7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah

Salam Jumaat Untuk Semua pembaca Blog Santai,

http://azrihermawan.files.wordpress.com/2011/03/sombong11.jpg
Tidak Masuk Syurga Orang Yang Sombong (Source)

Sombong Sifat Tercela


Sombong, bongkak dan ego mempunyai maksud yang hampir sama. Ia adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela yang terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.

7 Perkara Sombong Yang Di Laknat Allah


1. Sombong kerana kelebihan ilmu
2. Sombong kerana kelebihan beribadat
3. Sombong kerana keturunan
4. Sombong kerana berasa diri cantik, kacak atau sempurna.
5. Sombong kerana kelebihan harta
6. Sombong kerana kegagahan/kekuatan yang dikurniakan Allah
7. Sombong kerana mempunyai pengikut yang ramai (followers mungkin)

Cara Menghindari Sifat Sombong


Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap sombong. Antaranya:

1. Apabila berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah mereka itu lebih mulia kerana mereka mungkin tiada dosa atau hanya sekelumit berbanding kita.

2. Apabila berjumpa dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ibadahnya lebih lama daripada kita.

3. Apabila berjumpa dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia dari kita kerana ilmu yang dimiliki.

4. Apabila bertemu orang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.

5. Apabila bertemu dengan orang jahat anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin satu nanti meraka akan bertaubat. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.

6. Apabila bertemu orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya. Mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan. Sedangkan kita ini yang sejak lahir sudah Islam masih melakukan dosa. Balasan pahalanya belum tentu.

Jom sama-sama kita muhasabah diri. Didik hati supaya sentiasa berfikiran positif. Semoga kita semua terpelihara daripada api neraka. Aminnn!!!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat