Breaking News

Friday, January 31, 2014

Bonus Tabung Haji 8 Peratus


Bonus 8 Peratus Untuk Penyimpan Tabung Haji

Bonus Tabung Haji 8 Peratus


Ada yang tunggu bonus dari Tabung Haji tak? Pada yang menunggu, ada berita baik untuk semua ya..Tabung haji dah umumkan bonus tahunan sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013 untuk semua pendeposit di Tabung Haji.

Bonus ini diwakili oleh 6 peratus bonus tahunan yang bakal dinikmati oleh 8.3 juta penyimpan Lembaga Tabung Haji (TH) sementara 7.7 juta lagi penyimpan akan mendapat Bonus Haji tambahan sebanyak dua peratus menjadikan bonus keseluruhan 8 peratus. 

Jumlah ini sebenarnya adalah sama seperti yang diumunkan pada tahun lalu. Hanya agihan yang berbeza. Bonus tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 adalah 6.5% manakala bonus khas sempena sambutan Jubli Emas penubuhan Tabung Haji sebanyak 1.5 peratus. Apa-apa pun Alhamdulillah masih kekal. Taklah berkurang macam ASB kan...


Read more ...

MPV Ni Terbabas & Terbakar Di LPT Pagi Tadi!!!

Embedded image permalink
MPV ini terbabas & terbakar dekat susur keluar ke Gambang di LPT, pagi tadi. Alhamdulillah..tiada kemalangan jiwa. Hati-hati semua. Tak perlu pandu laju. Yang penting selamat sampai...
Read more ...

Model Jelita Tunggu Hidayah Untuk Peluk Islam

Foto
FELIXIA kelihatan jelita bertudung

Model Jelita Menutup Aurat


Nama Felixia Yap bukanlah asing dalam bidang modelling. Model jelita dan seksi untuk majalah Playboy ini telah mengejutkan ramai suatu ketika, apabila mengambil keputusan untuk menutup aurat biarpun belum memeluk Islam.

Model Jelita Selesa Bertudung


Setelah bertudung dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai Islam, mengenai Nabi Muhammad SAW dan Kaabah, beliau kini jatuh cinta dengan Islam dan tidak sabar untuk melawat rumah suci Allah, kaabah. 

Model Jelita Tunggu Hidayah


Dan yang lebih ironi, beliau membuat keputusan untuk menyambut Tahun Baru Cina dengan pakaian berimej Islam termasuk memakai tudung kerana berasa lebih selesa dan tenang. Semoga Allah memberikan hidayah untuk beliau memeluk Islam.

p/s: Hidayah Allah boleh diberi kepada sesiapa sahaja. Tidak kira latar belakang dan sejarah masa lalunya. Moga-moga kita yang telah diberi hidayah tidak leka. Amin!!!

Read more ...

Ngeri: Bapa Sembelih Anak Hingga Mati Di Bangi

Suspek Yang Cedera Di Bawa ke Hospital

Bapa Sembelih Anak Hingga Mati


Kejadian ngeri bapa sembelih anak berulang lagi. Kalau suatu ketika dulu seorang bapa telah menyembelih anaknya yang berusia 7 tahun dan menghirup darahnya berlaku di Lahad Datu, kali ini ianya menimpa sebuah keluarga dari Bangi Selangor. Dalam kejadian petang semalam, seorang bapa yang dipercayai mengalami masalah mental telah meyembelih seorang anak perempuannya berusia 7 tahun hingga mati dan mengelar dua lagi anaknya perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan sebelum melarikan diri. 

Bapa Dengan Parang Berdarah


Kejadian ngeri tersebut hanya disedari oleh seorang lagi anak perempuannya yang baru pulang dari sekolah. Pada ketika itu anaknya terserempak dengan bapanya di ruang tamu dengan sebilah parang yang berdarah. Beliau kemudiannya berlari ke tingkat atas menemui seorang lagi abangnya yang berada didalam bilik sebelum mereka menghubungi polis.

