Breaking News

Tuesday, April 30, 2013

Penduduk Palestin Diusir Rejim Zionis

Ratusan Penduduk Palestin diusir
Seorang wanita Palestin bersama anaknya terpaksa meninggalkan rumah mereka di Wadi al- Maleh, kelmarin.


Tentera Israel bertindak mengusir ratusan penduduk Badwi Palestin dari kampung mereka di Tebing Barat, kelmarin selepas rejim Zionis mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon latihan tentera. Hampir sebahagian daripada penduduk Wadi al-Maleh terpaks meninggalkan rumah mereka dan mendapatkan perlindungan di kampung berhampiran.

Tentera rejim Zionis turut melarang orang luar termasuk petugas media memasuki kawasan itu yang kononnya telah diisytiharkan sebagai zon tertutup tentera. Difahamkan, Wadi al-Maleh terletak dalam kawasan C meliputi dua pertiga Tebing Barat yang terletak di bawah kuasa Israel selain menempatkan penempatan haram Yahudi.

Dalam perkembangan lain, seorang penunggang motosikal di Gaza dilaporkan terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan udara dilancarkan Israel. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al- Kidra berkata, mangsa, Haitham Mishal menjadi sasaran rejim Zionis selepas dia didakwa sebagai anggota militan yang terlibat dengan serangan roket dilancarkan di selatan Israel, 17 April lalu.
Read more ...

Dakwat kekal boleh padam ? Apa Kata SPR

SPR jelaskan punca dakwat kekal boleh padam


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal pada Selasa boleh dipadam timbul ekoran kegagalan sebahagian daripada petugasnya untuk mematuhi cara penggunaan dakwat berkenaan.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, badan itu percaya dakwat kekal itu boleh dicuci kerana botolnya tidak digoncang terlebih dulu sebelum dicalit kepada pengundi.

Sehubungan itu, satu arahan telah dikeluarkan kepada semua petugas SPR untuk mematuhi cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat itu.

"SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 ini  selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi.

Tambah beliau, SPR juga akan mengadakan satu demonstrasi kepada media pada Khamis ini untuk menunjukkan bahawa dakwat kekal itu jika dicalitkan pada jari pengundi mengikut cara penggunaannya, dakwat tersebut akan lebih kekal di jari pengundi.

Kenyataan SPR itu adalah reaksi kepada pendedahan beberapa pengundi awal yang tersebar melalui laman sosial bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari mereka mudah hilang dengan basuhan air atau sabun.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua juga mendakwa menerima aduan sama daripada beberapa anggota polis dan kemudian membuat satu laporan polis di Balai Polis Taman Koperasi Polis, Batu Caves.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga membuat satu laporan berasingan di Sentul selepas melihat sendiri dakwat berkenaan dipadamkan daripada jari seorang anggota tentera.

Menurut Kamaruddin, susulan pendedahan dan aduan polis tersebut, SPR pada Selasa telah membuat beberapa ujian menggunakan dakwat kekal terhadap pegawai-pegawainya yang telah mengundi secara pos.

Ujian itu dibuat dengan menggunakan dakwat kekal daripada botol yang tidak digoncang serta botol yang telah digoncang mengikut cara-cara penggunaan yang dinyatakan pada kotak dan botol dakwat berkenaan.

"Hasilnya, SPR mendapati jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya telah digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan jari mereka yang dicalit menggunakan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang," katanya.

Kamaruddin turut menjelaskan ujian SPR sebelum ini juga mendapati dakwat itu boleh kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari.

Pada masa sama, SPR menegaskan bahawa semua pengundi awal yang telah selesai mengundi pada Selasa tidak boleh mengundi sekali lagi pada Ahad ini kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada hari itu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam pada itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan kerana ada laporan polis telah dibuat mengenainya.

Penggunaan dakwat kekal diperkenalkan pertama kali dalam pilihan raya umum ini sebagai antara usaha pembaharuan untuk meningkatkan ketelusan sistem pengundian.
Read more ...

