Kadar potongan, rebat tertinggi pernah ditawarkan Kuala Selangor: Sempena Aidilfitri, pengguna 24 lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol 10 hingga 37.5 peratus, iaitu kadar tertinggi pernah ditawarkan. Pengguna kenderaan Kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik (ETC) di lebuh raya kendalian PLUS Berhad, bakal memperoleh rebat 30 peratus sepanjang hari pada 15,16, 22 dan 23 Ogos. Bagi lebuh raya lain, pengguna diberi diskaun empat hari mulai 18 hingga 21 Ogos ini, termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang memberikan potongan 37.5 peratus dengan mengenakan kadar rata 60 sen bagi semua kelas kenderaan, tunai dan ETC. Kecuali Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB) yang memberikan diskaun untuk tempoh sembilan jam bermula 11 malam 18 Ogos hingga 8 pagi keesokannya, lebuh raya lain memberikan diskaun sepanjang hari tarikh berkenaan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, b...