Breaking News

Thursday, February 28, 2013

Wanita ini ketagih deodoran





Hampir setiap hari, Nicole (19) yang berasal dari Amerika Syarikat, makan deodoran pelbagai jenis termasuk yang berbentuk padat atau cecair. Namun yang paling disukai oleh wanita ini adalah Deadoran yang berbentuk padat.
Read more ...

Tanduk bola rosakkan otak


Satu kajian saintis di sini mendapati, tindakan menanduk bola boleh menyebabkan kerosakan otak hingga menjejaskan tahap pemikiran seseorang.

Dr. Anne Serrano dari Universiti Texas berkata, golongan belia yang suka bermain bola sepak didapati kurang mampu melaksanakan tugasan yang memerlukan teknik pemikiran asas, berbanding mereka yang tidak menceburi sukan itu. Dalam satu ujian, pelajar wanita yang bermain bola sepak dikehendaki berlawan satu siri permainan komputer dengan mereka yang tidak bermain sukan berkenaan.

Keputusan perlawanan itu yang disiarkan dalam jurnal sains, PLos ONE, menunjukkan reaksi pemain bola sepak 'lebih perlahan' berbanding pelajar lain yang tidak bersukan. Dalam permainan komputer itu, subjek perlu menunjukkan sasaran yang terdapat pada paparan skrin komputer dengan pantas.

"Ujian yang kami jalankan terhadap pelajar terlibat memerlukan mereka bertindak balas dengan cepat secara spontan. "Berdasarkan keputusan, kami mendapati kesan menanduk bola mungkin menyebabkan perubahan kepada fungsi-fungsi tertentu di bahagian otak dan menjadikan pelajar yang bermain bola sepak tidak dapat berfikir dengan pantas," jelasnya. 

Bagaimanapun, hal yang dibangkitkan Serrano itu bukan satu berita buruk buat pemain bola sepak. Serrano menjelaskan, keputusan lain menunjukkan beberapa pemain bola sepak masih mampu menjalani ujian tersebut dengan baik.

"Ujian yang digunakan dalam kajian kami ini merupakan cara pantas untuk mengesan sebarang perubahan otak pada atlet. "Kajian yang kami jalankan ini bertujuan mengenal pasti kemungkinan penyakit saraf berpunca akibat bersukan," katanya. - AGENSI


Read more ...

Tawar isteri untuk disembelih


New York: Lebih banyak maklumat mengerikan terbongkar dalam perbicaraan seorang anggota bandar raya ini yang dituduh bersubahat membunuh dan memakan wanita.

Pendakwa raya berkata, Gilberto Valle, 28, terbabit dalam perbualan di e-mel dengan seorang lelaki Pakistan, Aly Khan mendakwa dirinya penyembelih haiwan dan menghantar Valle video menunjukkan seekor kambing yang dikelar tekaknya.

 On trial: New York police officer Gilberto Valle admits thinking about abducting, cooking and devouring young women, but claims his thoughts are so over-the-top that they should not be taken seriously

Mahkamah juga diberitahu Valle mempunyai ‘mentor’ Inggeris yang mendakwa telah membunuh dan memakan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun. Di Mahkamah Persekutuan Manhattan, ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Corey Walsh memberi keterangan dengan mengemukakan perbualan dalam talian antara Valle dan Khan tahun lalu, di mana Khan berkata, dia “ingin menyembelih seorang gadis dan menganggapnya sebagai daging”. Perbualan berterusan: “Saya membunuh beberapa ekor kambing untuk melihat apa berlaku kepada binatang itu dan bagaimana ia dilakukan,” katanya sebagaimana dipetik daripada kenyataan di mahkamah.

 'Busted': Valle and his estranged wife Kathleen Cooke Mangan, 28. It was Kathleen's discoveries on Valle's computer that led FBI agents to her husband

“Saya dapati ia sangat mudah. Hanya perlu membaringkan, ikat haiwan itu lalu terus mengelar tekaknya.” Juri hanya diperlihatkan adegan utama penyembelihan kambing dalam video itu kerana ia sangat mengerikan, lapor akhbar New York Post.

Valle yang mengenali Khan menerusi laman web untuk golongan yang berfantasi memakan daging manusia menulis bahawa dia “cuba memilih seorang gadis yang boleh dihantar kepada Khan.” Dia menambah: “Saya boleh memujuk teman wanita saya pergi ke India.” Valle merujuk kepada Kathleen Mangan, wanita yang menjadi isterinya enam bulan selepas itu.


Kathleen memaklumkan kepada polis mengenai fantasi seksual suaminya selepas menemui bahan mengerikan pada komputer riba lelaki itu. Valle dan Khan terus berbicara untuk ‘memalukan’ Kathleen, bergilir-gilir memperkosanya dan kemudian membunuhnya bersama-sama.

Walsh juga membacakan petikan e-mel dan mesej pesanan ringkas antara Valle dan seorang lelaki Inggeris menggunakan nama Moody Blue.

Moody Blues mendakwa dia berfantasi makan daging manusia sejak berusia enam tahun, tetapi tidak dapat memenuhi keinginannya hingga 35 tahun kemudian.

Dalam satu e-mel, Valle memberitahu Moody Blue bahawa pemain sofbal dikenalinya adalah ‘daging paling mengghairahkan pernah saya temui, menurut Daily Telegraph. Perbicaraan masih diteruskan. - Daily Mail





Read more ...

Telefon bimbit tak perlu caj 15 tahun

SPARONE PLUS cuma memerlukan sebiji bateri saiz AA untuk bertahan selama 15 tahun.


BARCELONA - Tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana telefon pintar anda kehabisan bateri? Jangan bimbang, Xpal ada penyelesaiannya.

Telefon bimbit baharu firma berkenaan, SpareOne Plus boleh bertahan sekitar 15 tahun menggunakan hanya sebiji bateri bersaiz AA.

Gajet tersebut turut didatangkan dengan pek kalis air supaya anda dapat menyimpannya untuk kegunaan kecemasan bagi dekad akan datang.

"Ini bermakna saya boleh mematikan telefon ini dan menyimpannya di dalam laci atau kompartmen kereta contohnya, se lama 15 tahun dan jika saya di timpa kecemasan dan perlu membuat panggilan, gajet ini sentiasa boleh digunakan," kata pengarah Xpal, Alan Cymberk noh pada pameran Kongres Mo bil Sedunia 2013 di sini yang berakhir semalam.

Pengguna juga katanya, tidak perlu berlanggan dengan pembekal telekomunikasi kerana panggilan kecemasan adalah percuma tetapi ia masih memerlukan kad modul identiti pelanggan (SIM) jika mereka mahu membuat panggilan biasa.

"Setahun sejak versi pertama dilancarkan, jualan telefon ini amat memberangsangkan di Amerika Syarikat," ujar Cym berknoh

Model terbaharu telefon itu boleh menghantar lokasi pemanggil melalui sistem pengesanan global apabila panggilan kecemasan dibuat. - AFP



Read more ...

Kejam : Cacat Akibat Perbuatan Suami


Before and after: The hospital hasn't released photos of the patient but an animation shows the vast improvement
Before and after: The hospital hasn't released photos of the patient but an animation shows the vast improvement



Before: Carmen Tarleton, pictured, was a happy, healthy mother of two before the attack

Before: Carmen Tarleton, pictured, was a happy, healthy mother of two before the attack


Excited: Tarleton, pictured in July 2011, said with her new face, she is excited to move on with her life

Excited: Tarleton, pictured in July 2011, said with her new face, she is excited to move on with her life


Recovering: Tarleton, pictured here in 2008, is 'probably out of the woods' after the dicey surgery, doctors said

Recovering: Tarleton, pictured here in 2008, is 'probably out of the woods' after the dicey surgery, doctors said
Sickening: The mother-of-two, pictured while awaiting surgery, said reliving the night of the attack for her book was 'sickening'

Sickening: The mother-of-two, pictured while awaiting surgery, said reliving the night of the attack for her book was 'sickening'


All hands: The intensive surgery, pictured, required more than two dozen doctors

All hands: The intensive surgery, pictured, required more than two dozen doctors

Surgery: Surgeon's Brigham and Women's Hospital staff during patient Carmen Tarleton's 15-hour transplant

Surgery: Surgeon's Brigham and Women's Hospital staff during patient Carmen Tarleton's 15-hour transplant


Read more ...

Jambatan sedang dibina di Selangor Science Park 2 runtuh



PUTRAJAYA - Sebuah jambatan yang masih dalam pembinaan di Selangor Science Park 2 Interchange, antara Plaza Tol Putrajaya dan Putrajaya / Cyberjaya di Lingkaran Putrajaya runtuh di sini hari ini.

Walau bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa kerana jambatan tersebut masih ditutup untuk kegunaan awam, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berkata jambatan yang runtuh itu merupakan lebuh raya sambungan ke Putrajaya dan ia di bawah kawal selia PKNS.

Read more ...
Designed By