Galaksi hasilkan banyak bintang ditemui
LAKARAN artis menunjukkan galaksi yang menghasilkan banyak bintang.
WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat telah membuat
penemuan menakjubkan apabila mereka menemui sebuah ibu kosmik yang jauh
di cakerawala.
Ibu kosmik itu merupakan sebuah galaksi tidak bernama yang melahirkan lebih banyak bintang sehari berbanding galaksi Bima Sakti.
Bima Sakti menghasilkan bintang selama setahun. Kumpulan ahli astronomi berkenaan menggunakan teleskop X-Ray Chandra
milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk melihat
galaksi gergasi itu.
Ia melahirkan sekitar 740 bintang baharu dalam tempoh setahun.
"Galaksi itu amat ekstrem kerana melahirkan terlalu banyak bintang
baharu," kata seorang ahli astronomi Universiti Harvard yang turut
bersama menulis kajian tersebut, Ryan Foley.
Menurutnya, bilangan bintang baharu yang dihasilkan itu jauh lebih
besar berbanding Bima Sakti yang melahirkan cuma sebuah bintang baharu
pada setiap tahun.
Ibu kosmik itu berada sekitar 5.7 bilion tahun cahaya dari pusat gugusan galaksi yang ditemui baru-baru ini.
Gugusan galaksi itu memancarkan sinaran X-ray paling terang yang pernah dilihat oleh ahli-ahli astronomi. Penemuan tersebut disiarkan dalam jurnal saintifik Nature kelmarin. - AP
Comments
Post a Comment