Quote Of The Day
A Beautiful person is,
A person with a good heart.
If you have a good heart, There is no way,
You can ever be ugly
Bagi Pejuang Hamas dan kumpulan sayapnya, mereka menyifatkan peperangan antara Palestin dan Israel yang tercetus 50 hari itu sesuatu yang tidak boleh dilupakan atau dimaafkan. Pemimpin Jihad Islam Ramadan Shallah berkata, peperangan itu terpaksa dibalas bagi melindungi penduduk Palestin selepas diserang rejim Zionis bertali arus.
"Penduduk dunia selama ini menyangka kami hanya mampu bertahan sejam sahaja. Kini, kami buktikan bahawa kami mampu bertahan kira-kira dua bulan sebelum Israel tunduk kepada kami,“ katanya.
Menurutnya, peperangan ini belum berakhir dan sehingga kini pejuang Palestin kekal bertahan dan waspada.
"Saya hampiri jenazah dan katakan pada mereka, ‘hari ini saya akan bawa kamu pulang ke tempat asal kamu’."
Itu kata-kata menyayat hati yang diucapkan Datuk Kapten Missman Leham, juruterbang MAS yang bertanggungjawab membawa pulang 20 jenazah mangsa MH17, Jumaat lalu.
Penerbangan khas MH6129 yang ditunggu seluruh rakyat Malaysia itu nyata perjalanan penuh emosi buat Missman apabila beliau hampir menitiskan air mata sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Mereka (sebahagian mangsa) kawan-kawan kami dan penerbangan ini cukup berbeza. Namun dari awal lagi saya sudah berdoa agar semuanya dipermudahkan.
"Alhamdulillah saya dan rakan-rakan juruterbang lain dapat lakukan tanggungjawab ini,” katanya ketika diminta berkongsi pengalaman membawa pesawat khas itu.
Missman dibantu oleh Kapten Bakri Othman dan Kapten Zaim Khalid serta pegawai penerbangan, Yap Yoon Kong untuk membawa jenazah MH17 dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda.
Walaupun sebelum ini beliau pernah membawa pulang jenazah, tetapi tugas kali ini dianggap paling berat sepanjang 33 tahun berkhidmat di syarikat penerbangan negara itu.
“Saya dipilih MAS untuk terbangkan pesawat ini kerana mereka mahukan seorang juruterbang senior. Saya amat berbesar hati kerana dapat beri khidmat serta penghormatan terakhir kepada rakan-rakan yang terkorban serta penumpang MH17,” katanya yang juga Ketua Juruterbang bagi Keselamatan Penerbangan Faktor Manusia dan Operasi MAS.
Berkongsi detik-detik perjalanan selama 12 jam itu, Missman berkata, seluruh dunia umpama memahami tugas berat disandang pasukan juruterbang MH6129 apabila setiap ruang udara yang dilalui diberi laluan mudah.
Keadaan kali ini agak berbeza, seolah-olah trafik udara memberi penghormatan kepada kita. Terutama ketika melalui ruang udara Iran, mereka selalunya akan bertanya nombor rasmi kemasukan kita (entry number).
Tetapi kali ini dari jauh lagi mereka telah beri kebenaran untuk pesawat kita melintas. Maknanya kita boleh terbang tanpa halangan. Missman berkata, beliau dan juruterbang lain turut mengadakan tahlil sepanjang perjalanan.
Katanya, ketika hampir mendarat beliau dan juruterbang lain sekali lagi mendekati jenazah dan berkata: ‘Kami sudah bawa anda pulang ke pangkuan orang tersayang’.
Menurut Missman, hatinya sebak di saat pesawat itu berhenti di hadapan Kompleks Bunga Raya, KLIA apabila melihat ahli keluarga mangsa telah menanti ketibaan mereka.
“Walaupun sudah dimaklumkan ada istiadat penerimaan jenazah itu, namun saya tidak sangka sama sekali acaranya begitu besar dan penuh penghormatan.
“Sekali lagi saya panjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana dapat membawa pulang kesemua jenazah ini dengan selamat,” katanya.