Breaking News

Sunday, December 28, 2014

Pesawat Air Asia QZ 8501 Dari Surabaya Hilang Dari Menara Kawalan

Pesawat Air Asia QZ 8501 Dari Surabaya Hilang
Pesawat Air Asia QZ 8501 Dari Surabaya Hilang

Pesawat Air Asia QZ 8501 Hilang


Hari ni kita dikejutkan lagi dengan satu lagi insiden sedih yang melibatkan kehilangan pesawat penerbangan. Kalau sebelum ni insiden ini berlaku kepada syarikat Penerbangan MAS, MH370 kali ini ianya berjangkit kepada AirAsia. Pagi tadi sebuah pesawat penerbangan Air Asia (QZ 8501) dari Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang telah dilaporkan hilang dari menara kawalan pada kira-kira pukul 6.17 pagi waktu tempatan.  Pesawat yang berlepas pada pukul 5.20 pagi waktu Indonesia Barat dikatakan hilang di ruang udara angkasa Pulau Kalimantan selepas juruterbang memohon untuk membelok kekiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk.  Pesawat yang sepatutnya tiba jam 8.30 pagi di Singapura, masih belum dapat dikesan. Berikut adalah data penerbangan:

Data Penumpang Pesawat Air Asia QZ 8501
Data Penumpang Pesawat Air Asia QZ 8501

Doakan keselamatan semua krew dan penumpang yang berada di atas kapal.

Pray4QZ8501


18 comments:

  1. pray for QZ 8501.. penumpang rakyat malaysia pun ada seorang. :'(

    ReplyDelete
  2. Semoga semuanya selamat kak raudzah....

    ReplyDelete
  3. Sedih lah baca cerita2 macam ni...semoga semuanya selamat...aamiin...aamiin ya rabb

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya selamat. ada sorg rakyat malaysia. kebanyakan rakyat indonesia. mungkin org yg bekerja kat singapore. risau n seriau nak naik kapal terbang. mcm2 kes pasal pesawat skrg ni. dah la bulan januari kelak nak guna pengangkutan pesawat.. risauuu...

    ReplyDelete
  5. knapa bnyk nk hilang kapl terbang sekarang??? - kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
  6. Satu lagi peristiwa sedih yang harus rakyat Malaysia hadapi...

    ReplyDelete
  7. Tragedi yg sgt menggemparkan dlm tahun ini... kali ini, dirasa pula oleh negara jiran kita & kita pun turut merasai kesan tempiasnya...

    ReplyDelete

  8. شركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
    شركة سكاي نقل العفش
    مدونة لنقل العفش
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بالرياض
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بالدمام
    شركة نقل عفش بالقطيف

    ReplyDelete

Designed By