Breaking News

Thursday, July 31, 2014

Puasa : Sunat, Makruh Dan Haram

Puasa : Sunat, Makruh Dan Haram  

Amalan Puasa Sunat Yang Di Tuntut


Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Puasa tiga hari setiap bulan

Ini puasa yang paling senang nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa hari ini, esok tak puasa

Hari ni puasa esok tak puasa. Ini bermakna puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

Puasa pada hari Arafah

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Hari kelapan Zulhijjah

Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Puasa Yang Makruh


Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  •     Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  •     Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  •     Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  •     Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Puasa Yang Di Haramkan


Hari haram berpuasa sunat
  • Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  • Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  • Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  • Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  • Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  • Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban
Source: Astro Awani: Petikan dengan izin daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Read more ...

6 Cara Untuk Bantu GAZA

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t1.0-9/10520701_782571061765137_4103357861435060922_n.jpg
Serangan Di GAZA

6 Cara Untuk Bantu GAZA


Hari ni masuk hari ke dua puluh dua serangan rejim pengganas Zionis di Gaza. Jumlah syuhada semakin meningkat. Hospital penuh sesak dengan mereka yang tercedera. Harta benda banyak yang musnah. Kerosakan yang terlalu besar dan tak mampu ditanggung oleh rakan-rakan kita di GAZA. Sebagai seorang muslim, adalah menjadi kewajiban kita untuk membantu saudara-saudara kita di GAZA dalam apa jua cara sekalipun. Antaranya:

Memberi sumbangan harta: Mereka amat memerlukannya dana untuk  membangunkan semula infrastuktur yang musnah. Dana yang diperlukan adalah bagi tujuan perubatan, pendidikan, makan-minum, pembangunan semula bangunan-bangunan yang dimusnahkan, pembelaan anak-anak yatim dan macam-macam lagi. Pada yang ingin menderma, boleh refer di sini untuk tujuan sumbangan k: Sumbangan Untuk GAZA

Berdoa: Doa adalah senjata mukmin yang paling efektif, terutamanya dalam waktu-waktu krisis. Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah adalah Qunut Nazilah. Jangan lupa doakan kemenangan umat Islam setiap kali selepas solat fardu dan juga pada kesempatan-kesempatan lain.


Boikot produk penyokong Zionis: Boikot adalah satu mekanisme efektif yang telah berjaya di banyak negara dalam memberi tekanan kepada Israel. BDS movement, sebuah gerakan anti aparteid yang berusaha keras untuk memboikot rejim pengganas Zionis melaporkan bahawa nilai eksport Israel berkurang dengan signifikan kesan daripada boikot.


http://jasminesumayyahwashington.files.wordpress.com/2014/07/israel_gaza-conflict_wordpress3.jpg
 https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t1.0-9/p261x260/10500369_758343364228780_1091175197191850283_n.jpg
 https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t1.0-9/s526x395/10416582_10152597849251742_7086020308468145665_n.jpg

Perbaiki kualiti ibadah: Seorang jeneral tentera Israel bernama Moshe Dayan pernah menyatakan dia hanya akan gentar bila umat Islam mampu untuk solat Subuh berjemaah di masjid sepertimana solat Jumaat. Ini adalah petunjuk bahawa Israel memahami hakikat agama ini, iaitu mereka hanya akan ditumpaskan oleh kelompok Muslim yang berkualiti. Maka kita mesti memulakannya dengan memperbaiki kualiti ibadah terutamanya ibadah wajib. Ibadah sunat juga mesti dipertingkatkan. Biasakan diri kita dengan zikir-zikir dan bacaan al-Quran.

Perihatin tentang Isu Palestin: Untuk memahami isu ini dengan lebih baik, kita perlu faham apa yang berlaku di GAZA. Tidak cukup sekadar kita berkongsi emosi pada waktu krisis sahaja. Kesedaran ini hanya boleh diperolehi, jika kita mempunyai maklumat yang tepat tentang isu yang berlaku di palestin sejak tahun 1948. Isu Palestin bukan sekadar isu serangan di Gaza.

