Breaking News

Wednesday, December 31, 2014

RON 95, 97 Turun 35 Sen Seliter

RON 95, 97 Turun 35 Sen Seliter
RON 95, 97 Turun 35 Sen Seliter

RON 95, 97 Turun 35 Sen Seliter


السلام عليكم buat semua pembaca  Blog Santai. Alhamdulillah dapat kita bersua lagi di hari pertama tahun 2015. Tahun baru yang pastinya akan dipenuhi dengan pelbagai cabaran baru. Kita mulakan tahun baru kita dengan pengumuman positif tentang harga petrol RON95 dan RON97 yang turun sebanyak 35 sen seliter manakala diesel turun 30 sen, mulai hari ini.  Dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.91 untuk petrol RON95, RM2.11 (RON97) dan RM1.93 bagi diesel. 

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya harga baru petrol ini pastinya dapat meringankan beban ramai daripada khalangan rakyat Malaysia yang kini dilanda musibah. Dan kita mengharapkan bukan hanya harga petrol yang turun, bahkan harga barangan dan perkhidmatan lain juga yang satu ketika dinaikkan kerana kenaikan harga petrol.

Read more ...

Keretakan Jambatan Sungai Pahang

Read more ...

Tiada Apa Lagi Yang Tinggal

Embedded image permalink
Tiada Apa Lagi Yang Tinggal 
Tiada Apa Lagi Yang Tinggal 
Tiada Apa Lagi Yang Tinggal 
Tiada Apa Lagi Yang Tinggal 
Jom Bantu Mereka

Read more ...

Tuesday, December 30, 2014

AWAS: Virus Koler

AWAS: Virus Koler

AWAS: Virus Koler


AWAS: Virus Koler. Untuk semua pengguna handphone, you all hati-hati dengan Virus Koler ya. Virus koler ni menyerang menerusi SMS 'is this your photo'. So kalau you all ada menerima sms ni, delete aje ya kerana ia mengandungi malware. 

Jika ada yang terklik, virus koler akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang. Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu. 

Virus Koler ini juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM. Proses ini akan berulang sekiranya mangsa terbaru menekan link tersebut. So hati-hati semua!!!
Read more ...

Serpihan Pesawat Air Asia QZ8501 Di Jumpai

Serpihan Pesawat Air Asia QZ8501 Di Jumpai
Serpihan Pesawat Air Asia QZ8501 Di Jumpai

Serpihan Pesawat Air Asia QZ8501 Di Jumpai


Setelah masuk hari ke tiga pencarian, akhirnya serpihan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR). Serpihan tersebut yang ditemui di luar pantai Kalimantan dipercayai milik badan pesawat dan juga jaket keselamatan. Selain daripada serpihan, pasukan SAR juga turut menemui beberapa jasad manusia terapung di permukaan laut berhampiran serpihan yang dijumpai. Jasad-jasad yang ditemui berhampiran serpihan pesawat QX8501 sudah dibawa menaiki kapal tentera laut Indonesia ke pengkalan Boon untuk proses pengecaman.

AlFatihah kepada mangsa yang berugama islam. Dan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat. Semoga Allah mempermudahkan proses pencarian kotak hitam dan juga semua mangsa yang terkorban.

Serpihan Pesawat Air Asia QZ8501 Di Jumpai
Serpihan Pesawat Air Asia QZ8501 Di Jumpai

Read more ...

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

 Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Mesti ramai yang pernah dengar 'tagline" ni atau terbaca ayat ni kan. Manakan tidak ramai diantara rakan-rakan blogger kita adalah pengedar Shaklee yang sah. Bila Blog Santai blogwalking memang selalu terjumpa dengan mereka-mereka ni. Blog-blog mereka terisi dengan pelbagai info menarik mengenai produk Shaklee. Bagi kita situasi ni bukanlah sesuatu yang pelik kerana Shaklee adalah sebuah jenama antarabangsa yang telah mendapat tempat yang sangat istimewa dikhalangan rakyat Malaysia. Keberkesanan produk shaklee memang terbukti untuk menangani pelbagai masalah kesihatan luaran dan dalaman. So sekalung tahniah untuk rakan-rakan blogger yang telah membuat keputusan untuk menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee. 

