Breaking News

Saturday, August 30, 2014

Jangan Menunggu 10 Perkara Ni Ya

 http://hdw.datawallpaper.com/abstract/waiting-295150.jpg
 Jangan Menunggu 10 Perkara Ni Ya

Salam Sabtu untuk pembaca Blog Santai. Sekadar renungan bersama. Jika kita ingin menjadi manusia yang lebih baik dan sempurna, jangan menunggu 10 perkara ni ya...

1. Jangan menunggu waktu luang untuk Tuhan, Tapi luangkan waktu untuk Tuhan,
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kita semakin kaya.
3. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
4. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kita akan bahagia.
5. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kita peduli. Tapi pedulilah dengan orang lain, maka, kita  akan dipedulikan.
6. Jangan menunggu orang memahami kita, baru kita memahami dia. Tapi fahamilah orang itu, maka dia akan faham dengan kita.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kita akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya juga turut datang.
10. Jangan menunggu contoh yang baik baru bergerak, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kita akan menjadi contoh yang akan diikuti.

Have a good weekend everyone!!!

17 comments:

  1. satu perkongsian terbaik.. salam sabtu dari mama.. :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik :) salam hujung minggu..:)

    ReplyDelete
  3. jangan jangan.... jangan jangan....
    best je baca.... bab sedekah tu sha setuju... teringat kisah atok india sang pengemis yang ada 20sen dalam tangan, pun bersedekah jugak....

    ReplyDelete
  4. terbaikk!

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/08/senggugut-dan-pengsan-tiada-lagi-dengan-gla-complex.html

    ReplyDelete
  5. 10 perkara penting inilah yang sentiasa kita manusia abaikan.

    ReplyDelete
  6. suka dengan perkongsian ini...selalunya kita lebih suka menunggu dari bertindak kan

    ReplyDelete
  7. as usual...only bluebirds

    Selamat Hari Merdeka :D

    ReplyDelete
  8. T kasih atas peringatan & perkongsian ini Raudzah...
    promoted content & salam kemerdekaan... merdeka!!

    p/s: cantik header tu.. :)

    ReplyDelete
  9. terima kasih raudzah.. kata2 motivasi ni sgt sesuai. nina suka :)

    ReplyDelete
  10. Perkongsian ini sangat terbaik kak RZ :)

    Jemput baca entri saya eh Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

    ReplyDelete

  11. شركة سكاي لخدمات نقل العفش والاثاث بالمنطقة العربية السعودية نحن نوفر خدمات نقل اثاث بالرياض ونقل عفش بالمدينة المنورة ونقل عفش بمكة ونقل عفش بالطائف نحن نقدم افضل نقل اثاث بخميس مشيط ونقل عفش بجدة
    شركة سكاي نقل العفش
    مدونة لنقل العفش
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بالرياض
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بالدمام

    ReplyDelete
  12. Ayo Daftar Sekarang, Nikmati Freechip Berlimpah Setiap Hari... Join Disini Banyak Jenis Permainan Taruhan Online Terbaik, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.

    ReplyDelete

Designed By