Sindrom comel melanda dunia ...
Rasukan sindrom comel
Selepas Gangnam Style, kini muncul satu lagi produk seni terbaru
Korea Selatan, Gwiyomi yang menjadi kegilaan generasi muda di negara
ini, termasuk golongan artis.
Artis muda yang ‘dirasuk’ sindrom itu termasuk Wawa Zainal, Nora
Danish dan Elfira Loy. Aksi Gwiyomi ketiga-tiga pelakon comel dalam
laman sosial YouTube dan Keek itu dilayari hampir dua juta pengunjung
sejak awal bulan ini.
Gwiyomi bermaksud comel. Lagu Gwiyomi pada mulanya berasal dari
band K-Pop iaitu kumpulan BtoB (Born To Beat). Tajuk asal lagu itu ialah
Gwiyomi Player atau bermaksud pemain comel.
Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.
Namun kehadiran artis indi negara itu, Hari menaikkan nama lagu berkenaan, seterusnya mencetus fenomena di beberapa negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.
Beberapa artis muda turut memuat naik aksi Gwiyomi mereka dalam Youtube, Keek.
Di negara ini, aksi Gwiyomi yang dimuat baik dalam beberapa laman sosial, terutama YouTube dan Keek, sebahagian besarnya membabitkan remaja perempuan dan wanita berusia 20-an.
Comments
Post a Comment