Mengapa Shaklee jadi Pilihan Ramai

Mengapa Shaklee Menjadi Pilihan Ramai?


Bagi mereka yang baru mengenali produk shaklee, rasanya tak terlambat untuk berkonsi pengalaman kita. Sebenarnya kita dah lama mengenali produk shaklee. Cuma mungkin kita bukanlah pengguna yang setia kerana kita mengambil beberapa produk lain sebagai suplement. Namun apa yang kita boleh katakan, jenama Shaklee ni memang terbukti hebat. Ianya menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi kerana ia adalah produk kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia. Shaklee ni hebat kerana ia mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau. Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif. 

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee - Produk Berasaskan Bahan Semulajadi



Vitamin Shaklee adalah antara produk keluaran Shaklee yang amat berjaya. Ianya terbukti berkesan dan bagus untuk kesihatan kerana ianya dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi dari sumber tumbuhan dan mineral asli. Vitamin shaklee disahkan tidak mengandungi parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis atau perisa tiruan. Oleh itu vitamin shaklee sangat bagus dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah kesihatan berbanding vitamin sintetik atau ubat-ubat berasaskan dadah. Antara set vitamin shaklee yang mendapat sambutan adalah set untuk kecantikan kulit, menyahkan toksid dan juga mengawal berat badan:



Set Vitamin Shaklee Untuk Mengawal Berat Badan


Set Vitamin Shaklee Untuk Wanita Bersalin

Set Vitamin Shaklee Untuk Kecantikan Kulit
Set Vitamin Shaklee Untuk Penyusuan
Set Vitamin Super Detox Shaklee 
Set Vitamin Shaklee Untuk Pesakit Gastrik

Testimoni Vitamin Shaklee Bagus Untuk kesihatan


Testimoni Shaklee bagus Untuk kesihatan dan Kecantikan
(Credit: http://annachantek.blogspot.com/p/testimoni-produk-shaklee.html)


Testimoni Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan 

Pengedar Produk Shaklee Yang Sah


So kalau you all berminat nak join keluarga besar Shaklee atau mendapatkan mana-mana produk vitamin shaklee diatas serta mendapatkan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee, jom hubungi mereka seperti dibawah:

YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu),BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), 
ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah),SihatVitamin (Seremban).

Contest Bonus Akhir Tahun
Contest "Bonus Akhir tahun" - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee & Contest Bonus Akhir Tahun 


Sebagai menyokong serta menghargai initiatif rakan-rakan blogger kita, Blogger Akma yang satu ketika dulu pernah berkolaberasi dengan beberapa penaja besar untuk menganjurkan contest Buffet Ramadhan Casa Ombak kembali lagi dengan contest terbaru, yang mengambil tema Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan. Contest yang dikenali sebagai Contest Bonus Akhir Tahun ini terbahagi kepada dua bahagian:

Kategori SEO - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Untuk kategori SEO, kata kunci yang dicari adalah “Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan”. Pemenang akan dipilih berdasarkan 10 entri yang berada di kedudukan teratas menggunakan Google Chrome Incognito. Memandangkan setakat ini, persaingan bagi kata kunci ini hampir tiada jadi peluang kita semua untuk menang adalah terbuka luas. Apa yang perlu kita buat adalah menyediakan entry yang menggunakan kata kunci "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan" sebaik mungkin. Hadiah menarik berupa wang tunai berjumlah RM1800 bakal menanti para pemenang. Hebatkan...Rugi kalau tak join. Mana tau boleh menang hadiah pertama yang bernilai RM600.

Kategori BONUS - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Untuk kategori BONUS apa yang perlu kita buat adalah berkongsi artikel  Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan yang kita sediakan di Facebook dan juga Google+. Pemenang kategori ini akan dipilih berdasarkan jumlah SHARE Facebook dan Google+ terbanyak. (Pengiraan: Facebook Share + GooglePlus Share = JUMLAH Share). Hadiah menarik berupa wang tunai berjumlah RM600 bakal menanti pemenang bagi kategori bonus. Jadi tunggu apa lagi. Jom ramai-ramai kita join Contest "Bonus Akhir tahun" anjuran Blogger Akma ni. Ajak kawan-kawan join sekali ya..


