3 Kebaikan Buah PRUN
3 Kebaikan Buah Prun
Tips kesihatan pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah tentang kebaikan buah Prun. Bercakap mengenai buah prun mesti ramai yang sukakan. Rasanya yang masam dan manis sememangnya menjadi pilihan ramai. Kita memang suka buah prun ni. Cuma tak pernah makan yang fresh aje. Yang istimewanya buah prun ni ia bukan hanya sedap tapi mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Antaranya:
Agen Diet Yang Berkesan
Buah prun sangat istimewa kerana ianya merupakan agen diet yang berkesan. Ianya membantu menghadamkan makanan yang diambil dengan mudah. Kandungan serat yang tinggi didalam buah prun memberi kepuasan setelah makan serta mengelak daripada pertambahan berat badan.
Kaya Dengan Vitamin C
Buah prun juga mengandungi vitamin C yang optimum untuk
menyihatkan tubuh. Ianya merupakan sumber Vitamin C yang cukup baik dalam membantu
tubuh badan menyerap zat besi. Mengambil prun membantu membina imuniti
dan dan menghasilkan kolagen serta tisu baru, yang boleh melahirkan wajah yang berseri-seri.
Merawat Masalah Sembelit
Buah Prun yang kaya serat merupakan snek ringan yang paling mudah untuk
merawat masalah sembelit kerana ianya dipercayai menjadi agen pelawas semulajadi sejak
dulu lagi. Amalan mengambil beberapa biji prun
setiap pagi, akan membuatkan tubuh kita menjadi ringan dan segar.
So pada sapa yang nak diet dan kelihatan ber seri-seri macam kita (he..he), boleh amalkan prun selalu ya..
So pada sapa yang nak diet dan kelihatan ber seri-seri macam kita (he..he), boleh amalkan prun selalu ya..