Air boleh 'mendengar'


Air boleh 'mendengar'

Soalan

ASSALAMUALAIKUM. Boleh Tuan Haji terangkan mengapa perubatan Islam menggunakan air penawar atau air jampi? Boleh terangkan bagaimana dengan membaca ayat Al-Quran ke atas air dapat mengubati penyakit. Saya kurang faham bagaimana air penawar boleh menyembuhkan penyakit.

* Cik Marissa, Kuala Terengganu

Jawapan

Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia. Kepentingan air sama seperti oksigen. Air adalah elemen penting demi kelangsungan hidup manusia, jika manusia tidak minum air selama seminggu, manusia boleh mengalami kegagalan serius organ dalaman dan menyebabkan kematian. Di dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat menceritakan kepentingan air untuk manusia dan segala kehidupan di muka bumi. Allah berfirman dalam surah Al-Anbiya ayat 30: "Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."

Air membentuk 55 hingga 57 peratus berat badan kita dan memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama tubuh. Pengambilan air dalam jumlah mencukupi amat penting untuk tubuh menjalankan fungsi dengan sempurna. Air mustahak untuk melarutkan sisa metabolisma seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke ginjal. Oleh kerana itu, air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada tubuh. Kekurangannya 'memaksa', ginjal bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan ginjal rosak.

Lebih 70 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Jika air di dalam tubuh bersih dan suci, sel tubuh lebih sihat dan kuat. Pengambilan air bersih dan mencukupi boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel badan menjadi tidak normal dan tidak sihat.

Rahsia keindahan kristal molekul airDr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendedikasi hidupnya mengkaji perubahan bentuk kristal molekul air yang didedahkan kepada pengaruh positif dan negatif. Beliau mendapati, apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan positif, air membentuk molekul kristal indah. Dalam satu eksperimen, air yang didedahkan kepada doa agama Shinto dibekukan, didapati mempunyai molekul bentuk kristal bersegi enam yang indah. Eksperimen diulang dengan perkataan Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun) dibacakan di depan botol air. Hasilnya, terbentuk kristal molekul sangat indah. Keputusan sama berlaku apabila air dihadapkan tulisan huruf Jepun, "Arigato".

Dr. Masaru turut mendedahkan air kepada bacaan doa mengikut agama Islam. Hasilnya? kristal molekul air membentuk kristal indah segi enam lima cabang daun berkilau indah. Beliau menggunakan air zam-zam dan mendapati ia terdiri daripada kristal molekul air bercabang dan berkilauan. Itulah kuasa Allah. Eksperimen turut mendedahkan pengaruh negatif kepada air. Apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, didapati kristal molekul air tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur dan buruk. Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa.

Dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit. Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit. Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Dr. Masaru Emoto mengenai perubahan kristal molekul air boleh menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran. Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

Rahsia air zam-zam Rahsia kehebatan air zam-zam terserlah apabila rahsia Kaabah disingkap. Di bawah empat penjuru (empat segi) bentuk Kaabah terkandung rahsia air bersifat alkali. Air zam-zam, merakam segala niat jemaah secara gema gelombang, penyerahan harus diniatkan dengan baik seperti memohon keampunan, murah rezeki, penyembuhan penyakit, keinsafan dan sebagainya.

Setelah seseorang itu melakukan tawaf tujuh kali pusingan, di situ berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) memberikan kesan positif terhadap tubuh badan setiap Muslim yang melakukan ibadah tawaf. Jemaah akan terasa begitu hening, tenang dan lapang. Segala doa dari para ribuan jemaah setiap hari yang mengelilingi Kaabah semasa melakukan ibadah tawaf dilakukan hampir 24 jam tanpa henti kecuali waktu solat fardu dan segala ibadah lain seperti solat dan membaca kitab Al Quran dirakamkan oleh molekul air zam-zam. Ini membentuk keindahan dan pesona kristal molekul air zam-zam bila kita bandingkan dengan kristal molekul air lain.