Penaja Contest - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Contest Bonus Akhir Tahun - Vitamin Shaklee Bagus Untuk kesihatan ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom MalaysiaBlog Jawatan Kosong Kerja KerajaanJawatan Kosong Kerajaan TerkiniExam SPA Online danKongsiBersamaNora.

Tarikh Tutup Contest - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Contest Bonus Akhir Tahun - Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan akan berakhir pada 31st December 2014. So jom semua kita join contest ni serta support rakan-rakan blogger kita. Mana tau ada rezeki boleh menang hadiah RM2600. Klik SINI untuk join k..

Kongsi Artikel Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan


Jutaan Terima Kasih kepada yang sudi berkongsi artikel "Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan"  yang kita sediakan ini di Google + dan juga Facebook. Semoga rezeki you all semua dimurahkan Allah. Amiinnnn..
Read more ...

Monday, December 29, 2014

17 Langkah Keselamatan Semasa Dan Selepas Banjir


Statistik Terkini Keadaan Banjir (Klik Image)

Langkah Keselamatan Semasa Banjir


Keadaan banjir yang menimpa beberapa negeri di Malaysia masih belum pulih sepenuhnya. Sehingga pagi tadi, Jumlah mangsa banjir yang direkodkan adalah 247,104 dengan 10 kematian. Kelantan mencatat jumlah mangsa yang paling tinggi iaitu seramai 158,476 orang. Dalam keadaan banjir yang melanda, jagalah diri masing-masing. Patuhilah langkah-langkah keselamatan berikut untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan yang selamat: 


 Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Dan Selepas Banjir (Klik Image untuk besarkan)

P/s: Doakan yang terbaik untuk semua mangsa dan seluruh rakyat Malaysia. Semoga keadaan banjir segera pulih.

Read more ...

Pekan Di Landa Banjir Besar?

Embedded image permalink
Pekan Di Landa Banjir Besar?


Pekan Di Landa Banjir Besar?


السلام عليكم buat semua pembaca  Blog Santai. Alhamdulillah cuaca kat luar cerah dan kita masih di beri udara untuk bernafas serta berkongsi kisah-kisah suka duka yang berlaku dalam masyarakat kita untuk renungan bersama. Entry pilihan kita pagi ini masih lagi whatsup palsu. Kalau semalam datangnya dari mereka yang berada di Kelantan, pagi ni cerita banjir besar yang akan melanda Pekan, Pahang. Ada yang dapat whatsup ni?

ATM keluarkan arahan untuk warga pekan agar keluar dari daerah Pekan. Limpahan air hulu melalui Temerloh sedang menuju ke Pekan. Latest picture from Augusta at Pekan....this morning by PTMD, GOC dan P54 Bgd Mek. Estimate time Pekan akan dilanda banjir besar dalam tempoh 24 jam lagi. Di jangka Pekan akan dipenuhi air dan banjir yang buruk dalam 24 jam lagi. Sapa-sapa yang ada saudara mara, sahabat di pekan mohon infokan kepada mereka agar keluar dari sana.

Pada yang dah dapat jangan sebarkan ya, coz pihak ATM sendiri telah menafikan ada mengeluarkan kenyataan di atas dan menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan kenyataan palsu di atas yang boleh menimbulkan suasana gusar dan panik terutama bagi penduduk disekitar Pekan. 

Walau apa pun, semua orang perlu berjaga-jaga sekarang. Keadaan cuaca yang tak menentu yang dianggap luar biasa pada tahun ni memungkinkan segalanya. Tapi tak perlu menakut-nakutkan orang ramai dengan spekulasi-spekulasi buruk yang boleh menimbulkan panik ya. Doakan keselamatan semua adalah lebih baikkan. #Pray4pantaitimur.


Read more ...

Whatsapp Palsu?


Sebaran melalui whatsapp menceritakan detik cemas penuh dramatik bagi menyakinkan pengguna lain agar terus menyebarkan maklumat palsu ini.
Whatsapp Palsu?

Whatsapp Palsu?


Mesti ramai yang dah terima whatsapp ni kan? Tak tau nak komen apa kepada yang menyebarkan berita ni. Walau apa pun menurut rekod yang dikeluarkan oleh pihak polis, hanya sembilan kematian dan empat kehilangan telah direkod dalam kejadian banjir di Kelantan sejak 17 Dis lalu. So mohon sangat kepada mereka-mereka yang suka menyebarkan berita-berita ngeri macam ni, pastikan dulu kesahihan nya ya. Kalau tak pasti jangan sebarkan. Jangan memburukkan lagi keadaan kerana ia akan menambahkan lagi "sengsara" ke atas mangsa-mangsa yang terlibat. Jaga perasaan mereka ok. #Pray4pantaitimur
Read more ...

Mengapa ELT Pesawat QZ 8501 Tak Hantar Isyarat ?

Mengapa ELT Pesawat QZ 8501 Tak Hantar Isyarat ?
Mengapa ELT Pesawat QZ 8501 Tak Hantar Isyarat ?

QZ 8501: ELT Tak Hantar Isyarat


Kejadian kehilangan pesawat Air asia QZ 8501 masuk hari kedua dan masih menjadi misteri. Kehilangan pesawat seolah-olah mengingatkan kita kepada tragedi yang menimpa MH 370. Dalam kedua-dua tragedi, ada persamaan yang berlaku. Kedua-dua pesawat dikatakan berada di dalam keadaan yang baik. Tiada isyarat kecemasan diberikan sebelum pesawat hilang dari radar. Pesawat juga dikatakan berkemungkinan besar berada di dasar lautan mengikut maklumat yang diberikan oleh Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia. Jika MH370 berada di lautan Hindi, QZ8501 pula dikatan berada di dasar laut Jawa. Namun menurut Kapten Huzlan, jika benar-benar pesawat telah terhempas atau mencecah permukaan laut, ELT yang berada di ekor pesawat pastinya akan menghantar signal. Tapi dalam kes QZ 8501, tiada sebarang signal yang diberikan. Jadi apakah QZ 8501 benar-benar terhempas ke dasar lautan?


Laporan yang mengatakan pesawat terbang rendah juga mengingatkan kita kepada MH 370 yang dikatakan berpatah balik serta terbang rendah untuk mengelakkan dari di kesan radar. Dalam kes QZ 851, beberapa individu menyatakan ada pesawat yang terbang rendah di hari kejadian. Apakah yang dilihat itu QZ 8501?

Jadi apakah nasib sebenar pesawat QZ 8501? Adakah sama seperti MH 370 yang sehingga ke hari ini tidak dapat ketahui untung nasibnya atau sebaliknya? #Pray4QZ8501.


Read more ...

Sunday, December 28, 2014

Tsunami Kecil Di Gua Musang

Tsunami Kecil Di Gua Musang
Tsunami Kecil Di Gua Musang

Tsunami Kecil Di Gua Musang


السلام عليكم buat semua pembaca  Blog Santai. Alhamdulillah kita masih di beri udara untuk bernafas serta berkongsi kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat kita untuk renungan bersama. Tajuk akhbar pilihan kita pagi ini adalah kisah tsunami kecil di Gua Musang. Itulah gambaran yang diberi oleh penulis tentang kejadian banjir yang berlaku di Gua Musang, kelantan. Jelas daripada gambaran yang diberi oleh wartawan Harian Metro yang berada di sana selepas air surut, keadaan kerosakan yang bukan sedikit dialami oleh penduduk setempat. Antaranya barangan dari kedai dua tingkat di sebelah kiri dan kanan jalan yang tersadai akibat kerosakan teruk serta bangkai kereta yang hancur berkecai dilanda banjir. Gua Musang adalah antara daerah yang paling teruk di landa banjir di Kelantan. Antara sebahagian daripada kerosakan boleh disaksikan dalm video ni:


Semoga penduduk yang terlibat tabah menghadapi ujian Allah. Percayalah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kepada kita semua yang tidak diuji Allah dengan musibah sebegini, bersyukurlah dengan apa yang ada. Bantulah mereka yang dalam kesusahan. Semoga Allah memberikan keberkatan hidup kepada kita semua. Aminn..


Read more ...

Jom Bantu Mereka

Jom Bantu Mereka

Pada sahabat-sahabat yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Kelang yang ingin turut sama memberi sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir, bolehlah berkunjung ke Dewan Tan Sri Mahfodz, esok dari pukul 9 pagi ke 9 Malam untuk sama-sama membantu.

Selamat Malam Semua...


Read more ...

