Gaji Rakyat Malaysia Memang Rendah


Gaji Rakyat Malaysia Memang Rendah

Semalam kita ada berkongsi artikel 90% rakyat Malaysia tak ada Simpanan Masa Depan atau untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan. Ada pelbagai persepsi dan komen yang dibuat oleh pembaca-pembaca Blog Santai. Persoalannya adakah rakyat Malaysia sememangnya boros berbelanja atau hakikatnya gaji rakyat malaysia sememangnya rendah. 

Ok, kalau you all nak tau, secara jujurnya jawapan diatas adalah berkaitan dengan gaji yang diperolehi oleh rakyat malaysia. Menurut sumber dari KWSP, simpanan KWSP bagi rakyat Malaysia adalah sangat rendah. Ini kerana majoriti rakyat Malaysia memperoleh pendapatan yang rendah. 

Berdasarkan pengagihan gaji bulanan kepada KWSP untuk tahun 2013, satu pertiga atau 2.1 juta ahli aktif KWSP mempunyai pendapatan yang kurang daripada RM1,000, lebih tiga perempat (76.8%) berpendapatan kurang RM3,000, dan kira-kira 90% berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.

Jika dilihat dari data diatas, majoriti rakyat Malaysia mempunayi pendapatan dibawah RM5000. Dengan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan, pastinya bukan hanya simpanan yang menjadi persoalan, tetapi dilihat lebih kepada memenuhi tuntutan perbelanjaan harian.  

Jadi untuk menyelesaikan masalah ni, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan serta pihak swasta yang terbabit untuk mengkaji semula jumlah gaji yang ditawarkan kepada semua pekerja yang layak. Namun harus diingat kedua-dua pihak perlu committed dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Gaji dan sumbangan harus selari. 

Comments

  1. gaji rakyat malaysia ni memang rendah... he he he...serious... jauh beza dengan mereka-mereka yang di luar sana jika dibandingkan...kadang-kadang rasa nak kerja over the sea dan balik retire early ke Malaysia... #ehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Some of my friends did that Farah...kumpul duit dulu baru balik Malaysia..best jugakkan..

      Delete
  2. memang rendah pun... x dpt disangkal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terutama yang dibawah RM1000 tu kan..kesian dia orang..

      Delete
  3. lagi banyak gaji lagi besar jumlah perbelanjaan ... bagi sis , attitude lah . klu kita bijak berbelanja walau sikit manapun income , kita tetap masih blh menyimpan ... rm kita , kita yg uruskan ... ermmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga betulnya sis vee..jumlah gaji mungkin bukan faktor penentu segalanya coz kita perlu ukur baju dibadan sendiri. tapi adakalanya tak mampu untuk merancang dengan baik kerana tuntutan hidup yang macam-macam..

      Delete
  4. mmg rendah sis...itu je komen yg mampu......

    ReplyDelete
  5. Hmmm... berapa juta orang sebenarnya ada akaun KWSP ya? Mungkin tak mereka yang income lebih dari RM5,000 atau RM10,000 sebenarnya tak buat simpanan KWSP... atau tak ada akaun sebab melabur kat lain? Boleh kah kita guna data tersebut bag referring to kadar gaji penduduk Malaysia? One more thing, kalau kita nak kata sesuatu amaun gaji tu rendah atau tinggi, dengan apa kita buat comparison tu ya?

    Sebab setakat ni, masih belum ada significant action yang menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak mampu subscribe perkhidmatan-perkhidmatan yang amaunnya walaupun pada saya agak tinggi seperti elektrik, astro, komunikasi dsb... Maksud saya, kalau betul majoriti rakyat Malaysia tak mampu tentunya sesuatu tindakan sudah diambil... hatta feul naik pon tak nampak significant pronlem kepada orang ramai... So, mungkinkah gaji rendah tu still masih dalam tahap kemampuan... CUMA..., YA! tak boleh nak menyimpan dah... Entahlah... Wallahualam...

    Ops, sorry komen panjang sangat :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai WAFA..welcome back...

      wah panjang lebar ulasannya ya...somehow ini adalah general observation dari KWSP kerana data yang diambil adalah dari segi pengajian yang merupakan sumber utama income rakyat Malaysia. Pastinya bagi pekerja dari government sector mereka tak termasuk dalam golongan ni. Namun secara general had gaji pekerja di malaysia ni lebih kurang sama. Tak banyak beza diantara pihak swasta dan juga kerajaan.

      Tak dinafikan majoriti dari kita masih mampu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Minyak, elektrik, phone semua tu keperluan Wafa. Nak tak nak memang kita perlukan. Cuma rasanya apa yang berlaku disini kemampuan untuk menyimpan bagi tujuan masa depan dan juga emergency time. yang ini yang menjadi masalah kerana gaji hanya boleh digunakan untuk keperluan harian. nak menyimpan tu persoalan kedua. Apa-apa pun semuanya bergantung kepada kita juga. Kena pandai cari peluang dan juga merancang perbelanjaan...

      Delete
  6. huhu, minyak lagi, brg2 runcit lagi, alhamdulillah famili timm semua dah xde yg brsekolah atau study lgi..huhu..
    kekdg less is more utk org yg pndai menyimpan dan xboros :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita suka ayat ni cik Tim..

      "less is more utk org yg pndai menyimpan dan xboros"

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Bila gaji naik...harga barang pun naik...eemmm
    ini juga satu faktor yang harus dikaji semula

    ReplyDelete
  9. Perkhidmatan van untuk seorang anak ke sekolah adalah sekitar rm100.. tak termasuk duit poket makan waktu rehat, tengah hari dan sekolah petang.. kos asas seorang anak je skrng adalah dlm rm550.00 tak termasuk hal2 utk kokorikulum, pibg dan brg2 lain yg mereka inginkan.. Gaji & pendapatan mmg perlu dikaji semula... barang semakin naik hhmmm...

    ReplyDelete
  10. Gaji rendah, barang mahal, subsidi kena tarik..
    Warga asing ramai - dapat manfaat yang sama!
    Lepas ni nak tolak berapa banyak cukai lagi dari gaji kitorang??

    ReplyDelete
  11. Betul tuuu... gaji rakyat melesia rendah! Dahlah kene bayar itu dan ini... ditekan dengan cukai itu dan ini... tapi kenaikan gaji hanya untuk golongan pihak atasan jer!

    ReplyDelete
  12. replica bags koh samui hermes fake p6g48f7f71 replica bags sydney look at these guys z3n92i3d44 cheap designer bags replica replica bags ru helpful site r8v93e5c61 7a replica bags wholesale replica bags australia p8h41z1h57

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat