Posts

Showing posts with the label Info Sukan

Tahniah Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2014

Image
Tahniah Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2014 Tahniah Thailand Juara Piala AFF Suzuki 2014 Tahniah untuk pasukan Thailand yang muncul sebagai juara piala  Piala AFF Suzuki 2014 untuk kali yang keempat. Pasukan Gajah Perang itu mengesahkan mahkota kejuaraan apabila bangkit menjaringkan dua gol pada lewat babak permainan untuk menang dengan agregat 4-3. Kita suka dengan semangat juang dia orang. Tak mengaku kalah hingga ke akhir perlawanan. inilah semangat yang perlu ada pada setiap pemain bola untuk mana-mana pasukan sekalipun.. Jaringan Pertama Harimau Malaya Gol Untuk Malaysia Pasukan Harimau Malaya sebenarnya bagi kita juga berpotensi menang besar tadi coz bermain dengan corak permainan pantas pada awal permainan sehingga berjaya mendahului pasukan Thailand dengan aggregat 3-0. Namun pasukan kita gagal mengekalkan penguasaan sehingga ke minit terakhir perlawanan. Faktor kecergasan pemain mungkin salah satu sebab harimau Malaya tak mamp...

Harimau Malaya Janji Kejutan Di Bukit Jalil

Image
Harimau Malaya Janji Kejutan Di Bukit Jalil Harimau Malaya Janji Kejutan Di Bukit Jalil Pasukan Harimau Malaya berjanji untuk memberikan satu kejutan pada aksi akhir kedua Piala AFF Suzuki bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ni. Alhamdulillah..Harap-harap kejutan yang positif ya, bukan negatif tau..he..he. Biarpun tewas 2-0 pada aksi pertama di Bangkok, mereka berjanji akan  mempamerkan aksi 200 peratus untuk pasukan Thailand daripada menambah jaringan gol. Biarpun itu bukanlah tugas yang mudah, namun tidak mustahil kerana kedua-dua pasukan ada kelebihan tersendiri. Apatah lagi harimau Malaya bermain di gelanggang sendiri. Pada aksi final pertama Rabu lalu, pemain-pemain Harimau Malaya gagal mengekang kepantasan skuad Gajah Perang yang bertubi-tubi menyerang gawang Malaysia sekaligus menyaksikan mereka tewas tanpa jaringan. Tapi yang tu dah lepaskan...So kena move forward!!! Dengan semangat pemain yang berkobar-kobar diharap Harimau Malaya mam...

WW: Malaysia Vs Thailand

Image
Malaysia Vs Thailand Good Luck Harimau Malaya!!! Aksi Menarik Pemain Thailand Jaringan Penalti Pertama Untuk Thailand Tahniah kepada pasukan Thailand yang menang bergaya 2-0 ke atas Malaysia. Kedua-dua pasukan bermula dengan baik. Namun nasib tak menyebelahi harimau malaya. Infact Thailand deserved to win coz they played slightly better tonite. Harap-harap Harimau Malaya boleh bangkit di Bukit Jalil nanti. 1. Kisah Ice Cream 2. 15 Rahsia Selfie   3. Rahsia Awet Muda  4. RM10000 Dalam Masa 5 Minit 5. Hadiah Misteri Untuk Semua 6. Pilihan Ramai Rakyat Malaysia

Tahniah Pahang Juara Piala Malaysia 2014

Image
Pahang Juara Piala Malaysia 2014 Tahniah untuk pasukan Pahang yang telah berjaya  mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT)  menerusi sepakan penalti.  Pasukan Pahang  yang  terpaksa beraksi dgn 10 pemain apabila Saiful Nizam Miswan dilayangkan kad merah pada minit ke 66 selepas mengasari Amri Yahya menunjukkan semangat juang yang tinggi. Pastinya semangat Tok Gajah menemani mereka apabila berjaya mengharungi 120 minit permainan yang berkesudahan seri 2-2.  Dickson Nwakaeme menjadi hero bagi Pahang apabila berjaya menjaringkan kedua-dua gol. Pemain Pahang Dickson Nwakaeme meraikan gol pertama Pahang  JDT juga mempamerkan permainan yang baik. N amun rezeki lebih berpihak kepada pasukan Pahang  apabila  Mat Yo gagal untuk menjaringkan sepakan penalti yang akhirnya membuka ruang buat Pahang untuk muncul juara dengan kemenangan 5-3. Menangis Mat Yo...Apa-apa pun tahniah untuk pasukan JDT ju...

Kesian Lee Chong Wei

Image
  Chen Long Merangkul Juara Dunia Selepas Menewaskan Chong Wei 21-19,21-19 Lee Chong Wei Kecundang Lagi Kesian Lee Chong Wei. Harapan beliau untuk menjuarai kejuaraan Kejohanan Dunia BWF 2014, buat pertama kalinya kecundang lagi setelah tewas kepada Chen Long dari China,  21-19 dan 21-19. Mata yang begitu hampir tapi masih jauh. Mungkin kerana harapan yang tinggi untuk membawa pulang kejuaraan dunia sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang disambut semalam, menyebabkan beliau banyak melakukan kesilapan di jaring selain hantaran yang kerap keluar. Ini nyata memberi peluang kepada lawannya. Lee Chong Wei turut mengakui sikap terlalu berhati-hati yang dipamerkan pada set pertama selain tertekan ketika ketinggalan kepada pihak lawan menjadi punca kekalahannya.   Lee Chong Wei Kecewa Tahniah Lee Chong Wei Walau apapun, tahniah Lee Chong Wei kerana berjaya menjadi wakil tunggal Malaysia ke perlawanan ini, apabila rakan-rakan yang lain keba...

Jerman Juara Piala Dunia 2014

Image
  Jerman Juara Piala Dunia 2014 Jerman Juara Piala Dunia 2014 Tahniah Jerman kerana berjaya menjadi juara piala dunia 2014 selepas menewaskan Argentina 1-0 pagi tadi. Perlawanan yang seimbang walaupun Jerman lebih banyak menguasai permainan.   Mario Goetze, Menjaringkan Gol Kemenangan Gol Jerman dijaringkan oleh pemain gantian Mario Goetze selepas menerima hantaran  dari Andre Scuerlle dalam masa tambahan sekaligus menobatkan Jerman sebagai juara Piala Dunia untuk kali keempat. Kali terakhir Jerman bergelar juara piala dunia adalah pada tahun 1990 sebelum 1974 dan 1954. Pemain Terbaik Piala Dunia 2014 Messi, Pemain Terbaik Piala Dunia 2014 Argentina pun bermain dengan baik sebenarnya, cuma tak ada rezeki. Banyak kali nak gol tapi tak gol juga. Apa-apa pun tahniah  Lionel Messi yang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2014 . Tahniah juga untuk Gol Keeper Jerman Manuel Neuer yang dipilih sebagai Gol Keeper te...

Senarai 10 Calon Pemain Terbaik Piala Dunia 2014

Image
Senarai 10 Calon Pemain Terbaik Piala Dunia Pemain Terbaik Piala Dunia Piala Dunia 2014 bakal melabuhkan tirai pada pagi Isnin, 14 julai 2014. Setiap kali berakhirnya kejohanan piala dunia, dua perkara yang bakal menjadi tumpuan. Siapakah yang bakal membawa balik piala dunia serta siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia.   Senarai 10 Calon Pemain Terbaik Piala Dunia telah dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Menariknya 7 dari mereka yang dicalonkan adalah daripada dua pasukan yang berentap di pusingan akhir untuk menentukan siapakah bakal menjadi juara piala dunia 2014. Empat daripada Jerman dan tiga daripada Argentina. Adakah Pemain Terbaik Piala Dunia 2014 bakal menjadi milik Thomas Mueller dari Jerman atau bakal menjadi milik Lionel Messi daripada Argentina. Kedua-dua mereka memang hebat. Namun 3 calon lain daripada Brazil, Colombia dan Belanda juga tak harus dipandang sepi. James Rodriquez yang munc...

