Breaking News

Sunday, November 30, 2014

Quote Of The Day

Quote Of The Day
Quote Of The Day

When one door of happiness closes,
Another opens,
But we often look so long,
And so regretfully upon the closed door,
That we do not see the one ,
That has opened for us.

Read more ...

400 Terbunuh Apabila Masjid DiSerang

Thumb 5502
400 Terbunuh Apabila Masjid DiSerang

Ujian untuk umat islam berlaku dimana-mana aje. Tidak kira masa dan ketika. Ketika beribadat juga turut diserang. Inilah kisah dari Nigeria yang kini dilanda perang saudara. Pasar, sekolah, masjid dan juga tempat-tempat awam menjadi sasaran. Yang terbaru berlaku pada Jumaat yang lalu apabila sebuah masjid di salah sebuah kota terbesar Nigeria diserang. Pada ketika serangan, umat islam sedang menunaikan solat jumaat. Kejadian yang sungguh menyayat hati. Lebih daripada 400 jemaah terbunuh. Letupan yang berlaku telah menggegarkan masjid. Mayat jemaah ditemui berselarakan diatas lantai masjid. Gumpalan besar asap hitam meliputi ruang udara. 

Tinggal rangka..

Read more ...

Saturday, November 29, 2014

Renungan Pagi Ahad

Renungan Pagi Ahad

The quieter you become,
The more you can hear.

So kurangkan bercakap, banyakkan mendengar ya kerana :

Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya, api nerakalah yang layak untuk dirinya." (Hadis riwayat Baihaqi).

Have a great & blessed Sunday everyone!!!
Read more ...

Harga Rumah Melampau

Harga Rumah Melampau
Harga Rumah Melampau

Rumah teres bakal cecah RM1 juta dalam masa 10 tahun lagi.

Hanya mereka yang berpendapatan RM12000 sebulan mampu boleh beli rumah pada tahun 2020

Ada pemaju kaut untung besar sehingga lebih 50%

Pembeli berpendapatan rendah dan sederhana terus tersepit. 

Apa Komen you all?


Read more ...

Friday, November 28, 2014

Quote Of The Day

http://magazine.effective-positive-thinking.com/wp-content/uploads/2013/02/sixty-seconds-of-happiness-pink-flowers.jpg
For Every Minute You Are Angry,
You Lose Sixty Seconds Of Happiness



Read more ...

Gaji Rakyat Malaysia Memang Rendah


Gaji Rakyat Malaysia Memang Rendah

Semalam kita ada berkongsi artikel 90% rakyat Malaysia tak ada Simpanan Masa Depan atau untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan. Ada pelbagai persepsi dan komen yang dibuat oleh pembaca-pembaca Blog Santai. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sememangnya boros berbelanja atau hakikatnya gaji rakyat malaysia sememangnya rendah. 

Ok, kalau you all nak tau, secara jujurnya jawapan diatas adalah berkaitan dengan gaji yang diperolehi oleh rakyat malaysia. Menurut sumber dari KWSP, simpanan KWSP bagi rakyat Malaysia adalah sangat rendah. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia memperoleh pendapatan yang rendah. 

Berdasarkan pengagihan gaji bulanan kepada KWSP untuk tahun 2013, satu pertiga atau 2.1 juta ahli aktif KWSP mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM1,000, lebih tiga perempat (76.8%) berpendapatan kurang RM3,000, dan kira-kira 90% berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Jika dilihat dari data diatas, majoriti rakyat Malaysia mempunayi pendapatan dibawah RM5000. Dengan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan, pastinya bukan hanya simpanan yang menjadi persoalan, tetapi dilihat lebih kepada memenuhi tuntutan perbelanjaan harian.  

Jadi untuk menyelesaikan masalah ni, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan serta pihak swasta yang terbabit untuk mengkaji semula jumlah gaji yang ditawarkan kepada semua pekerja yang layak. Namun harus diingat kedua-dua pihak perlu committed dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Gaji dan sumbangan harus selari. 

Read more ...

Thursday, November 27, 2014

Kifarah Dan Dosa

Kifarah Dan Dosa
Kifarah Dan Dosa

Kifarah Dan Dosa


Salam Jumaat untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah kisah kifarah dan dosa. Apa itu kifarah dan kaitannya dengan dosa.

Ujian Allah dalam dalam pelbagai bentuk dengan pelbagai tujuan.  Ianya berlaku kepada sesiapa sahaja. Tak kira manusia yang baik mahupun yang jahat. Kadang-kadang kita pelik kan mengapa manusia yang baik pada pandangan kita turut diuji Allah dengan pelbagai ujian. Sebenarnya inilah tanda kasih sayang Allah kepada umatnya. Ada yang diturunkan bala dan ada yang diturunkan kifarah.

Kifarah adalah ujian Allah ke atas orang yang baik tetapi terlanjur melakukan kejahatan. Pada ketika itu Allah uji mereka. Allah jadikan kesusahan dalam ujian itu sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjurannya. Ertinya Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskan kita daripada dibalas diakhirat. Ini adalah lebih baik kerana azab di dunia adalah lebih ringan berbanding azab di akhirat.

Kesimpulannya, kifarah adalah ujian untuk orang yang baik yang berbuat jahat. Dengan ujian itu, mereka akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik. Jadi sebagai manusia apabila diuji, bersangkabaik lah dengan Allah kerana ada hikmah yang menanti.

Read more ...

90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Thumb d3cd
 90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Tabungan Masa Depan

90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Serius. Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 mendedahkan majoriti rakyat Malaysia tidak mempunyai  simpanan yang mencukupi untuk membantu mereka sekiranya berlaku Kecemasan. 

Penduduk luar bandar mewakili sejumlah besar golongan di atas (63%) berbanding penduduk bandar (45%). Dari segi etnik, kaum Melayu mencatat angka tertinggi sebagai mereka yang langsung tidak mempunyai mana-mana aset/simpanan yang boleh digunakan/dicairkan untuk tujuan tersebut. 

90% Rakyat Malaysia Tidak Ada Simpanan Masa Depan

Berdasarkan laporan diatas, secara purata satu daripada dua orang Melayu, Bumiputera bukan Melayu, Cina dan India tidak mempunyai simpanan yang boleh digunakan sekiranya berlaku sesuatu kepada mereka. Ini menjadikan kebanyakan daripada rakyat Malaysia berisiko tinggi dari segi tanggungan sekiranya berlaku kehilangan pendapatan atau pekerjaan secara kejutan. hmmm...

Agak-agaknya kenapa jadi macam ni ya...adakah kaum melayu tak pandai merancang perbelanjaan atau sememangnya pendapatan kaum melayu adalah yang paling rendah. Dalam erti kata lain, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?


Read more ...

Wednesday, November 26, 2014

Jangan Takut Untuk Membantu

http://4.bp.blogspot.com/-ljLKu3fch08/UIIJF-MT0QI/AAAAAAAACO8/Jp2NosLcm5c/s1600/tumblr_mbbx1nER821rzmi5do1_500.jpg
Renungan Pagi Khamis

Salam Khamis untuk semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi untuk kita semua.

Jangan takut atau terlalu berkira untuk membantu mereka yang memerlukan,
Kerana kita tak tau, bila dan ketika kita perlukan pertolongan mereka.


Read more ...

Dahsyatnya...Kanak-Kanak Di Dera Pengasuh

Dahsyatnya...Kanak-Kanak Di Dera Pengasuh

You all dah tengok video ni...hmmm..kejamnya manusia ni...biarpun video ni berlaku di Uganda, tapi tak mustahil ianya boleh juga berlaku disini kan...


Dalam video ni seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah dibaling ke lantai sebelum dipukul, dipijak dan ditendang oleh pengasuhnya. Bagaimana pun tindakan si pengasuh, Jolly Tumuhiirwe, 22, yang menyiksa Aneela Kamanzi kerana muntah selepas makan malam dirakam melalui CCTV di ruang tamu rumah keluarga Kamanzi. Di fahamkan pengasuh kejam ini dilaporkan mengalami kecederaan yang serius apabila dibelasah oleh Kamanzi, manakala kanak-kanak malang ini telah meninggal dunia pada 15 November yang lalu. Hmmm...kesiannya dia...


Read more ...

Tuesday, November 25, 2014

Renungan Pagi Rabu

Renungan Pagi Rabu
Renungan Pagi Rabu

No matter how good or bad you think your life is,
Wake up each day and be thankful for life,
Some one somewhere else is fighting to survive

Read more ...

Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek


Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek

Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek


Di Tampar Hingga Mati Kerana Tak Tahan Di Ejek. Kalau baca sekali imbas memang tak masuk akal. Bayangkan hanya kerana diejek oleh seorang budak yang berusia 3 tahun, seorang dewasa yang berusia 30 tahun mengambil keputusan ‘melarikan’ mangsa dengan keretanya sebelum menampar kepala kanak-kanak malang itu berkali-kali sehingga pengsan. Panik dengan keadaan mangsa yang berbuih dimulut, suspek mencampakkan mangsa di tepi sebatang sungai di Kampung Jempangah dengan harapan mayat mangsa dihanyutkan ke laut. Hmm..kejam & sungguh menyedihkan..

Walaupun tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya yang terpaksa diterima oleh ibubapa mangsa. Dalam kejadian di atas, suspek adalah seorang OKU yang cacat kakinya kerana kemalangan. Beliau yang disahkan tiada mengalami masalah mental, mengaku sudah lama menyasarkan mangsa kerana berasa sakit hati setiap kali diejek mangsa. Hari kejadian adalah kemuncaknya.

Bila baca kisah macam ni, pastinya perasaan kita semua bercampur baurkan. Marah ada sedih pun ada. Yalah kalau ikutkan logik, mangsa hanyalah seorang budak kecil. Apalah yang mereka faham. Namun dari satu sudut, inilah pengajaran sebenar kepada ibu bapa diluar sana. Jangan biarkan anak-anak yang masih kecil ni mengeluarkan perkataan yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain.  Ajarlah mereka dengan perkataan yang baik-baik. Kadang-kadang kita perasan ada sesetengah ibu bapa yang seronok bila anak-anak mereka menjadi pembuli atau mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.  Ianya dianggap lucu. Tapi kesudahannya inilah yang terjadi...Takziah kepada keluarga mangsa...

Read more ...

Monday, November 24, 2014

Renungan Pagi Selasa

Renungan Pagi Selasa
Renungan Pagi Selasa

Salam Selasa untuk semua pembaca Blog Santai. Sekadar renungan Bersama:

Jangan menunggu kaya dulu baru bersedekah,
Tapi bersedekahlah niscaya kita akan menjadi kaya,
Jangan menunggu ikhlas dulu baru bersedekah,
Tapi bersedekahlah niscaya kita menjadi ikhlas,
Jangan menunggu lapang dulu baru bersedekah,
Tapi bersedekahlah niscaya hati kita akan menjadi lapang,
Jangan menunggu nikmat dulu baru bersedekah,
Tapi bersedekahlah niscaya nikmat akan bertambah.

Jom bantu mereka

SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS . 

Lokasi: Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong Alamat Penuh: Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor. No. Hphone : 016-6786364 Diuruskan oleh: Muji binti Hj Sulaiman (Jururawat) Jumlah Pekerja : 5 Org Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan) Jumlah Orang Tua : 30 orang Nama Bank : Al Rajhi Nama Akaun Bank : RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLASi No. Akaun Bank: 1270 0106 1101 131 . 

Read more ...

Awas Panahan Petir

Awas Panahan Petir

Awas Panahan Petir


Sekarang ni dah masuk masuk musim tengkujuh. Bila sebut musim tengkujuh, mesti topik utama yang sering di bincangkan adalah banjir. Sana sini dah banjir sekarangkan. Semoga semuanya terkawal. Selain daripada banjir, pastinya musim tengkujuh datang dengan ribut dan petir.  Sejujurnya, dari kecil kita paling takut kalau ada ribut dan petir. Kalau dulu-dulu bila ada ribut dan petir, terus masuk tidur. Selimut sampai tutup kepala. he..he..Dan sekarang perasaan tu masih sama. cuma tak cari selimut aje. Dan yang paling kita risau kalau sedang memandu. Hmmm..memang mengucap ajelah.

Berdasarkan kajian, Malaysia adalah antara 10 negara yang mengalami ribut petir yang paling kerap. Secara purata, Malaysia mengalami sebanyak 180 hingga 200 ribut petir dalam setahun berbanding dengan negara-negara barat. hmm..boleh tahan banyak tu. So hati-hati semua. Elakkan diri dari dari melakukan perkara-perkara yang merbahaya serta berada di kawasan yang boleh mengundang maut sekiranya ribut petir berlaku. Berikut adalah fakta tentang petir/kilat yang kita semua perlu tau:

Klik Untuk Besarkan Imej
Read more ...

Sunday, November 23, 2014

Bacalah Ayat Ini Jika Di landa Masalah

La Haula Wala Quwwata illa Billahi
Bacalah Ayat Ini Jika Di Landa Masalah

Salam Isnin buat semua pembaca Blog Santai. Renungan pagi Blog Santai yang ingin kita kongsikan dengan semua adalah cara untuk kita menangani masalah. Setiap dari kita diuji Allah dengan pelbagai cara. Ada yang ujiannya besar dan ada sederhana. Sebagai manusia yang lemah, setiap kali dilanda masalah, pastinya hati kita akan gusar. Ada yang mengadu kepada ahli keluarga, rakan-rakan maupun laman sosial. Kadangkala kita terlupa, kita sepatutnya mengadu dengan Allah kerana segala ujian datangnya dari Allah. Jadi jika kita ingin masalah tersebut terlerai, kita mesti merujuk kembali kepada Allah, kerana Dia yang mencipta segalanya serta meleraikan segalanya. 

Ada pelbagai cara untuk kita mengadu kepada Allah. Salah satu daripada nya adalah dengan memperbanyakkan bacaan "La Haula Wala Quwwata illa Billahi" seperti sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang dilanda kesusahan dalam sesuatu masalah, hendaklah ia mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa Billahi  (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang maha Tinggi lagi maha Agung)(Hadis Riwayat Al Tabrani)

Jadi rakan-rakan semua, jom sama-sama kita perbanyakkan bacaan ayat ini. Amalkan ia setiap hari dengan penuh yakin. Moga-moga kita semua dihindari daripada masalah atau kesusahan yang sukar di tangani. In Shaa Allah....

Read more ...

Penjelasan Isu Cuaca Gelap Di Makkah

Cuaca Gelap Di Makkah
Cuaca Gelap Di Makkah

Cuaca Gelap Di Makkah


Kita pasti ramai yang dah terbaca mengenai isu cuaca gelap di Makkah nikan. Ada pelbagai spekulasi yang dibuat. Macam-macam teori yang keluar. Sebenarnya tiada siapa yang mengetahui kenapa dan mengapa ianya berlaku. Namun ramai yang menganggap ianya fenomena biasa. Bukan sesuatu yang pelik. 

Cuaca Gelap Di Makkah
Penjelasan Cuaca Gelap Di Makkah

Seperti yang di kongsikan oleh berita harian online, Langit kemerahan waktu siang dengan suasana malam lebih panjang menyelubungi Makkah ketika ini, disifatkan hanyalah fenomena biasa susulan permulaan musim sejuk melanda kota suci itu pada penghujung tahun. 

Cuaca dingin ini yang dijangka berlarutan hingga Mac tahun depan turut dipengaruhi oleh kepulan awan tebal yang berada hampir dengan permukaan bumi, berikutan pergerakan angin barat daya dari Laut Merah, sekali gus melindungi pancaran matahari. So that is why cuaca gelap..

Apa-apa pun semuanya berlaku dengan izin Allah dan hanya Allah yang mengetahui segala rahsia disebalik kejadian. Bukan semua perkara mampu di huraikan oleh otak fikiran manusia yang juga ciptaan Allah.

Read more ...

Saturday, November 22, 2014

Renungan Pagi Ahad

http://www.quotesthoughts.com/wp-content/uploads/2013/05/nice-happiness-happy-quotes-thoughts-best-feeling-great.jpg
Renungan Pagi Ahad

Salam Hujung Minggu buat semua pembaca Blog Santai. Jom sama-sama kita kongsi keceriaan dan kebahagiaan dengan mereka-mereka yang memerlukan.

Read more ...

5 Khasiat Air kelapa Muda

 5 Khasiat Air kelapa Muda

Khasiat Air Kelapa Muda

Khasiat Air Kelapa Muda


You all suka minum air kelapa muda tak? Mesti ramai yang sukakan. Actually, air kelapa ni adalah one of my favorites. Kalau pergi ke Tawau, Sabah, air kelapa bakar adalah salah satu menu kesukaan kita. Rasanya Sedap sangat dan agak berbeza. Mungkin sebab dibakar kot. Anyway mungkin ramai yang tak tau, air kelapa ni bukan hanya sedap tapi banyak khasiat dia. Antaranya adalah ia boleh membantu sel-sel dalam badan kita melawan serangan pelbagai virus kerana semulajadi nya ia mengandungi "anti-viral & anti fungus". So kalau you all tak suka memang rugilah.

5 Khasiat Air kelapa Muda
5 Khasiat Air kelapa Muda
Read more ...

Friday, November 21, 2014

Tiada Lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember

Tiada lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember

Tiada Lagi Subsidi RON 95 Mulai 1 Disember


Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek membuat pengumuman bahawa Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember ini. Selaras dengan itu, harga runcit petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut apungan terkawal. Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Berdasarkan trend pada ketika ini, harga pasaran minyak dunia sememangnya rendah. So kaedah apungan adalah yang terbaik. Namun harus diingat persidangan OPEC akan berlansung pada 27 November depan yang akan menentukan harga pasaran minyak dunia. Kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang, OPEC diberi tekanan untuk menaikkan harga minyak dipasaran dunia.  So ada kemungkinan besar harga RON 95 juga akan naik mulai 1 Disember 2014....hmmm...ingatkan nak turun..rupanya naik lagi..Apa-apa pun Just wait & see k...

P/s: Sejujurnya kita tak faham dengan pendirian kerajaan. Last month just announced that hanya mereka yang berpendapatan RM5000 ke bawah layak menerima subsidi RON 95. Begitu juga dengan penggunaan mykad sebagai instrument untuk merekodkan penyata gaji serta data-data lain yang berkaitan. Peraturan baru ini katanya akan terpakai menjelang Jun 2015.  Tup-tup semalam kata tiada lagi subsidi RON 95. Aikk..takkan cepat sangat tukar decision kot....takkan kerana harga minyak dunia jatuh teruk, kerajaan tukar decision...hmmm..confuse..



Read more ...

Thursday, November 20, 2014

RON 97 Kini Pilihan Ramai ?

RON 97 Kini Pilihan Ramai ?
RON 97 Kini Pilihan Ramai ?

RON 97 Kini Pilihan Ramai ?


Lebih ramai pengguna akan bertukar kepada RON97 kerana harganya yang kini lebih murah. Biarpun harganya masih lebih mahal daripada RON 95, tetapi ramai pemilik kenderaan percaya ia lebih efisyen dan baik untuk enjin kenderaan. Inilah sebahagian daripada keratan berita yang disiarkan dalam Mstar hari ni. You all rasa macammana?

Dan bagi pihak kerajaan mereka percaya penurunan harga RON 97 akan menarik lebih ramai pengguna memilih untuk menggunakan RON 97 berbanding RON 95. Secara automatik ia akan membantu kerajaan menjimatkan subsidi untuk petrol. So wang pembayar cukai yang digunakan sebagai subsidi RON95 boleh digunakan untuk tujuan lain. 

Hmmm..lain macam aje kenyataan ni. Macam tak nak turunkan harga RON 95 aje. Dan yang lebih suspen, satu ketika dulu ada ura-ura mengatakan RON 95 akan dihapuskan sepenuhnya. 

Sebagai menyokong kenyataan di atas, ini pula adalah komen dari sebahagian daripada pengguna yang gembira dengan penurunan harga minyak RON 97.
Walaupun kedua-dua bahan api mempunyai standard yang tinggi, RON97 adalah jauh lebih hebat dan lebih bersifat mesra alam sekitar. Prestasinya lebih baik dan penggunaannya lebih rendah.
Seorang guru, Nurul Nadia Ali, 28, adalah antara mereka yang bersedia untuk membayar lebih untuk RON97. Saya tidak kisah membayar lebih untuk RON 97 kerana ianya lebih baik untuk enjin serta lebih mesra alam sekitar.
Kualiti RON97 adalah lebih tinggi dan lebih cekap. Ia juga baik untuk enjin kereta. Sekarang harganya lebih rendah sedikit, saya boleh mengisi dengan lebih kerap.
RON97 boleh menahan tahap mampatan yang lebih tinggi berbanding RON95 sebelum diledakkan, disebabkan oleh tambahan dalam bahan api yang lebih baik.
Sejujurnya kita tak berani nak komen mengenai kebaikan RON 97 ni coz kita guna dua-dua minyak. Dan secara jujurnya kita tak monitor keberkesananya. he..he. Nway, guys what do you think? 

Read more ...
Designed By