Breaking News

Monday, June 30, 2014

Awas: Virus JE Kini Menyerang


 
Nyamuk Culex Pembawa Virus JE

Virus JE Kini Menyerang


Info serius pilihan
Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai Virus JE yang kini semakin serius. Mengikut laporan, sebanyak 16 kes jangkitan virus Ensefalitis Jepun (JE) dengan empat kematian telah dikenalpasti sehingga semalam. Mangsa terbaru yang disyaki dijangkiti virus JE ialah seorang murid berusia 12 tahun dari Pulau Pinang.

Hasil siasatan mendapati mangsa terdedah kepada gigitan nyamuk pembawa virus JE semasa menyertai aktiviti perkhemahan di kawasan sekolah, yang terletak berhampiran dengan ladang khinzir, pada 24 hingga 26 April yang lepas.

Apa Itu JE?


JE adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex.

Tanda-Tanda Serangan JE


1. Demam
2. Sakit kepala
3. Lemah anggota badan
4. Resah meracau
5. Mengantuk
6. Sawan
7. Lumpuh
8. Tidak sedarkan diri/koma.

Pada peringkat awal, kebanyakan mangsa yang dijangkiti oleh virus ini akan mempamerkan tanda-tanda yang ringan atau mungkin juga, tiada tanda sama sekali. Namun pada peringkat yang lebih teruk, JE boleh menyebabkan kematian. 

Simptom-simptom awal jangkitan virus JE adalah seperti selesema, sakit kepala, demam dan tidak bermaya. Pada tahap yang lebih teruk, mangsa akan mengalami masalah gastrousus seperti muntah serta berasa keliru dan meracau-racau.
 

Bagaimana Virus JE Merebak?


Virus JE membiak di dalam tubuh khinzir. Apabila nyamuk betina Culex menghisap darah khinzir, ia membawa bersama virus JE.  Manusia boleh mendapat jangkitan JE jika digigit oleh nyamuk Culex yang membawa virus.

Tempoh pengeraman iaitu dari jangka masa seseorang itu mulai dijangkiti sehingga gejala-gejala JE muncul mengambil masa di antara empat hingga 16 hari.

Penyakit JE tidak boleh merebak daripada manusia kepada manusia. Misalnya, seseorang itu tidak boleh dijangkiti oleh virus sekiranya ia bersentuhan, bersalam atau mencium pesakit JE.
Hanya nyamuk Culex sahaja boleh meyebarkan virus JE. Ia membiak di tempat takungan air semula jadi yang kotor seperti kolam, lopak air, parit dan sawah padi.

Nyamuk Culex biasanya menggigit pada waktu senja hingga subuh iaitu di antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi. Nyamuk Culex lebih gemar menggigit khinzir berbanding manusia.

Langkah Pencegahan JE


Sama seperti Denggi, Virus JE juga boleh dicegah dengan beberapa cara. Antaranya: 

1. Elakkan kawasan takungan air yang boleh menggalakkan pembiakan nyamuk. 
2. Menggunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik
3. Menggunakan baju serta seluar panjang yang bewarna cerah ketika keluar rumah.
4. Mendapatkan suntikan vaksin JE bagi mengelakkan trisiko serangan JE.

So hati-hati semua. Jika ada diantara mereka-mereka yang kita kenali mempunyai simptom demam, sakit kepala, loya dan muntah yang berlarutan segeralah dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.

Read more ...

Hikmah Berpuasa

http://i1092.photobucket.com/albums/i408/hafizmd/hikmahramadhan.jpg
Bagaimanakah Keadaan Puasa Kita?

Hikmah Berpuasa


Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah tentang hikmah berpuasa di bulan Ramadan. Rasanya ramai yang tau bahawa setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Ini kerana terdapat banyak hikmah yang telah Allah janjikan kepada umatnya yang berpuasa berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.

Puasa Menguji Sifat ikhlas


Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain. Tetapi kerana keihklasan, keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah, maka kita tidak melakukannya. 

Puasa Mendidik Jiwa


Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan kita terhadap sesuatu perkara walaupun ianya dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk menjadi lebih tegas dengan perkara-perkara yang diharamkan di luar bulan Ramadhan.