Kempen kesedaran: Kesedaran tentang isu Palestin perlu dipromosikan seluas-luasnya. Gunakanlah apa sahaja medium komunikasi yang ada untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan isu ini kepada umat Islam seperti Blog, Facebook, Twitter, YouTube atau apa jua medium yang ada.

Boikot cara hidup Zionis: Akhir sekali, cara hidup tajaan rejim pengganas Zionis untuk melalaikan umat Islam seperti berhibur secara berlebihan, membuang masa dengan aktiviti lara, membazir dengan kemewahan melampau dan terlibat dalam pergaulan bebas tanpa batas mesti diboikot, jika kita benar-benar serius untuk membebaskan Al-Aqsa.

Semoga setiap usaha kita diberkati Allah. Aminn.. 



Source
Read more ...

Wednesday, July 30, 2014

Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia

Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
 Indian Muslims attend prayers at the Jama Masjid in Delhi, India 
Solat Aidil Fitri Di Masjid Jama, India
 
Solat Aidil Fitri Di Kandahar, Kabul, Afghanistan
Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia  
Di Bangalore, India.
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Berdoa Setelah Selesai Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Baghdad.
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Solat Aidil Fitri Di Masjid Taza Pir, Di Azerbaijan
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Solat Aidil Fitri Di Masjid Kashmiri Nepal, Kathmandu.
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Solat Aidil Fitri Di Moscow, Russia
Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Pantai Parangkusumo Di Yogyakarta, Indonesia.
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
Solat Aidil Fitri Di Masjid Al Aqsa Di Jerusalem’s Old City
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Selesai Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Masjid Di Madrid Italy
Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Solat Aidil Fitri Di Masjid Msala Di Casablanca Morocco
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Solat Aidil Fitri Di Masjid Feroz Shah Kotla Di New Delhi
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
Suasana Di Tanah Perkuburan Di Bandar Najaf, Iraqi
 
Solat Aidil Fitri Di Masjid Al-Azhar Di Cairo, Egypt
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
Solat Aidil Fitri Di  Sanaa, Yemen
Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
Kanak-Kanak Kenyan Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Masjid Noor Di Nairobi, Kenya
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
 Solat Aidil Fitri Di Parc Chanot, in Marseille, Selatan France
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
Selesai Menunaikan Solat Aidil Fitri Di Kosovo Rusia
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia
Solat Aidil Fitri Di Masjid Lakemba Di Sydney
 Warna Warni Hari Raya 2014 Di Seluruh Dunia 
Di Luar Masjid Taichung Di Taiwan.
Read more ...

Tuesday, July 29, 2014

Denggi Meningkat 224%

u
 Denggi Meningkat 224%

Denggi Meningkat 224%


Di kala umat Islam sibuk membuat persediaan menyambut hari lebaran, nyamuk eades juga sibuk mengenalpasti mangsa-mangsa serangan terbaru.  Sehingga kini jumlah kematian akibat kes denggi meningkat sebanyak 224 peratus di seluruh negara. Dari 29 orang pada tahun 2013 kepada 94 orang setakat Julai 2014
.
Selangor mencatatkan angka kematian yang yang paling tinggi dengan jumlah 36 orang manakala daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,315 kes. 

So hati-hati semua. Pastikan kita sentiasa peka dengan keadaan persekitaran yang mendorong kepada pembiakan nyamuk aedes. Elakkan sikap-sikap Negatif seperti berikut. 

Tidak Berdikari

Tidak berdikari. Sentiasa mengharapkan pihak kerajaan bertindak untuk menyelesaikan wabak denggi. Tidak ada initiatif dari pihak sendiri biarpun berkeupayaan sempurna, berbadan sihat dan waras berfikir.


Pengotor 
 
Pengotor. Wabak denggi di kawasan perumahan biasanya mempunyai satu ciri yang sama – tahap kebersihan yang kurang memuaskan. Botol-botol plastik dibiarkan bertaburan, tayar lama terbiar di persimpangan, sampah sarap merata-rata, longkang-longkang dibiarkan tersumbat serta mengeluarkan bau yang tak menyenangkan.

Percaya Perkara Tahyul

 
Percaya yang you all kebal terhadap denggi kerana mempunyai sistem imun yang kuat hasil latihan gim yang kerap.  Ada juga yang percaya pengambilan daun betik, jus jambu batu dan 100plus boleh menghindari denggi dan mengubatinya.

Terdapat juga kepercayaan bahawa membiasakan diri digigit nyamuk boleh melalikan badan dari nyamuk Aedes. Bagi mereka yang berumah di sebelah hutan, mereka tidak mengendahkan nyamuk dan menganggap nyamuk-nyamuk ini tidak merbahaya dan suci kerana berasal dari hutan. Ada juga orang-orang tua yang percaya gigitan nyamuk tidak dapat menembusi kulit mereka yang tebal.
 
Kurang Kefahaman

Hidup dalam penafian. Memandang rendah kepada sang nyamuk dan fikir nyamuk turut gentar dengan kita. Namun terlupa nyamuk tidak mempedulikan sama ada kita adalah seorang olahragawan pingat emas atau tidak ketika mencari mangsa dalam kelaparan. Selagi kita berada dalam persekitaran nyamuk tersebut, kita pasti menjadi sasarannya.
 
Tidak Disiplin

Di Jepun, semua penduduk rumah pangsa bertanggungjawab untuk kebersihan kawasan tersebut. Pada setiap Ahad pertama, ketua setiap rumah atau keluarga wajib mengambil bahagian dalam gotong-royong. Kegagalan menghadiri gotong royong tersebut akan dikenakan denda. Setiap keluarga atau rumah diperuntukkan dalam jadual untuk membersihkan sampah-sampah besar.

Namun kita di Malaysia amat berbeza. Bukan hanya malas untuk membersihkan kawasan malah turut suka membuang sampah di merata-rata walaupun tong sampah ada disediakan. Sangat teruja melihat sampah melimpah ruah dari tong yang disediakan dan kayu-kayu buruk dan tayar lama menjadi perhiasan di sekeliling kawasan kediaman.

Source
Read more ...

Monday, July 28, 2014

Puasa Sunat Enam Syawal

 Puasa Sunat Enam Syawal
  Puasa Sunat Enam Syawal

Puasa Sunat Enam Syawal


Daripada Abu Ayub r.a. bahawa Rasulullah SAW. bersabda, Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.

Huraian Hadith:

1. Islam menganjurkan umatnya supaya melakukan kebaikan dan kebajikan secara berterusan, walaupun sedikit.
2. Orang yang berpuasa Ramadhan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka pahalanya sama dengan berpuasa setahun. Hal ini disebabkan puasa sunat satu hari bersamaan pahalanya dengan sepuluh hari. Manakala puasa Ramadhan bersamaan dengan sepuluh bulan, maka enam hari puasa sunat bersamaan dengan dua bulan, kemudian dicampurkan dengan sepuluh bulan jumlahnya menjadi setahun.
3. Seseorang yang hendak berpuasa sunat di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadhan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
Read more ...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Blog Santai

  http://1.bp.blogspot.com/-OVzadyd64C8/Tlck_wEODHI/AAAAAAAACbA/fcVLpNI_9oE/s1600/kadraya6.jpg
 Selamat Hari Raya Aidil Fitri Dari Blog Santai


Dikesempatan ini kita ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua pembaca  Blog Santai. Mohon maaf dipinta jika sekiranya ada yang terasa atau tersinggung dengan apa yang kita kongsikan di Blog ini. Kita sebagai insan yang lemah pastinya tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan. Semoga kedatangan Aidil Fitri ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kita semua.

Ramadhan Bakal Beransur Pergi,
Syawal Menjelma Di Aidilfitri,
Seikhlas Hati Menyusun Jari,
Memohon Dimaafi Kekhilafan Diri,
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.


Read more ...

Saturday, July 26, 2014

24 Jam Di Jalan TAR

 
Berkerja secara bergilir-gilir dalam masa 24 jam



24 Jam Di Jalan TAR

 
Saat-saat terakhir Ramadhan di jalan TAR memang meriah. Walaupun ramai yang dah balik kampung, kemeriahan di jalan TAR memang terasa terutama selepas berbuka puasa. Kalau sebelum ni, Jalan TAR agak sunyi selepas pukul 2, kini Jalan TAR dibuka 24 jam. Masing-masing bekerja secara syif untuk meningkatkan jualan serta menghabiskan stok. 
 
http://2.bp.blogspot.com/-2toJ09vz9HM/T4JO7nM65aI/AAAAAAAAAh8/zrX72SHW22s/s640/kuihA.jpg
 Kuih Raya@ RM10
https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/428736_10151600266537996_2067876054_n.jpg 
Baju Kurung Moden Separuh Harga
http://3.bp.blogspot.com/_S0RxRnE5fGU/TG3eL3pXBFI/AAAAAAAAQc0/qpx8Q-TkhYg/s1600/IMG_2021.JPG

 Tudung Murah RM100@lima

Dan yang paling best semestinya harga runtuh yang ditawarkan. Memang berbaloi untuk dibeli. Kalau di awal Ramadan, empat helai tudung dijual dengan harga RM100, tetapi sekarang pembeli boleh membeli lima helai untuk harga yang sama. Harga biskut raya juga turut dijual pada harga diskaun yang menarik. Kalau dulu harga satu kotak biskut dari RM18, kini boleh dibeli pada harga RM10. Baju kurung moden pula kini dijual separuh harga. 

Read more ...

Kad Raya Dari Lokasi Nahas MH17

mh17 kad raya 
Kad Raya Dari Lokasi Nahas MH17

Semuanya ketentuan Allah. Perjalanan pulang untuk menyambut hari Raya bersama keluarga tersayang tidak kesampaian. Hanya Kad Raya sebagai pengganti. Pada kita yang berkesempatan untuk berhari raya bersama keluarga, hargai saat itu. jangan lupa sedekahkan Al Fatihah pada yang telah tiada.

Embedded image permalink
  Mengenang Mereka Yang Telah Pergi


Read more ...

Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA

Kisah menyayat hati di hospital Gaza
Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA 

Kisah Menyayat Hati Dari Hospital Di GAZA


Jika kita di sini sedang bersiap sedia menyambut hari lebaran yang mulia, saudara-saudara kita di GAZA bagai hilang arah. Kezaliman yang tiada henti. Banyak kisah sedih yang berlaku di GAZA yang sangat menyayat hati. Yang terbaru adalah kisah menyayat hati dari sebuah hospital apabila seorang bayi perempuan berjaya diselamatkan dari rahim ibunya yang terbunuh selepas terkena serangan udara Israel, awal pagi tadi.

Bayi pramatang itu lahir melalui pembedahan, BBC. Menurut doktor, bayi yang belum diberikan nama itu hanya mempunyai peluang hidup 50 peratus dan kini sedang dirawat hospital. Semoga bayi ini selamat dan bakal menjadi syuhadah.

Sehingga kini, lebih 800 orang terbunuh. Kebanyakan mereka adalah orang awam. Walaupun genjatan senjata telah diumumkan berkuatkuasa sejak semalam, ianya pasti tak akan menggembirakan mereka. Beberapa jam lagi ianya bakal berakhir dan apa setelah itu?  Adakah mereka bakal menyambut lebaran bertemankan hujanan peluru. Pray4 GAZA.
Read more ...

Friday, July 25, 2014

Selamat Balik Kampung

 
Selamat Balik kampung

Alhamdulillah kita dah ada kat kampung. Pada yang masih on the road hati-hati ya. Pastikan memandu dengan selamat dalam hadlaju yang ditetapkan. Jangan rushing k. Raya lagi dua hari. Pada yang melalui lebuhraya PLUS, boleh ikut jadual yang ditetapkan kalau tak nak jem k. Rujuk sini untuk Jadual Perjalanan Hari Raya 2014 Dari PLUS

Read more ...

3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu


 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Pesawat Terhempas

3 Pesawat Terhempas Kurang Dari Seminggu


Tragedi dunia penerbangan. Setelah kehilangan misteri MH17 pada April yang lalu, nampaknya minggu ini adalah merupakan minggu yang paling menyedihkan bagi dunia penerbangan. 3 pesawat menjadi korban apabila ditemui terhempas dalam masa seminggu yang telah mengorbankan hampir 462 nyawa.

 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu 
Pesawat MH 17 Terhempas Di Timur Ukraine
3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Bangkai Pesawat MH17

Pesawat MH17 Di Tembak Jatuh


Kesedihan bermula apabila Pesawat MH17 milik MAS terhempas setelah ditembak jatuh di Timur Ukraine. Pesawat malang itu telah mengorbankan 298 anak kapal termasuk penumpang. Sehingga kini tiada bukti kukuh siapa yang bertanggungjawab melakukannya.

 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Pesawat ATR-72 Terhempas Di Selat Taiwan
3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu
Bangkai Pesawat ATR-72 

Pesawat ATR-72 Terhempas


Malam Rabu lepas, Penerbangan ATR-72 milik TransAsia Airways yang membawa 48 penumpang dan kru pula terhempas apabila melakukan pendaratan cemas di Pulau Penghu di Selat Taiwan. Ribut petir yang melanda akibat Taufan Matmo dipercayai menjadi punca pesawat Taiwan ATR-72 itu terhempas. Nahas tersebut berlaku hanya beberapa jam selepas Taufan Matmo membadai Taiwan. Mangsa yang maut terdiri daripada 46 warga Taiwan dan dua penuntut perubatan Perancis yang menjalani kerja amali di Taiwan.

 3 Pesawat Terhempas Dalam Masa Seminggu 
Pesawat Air Algerie Terhempas Di Mali

Pesawat Air Algerie Terhempas

 
Dan semalam, pesawat Air Algerie yang membawa 116 penumpang telah disahkan terhempas. Pesawat tersebut yang dalam dalam penerbangan dari Burkina Faso ke Algiers telah terputus hubungan selepas 50 minit berlepas ke Algiers. Bangkai pesawat Air Algerie tersebut telah ditemui di Mali berhampiran sempadan Burkina Faso. Menurut Menteri Luar Laurent Fabius, pesawat AH5017 itu berlepas dari Ouagadougou ke Algiers terputus hubungan akibat cuaca buruk. Kalau majoriti penumpang MH17 adalah rakyat Belanda, separuh daripada jumlah penumpang pesawat Air Algerie adalah merupakan warga Perancis.

Doa Nail Pesawat
Doa Naik Pesawat

Kalau sebelum ini, penerbangan udara telah dianggap yang paling selamat, selepas 3 kejadian ini mungkin kita terfikir sebaliknya. Dan yang pasti bukan MAS aje yang tak selamat tapi penerbangan lain juga. Semuanya berlaku dengan izin Allah. Kita hanya mampu berdoa supaya tragedi ini tidak berlaku kepada kita semua.

Read more ...

Thursday, July 24, 2014

Hukum Makan Di Mac D

 Embedded image permalink 
Sokongan Kepada Israel

Hukum Makan Di Mac D


Renungan pagi Jumaat pilihan  Blog Santai adalah tentang hukum jika kita makan di Mac D. Sebagaimana yang kita tau, pihak Zionis Israel telah melakukan kekejaman yang diluar batasan kemanusian ke atas rakyat Palestin sejak dulu lagi. Ribuan atau jutaan yang telah menjadi mangsa kezaliman Zionis. Dan kita sebagai umat Islam hanya mampu membantu melalui sumbangan dan doa untuk keselamatan rakan-rakan kita disana. 

Selain doa dan sumbangan, sebenarnya kita juga mampu untuk melakukan lebih dari itu dengan memboikot barangan keluaran Israel atau mereka-mereka yang memberikan sokongan kepada Israel. Dan apakah hukum jika kita gagal melakukannya? Contohnya apakah hukum jika kita makan di Mac D yang memberi sokongan kepada tentera Israel yang memerangi rakan-rakan kita di GAZA?

Dan inilah jawapannya:

Makan di Mac D hukumnya harus apabila halal makanan tersebut iaitu memenuhi ciri-ciri kehalalannya.  Sekiranya jelas ianya memberi sumbangan kepada tentera Israel, maka ia boleh menyebabkan haram makanan tersebut.  Walaubagaimanapun, dalam hal ini pihak barkuasa lebih dipertanggungjawabkan dalam menentukan hubongan antara negara-negara khususnya Israil terutama yang ada kaitan dengan masyarakat Islam.


Embedded image permalink
Chile Luluskan Sokongan Boikot Israel

Hukum Malaysia Sebagai Rakan Dagangan Israel


Sebenarnya persoalan di atas agak sensitif. Biarpun kita tau bahawa ada negara yang lumpuh gara-gara di boikot, namun melakukannya adalah agak sukar tapi tak mustahil. Dan sebenarnya bagi kita boikot ini harus di mulakan dengan perdagangan antara negara. Malaysia perlu mengambil initiatif ini kerana sebagaimana yang kita tau, Israel adalah salah satu rakan dagangan Malaysia. Jika kita makan di MAC D boleh jatuh hukum haram, pendapatan Malaysia dari dagangan secara lansung ini pastinya lebih jelas hukumnya.

Berdasarkan laporan yang disusun Suruhanjaya Eropah yang menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-15 sebagai rakan dagang utama Israel dengan menyumbang kepada 0.8% daripada perdagangan Israel pada tahun 2010. Manakala laporan daripada Israel’s Central Bureau of Statistics menunjukkan barangan eksport Israel ke Malaysia bernilai $716.4 juta dan barangan import bernilai $93.6 juta. Malaysia seharusnya mengikut jejak langkah Chile yang sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dagangan dengan Israel, biarpun ia bukan sebuah negara Islam. 

Read more ...

100 Jam Tangan Raya Ice Watch Untuk Di Menangi

100 Jam Tangan Raya Ice Watch Untuk Di Menangi 
100 Jam Tangan Ice Watch Raya Untuk Di Menangi

You all nak menang jam tangan Ice Watch raya tak? Kalau nak senang aje. Jom sertai Peraduan Raya Lebih Bergaya Dengan Jam Tangan Ice Watch anjuran berita harian.

Pada yang nak join, boleh dapatkan Borang yang akan dikeluarkan pada 19 & 26 Julai dan 2 & 9 ogos 2014. Kalau nak tau details lagi you all boleh dapatkan Berita Harian hari ni k.
Read more ...

Baca Ini Bila Marah

http://2.bp.blogspot.com/_dPU5cVmiI2s/TTI6zxEKRHI/AAAAAAAAAbs/ohi2ksILM9A/s400/setan.jpg
Marah Itu Kawan Syaitan

Baca Ini Bila Marah


Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah bacaan yang perlu kita baca bila sahaja dalam kemarahan. Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal perasaan tersebut. Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Marah itu dari syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan diri kita supaya bertindak lebih ganas. Jadi kalau kita tak ingin tewas kepadanya, bacalah “Auzubillahi Mminas Syaitanir Rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) sebagaimana pesan Rasulullah S.A.W:

Daripada Sulaiman bin Sard RA katanya, “Pada suatu hari aku duduk bersama-sama Nabi SAW sedang dua orang lelaki sedang bermaki-makian di antara satu sama lain. Salah seorang daripadanya telah merah mukanya dan tegang pula urat lehernya. Lalu Rasulullah SAW bersabda”, “Sesungguhnya aku tahu satu perkataan sekiranya dibaca tentu hilang rasa marahnya jika dia kata (baca), “Auzubillahi minas syaitanir rajim (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam) hilanglah marahnya.” Maka mereka pun berkata kepada (orang yang merah mukanya) bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Berlindunglah dengan Allah daripada syaitan yang direjam."

Doa  Untuk Menghilangkan Rasa Marah


http://4.bp.blogspot.com/-sjwi3bsX4JI/UHeJ9fI0g4I/AAAAAAAAC1A/Y1NRhJ81r20/s1600/Doa+Untuk+Menghilangkan+Rasa+Marah.jpg 
Read more ...
Designed By