelah Dua Fenomena Aneh Laut Terbelah Dua Di Pulau Jindo, Korea Selatan mempunyai ceritanya yang tersendiri. Menurut penduduk setempat kejadian tersebut dipercayai ada kaitan dengan kisah Dewa laut yang memisahkan laut tersebut untuk menyelamatkan seorang wanita tua, Pong dari serangan harimau yang menyerang kampung mereka. K isah Laut Merah Terbelah Dua Bagi kita umat Islam, k isah Laut Merah terbelah dua ada diceritakan dalam Kitab Al-Quran Surah 26: Al-Shu'ara ayat 60-67. Peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Musa apabila Beliau dan pengikutnya Bani Israel, keluar meninggalkan bumi Mesir menghala ke tanah Kanaan / Palestin untuk menyelamatkan diri dari kekejaman Firaun. Ketika Firaun dan pengikutnya menghampiri mereka, Nabi Musa mengangkat tongkat seraya berdoa dan memukul air laut. Terjadilah ombak besar seperti gunung . Air Laut Merah melambung tinggi, terbahagi kepada dua dan rombongan Nabi Musa berjaya menyeberangi la...

Yang Pelik Dan Jelik Sepanjang Tahun 2013

Image
Yang Pelik Dan Jelik Sepanjang Tahun 2013 Blog Santai menutup tirai 2013, dengan kisah 10 binatang pelik yang ditemui sepanjang tahun 2013. Walaupun ada yang biasa kita temui namun sifatnya berbeza. So enjoy semua!!! 1. Blobfish Blobfish ini dikenali sebagai haiwan yang paling hodoh di dunia. Biarpun ahli-ahli sains telah mengetahui tentang "Psychrolutes Marcidus" lebih kurang 85 tahun yang lalu, namun ikan ini yang digelar blobfish telah dinobatkan sebagai haiwan terburuk didunia pada tahun 2013. Ia juga telah diterima sebagai maskot rasmi kepada "Ugly Animal Preservation Society ".     2. Oarfish Kemunculan Ikan lagenda ini yang pertama kali ditemui didasar laut, pada Mac tahun ini, dianggap membawa petanda bencana.  3. Serangga Terbang Serangga ini telah  'menghilangkan diri' 160 tahun yang lalu. Namun pada tahun ini ia muncul buat pertama kali di Eropah. 4. Vertebrata Terkecil Di Dunia Katak sepanjang 7mm dike...

Pelik Tapi Benar: Ribuan Ikan Naik Ke Daratan

Image
  Pesta Ikan Tamban Di Persisir Pantai Pulau Tambisan, Lahad Datu, Sabah Ikan Tamban Naik Ke Persisir Pantai Pulau Tambisan Fanemona Pelik Tapi Benar dimana ribuan ikan tamban naik ke daratan pagi tadi menggusarkan ramai penduduk di Pulau Tambisan, Lahad Datu Sabah . Menurut penduduk sekitar, k ejadian ikan tamban naik ke daratan ini bukanlah yang pertama kali di pantai tersebut. Yang berbeza kerana kali ini ikan tersebut terlalu banyak.  Apabila Ikan Naik Ke Darat Petanda Ikan Naik Ke Darat Apakah petanda pelik ini membawa khabar buruk seperti mana kejadian yang pernah berlaku sebelum kedatangan tsunami yang melanda Acheh pada 26 Disember 2004. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Yang pasti kita semua perlu banyak berdoa semoga kita semua terlindung daripada segala musibah. Aminnnn!!! 1. Rahsia Blogger Malaysia 2. Bahaya Untuk Rakyat Malaysia   3. Kenapa Perlu Tolong Mer...

Pelik Tapi Benar: Tangannya Di Kaki

Image
  Tangannya Di kaki Tangannya Di kaki Tangannya Di kaki. Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku kepada seorang pemuda, yang dikenali sebagai Xiao Wei di China yang telah mengalami kemalangan di tempat kerja pada 10 November yang lalu.  Akibat kemalangan tersebut, tangan kanan telah terputus. Beliau bernasib baik kerana beliau dan tangannya yang terputus dibawa segera ke hospital untuk mendapat rawatan. Walaubagaimanapun  memandangkan tangannya cedera parah, penyambungan tangan yang terputus tidak dapat dilakukan segera. Doktor perlu merawat tangannya dahulu sebelum penyambungan dapat dilakukan.   Tangan Di kaki Tangan Di Lekatkan Ke Kaki Untuk memastikan tangan tersebut terus berfungsi , doktor membuat keputusan untuk melekatkan tangan tersebut di pergelangan kaki beliau sementara menunggu penyambungan semula tangan dilakukan. Setelah sebulan berlalu, tangannya yang cedera hampir pulih sepenuhnya . Beliau kini dikatakan cukup berse...