Puasa Menjadikan Kita Sabar


Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadan. Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Ianya memerlukan kesabaran dan keimanan. Sifat sabar ini amat penting untuk kita berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

Puasa Membuka Hijab Dengan Allah


Ibadah puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara seorang hamba dengan Tuhannya.

Puasa Adalah kejayaan sebenar


Puasa mengajar kita erti kejayaan yang sebenar. Orang yang berpuasa akan memperoleh dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

Puasa Menyihatkan Tubuh Badan


Kajian mengesahkan puasa boleh menyihatkan badan serta menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh mana-mana ubat.
Read more ...

You All Kena Tengok Video Ni. Memang Ohsem...


You all kena tengok Video ni. Memang ohsem. Part last tu yang paling best..Relax je after somersault..Inilah kuasa Allahkan..Pantang maut sebelum ajal..

Read more ...

Tiga Professor Paling Berpengaruh Dari Malaysia

Tiga Professor Paling Berpengaruh Dari Malaysia 
 Tiga Professor Berpengarauh Dari Malaysia

Professor Paling Berpengaruh Dari Malaysia


Info menarik pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah mengenai pemilihan tiga ahli akademik dari Malaysia yang telah terpilih sebagai antara individu yang paling berpengaruh di dunia di dalam bidang masing-masing. Pengiktirafan ini  di keluarkan oleh Thomson Reuters, firma penganalisis data yang berpengkalan di New York.
 
Mereka yang dipilih adalah, Professor Dr Abdul Latif Ahmad dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia, Professor Dr Ishak Hashim dari Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Professor Dr Saidur Rahman daripada Fakulti kejuruteraan, Universiti Malaya.

Pemilihan Professor Paling Berpengaruh ini dibuat berdasarkan bilangan artikel tertinggi yang telah diterbitkan yang paling kerap menjadi rujukan kepada rakan-rakan penyelidik yang lain dari seluruh dunia. Tahniah untuk mereka. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk menerbitkan lebih banyak artikel yang berkualiti tinggi untuk rujukan semua.



Read more ...

Sunday, June 29, 2014

Sedekah Berganda Sebulan Gaji

 Amalan Sedekah Berganda 
Amalan Sedekah Berganda

Sedekah Berganda Sebulan Gaji


Motivasi Pagi pilihan Blog Santai adalah kisah amalan sedekah berganda yang diamalkan oleh salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Mengikut cerita, amalan sedekah berganda ini telah membantu beliau memperolehi sesuatu yang luarbiasa. Rezeki yang dulunya diperolehi dalam masa sebulan bekerja, kini dapat dimiliki dalam hanya satu hari dengan melakukan perniagaan secara kecil-kecilan. Rahsianya adalah sedekah berganda.

Apa yang beliau amalkan adalah bersedekah pada setiap hari Jumaat.  Bermula dengan hanya RM100 pada Jumaat yang pertama, beliau menambah kepada RM200 pada hari Jumaat minggu yang kedua, RM300 pada Jumaat minggu yang ketiga dan seterusnya RM400 pada Jumaat minggu yang keempat. 

Hasilnya memang lumayan. Perniagaannya benar-benar menjadi. Beliau tidak lagi perlu menunggu sebulan untuk memperolehi RM4000. Semuanya kini dimiliki dalam hanya satu hari. 

 Amalan Sedekah Di Bulan Ramadhan 
Amalan Sedekah Di Bulan Ramadhan

Besarnya hikmah sedekahkan. Yang penting amalan sedekah kita haruslah ikhas serta dilakukan secara istiqamah. Kita tak perlu bermula dengan RM100. Sedekahkan setakat yang termampu. Yang penting ada gandaan dalam sedekah kita.

Sempena bulan Ramadhan yang mulai ini, jom sama-sama kita gandakan sedekah kita. Semoga rezeki Allah akan datang tanpa terduga.

Read more ...

