Breaking News

Monday, September 30, 2013

RM40 Satu Jam Parking di KL?

Kesesakan Parking Di KL


RM40 satu jam untuk parking kereta disekitar KL. Biar betul. Inilah cadangan baru DBKL untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di KL dan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

Langkah ini juga menurut DBKL adalah selari dengan charge yang dikenakan di Australia A$40 (RM120) dan Singapore S$40 (RM100) untuk satu jam. Manakala charge yang lebih tinggi dikenakan di United States @ US$40 (RM130) / Satu Jam. So Malaysia pun nak follow dia orang lah ya...Hmmm...

Medan Letak Kereta Terbuka DiKurangkan

Sebelum ni, Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib ada bagi statement that, Medan atau kawasan letak kereta jenis terbuka, tidak akan wujud lagi di ibu negara menjelang 2016. Keputusan itu dibuat seiring dengan matlamat untuk menggalakkan warga kota menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki. Kalau dah tak ada tempat letak kereta yang open ni memang susah nak masuk town. Shopping Complex kebanyakannya ltd parking. Memang kena guna Public Transports.

You all rasa ok ke? To be honest kita suka Public Transports, i.e LRT or Putra coz I don't have to drive dalam jem.The problem is tak semua area are accessible. So how?

Read more ...

Pengomen Tegar Blog Santai Bulan September

Congratulations Untuk Semua Pemenang!!!!!


Berikut Adalah Carta Pengomen Tegar Blog Santai Untuk Bulan September 2013:

Mizz Aiza (Dunia Kecil) (100)
KA (48)

Tahniah Untuk Pemenang

Tahniah kepada semua pemenang. Istimewa buat Mizz Aiza, Khir, OKje, Lieya, BM dan KA thank you so much coz tak jemu-jemu bagi sokongan kepada Blog Santai dan kekal dalam carta. And Welcome buat Pengomen Baru, Tetamu Istimewa, Mama Rey, Kathy dan S.K.A. Thanks so much guys for your time. Sebagai penghargaan you all akan berada di Bloglist Istimewa Blog Santai sepanjang bulan October 2013.

Tak lupa kepada pelawat-pelawat serta Silent Reader Blog Santai, kita juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawat dan membaca entry-entry yang ada walaupun tidak meninggalkan sebarang komen. Keep supporting Blog Santai k.

Read more ...

Tragedi Kenduri Kahwin, Tiga Maut Akibat Keracunan


Mangsa keracunan, sedang menerima rawatan di Hospital Yan.

Kenduri Kahwin Bertukar Tragedi

Kegembiran kenduri kahwin bertukar tragedi, apabila 3 maut akibat keracunan makanan, 2 lagi kritikal manakala lebih 60 orang masih menerima rawatan. Kenduri yang diadakan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu yang lalu menghidangkan lauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku sebagai menu utama.

Majlis kenduri tersebut disediakan secara bergotong-royong.  Walaubagaimanapun hanya tetamu yang menghadiri jamuan sebelah petang yang dikatakan mengalami keracunan makanan. Lauk ayam masak merah yang tercemar dikatakan sebagai punca keracunan.

Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah

Mangsa keracunan dikatakan mempunyai simpton yang sama. Sakit perut yang melampau, Cirit-birit dan juga muntah-muntah. Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit perut yang melampau.

Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Seorang lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam. Mereka juga dikatakan mengalami, cirit-birit, mual serta muntah-muntah yang serius.

Dehidrasi, Punca Kematian?

Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat. Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius.  Mereka-mereka yang mempunyai simpton yang sama dinasihatkan segera mendapatkan rawatan. Pihak hospital juga akan mengambil sample najis mangsa untuk menentukan kuman yang dijangkiti.

Doa Mengelakkan Diri Dari Musibah

Musibah ada dimana-mana. Amalkan Doa berikut setiap hari untuk menjauhkan kita daripada segala musibah akibat keracunan makanan atau niat jahat manusia.


Ayat ni hendaklah dibaca selepas solat sebanyak 3 kali. Ianya juga perlu diamalkan sebelum makan dan minum, selain daripada doa yang selalu kita baca. Semoga Allah memelihara dan melindungi kita semua daripada segala musibah.

p/s: Takziah kepada keluarga mangsa.

Read more ...