Mangsa Kelar Di Dalam Bilik


Sewaktu pihak polis tiba di lokasi, suspek sudah melarikan diri. Mereka kemudiannya menemui mayat anak bongsunya dengan kesan kelar di leher di bilik di tingkat bawah rumah berkenaan dan salah seorang anaknya yang dikelar dengan jari terputus di ruang tamu. Kedua-dua anak perempuannya yang dikelar dileher dan tengkuk berusia 8 dan 10 tahun kini dalam keadaan kritikal.

Bapa Hadapi Tekanan


Suspek dan keluarga dikatakan adalah dari keluarga yang baik-baik dan sangat dihormati dikhalangan masyarakat setempat. Suspek dan keluarga adalah antara jemaah tegar yang selalu berjemaah di surau berhampiran. Suspek juga dikatakan turut berjemaah di surau pada waktu zohor sebelum kejadian. Namun dikatakan terburu-buru pulang selepas berjemaah. Tidak seperti biasa. 

Suspek yang telah beberapa lama tidak bekerja dikatakan mengalami tekanan perasaan yang agak serius dalam beberapa hari yang lalu. Sewaktu kejadian, isteri suspek tiada dirumah kerana bekerja di Cyberjaya. Suspek yang cedera berjaya ditemui di sebatang sungai kira-kira 300 meter di kawasan berhampiran. 
p/s: Ya Allah macam-macam jadikan. Tekanan yang melampau membawa padah. Al-Fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga yang tinggal.


Source
Read more ...

Thursday, January 30, 2014

7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah

Salam Jumaat Untuk Semua pembaca Blog Santai,

http://azrihermawan.files.wordpress.com/2011/03/sombong11.jpg
Tidak Masuk Syurga Orang Yang Sombong (Source)

Sombong Sifat Tercela


Sombong, bongkak dan ego mempunyai maksud yang hampir sama. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela yang terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.

7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah


1. Sombong kerana kelebihan ilmu
2. Sombong kerana kelebihan beribadat
3. Sombong kerana keturunan
4. Sombong kerana berasa diri cantik, kacak atau sempurna.
5. Sombong kerana kelebihan harta
6. Sombong kerana kegagahan/kekuatan yang dikurniakan Allah
7. Sombong kerana mempunyai pengikut yang ramai (followers mungkin)

Cara Menghindari Sifat Sombong


Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap sombong. Antaranya:

1. Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu lebih mulia kerana mereka mungkin tiada dosa atau hanya sekelumit berbanding kita.

2. Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ibadahnya lebih lama daripada kita.

3. Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang dimiliki.

4. Apabila bertemu orang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Apabila bertemu dengan orang jahat anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin satu nanti meraka akan bertaubat. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya. Mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan. Sedangkan kita ini yang sejak lahir sudah Islam masih melakukan dosa. Balasan pahalanya belum tentu.

Jom sama-sama kita muhasabah diri. Didik hati supaya sentiasa berfikiran positif. Semoga kita semua terpelihara daripada api neraka. Aminnn!!!


Read more ...

Adakah Kita Seperti Mereka?

Embedded image permalink
Adakah Kita Seperti Mereka?

Dimanakah kita hari ini berbanding mereka? Adakah selipar kita juga dibuat dari botol? Adakah Kita kekurangan Makanan? Adakah Dugaan Kita Sebesar Mereka?

http://2.bp.blogspot.com/-1m1M2G64r5A/TfygsL2gT1I/AAAAAAAAAmE/56YPKSnLOs4/s1600/Republic%2Bof%2BSomalia.jpg
Lapar!!!!

Syukur Alhamdulillah. Jawapannya pastinya tidak. Kita masih punya ini:

http://image.made-in-china.com/2f0j00MjHtYBJKLaoA/Slippers-RS025-.jpg
Punya Ini:
http://www.fashioncentral.pk/images/celeb-gossip/shoe_trends_of_2010.jpg
Punya Ini:
http://www.esquire.com/cm/esquire/images/ni/ESQ-edward-green-derby-shoes-042313-xl.jpg
Dan Punya Ini:
http://www.tourist-attractions-in-malaysia.com/images/malaysia_food.jpg
Makanan Yang Berlebihan

Read more ...

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Petang ni kita nak join segmen Pencarian 50 Bloglist Mamniza.com. Blog Mamaniza.com ni best. Pemilik dia sporting & Banyak info menarik kat sana. 

Jom lah join sekali. Last day esok tau!!!

Read more ...

Wednesday, January 29, 2014

Kongsi Gambar Dan Menang RM88!!!!

Project Share-lah - RM88


You all nak menang RM88 tak? Kalau nak senang aje caranya. Hanya ada dua steps:

1. Snap apa-apa gambar yang you all suka mengenai Chinese New Year.
2. Upload kat Instagram, Twitter atau Facebook dengan hashtag #sharelah dan caption yang menarik

Contoh Gambar:

Best about CNY is RED AngPow and of course "limau" laaa.. 
Yeeayy.. my holiday start!! (Source)

#best #thing #in #cny #tangerine #sharelah #makan #sampai #kenyang (Source)


Pertandingan ni bermula dari 28th January - 11th February 2014

Setiap minggu ada 8 peserta dengan gambar dan caption yang kreatif akan menerima RM88 setiap sorang.

Pemenang akan diumumkan pada 3 dan 10 February 2014.

So guys tunggu apa lagi. Jom semua!!!

p/s: You all dah join 8share belum? Kalau dah terbaiklah. Kalau belum, boleh daftar percuma kat SINI  sekarang ya. Memang tak akan rugi punya!!!!


Read more ...

Harga Runtuh Untuk Semua Rakyat Malaysia!!!!

Harga Runtuh Dengan 70% Diskaun

Harga Runtuh Untuk Semua Rakyat Malaysia


Berita baik untuk semua rakyat Malaysia. Harga runtuh untuk 4,000 produk pada harga diskaun 15 hingga 70 peratus bakal di tawarkan oleh 995 cawangan 10 pasar raya di seluruh Malaysia mulai hari ni selama enam bulan.

10 pasaraya yang terlibat adalah Pasar Raya Econsave, AEON, Mydin, NSK, 99 Speedmart, AEON BIG, Segi Fresh Mart, Giant, KK Mart dan Tesco. So selamat bershopping semua...


Source
Read more ...

Apa Dosa Ku?

http://maramissetiawan.files.wordpress.com/2011/07/macam-dosa-dosa-besar.jpg
Apa Dosa Ku?

Apa Dosa Ku?


Apa Dosa Ku? Jika semalam kita ada berkongsi 14 Kes penderaan Bayi/Kanak-Kanak sepanjang tahun 2013, hari ni ada lagi kesinambungan kisah tersebut. Jika semalam mereka didera, hari ni mereka bernasib baik tidak didera physically tetapi dibuang ibu kandung. Tiga kisah berikut hanyalah sebahagian dari ratusan lagi kes buang bayi yang berlaku di Malaysia.

Bayi Di Tepi Longkang

Seorang bayi perempuannya yang masih bertali pusat telah ditinggalkan oleh ibunya dalam keadaan bogel di Jalan Lapangan Perdana 9, Taman Lapangan Setia, Ipoh. Bayi terbabit yang dipercayai baru dilahirkan ditemui pekerja binaan, Chong Lean Fatt, 48, jam 11 pagi 20 Dec 2013, ketika melalui jalan itu bersama dua rakan. Lean Fatt berkata, bayi itu ditinggalkan di situ dalam keadaan tertiarap dengan badannya berada di atas jalan tar manakala mukanya di atas besi penutup longkang. 