Minum Jus Buah-Buahan Untuk Tenaga Sewaktu Berpuasa

Minum Jus Buah-Buahan Untuk Tenaga Sewaktu Berpuasa 
Amalan Minum Jus Buah-Buahan Sewaktu Sahur

Minum Jus Buah-Buahan Sewaktu Sahur


You all tau tak amalan minum jus buah-buahan semasa bersahur amat baik untuk memastikan kita sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang berpuasa. Kehadiran pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa dalam jus buah-buahan membantu mengekalkan tenaga di dalam badan. 

Kebiasaannya, ketika berpuasa badan kita cepat merasa letih, penat dan mengantuk. Keadaan ini berlaku bukan kerana kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.  Pengambilan jus buah-buahan segar dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi.  
 
Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang. Ianya berlaku kerana bila tubuh kita kekurangan air, buah pinggang akan kecut. Keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Kesan yang lain yang mungkin kita alami adalah pening dan pitam. 

 kopi menyebabkan kesan deauratik 
Kopi Menyebabkan kesan deuratik

Minum Teh/Kopi Semasa Puasa


Selain meminum air buah-buahan, kita juga digalakkan untuk menjauhi pengambilan kopi ataupun teh pada bulan puasa. Kajian menunjukkan pengambilan kopi atau teh sewaktu bersahur boleh menyebabkan kesan deuratik. Ianya dikatakan merangsang pengeluaran air kencing. Akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus.

7. Bestnya Sunway Lagoon
Read more ...

19 Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia

Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia 
Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia

Senarai Pemain Terbaik Piala Dunia


Info menarik pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah senarai 19 pemain terbaik Piala Dunia. Dari senarai yang diberikan, mereka semua mempunyai skil yang sangat tinggi. Mereka adalah nama-nama besar dalam dunia bola sepak. 

Pele, Pemain Terbaik Piala Dunia 1970
Pele, pemain terbaik Piala Dunia Tahun 1970

Yang paling menarik, 7 daripada senarai pemain terbaik ni adalah dari Brazil. Tahniah Brazil. Mereka memang legend dan boleh dianggap kilang menghasilkan bintang bolasepak. Nama seperti Pele yang menjadi pemain terbaik piala dunia tahun 1970, pastinya akan dikenang sepanjang zaman. 

Ronaldo Pemain Terbaik Piala Dunia 2002
Ronaldo, Pemain Terbaik Piala Dunia Tahun 2002

Selain dari  Pele, pemain Brazil yang lain seperti Romario dan Ronaldo juga tak kurang hebatnya. Masing-masing mempunyai skil yang tersendiri. Anugerah istimewa kurniaan Allah.

 Neymar Jr, Pemain Terbaik Piala Dunia 2014?
Neymar Jr, Pemain Terbaik Piala Dunia Tahun 2014?

Dan yang terbaru pastinya Nama Neymar bakal menjadi sebutan. Skill Neymar juga tak boleh dipertikaikan walaupun usianya masih muda.  Adakah beliau mampu menjadi pemain Terbaik Piala Dunia 2014? Sama-sama kita nantikan. 

 Pemain Piala Dunia Brazil
Pemain Piala Dunia Brazil 2014

p/s: Tahniah kepada Pasukan Brazil yang menjadi pasukan pertama yang layak ke pusingan suku akhir piala dunia setelah berjaya mengalahkan Chile 3-2 melalui penentuan sepakan penalti awal pagi tadi. Chile pun best jugak, tapi tak ada rezeki kan..

7. Bestnya Sunway Lagoon
Read more ...

Saturday, June 28, 2014

Baling, Daerah Paling Bahagia Di Malaysia

  Bandar Baling
 Baling, Bandar Paling Bahagia

Baling, Daerah Paling Bahagia Di Malaysia


Tahniah penduduk Baling yang muncul daerah paling bahagia di Malaysia. Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 menunjukkan kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah hampir 84.62 peratus. 

Bila terbaca berita ni, kita agak terkejut kerana dari apa yang kita baca dan dengar, Baling sangat sinonim dengan perkataan miskin. Jadi apa yang kita bayangkan adalah orang miskin adalah orang yang paling bahagia. Hmmm...
  
Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai Operasi Angkara/Operasi Hapus.

Namun kita silap, Baling yang satu ketika dahulu sangat popular kerana pernah dikaitkan dengan peristiwa Memali di atas, dan juga kisah pemberontakan pelajar kerana isu kebuluran, kini berdiri megah dengan pelbagai pembangunan. Tahniah sekali lagi kepada semua penduduk Baling dan juga penguasa tempatan yang telah mengubah persepsi masyarakat tentang Baling. Semoga Baling terus membangun.

 Taman Rekreasi Air panas, Baling
 Taman Rekreasi Air Panas, Baling
 Maktab Rendah Sains Mara, Baling
 Maktab Rendah Sains Mara, Baling
 Menara Jam Baling
Menara Jam Baling 
 Kolej Komuniti Baling
Kolej Komuniti Baling

Tiga Daerah Paling Bahagia Di Malaysia


Selain daripada Baling, tiga lagi daerah yang mencatat indeks kebahagiaan yang tinggi adalah  Alor Gajah, Pekan dan Raub. Biarpun kita sendiri tidak pasti apakah kriteria yang digunakan untuk menguji tahap kebahagiaan di atas, tahniah kepada semua.

Read more ...

Kebaikan Bersahur

 Kebaikan Bersahur
Kebaikan Bersahur

Kebaikan Bersahur


Amalan bersahur mempunyai seribu kebaikan dan keberkatan. Biarpun bersahur adalah sunat, namun ianya sangat dituntut kerana didalam waktu bersahur itu ada keberkatan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya. Waktu sahur juga adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

Anjuran bersahur ini dapat dilihat pada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, " Makanlah sahur walaupun dengan seteguk air". 

Melalui amalan bersahur, kita akan memperolehi tenaga yang secukupnya. Tenaga inilah yang bakal digunakan oleh tubuh sepanjang kita berpuasa. Sekiranya tidak diambil, dikhuatiri akan melemahkan tubuh kerana tenaga tidak mencukupi.  

Bersahur Dari Sudut Sains


Bersahur bukan sahaja memberi manfaat dan kelebihan daripada sudut agama sahaja namun perbuatan bersahur ini juga turut diakui oleh sains. Menurut Dr Danial Zainal Abidin, amalan bersahur ini mempunyai signifikan kerana ia menyamai waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam adalah sarapan pagi. Mereka yang mengambil sarapan pagi kurang terdedah kepada risiko serangan jantung dan kencing manis. Ianya juga boleh mengelakkan lemak yang berlebihan dalam badan yang boleh menyebabkan obesiti.  

Waktu Bersahur


Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Jadi jangan lepaskan peluang keemansan ini. Selamat menjalani ibadah sahur. Semoga amalan kita diberkati Allah.

Read more ...

Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah

Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah
 Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Berslah

Ibu Budak OKU Mengaku Tidak Bersalah


Ibu budak OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang dijumpai dalam keadaan terabai di Flat Taman Semarak, Nilai baru-baru, telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam. Lolanopita Sadi, 40, yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah didakwa atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan. Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Walau apa jua keputusan kes ini nanti, kita harap kes ini bakal menyedarkan ramai pihak diluar sana, bukan hanya ibu Firdaus, bahawa kesibukan dunia tidak akan pernah terhenti. Jika kita terlalu mengejar dunia, tanggungjawab kita kepada Allah, diri sendiri dan juga keluarga pasti akan terabai.

Wanita OKU Di kurung dalam bilik gelap 
Wanita OKU Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik 

Wanita OKU Ditemui Dikurung Di Sebuah Bilik 


Selain daripada kes Firdaus, ada satu lagi kes wanita OKU yang ditemui dikurung disebuah bilik yang kecil dan gelap di Tumpat kelantan. Ketika ditemui polis dan Jabatan Kebajikan Daerah, pada khamis yang lepas, mangsa yang dikenali sebagai Nazitah turut berada didalam keadaan terbiar dipenuhi dengan najis dan air kencing. Namun Nazitah yang mengalami down syndrom  masih bernasib baik. Walaupun telah di kurung sejak 10 tahun yang lalu, pakaian beliau masih sempurna walaupun fizikalnya nampak tidak terurus. 