Air penawar dalam perubatan Islam menggunakan air sebagai satu elemen penting dalam perubatan Islam. Allah menceritakan perihal penggunaan ayat sebagai ubat penawar manusia. Firman Allah dalam Surah al-Israa' ayat 82: "Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadaNya".

Dan dalam Surah Fussilat ayat 44: "Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk & penawar bagi orang yang beriman".

Source
Read more ...

Kesian: Kanak-kanak mangsa buli siber meninggal dunia

Hanya kerana sering dibuli melalui laman sosial seorang kanak-kanak nekad menggantung diri di rumahnya di Evesham, Worcestershire, Britain.

Menurut laporan DailyOnline, Katie Webb, 12, bertindak sedemikian selepas sering dikritik oleh rakan siber tentang pakaian dan fesyen rambutnya.


Jurucakap polis West Mercia berkata, kanak-kanak itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Birmingham dengan pesawat ambulans.


“Kematian beliau sedang disiasat dan kami yakin ianya bukan berpunca daripada perbuatan jenayah,” katanya.
Read more ...

Proses Mengundi Bermula Hari Ini

Anggota tentera, polis tunai hak sebagai pengundi awal hari ini


Anggota ATM, PDRM serta pasangan undi awal hari ini  
Seorang anggota polis dicalit sebelum diberikan kertas undi. Pengundian awal melibatkan anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing diadakan hari ini. - Foto Sinar Ha
 
    Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi awal pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di 544 pusat pengundian di seluruh negara, hari ini.
  
Mereka terdiri daripada 161,251 anggota tentera dan pasangan serta 111,136 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta pasangan masing-masing.
  
Kesemua pusat mengundi itu yang melibatkan 882 saluran tempat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi ini termasuk di ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah bagi polis serta kem tentera untuk warga ATM.


Anggota ATM, PDRM serta pasangan undi awal hari ini  
Sebahagian daripada anggota polis beratur di luar Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. Pengundian awal berlangsung hari ini. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata untuk undi awal ini pengundi akan dicalit dakwat kekal pada jari telunjuk sebelah tangan kiri.
  
Katanya dakwat kekal itu berbeza warnanya berbanding pada hari pengundian Ahad ini dan akan melekat di jari selama tujuh hari.
  
Undi awal dilaksanakan buat pertama kali pada PRU13 berikutan pindaan kepada Peraturan 27A, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 iaitu kategori orang yang boleh mengundi awal. - Bernama



(Dari kiri) Koperal Jurina Jamaludin, Lans Koperal Poomawvathi, Koperal Helne Ondui menunjukkan jari selepas mengundi awal hari ini - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI
 
Read more ...

Monday, April 29, 2013

Zain Saidin: Saya Di Paksa Sertai MSM 2 & Dipergunakan

Zain Saidin: 'Saya dipergunakan!'


Zain Saidin dan Rozita Che Wan
 

BERTEPATAN dengan tema, Bila Dapur Menjadi Panas, Watak Lain Menjadi Jelas, rancangan MasterChef Selebriti 2 (MSM2) semakin ‘panas’ dengan aksi setiap peserta. Bagi penonton setia rancangan ini, pastinya terkejut dengan tindakan pelakon Oh My English!, Zain Saidin.

Disingkirkan dari gelanggang MSM2 apabila ‘pancakenya’ gagal menambat hati juri, Zain turut mempertikaikan tindakan juri yang dilihat tidak adil dalam pertandingan. Menerusi Zass, kekasih kepada aktres cantik, Rozita Che Wan atau Che Ta ini mengakui penjelasannya di pentas penyingkiran itu hanyalah luahan hati setelah memerhatikan situasi berkenaan sejak di awal pertandingan.

“Tidak semua babak yang berlaku dipertontonkan secara umum. Banyak yang dipotong dan diedit sehingga menampakkan saya begitu biadab dan jahat. “Saya dipergunakan dan dijadikan watak jahat dalam drama ini. Saya akui, rancangan ini separuh real, separuh drama. Namun, banyak kata-kata ‘pedas’ juri dibuang dan kelantangan saya menyerlah.

“Saya tidak kecewa apabila disingkirkan kerana saya tahu setakat mana kemampuan saya, namun saya tidak suka bila ada unsur-unsur ketidakadilan dalam pertandingan,” katanya yang menolak dakwaan iri hati terhadap Pak Nil (Datuk Aznil Nawawi).
Menurut Zain, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Pak Nil dan tetap menghormati selebriti itu. “Saya menyuarakan rasa tidak puas hati bukan kerana iri hati dengan Pak Nil atau peserta lain. “Saya cuma mengingatkan juri mengenai proses penjurian. Saya tidak kisah untuk berkongsi barang bersama kerana kami memang dalam satu keluarga besar.

“Namun, saya lihat ianya tidak adil kerana juri yang juga chef hanya membiarkan Pak Nil mengambil nasi daripada Kenchana Dewi sedangkan sebelum ini kami telah diingatkan untuk menggunakan bahan sendiri,” katanya yang mengakui sudah berdamai dengan Chef Adu, Chef Joe dan Chef Zubir.

Twitter Zain Saidin  
Twitter Zain Saidin


Didesak sertai MSM 2
 
Mengakui pada awalnya menolak untuk menyertai pertandingan ini, Zain memberitahu, dia dipaksa pihak produksi untuk sama-sama memeriahkan dapur MSM 2 bersama Che Ta. Katanya, dia terpaksa menolak tawaran lakonan dan bersetuju untuk turut sama dalam MSM 2.

“Saya memang tak nak masuk MSM 2 kerana saya tiada kemahiran memasak. Mereka mahu saya masuk kerana kisah percintaan saya bersama Che Ta. “Namun, saya tidak sangka ia bukan sekadar pertandingan. Sejak awal lagi saya sudah nampak sikap juri yang tidak adil.

Namun, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk bercakap. “Saya mengeluarkan pendapat itu bukan kerana kepentingan peribadi kerana perkara ini turut diberitahu peserta lain termasuk Pak Nil. Saya berharap, selepas ini mereka lebih telus dalam menghakimi masakan tanpa memandang siapa selebriti itu,” katanya yang tidak kisah mengenai pandangan masyarakat mengenainya.


Zain Saidin
 Zain Saidin

 
Hubungan bersama Che Ta tergugat?
 
Akibat tindakan Zain di dapur MSM2, Che Ta juga turut diheret dalam kontroversi tersebut. Malah, ada yang beranggapan, tindakan Zain yang kurang matang dan ego itu bakal meranapkan hubungan yang dibina bersama kekasihnya.

“Kenapa pula nak babitkan Che Ta dalam hal ini? Che Ta sendiri tahu perangai saya dan saya hanya bersuara apabila ada perkara yang tidak betul. “Sepanjang bersama Che Ta, saya tidak pernah marah dia ataupun berkelakuan tidak elok. Saya tidak kisah apa yang orang cakap kerana kami tahu apa yang berlaku.

“Saya dan Che Ta ok saja dan rakaman itu dibuat sebulan lalu. Hubungan saya dengan juri dan Pak Nil juga sudah seperti sedia kala,” katanya.



Read more ...

Awas: Gula-gula murah mengundang padah

gula-gula bewarna-warni
Gula-gula murah menggunakan pewarna tiruan yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dikesan semakin banyak dijual terutama oleh penjaja haram di luar kawasan sekolah.

Gula-gula itu yang mudah menarik perhatian kanak-kanak kerana berwarna-warni diibaratkan ‘manisan maut’ kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewarna dikatakan boleh menyebabkan emosi kanak-kanak tidak terkawal. Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA) Paul Raj berkata kajian pihaknya mendapati gula-gula itu yang dijual dengan harga serendah 10 sen hingga 50 sen dikhuatiri memberi kesan buruk jangka panjang kepada pengguna, terutama kanak-kanak.

“Gula-gula itu mengandungi kadar gula dan pewarna tinggi. Ia bukan hanya menggalakkan pembentukan karies gigi, malah jika diambil secara kerap ini boleh meningkatkan paras adrenalin kanak-kanak hingga menjadi hiperaktif, gelisah dan agresif.

Read more ...

Aksi lagak ngeri makan diri

ORANG ramai menyaksikan aksi berani Sailendra Nath Roy bergantung pada seutas tali untuk menyeberangi Sungai Teesta. Dia kemudian maut kerana terkena serangan jantung.

Seorang pelagak ngeri di India yang memegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu. Sailendra Nath Roy, 49, yang juga merupakan seorang pegawai polis cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ahad lalu. 

Selepas menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan. Malangnya, dia tiba-tiba tersekat dan tidak dapat bergerak, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.

Beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, kemudian menjerit ketakutan apabila melihat keadaan Roy. "Pada ketika itu Roy kelihatan sangat panik dan cuba mencapai tali kedua untuk sampai ke garisan penamat," kata seorang pegawai kanan polis tempatan, K. Jayaraman. 

Selepas 20 minit, pelagak ngeri itu tidak lagi bergerak sebelum diselamatkan oleh penduduk tempatan. Tiada doktor atau ambulans disediakan semasa persembahan itu dibuat yang turut ditonton oleh ahli keluarga Roy. 

Selepas dibawa ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, dia disahkan mati oleh doktor akibat serangan jantung. Terdahulu, Roy pernah menggunakan rambut untuk menarik sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway. - AFP. 


Read more ...

Kesian: Masih ‘Bayi’ biarpun sudah 19 tahun

Walaupun sudah berusia 19 tahun, berat badan seorang remaja dari Kampung Tok Derpah di sini, hanya 10 kilogram manakala ketinggiannya pula 102 sentimeter dan makanan hariannya ialah nestum dan susu.

Bagaikan bayi, remaja lelaki itu juga memakai lampin pakai buang, tidak boleh bercakap atau berjalan menyebabkannya hanya terlantar di rumah. Begitu nasib Mohd Syafiq Jamri yang diserang demam panas sehingga kekejangan ketika berusia lima bulan menyebabkan tumbesarannya terbantut.

Anak kedua daripada lapan beradik itu dijaga dengan penuh kasih sayang oleh bapanya, Jamri Che Omar, 47 serta ibunya Zaitun Abdul Rahsid, 4
0. 


Kasih Bapa..
JAMRI memangku Mohd Syafiq ditemani isteri memangku seorang lagi anak mereka di rumahnya, semalam.

Menurut Zaitun, dia bersyukur walaupun Mohd Syafiq hanya memakan nestum dan minum susu, anaknya itu tidak sakit dan mudah dijaga.

Read more ...

Sunday, April 28, 2013

Pembunuhan ala mafia sudah bertapak di Malaysia ?

 
Pembunuhan ala mafia bawa mesej besar


Pembunuhan nekad ala mafia di lokasi pusat pentadbiran negara Putrajaya membawa mesej yang besar mengenai tahap keselamatan serta jenayah di negara ini.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, insiden yang membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak sangat mengejut serta menyedihkan.
 

Menurutnya, walaupun negara ini sering disebut sebagai negara selamat namun tidak hanya boleh diyakini dengan retorik semata-mata.

“Ini bukan pertama kali pembunuhan seperti itu dilakukan. Jika statistik dikatakan menurun namun tidak dapat dinafikan jenayah berat seperti membunuh tetap tidak menurun.

“Cara membunuh nekad di siang hari dan waktu kerja dengan suspek hanya membonceng motosikal bermakna sudah wujud ala mafia bertapak di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sambil mengutuk keras pembunuhan itu, beliau berharap individu terbabit dibawa ke pengadilan.

“Penyiasatan terperinci tidak boleh dilengahkan lagi, walaupun setakat ini belum ada bukti motif pembunuhan ditemui. Namun jika tidak diambil tindakan segera kami bimbang soal keselamatan di negara ini.

"Tahap keselamatan sosial negara juga perlu dinilai semula,” katanya.

Read more ...

Kisah Paris & Prince

pix_toprightParis & Prince bersama keluarga

Ketika isteri Michael Jackson, Debbie Rowe menandatangani dokumen untuk menyerahkan hak penjagaan dua anak mereka pada 2001, ramai pihak menyatakan kebimbangan. Namun sejak kematian Michael pada 2009, nampaknya Debbie berusaha untuk mengakrabkan hubungan dengan zuriat­nya yang lama terpisah itu. Menurut Jermaine Jackson, dia gembira apabila hubungan anak saudara­nya, Paris, 15, dengan Debbie semakin erat.

Kata Jermaine, apa yang berlaku itu sangat positif. "Anak Michael perlukan ibu mereka. Saya rasa apa yang berlaku ketika ini sa­ngat baik kerana Debbie itu memang ibu kandung mereka," katanya. Debbie berkahwin de­ngan Michael antara 1996 dan 1999. Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan dua orang anak, Prince dan Paris, sebelum mereka memulakan prosiding untuk bercerai pada 1999. Pada 2001, Debbie me­ngambil tindakan lebih lanjut apabila melepaskan segala haknya ke atas Prince dan Paris yang ketika itu masih kanak-kanak.

Sugul...

Selepas Raja Pop itu meninggal dunia pada Jun 2009, Debbie, 54, mencapai persetujuan dengan ibu Michael, Katherine - yang menjadi penjaga sah Prince dan Paris - untuk diberi hak melawat mereka tetapi dilakukan di bawah pe­ngawasan. Debbie dilaporkan menjalin hubungan erat de­ngan anak perempuan­nya itu dan mereka sering menghabiskan masa bersama sejak beberapa bulan lalu. Ketika Paris menyertai pertandingan tarian di sekolahnya di Los Angeles minggu lalu, Debbie hadir untuk memberi sokongan bersama sejambak bunga. Debbie juga meluangkan masa dan belanja untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-15 Paris awal bulan ini.

Dalam temubual de­ngan sebuah majalah baru-baru ini, Paris menyatakan, dia membeli-belah dengan Deb­bie selepas mendapat kebenaran daripada Katherine. "Apabila saya bersama ibu, kami tidak dikawal sesiapa dan ia memang sesuatu yang menyeronokkan," katanya. The Daily Mirror sebelum ini melaporkan, Paris mendapati "mudah" untuknya mencari keserasian dengan Debbie dan dia juga kian berminat untuk me­ngetahui lebih lanjut me­ngenai rumah tangga ibu bapanya. Debbie dan Michael bertemu ketika penyanyi itu menjadi pesakit di klinik kulit tempat wanita terbabit bekerja.

Michael ke klinik itu bagi mengatasi masalah penyakit vitligo yang kronik. Sementara itu, sumber berkata, hubungan Debbie dengan anak lelakinya, Prince, belum begitu mesra seperti layaknya seorang anak dengan ibu. Kata sumber, Prince, 16, tidak berminat untuk me­ngenali lebih dekat ibu kandungnya. "Bagaimanapun, Debbie tetap berharap mereka akan dapat bermesra seperti dia dengan Paris," katanya.

Read more ...

Datuk Kejam: Jual cucu dalam Facebook

Jual cucu dalam Facebook


PUNJAB - Seorang datuk di sebuah perkampungan Punjab, India, bertindak menjual cucu yang baru tiga hari dilahirkan oleh anak perempuannya menerusi laman sosial Facebook.

Menurut pegawai, Firoz yang dipercayai memerlukan wang, sebelum itu memaklumkan kepada anaknya, bayi berkenaan meninggal dunia sejurus dilahirkan di sebuah hospital dekat sini, awal April.

Bayi lelaki yang belum dinamakan, dibeli oleh seorang ahli perniagaan di New Delhi pada harga Rs80,000 (RM45,231) melalui rundingan jual beli di laman Facebook.

Firoz dipercayai ditawarkan Rs 45,000 (RM2,576) oleh seorang jururawat hospital bersama rakan sindiket pemerdagangan kanak-kanak.
 
Bagaimanapun menurut petikan daripada MailOnline, tindakan Firoz terbongkar selepas ibu bayi berkenaan, Noora membuat laporan polis kerana meragui wang yang diperoleh bapanya sekali gus membongkar jenayah itu di India.

Read more ...

Saturday, April 27, 2013

Menggelupur terbakar

Kereta Mangsa Yang Terbakar
 
Banting: Sepasang suami isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki sedang menggelupur terbakar dalam kereta tetapi gagal menyelamatkannya kerana kenderaan itu meletup.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang di kebun kelapa sawit di Jalan Sri Gambut di sini, Khamis lalu, pasangan suami isteri berkenaan curiga melihat asap di kebun berhampiran rumah mereka.

Apabila didekati mereka melihat seorang lelaki sedang menggelupur dalam keadaan terbakar dalam sebuah Perodua Kancil, namun sebaik menghampiri untuk membantu, kereta berkenaan meletup.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Nordin Manan berkata, sepasukan anggota polis peronda MPV dan unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan mendapati kereta itu sudah hangus.

Katanya, hasil pemeriksaan awal juga mendapati terdapat satu rangka manusia yang rentung di bahagian pemandu.


Read more ...

Sindrom comel melanda dunia ...

 Rasukan sindrom comel


Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara ini, termasuk golongan artis.

Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung sejak awal bulan ini.

Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.

Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

FotoBeberapa artis muda turut memuat naik aksi Gwiyomi mereka dalam Youtube, Keek.

Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.




Read more ...

Penculik Bayi, dirakam di CCTV

Rakaman CCTV menunjukkan seorang bayi, Salman Shaikh, berusia 2 tahun, diculik dari tangan ibunya, ketika ibu beliau tidur di sebuah stesen kereta api di India.

Walaupun episod buruk dirakam pada kamera CCTV, polis India masih gagal untuk mencari bayi atau penculik itu.

Terrifying:
Menakutkan: rakaman CCTV menunjukkan bayi yang diculik bersama ibunya tidur di sebuah stesen kereta api di India

 Menculik: lelaki tersebut mengangkat bayi dari tidur tangan wanita berkenaan
 
Salman sedang tidur di sebelah ibunya Parveen Shaikh, 35, dan Sajida tiga tahun pada 9 Mac.

Opportunist: 
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki berbaju putih dan berseluar hitam berlegar berhampiran keluarga sebelum duduk bersebelahan dengan mereka

 
Lelaki itu membelai kanak-kanak itu di pangkuan beliau untuk beberapa saat

Walking away: After checking the coast is clear - the man walks out away calmly with the baby in his arms 
Lelaki itu berjalan keluar dari stesen dengan tenang dengan bayi di tangannya


Read more ...

Friday, April 26, 2013

Hospital terbakar, Pesakit Maut

Hospital terbakar 38 maut

Kakitangan Kementerian Pengawalan Kecemasan dan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan sisa kebakaran di sebuah hospital psikiatrik di Ramensky, tenggara bandar raya Moscow, Rusia, semalam. - AGENSI 

MOSCOW 26 April - Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh, kebanyakannya pesakit dalam kebakaran di sebuah hospital psikiatrik di Rusia, awal hari ini.

Sumber polis yang dipetik agensi berita Itar-Tass menyatakan, kebakaran berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) di hospital itu yang terletak Ramensky, tenggara bandar raya Moscow. Insiden itu dilaporkan berlaku ketika kebanyakan pesakit sedang nyenyak tidur. Beberapa mangsa cuba menyelamatkan diri, tetapi mereka lemas akibat terhidu asap tebal," kata sumber itu.

Kementerian Pengawalan Kecemasan menjelaskan, hanya tiga daripada 41 orang yang berada di dalam bangunan satu tingkat itu, berjaya menyelamatkan diri, termasuk dua pesakit.  Seorang pegawai kementerian yang enggan dikenali memberitahu agensi berita Interfax, hospital itu musnah akibat kebakaran tersebut dan anggota bomba telah menemukan sembilan mayat.
Menurut laporan Interfax, kebanyakan mangsa yang maut tidak dapat melarikan diri kerana telah diberi ubat, selain tingkap hospital dipasang dengan jeriji. Ketua doktor di hospital berkenaan, Murat Shakhov berkata, selain pesakit psikiatri, mereka turut merawat penagih dadah dan kaki botol.
Punca kebakaran masih belum jelas, tetapi laporan awal menyatakan insiden berpunca daripada litar pintas. - dpa

Read more ...

Nibung Tebal ; Letupan Bukan Untuk Bunuh Tapi ....

Sumber: Letupan bukan untuk bunuh


Penyokong-penyokong BN bahagian Nibong Tebal memerhatikan kesan letupan di perkarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Jawi malam tadi. - Foto Bernama

SHAH ALAM – Letupan bom yang berlaku di ceramah perdana Barisan Nasional (BN) di Nibong Tebal kelmarin, dikenal pasti bukan bertujuan untuk membunuh sebaliknya hanya untuk mendatangkan kecederaan terhadap orang awam.
 

Menurut sumber polis, letupan bom itu boleh membunuh sekiranya bahan bom dicampur dengan paku atau besi.

“Jika bahan utama membuat bom itu dicampur dengan paku atau besi, orang awam yang menjadi mangsa boleh terbunuh. “Ini kerana paku dan besi itu boleh menembusi badan seperti peluru,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, bom buatan sendiri atau jerangkap letupan rekaan itu hanya mendatangkan kemusnahan dalam lingkungan 50 hingga 100 meter radius.


Katanya, antara bahan utama yang boleh digunakan untuk membuat bom tersebut adalah sulfur, baja urea dan karbaid.
“Kos untuk membuat bom ini hanya kurang daripada RM200,” katanya.

Bagaimanapun katanya, bom buatan sendiri itu hanya boleh dibuat oleh individu yang pakar.

Ini kerana katanya, bom tersebut mempunyai sistem kawalan masa yang dapat diaktifkan oleh individu berkemahiran.


“Bom itu dibuat dengan penuh teliti dan akan meletup mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.

Read more ...

Bakar bayi hidup-hidup

Santiago: Polis Chile semalam menahan empat orang yang dituduh membakar seorang bayi hidup-hidup dalam satu upacara kerana pemimpin ajaran sesat itu percaya akhir zaman semakin hampir dan bayi terbabit adalah seorang antiChrist.

Bayi berusia tiga hari itu dibawa ke bukit di bandar Colliguay dekat pelabuhan Valparaiso, Chile pada 21 November lalu dan dibaling ke dalam unggun api. Ibu bayi terbabit, Natalia Guerra, 25, didakwa membenarkan pengorbanan itu dilakukan dan antara suspek yang ditahan.

“Bayi itu bogel. Mereka melekatkan pita di mulutnya untuk mengelak dia menjerit. Kemudian mereka meletakkannya di atas papan. Selepas memanggil roh mereka melontarnya ke dalam unggun api,” kata Miguel Ampuero daripada unit Siasatan Polis.


Pihak berkuasa berkata, kumpulan ajaran sesat itu ditubuhkan pada 2005 dan diketuai oleh Ramon Gustavo Castillo Gaete, 36, yang masih bebas.

“Setiap anggota ajaran sesat itu terdiri daripada golongan profesional. Kami ada pakar veterinar dan juga yang bekerja sebagai kru kabin, penerbit filem dan pendraf. Setiap orang memiliki ijazah universiti,” katanya ketika ditemui, semalam. Anggota polis berkata, ketua rangkaian berkenaan, Castillo Gaete kali terakhir dilihat membuat perjalanan ke Peru untuk membeli ayahuasca, tanaman halusinogenik yang digunakannya untuk mengawal anggota kumpulan terbabit. - AP

Read more ...
Designed By