  Bayi Ditinggalkan Bersama Nota Depan Pintu Rumah        

Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di depan pintu sebuah rumah di Kampung Jerulong, Salor di Pasir Mas. Pemilik rumah berkenaan, Nora Syettah Mohd Zain, 41, berkata beliau terkejut apabila terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 4.40 pagi Rabu, 29 Jan 2014. Turut ditemui peralatan bayi dan nota yang memaklumkan mengenai jadual penyusuan bayi berkenaan. 

http://2.bp.blogspot.com/_h_atJ-nvKrc/TGuzP-ZhXOI/AAAAAAAAGjQ/LB2fIVHYdK4/s400/016084286baby.jpg
Bayi Di Tinggalkan Depan Rumah 

Seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan pucat akibat kesejukan selepas ditinggalkan  berlapikkan beg plastik di hadapan sebuah rumah di Kuala Kedah. Kejadian itu disedari pemilik rumah berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi tangisan bayi yang tidak berpakaian itu kira-kira jam 3 pagi 14 Jan 2014. 

Dosa Siapa Yang Ditanggung?


Persoalan yang sama, apakah dosa mereka diperlakukan sedemikian? Tapi kita semua tau, bayi yang baru dilahirkan adalah seperti kain putih. Suci jauh dari segala dosa. Kenapa mereka diuji sebaik sahaja dilahirkan ke dunia ini.? Dosa siapakah yang ditanggung sebenarnya?

1. Rahsia Blogger Malaysia
Read more ...

Ini Idea Yang Bagus...You All Kena Cuba!!!!

Embedded image permalink
8 Gelas Satu Hari (Source)

80% Air Dalam Tubuh Manusia


Rasanya semua orang tau kan, 80% dari tubuh manusia terdiri dari air. Oleh itu air sangat penting untuk kita. Dua organ manusia yang memiliki kandungan air yang tinggi adalah Otak dan darah. Otak memiliki kadar air sebanyak 90%, sementara darah memiliki kadar air sebanyak 95%.

Untuk memastikan tubuh manusia berfungsi secara maksima, secara teori manusia memerlukan 8 gelas air setiap hari. Jika jumlah air tidak muncukupi, fungsi organ-organ dalam tubuh manusia gagal berfungsi dengan baik dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus, dan lain-lain. 

Dan untuk mendisiplinkan diri minum 8 gelas air, ada pelbagai idea dan cara yang kreatif. Antara yang paling berkesan adalah seperti di atas. Baguskan...So you all boleh cuba tau. Pasti berjaya!!!!

1. Rahsia Blogger Malaysia
Read more ...

Hanya Kerana Seorang Penumpang...

Kebakaran Bas Akibat Si Perokok

Penumpang Merokok, Bas Terbakar


Hanya kerana kelalaian seorang penumpang yang merokok didalam tandas sebuah bas, nyawa seramai 36 penumpang, pemandu dan konduktor sebuah bas ekspres hampir tergadai setelah kenderaan yang mereka naiki terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid pada hari Ahad yang lalu. 

Ini Yang Tinggal

Penumpang Sebabkan Kesesakan


Mereka bernasib baik kerana salah seorang penumpang mengesan kepulan asap dari tandas tersebut yang memaksa Pemandu memberhentikan bas serta merta untuk menyelamatkan semua penumpang. Kejadian tersebut telah menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang satu kilometer.

P/s: Hmm..macam-macam lah dia orang ni...Buat perkara yang tak sepatutnya...Sebenarnya inilah yang bakal berlaku apabila ada yang mementingkan diri. Sebelum ni kita agak terkejut apabila dimaklumkan ada seorang kawan ni tak pernah off handphone bila naik kapal terbang. katanya ok aje so far tak ada masalah. Hmmm..malang tak berbaukan. peraturan yang dibuat pasti ada kebaikan. So tolonglah ikut peraturan coz kalau kena bukan yang buat salah aje yang merasa. Yang lain juga pasti terkena tempiasnya...So jangan jadi trouble maker ya!!!