Alhamdulillah kita tak diuji Allah dengan kes-kes yang sebegini. Namun sebagai manusia, pastinya ada hikmah apabila Allah menguji mereka-mereka dengan kehadiran OKU dalam keluarga. Sekiranya mereka mampu untuk mengambil tanggungjawab ini dengan baik, pasti balasan yang baik menanti mereka. Namun jika tidak mampu untuk mengambil tanggungjawab tersebut, pastikan mereka dihantar ke tempat yang sepatutnya. Jangan tambahkan penderitaan mereka kerana mereka juga berhak untuk hidup bahagia..

Semoga kedatangan Ramadhan ini memberikan sinar baru untuk kita semua. Yang baik jadikan teladan dan yang buruk harus kita jauhkan. 

Read more ...

Friday, June 27, 2014

Salam Ramadhan Untuk Semua

  Salam Ramadhan Untuk Semua
 Salam Ramadhan Untuk Semua

Salam Ramadhan Untuk Semua


Di kesempatan ini, kita ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al Mubarak 1435H kepada semua pembaca Blog Santai yang berugama Islam. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”
Niat Puasa Ramadhan
Niat Puasa Ramadhan

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak 1435H/2015M


Berikut adalah senarai jadual waktu berbuka puasa dan imsak di bulan Ramadhan untuk tahun 2014 bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia. Untuk download jadual di bawah, you all boleh klik url yang disediakan mengikut negeri masing-masing:
 
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Untuk Semua. Semoga Keberkatan Ramadhan Mampu menjadikan Kita Manusia Yang Lebih Baik. Ameen

Read more ...

Nasi Kandar Ada Dadah?

http://www.penang-vacations.com/ImagesRev2/nasiKandar.jpg
Makan Nasi Kandar Positif Dadah?

Makan Nasi Kandar Positif Dadah


Nasi Kandar Ada Dadah? Inilah isu hangat yang kini diperkatakan dikhalangan peminat nasi kandar. Kalau you all salah seorang daripada penggemar nasi kandar, hati-hati ya. Makan nasi kandar boleh positif dadah tau.

Menurut beberapa ujian yang dijalankan oleh Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor, kandungan bahan rempah yang digunakan didalam nasi kandar seperti kaskas telah menyebabkan kandungan air kencing menjadi positif seperti mengambil najis dadah. Hmmm..bahaya ni...

Kas-Kas Dalam Nasi Kandar Adalah Haram?


Bila terbaca berita ni kita teringat satu artikel yang pernah kita baca mengenai pengharaman penggunaan kas-kas sebagai ramuan dalam masakan seperti nasi kandar dan nasi briyani. Ianya merupakan satu kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 dan mana-mana penjual yang menggunakan nya boleh dikenakan tindakan termasuk penjara. 

Kebiasaannya, kas-kas digunakan sebagai bahan perangsang dalam masakan kari dan kurma. Penggunaan kas-kas yang berlebihan dalam masakan akan menyebabkan pengunjung berasa ketagih.

Kas-Kas Adalah Dadah?


Kas-kas ni dadah ke? Hmmm..ianya bukan dadah ya. Kas-kas atau nama saintifiknya `Papaver somniferum' hanyalah merupakan tumbuhan perasa (rempah) berbentuk biji halus yang terkenal di India. Sama seperti kayu manis, ketumbar, buah pelaga, jintan manis dan pelbagai herba lain, kas-kas sering digunakan dalam masakan tradisional India yang diperkenalkan sejak lebih 1,000 tahun lalu.

Namun penggunaan biji kas-kas secara berlebihan dalam apa juga jenis masakan termasuk nasi kandar boleh menyebabkan simptom khayal dan ketagihan.
Kesannya sama seperti dadah.

Read more ...

Syed Mokhtar, Dermawan Asia

Syed Mokhtar, Dermawan Asia 
Syed Mokhtar, Dermawan Asia

Syed Mokhtar, Dermawan Asia


Kalau tiga hari yang lepas kita ada berkongsi kisah Dermawan Piala Dunia, kali ni info menarik pilihan Blog Santai adalah kisah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang muncul dalam senarai tahunan terbaru Wira Dermawan Forbes Asia. 

 Syed Mokhtar, Dermawan Asia 
Syed Mokhtar, Dermawan Asia

Berdasarkan rekod Syed Mokhtar telah menderma lebih daripada US$500 juta sejak 10 tahun yang lalu kepada mereka yang terbabit dalam pelbagai bencana alam di Asia serta beberapa negara lain. Penubuhan kem pelarian di Pakistan serta rumah anak yatim di Guinea adalah antara sumbangan beliau. Beliau juga turut terlibat dalam Program pemulihan untuk mangsa bencana di China, Indonesia dan Iran. 

Syed Mokhtar juga turut membuka beberapa hospital dan institusi lain di Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia yang sebahagiannya bertujuan untuk mempromosikan Islam. Alhamdulillah ...beruntung ibu yang melahirkan beliau.

"Kekayaan itu Allah beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain" - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary
Read more ...

Thursday, June 26, 2014

Wudhu' Membersihkan Dosa

Wudhuk Membersihkan Dosa 
Wudhu' Membersihkan Dosa

Wudhu' Membersihkan Dosa


Renungan pagi pilihan Blog Santai adalah kisah wudhu yang boleh membersihkan dosa. Seperti apa yang dinyatakan oleh Tuan Guru, ambil wudhu' tidak perlu banyak, tetapi haruslah sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu, hanyalah simbolik. Yang hendak dibersihkan bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang di bawa oleh tangan, mulut, mata, telinga dan kaki kita.

 
Cara Mengambil Wudhu' Dengan Sempurna 
(klik image untuk besarkan)
Allah berfirman ; “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu sampai dengan ke 2 mata kaki.” (QS. Al-Maidah:6)
Dan Jangan Lupa Baca Yang Ni Juga Ya:
Read more ...

Video Jihad Rakyat Malaysia Di Syria

 Jihad Rakyat Malaysia Di Syria
Jihad Di Syria 

  Video Jihad Rakyat Malaysia Di Syria


You all dah tengok video perang sahabat-sahabat kita di Syria? Video rakaman tersebut  menunjukkan sekumpulan sahabat-sahabat kita yang dipercayai rakyat Malaysia berada di Syria untuk berperang. Rakaman yang dibuat dalam loghat utara tersebut telah tersebar setelah pihak PBB mendakwa terdapat seramai 15 warga Malaysia terlibat dalam aktiviti-aktiviti jihad  Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).


Dari komen-komen yang diberikan, begitu ramai yang menyokong tindakan sahabat-sahabat kita ni. Berjihad ke jalan Allah dalam suasana yang gembira. Ramai juga yang ingin turut serta. Namun sejujurnya bila tengok video ni agak sukar untuk kita percaya. Kita tak boleh bayangkan, adakah ini situasi sebenar "kegembiraan" mereka-mereka yang sedang dalam perperangan. Hmmm..What do you think?
Read more ...

Wednesday, June 25, 2014

Pelajar Cedera Akibat Gigitan "Suarez"


Pelajar Cedera Parah Akibat Gigitan "Suarez"
Aksi Suarez Di Tambun Perak 

Telinga Cedera Di Gigit "Suarez"


Nampak gayanya, aksi Luis Suarez menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini berjangkit ke Malaysia. Aksi gigitan tersebut telah diapplikasikan di Tambun Perak apabila seorang pelajar Tingkatan Satu, cedera parah di telinga kiri akibat digigit rakan sekelas. Hmmm...
 
Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang kemarin, mangsa bukan setakat berdarah di telinga akibat digigit, tetapi tubuhnya turut lebam akibat ditumbuk. Pergelutan bermula apabila mangsa bertanyakan rakan sekelasnya sama ada beliau telah membaling pen ke arahnya. Namun pertanyaan itu telah menimbulkan kemarahan rakannya. Beliau diajak untuk bertumbuk. 

Mangsa yang ketakutan, melarikan diri. Namun dikejar sebelum ditolak hingga terjatuh. Beliau kemudiannya ditumbuk berulang kali di badan dan juga kepala. Tak cukup dengan itu, suspek bertindak lebih ganas apabila menggigit telinga kiri mangsa hingga berdarah. Hmmm..inilah aksi Pailang versi Suarez.

p/s: Ganasnya adik-adik ni...Apa yang diaorang makan ya? Panas semacam.. 

Source
Read more ...
Designed By