Lee Chong Wei Kecundang Lagi
Kesian Lee Chong Wei. Harapan beliau untuk menjuarai kejuaraan Kejohanan Dunia BWF 2014, buat pertama kalinya kecundang lagi setelah tewas kepada Chen Long dari China, 21-19 dan 21-19. Mata yang begitu hampir tapi masih jauh.
Mungkin kerana harapan yang tinggi untuk membawa pulang
kejuaraan dunia sempena Hari Kemerdekaan Negara ke-57 yang disambut semalam, menyebabkan beliau banyak melakukan kesilapan di jaring selain hantaran yang kerap keluar. Ini nyata memberi peluang kepada lawannya. Lee Chong Wei turut mengakui sikap terlalu berhati-hati yang
dipamerkan pada set pertama selain tertekan ketika ketinggalan kepada
pihak lawan menjadi punca kekalahannya.
Lee Chong Wei Kecewa
Tahniah Lee Chong Wei
Walau apapun, tahniah Lee Chong Wei kerana berjaya menjadi wakil tunggal Malaysia ke perlawanan ini, apabila rakan-rakan yang lain kebanyakannya tumpas dipusingan awal kejohanan. Sememangnya perjalanan pemain-pemain badminton Malaysia masih jauh ketinggalan. We need more Lee Chong Wei in Malaysia. Usia beliau tidak memungkinkan beliau untuk terus beraksi untuk beberapa tahun akan datang.
Untuk BAM tak perlu minta maaf dengan rakyat Malaysia, kerana tak dapat menghadiahkan piala sempena hari kemerdekaan Malaysia, tapi perlu cuba mencari pelbagai kaedah untuk memastikan pemain pelapis yang sedia ada akan terus dilatih dan diberi pendedahan bagi mencari pengganti Lee Chong Wei.
Setuju sgt2. Sian lee chong wei.. Ape2 pun dia da byk mengharumkan nama negara. Tahniah pd jaguh sukan negara. ^^
ReplyDeleteYup Lee Chong Wei ni kira legend kan Ana..
Deletemenang kalah adat permainan.. thanks kpd Datuk Lee Chong Wei yang sudah banyak kali mengharumkan negara kita...
ReplyDeleteTak perlulah BAM bak minta maaf, dah jemu dengar.Tahniah Dato' LCW, Chen Long memang pandai 'main net', China dah latih dia jadi pelapis Lin Dan. Pelapis Malaysia mana?
ReplyDeleteTahniah buat Lee Chong Wei, no 2 pun tidak kurang hebatnya..:)
ReplyDeleteTahniah juga buat LCW..Beliau dah berusaha buat yang terbaik.. :)
ReplyDeleteyap.
ReplyDeletememang agak berhati-hati la chong wei main. Patut dia main menyerang semalam.
Biasala kan kak... mesti ada pasang surutnya... tapi dato LCW tetap hebakkkk dimata sha... eceyyy
ReplyDeleteermm.. malas nak komen tentang ni.. asyik kecundang je. jarang nak dengar dia menang..
ReplyDeleteSetuju 100%.....skrg dah naik boring tengok bdmtn asyik kalah je.
DeleteOh DLCW..
ReplyDeleteHmm, age is catching up on DLCW.
ReplyDeleteEerrmmmm....tak ade rezeki nak menang
ReplyDeleteDah nasib dia kalah kan.. Apa pun, tahniah & syabas buat beliau atas semangat kental utk menang... blogerati sini tengok prodduck.. :D
ReplyDeleteTahniah... Kerana bawa nama Malaysia...dan usaha gigih beliau... Kalah mng adat pertndingan ..
ReplyDelete