Read more ...

Tuesday, January 28, 2014

14 Kes Penderaan Kanak-Kanak Yang Tragis Di Malaysia

Info Grafik
14 Kes Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia (Source)

Penderaan Kanak-Kanak


Kisah arwah adik Nursyafiqah yang di dera dan dibunuh kejam oleh kekasih si ibu yang belaku di Paka Terengganu baru-baru ini telah meninggalkan banyak kesan kepada ramai rakyat Malaysia. Masalahnya itu bukanlah kes yang pertama. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Dan jika dilihat dari kes-kes yang berlaku hampir setiap bulan, penderaan ini dilakukan ke atas seorang bayi atau seorang kanak-kanak oleh seorang dewasa yang diberikan akal fikiran secukupnya. Mengapa ia berlaku? Apakah dosa sikecil?

Penderaan Adalah Balasan Dosa?


Untuk menjawab persoalan di atas, kita tertarik dengan satu kupasan tentang dosa dan balasan Allah yang kita terbaca sedikit masa dulu. Sebenarnya kita semua tau bahawa setiap dosa yang kita lakukan pasti akan ada balasan. Jika balasan itu tidak dianugerahkan kepada kita, ia mungkin dianugerahkan kepada mereka-mereka yang ada kaitannya dengan kita dengan harapan ia akan menjadi pengajaran kepada kita. Dan kita pasti ini ada kebenarannya kerana sikecil pastinya tiada dosa. Tapi mengapa mereka yang menjadi mangsa. Adakah penderaan atau pembunuhan kejam ini ada kaitan dengan dosa-dosa yang kita lakukan?

Semoga kita semua muhasabah diri dan ingatlah setiap perbuatan kita baik dan buruk pasti ada balasannya. Jika ia tidak menimpa kita, ia pasti akan menimpa orang-orang yang kita sayangi.

Read more ...

7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah

http://destinasisangjuang.files.wordpress.com/2011/02/3193026583_cc8e543a001.jpg
Hikmah  Di Sebalik Ujian Allah (Source)

Ujian Allah


Setiap anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini pasti diuji. Samada ujiannya kecil atau besar, itu adalah rezeki masing-masing. Dan Allah telah berjanji, sesiapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam syurga yang mana dia suka. 

7 Hikmah Di Sebalik Ujian Allah


1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita
2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar
3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar
4. Allah hapuskan dosa-dosa kita
5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan kita yang semakin mendekatinya
6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain
7. Tanda Allah sayangkan kita

Dan yang pasti ujian Allah adalah untuk mereka yang terpilih kerana Allah sayangkan kita. Ianya diberi seiring dengan kemampuan kita untuk meningkatkan darjat dan keimanan kita. Wallahhualam...


Source
Read more ...

Zamir Juara Masterchef Malaysian All Stars

Zamir, Pemenang Masterchef Malaysian All Star

Zamir Juara Masterchef Malaysian All Stars


Tahniah Zamir kerana menjadi juara Masterchef Malaysian All Stars musim pertama. Kedua-dua perserta menunjukkan kehebatan mereka didapur Masterchelf. Namun Zamir bernasib baik berjaya mengalahkan Celina dengan kemenangan tipis 3 mata. Desert telah menyelamatkan Zamir. 
Displaying IMG_20140128_215411.jpg
Tahniah Untuk Mereka

Sup Cendawan Dari Zamir

Medly Makanan Laut Dari Celina
Sea Bass Gone Wild Dari Zamir

Antara Dua Benua Dari Celina

Kek Choclate Lava Dari Celina
My Finale Dari Zamir

Dengan kemenangan tersebut Zamir membawa pulang RM55,000 yang disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya, Rumah Teduhan Kasih di sungai Buluh beserta piala pusingan.

Kesian Celina. Tak ada rezeki lagi setelah dua kali ditewaskan di pusingan akhir. Tahun lepas kalah ditangan Syura, kali ini kalah ditangan Zamir. Tak apa Celina, I am still your big fan..

Read more ...

Dia Terkorban Setelah Selamatkan Enam Mangsa....

Hero Cilik - Tyler Doohan

Terkorban Setelah Selamatkan Enam Mangsa


Ingat tak lagi kisah Aitzaz Hasan yang menyelamatkan ribuan murid disekolahnya dari serangan pengebom berani mati? Itu kisah hero di Pakistan. Hari ni kita nak kongsi satu lagi kisah hero cilik, Tyler Doohan, 8 tahun, dari New York yang terkorban setelah menyelamatkan enam mangsa kebakaran. Walaupun usianya terlalu muda tapi beliau punya rasa tanggungjawab yang amat tinggi. 

Ketika menyedari kejadian kebakaran tersebut pada kira-kira jam 4.25 pagi, beliau dengan segera mengejutkan semua yang berada didalam "mobile treller" tersebut serta membawa lari dua lagi adiknya yang berusia 4 dan 6 tahun dari tempat kejadian. 

Tyler Doohan rescued six of his family members from a house fire before he died
Mayat Tyler Ditemui Disisi Datuknya 

Setelah memastikan mereka selamat, beliau kembali semula memasuki treller untuk mengambil datuknya yang kurang upaya. Ketika itu api sudah terlalu marak. Mayatnya ditemui dalam keadaan sedang memangku datuknya....mungkin kerana beliau tidak berupaya mengangkat datuknya menyebabkan beliau kelemasan..

p/s: Salute untuk hero cilik


Read more ...

Monday, January 27, 2014

Inilah Beban Hutang Rakyat Malaysia

Info Grafik
Beban Hutang Rakyat Malaysia

Fakta Mengenai Beban Hutang Rakyat Malaysia


Pada tahun 2013, terdapat peningkatan sebanyak 20% berbanding 2012, bagi mereka yang mendapatkan khidmat kaunseling untuk menguruskan beban hutang. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada kumpulan berpendapatan RM4000 dan ke bawah.

5 Penyumbang Utama Kepada Beban Hutang


1. Perancangan Kewangan Yang lemah
2. Kos Perubatan Yang Tinggi
3. Gagal Dalam Perniagaan
4. Hutang Kad Kredit
5. Hilang Pekerjaan

Peratus Beban Hutang Berdasarkan Umur


Mereka yang berumur 41 tahun ke atas adalah merupakan kumpulan terbesar. (42.4%)

Peratus Beban Hutang Berdasarkan Jantina


Lelaki adalah mereka yang dibebani beban hutang yang tinggi berbanding wanita dengan peratusan sebanyak 63.35%.

Read more ...

Santapan Minda: 100 Rahmat Allah

100 Rahmat Allah (Source)

Rahmat Allah


Dalam Islam, rahmat (Bahasa Arab: رحمة‎) dari segi bahasa ialah belas kasihan manakala dari segi istilah ialah kebaikan Allah mengurniakan kepada manusia seperti tubuh badan yang sihat, minda yang cerdas dan jiwa yang bersih.

http://1.bp.blogspot.com/-O2L8mJ8FzKk/UM3fwg_Jr5I/AAAAAAAAAFY/tHjUtzbq40I/s1600/pyebab%2Bsyurga.jpg
(Source)

Antara Tanda-Tanda Orang Yang Mendapat Rahmat Allah:


1. Sangat memelihara solat lima waktu
2. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat sama ada sedikit atau banyak
5. Rendah diri
6. Bersifat dermawan yang ikhlas
7. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
8. Merasa gelisah andai melakukan kesilapan kepada Allah

Jom sama-sama kita cari rahmat Allah. Jaga diri, hiasi peribadi dan selamat beramal.


Source 
Read more ...
Designed By