Pesawat Air Asia QZ 8501 Dari Surabaya Hilang Dari Menara Kawalan

Pesawat Air Asia QZ 8501 Dari Surabaya Hilang
Pesawat Air Asia QZ 8501 Dari Surabaya Hilang

Pesawat Air Asia QZ 8501 Hilang


Hari ni kita dikejutkan lagi dengan satu lagi insiden sedih yang melibatkan kehilangan pesawat penerbangan. Kalau sebelum ni insiden ini berlaku kepada syarikat Penerbangan MAS, MH370 kali ini ianya berjangkit kepada AirAsia. Pagi tadi sebuah pesawat penerbangan Air Asia (QZ 8501) dari Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang telah dilaporkan hilang dari menara kawalan pada kira-kira pukul 6.17 pagi waktu tempatan.  Pesawat yang berlepas pada pukul 5.20 pagi waktu Indonesia Barat dikatakan hilang di ruang udara angkasa Pulau Kalimantan selepas juruterbang memohon untuk membelok kekiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk.  Pesawat yang sepatutnya tiba jam 8.30 pagi di Singapura, masih belum dapat dikesan. Berikut adalah data penerbangan:

Data Penumpang Pesawat Air Asia QZ 8501
Data Penumpang Pesawat Air Asia QZ 8501

Doakan keselamatan semua krew dan penumpang yang berada di atas kapal.

Pray4QZ8501


Read more ...

Saturday, December 27, 2014

Runtuhan Di Mana-Mana

Embedded image permalink
Runtuhan Konkrit Cair Di Stesen LRT Putra Height

Runtuhan Di Mana-Mana


السلام عليكم buat semua pembaca  Blog Santai. Alhamdulillah kita bertemu lagi untuk berkongsi kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakat kita untuk renungan bersama. Antara yang menarik perhatian kita adalah kisah runtuhan yang ada dimana-mana sekarang. Jika empat hari yang lalu, 3 mangsa telah terkorban dalam insiden runtuhan konkrit cair di stesen LRT Putra Height, semalam tingkat bawah dan tingkat bawah tanah apartment 17 tingkat yang masih dalam pembinaan di Ara Damansara pula runtuh. Alhamdulillah, tiada mangsa yang tercedera.

Runtuhan Tingkat Bawah Apartment 17 Tingkat

Jika dalam insiden yang pertama yang berlaku di stesen LRT Putra Height, kejadian dipercayai berpunca dari keberatan konkrit, punca runtuhan apartment 17 tingkat ini belum lagi dikenalpasti.

Jika dilihat dari keadaan cuaca sekarang, selain dari kecuaian manusia yang mungkin tidak mengikut spesifikasi binaan, kejadian runtuhan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana pergerakan tanah yang mungkin tidak stabil apabila berlaku hujan lebat. 

Yang pasti kita mungkin tak tau bila insiden-insiden seperti ini akan berlaku. Hanya yang mampu kita lakukan adalah berdoa supaya tiada kejadian-kejadian yang buruk menimpa kita. Bacalah doa ini setiap hari dan setiap kali keluar rumah.


Ayatul Qursi
Doa Mengelak Musibah
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi SAW. bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ Maksudnya : "Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui", sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah.” (Hadis Riwayat Ahmad no 497) 

1. Cabaran KLCC
Read more ...

Darurat Di Kelantan?

Embedded image permalink
Darurat Di Kelantan?

Ramai yang tanya bila nak isytihar darurat di Kelantan? Kalau ikutkan situasi sekarang, rasanya sudah tiba waktunya. Tapi mungkin itu pendapat kita. Mungkin pihak yang berwajib ada alasan tersendiri apabila masih belum mengiystiharkan darurat. Meskipun belum ada pengiystiharan darurat, diharap pihak yang berwajib lebih perihatin dan lebih bertanggungjawab dalam menangani masalah banjir yang terburuk dalam masa 30 tahun. 

Dan kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin, teruskan berdoa semoga banjir segera pulih dan mereka yang dilanda musibah dipermudahkan segala urusan. Bantu mereka walau dengan apa jua bentuk sekalipun. Yang paling senang dan semua orang boleh buat adalah berdoa. Disamping itu , kita juga boleh membantu mereka dengan memberikan sumbangan setakat yang termampu:


Embedded image permalink
Jom Sama-Sama bantu Rakan-rakan Kita..


Read more ...
Designed By