Upacara Pembukaan Rasmi Piala Dunia 2014 (8 Gambar)

Image
    Adidas Brazuca - Bola Rasmi Piala Dunia 2014 Upacara Pembukaan Rasmi Piala Dunia 2014 U pacara Pembukaan Rasmi Piala Dunia FIFA 2014 telah selamat diadakan dalam suasana meriah di Brazil semalam. Piala Dunia FIFA 2014 merupakan Piala Dunia FIFA yang ke-20. Ini merupakan kali kedua Brazil menjadi tuan rumah kejohanan Piala Dunia (setelah 1950 ). Kejohanan ini juga merupakan Piala Dunia FIFA pertama yang diadakan di Amerika Selatan sejak Argentina 1978 . Sebelumnya tidak ada negara di Amerika Selatan yang menyelenggarakan Piala Dunia FIFA lebih daripada sekali.  Read more at: http://www.astroawani.com/photos/album/pembukaan-rasmi-piala-dunia-1224/opening-12741?cp  Simbolik Sungai Amazon   Gadis Bunga Acrobatic stunts   Accordian Man   Men in flowers   Men in flowers     Peminat Piala Dunia FIFA 2014 Ganjaran Juara Piala Dunia 2014 Bahang kemeriahan Piala Dunia FIFA 2014 ni ...

Tahniah Pahang, Juara Piala FA 2014

Image
  Pahang, Juara Piala FA 2014 Pahang, Juara Piala FA 2014 Tahniah pasukan Pahang kerana muncul sebagai Juara Piala FA 2014 dengan mengalahkan Felda United 2-1. Inilah piala ketiga yang dimenangi oleh pasukan Pahang selepas Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Walaupun bermula dengan sedikit perlahan pada separuh masa pertama, pasukan Pahang bertindak lebih aggresif di separuh masa kedua. Kemasukan Mohd Faizol Hussien menggantikan Matiaz yang cedera telah memberi tuah kepada pasukan Pahang apabila beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan yang cantik pada minit ke 80 .  Beliau juga turut memberikan sumbangan kepada gol kemenangan apabila bola cantik hantaran beliau disudahi oleh Edward Junior Wilson dengan jaringan gol pada minit ke 88.    Piala FA 2014 Milik Pahang   Nwakaeme Meraikan Gol Kemenangan Pahang Tahniah juga untuk pasukan Felda United yang berjaya beraksi cemerlang di separuh masa pertama. Jaringan gol pertama mereka yang ...

Jepun Juara Piala Thomas 2014

Image
  Jepun Juara Piala Thomas 2014 Jepun Juara Piala Thomas 2014 Tahniah untuk pasukan Jepun yang telah melakar sejarah apabila buat pertama kalinya menjuarai Piala Thomas dengan mengalahkan Malaysia 3-2. Mata kemenangan Jepun diraih pemain perseorangan ketiganya, Takuma Ueda yang menewaskan Liew Daren 21-12, 18-21, 21-17.   Mata Kemenangan Jepun diraih OlehTakuma Ueda  Dengan kemenangan ini penantian Malaysia untuk membawa pulang  Piala Thomas sejak 22 tahun yang lalu juga turut berkecai. Walaupun kalah 3-2, jutaan tahniah untuk pasukan Malaysia yang telah memberikan saingan yang begitu sengit. Namun Jepun lebih hebat. Dia orang memang layak jadi juara.     Datuk Lee Chong Wei Memberikan Mata Kemenangan Pertama Untuk Malaysia Pasangan kedua negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong memberikan mata kemenangan kedua menewaskan Keigo Sonoda/Takeshi Kamura 19-21, 21-17, 21-12 Tahniah Malaysia 1. Kena Cuba..Tak Ada Ala...

Piala Thomas: Malaysia Mara Ke Akhir Bertemu Jepun

Image
  Datuk Lee Chong Wei Memberikan Mata Kemenangan Pertama Untuk Malaysia Malaysia Ke Akhir Piala Thomas 2014 Setelah hampir 13 tahun tidak beraksi di peringkat akhir Piala Thomas, akhirnya Malaysia berjaya melakukannnya. Tahniah Malaysia. Malaysia bakal bertemu Jepun di Akhir Piala Thomas 2014. Sebenarnya perlawanan separuh akhir semalam bertemu Indonesia sememangnya sangat menarik. Fighting spirit yang ditunjukkan oleh pemain malaysia begitu tinggi. Dah lama kita tak tengok game yang best macam semalam. Kemenangan Datuk lee Cong Wei, di set pertama benar-benar memberikan semangat yang juang yang tinggi kepada dua lagi rakan sepasukan. Pasangan beregu negara, Hoon Tien How (kanan) bersama dengan Tan Boon Heong (kiri) memberikan mata kedua untuk Malaysia Chong Wei Feng memberi mata kemenangan kepada Malaysia Malaysia Kalahkan Indonesia 3-0 Kemenangan 3-0 ke atas Indonesia semalam berjaya menebus kembali kekalahan yang dialami pada tahun 2002...

Tahniah Pahang, Juara Piala Malaysia 2013

Image
Pahang, Juara Piala Malaysia 2013 Tahniah Pahang, Juara Piala Malaysia 2013 Tahniah Pahang kerana telah berjaya muncul sebagai juara Piala Malaysia 2013 , selepas menundukkan Kelantan dengan jaringan 1-0 hasil jaringan Matias Conti pada minit ke-59. Kemenangan itu mengakhiri penantian Pahang selama 21 tahun untuk membawa pulang Piala berprestij negara tercapai.     Pemain Pahang, Matias Ruben Conti (tengah) dihalang pergerakanya oleh pemain-pemain Kelantan Secara keseluruhan Pahang bermain lebih baik dari Kelantan di atas padang yang agak lecak kerana hujan lebat. Kesemua pemain pahang telah memberikan komitmen yang begitu tinggi untuk memenangi perlawanan ini.   Pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme (jersi putih) diasak pertahanan Pahang Malang bagi pasukan Kelantan kerana biarpun mempunyai beberapa peluang menarik untuk menyamakan kedudukan, namun mereka gagal membolosi pintu gol Pahang. Kelibat ketua pasukan Kelantan, Piya yang dilihat...

Siapa Juara Piala Malaysia Edisi 2013. Kelantan Atau Pahang?

Image
     Kapten Pahang, Jalalludin Jaafar (kiri) dan kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi Bergambar kenangan Bersama Piala Malaysia yang menjadi rebutan pada aksi final, malam ini. Siapa Juara Piala Malaysia. Kelantan Atau Pahang? Pastinya ramai yang ternanti-nanti pasukan manakah yang bakal bergelar juara dan seterusnya menjulang tropi Piala Malaysia pada malam ni. The Red Warriors, Kelantan atau Skuad Tok Gajah, Pahang!! Berdasarkan pencapaian lalu, kedua-dua pasukan itu berkongsi dua kejuaraan dengan Kelantan berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia pada tahun 2010 dan 2012 manakala Pahang pula berjaya menjulang dua kali trofi keramat itu pada tahun 1983 dan 1992.  Apakah Kelantan Bakal Mengulangi Kecemerlangan Mereka?   Apakah Pasukan Pahang Bakal Memusnahkan Penguasaan Kelantan? Kelantan Tekad Pertahan Kejuaraan, Pahang Mahu Tamat Kemarau 21 Tahun Kedua-dua pasukan telah berjanji untuk memberikan perse...