Giveaway Butik Comel Collection

KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
1) Baucar RM200
2) Baucar RM150
3) Baucar RM100
Saguhati: 2 pemenang x Baucar RM50

Hadiah ditaja oleh Butik Comel Collection

PEMILIHAN PEMENANG:
-menggunakan random.org

SEMUA PESERTA BERPELUANG UNTUK MENANG
  
Read more ...

5 Gambar Zain & Cik Ta di Majlis Merisik


Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasih hatinya, aktres Rozita Che Wan (Cik Ta), 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, semalam. Majlis yang meriah tersebut berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Mesti ramai yang frust kat luar sana tu ya coz Cik Ta dah berpunya sekarang. No more Free & Available ya...

Cik Ta Yang Jelita (Cr Cari.Com)
 
Lokasi Rahsia Majlis Merisik (Cr Cari.Com)
 
Cik Ta Bersama Ahli Keluarga (Cr Cari.Com)
Zain & Cik Ta Bergambar Bersama Keluarga Masing-Masing (Cr Cari.Com)


Cik Ta juga mengesahkan majlis pernikahan beliau dengan Zain, akan diadakan pada bulan Disember ini. Tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini. Tahniah untuk mereka berdua. Semoga semuanya berjalan lancar.

Read more ...

10 Gambar Epik Dalam Sejarah Dunia

10 Gambar Epik Dalam Sejarah Dunia

Gambar dan Sejarah tidak boleh dipisahkan. Gambar-gambar selalunya di ambil untuk merekodkan kenangan pada saat dan ketika ianya berlaku. Ianya memberi seribu gambaran setiap kejadian yang berlaku pada saat dan ketika itu. Tanpa kita sedari gambar adalah merupakan dokumen terpenting sebagai rujukan peristiwa masa lalu. Darinya kita kenal tokoh-tokoh sejarah dan peristiwa-peristiwa yang mereka wakili. Berdasarkan gambar-gambar yang diambil ianya membantu kita menyaksikan dan mengenali masa lalu. Gambar adalah bukti sejarah.

Jom kita tengok sejarah disebalik gambar-gambar ni:
 Binatang Digunakan Sebagai Sebahagian Daripada Terapi Perubatan Pada Tahun 1956
 Mengukur Samada Swimming Suit Yang Diguna Oleh Athlete Perenang Wanita Pada Awal Tahun 1920 Cukup Panjang. Jika Terlalu Singkat Mereka Akan Di Denda.
 Cara Bagaimana Vest Bulletproof Di Uji Pada Tahun 1923
 Wajah Walter Yeo, Setelah Menjalani Pembedahan Plastik Antara Yang Pertama Di Dunia
 Kereta Hippo Yang Di Gunakan Pada Tahun 1940
Patung-Patung Yang Musnah Apabila Madam Tussaud’s Wax Museum Terbakar Pada Tahun 1930
 Sangkar Di Gunakan Untuk Memastikan Anak kecil Mendapat Cahaya & Udara Secukupnya Bagi Mereka Yang Tinggal Di Apartment Pada Tahun 1937
 Seorang Ibu Yang Menjual Anaknya Akibat Kesempitan Wang Di Chicago Pada Tahun 1948
 Pose Istimewa Dari Chimpanzee Setelah Misi Ke Angkasa Berjaya Pada Tahun 1960
 Seorang Kanak-Kanak Perempuan Menenangkan Anak Patungnya Selepas Rumah Mereka Musnah Di Bom Pada Tahun 1940 Di London
Read more ...

Pakej BRIM 3 Lebih Menarik?

BR1M 3

Pakej BR1M 3 Lebih Menarik?


Budget 2014, menawarkan Pakej BR1M 3 yang lebih menarik. Antara yang telah dipersetujui berdasarkan draft pertama Budget, menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ialah:

1. Jumlahnya diberitakan lebih besar berbanding RM500 yang diterima sekarang.
2. Bayarannya akan dibuat secara dua peringkat. So tak perlu risau duit habis cepat.
3. Wang akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima dan bukannya secara tunai atau baucar seperti yang dilakukan sejak tahun lepas. Tak perlu que kat Bank. 

Pakej BR1M 3 Untuk Golongan Pertengahan


Pakej BR1M 3 juga turut memberi perhatian kepada golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan berjumlah RM4,000 dan RM5,000. Biarpun tiada butiran lengkap yang diberikan, yang pasti kerajaan telah merancang beberapa pendekatan bagi meringankan beban mereka akibat subsidi yang telah dikurangkan.

p/s: Walaupun Pakej BR1M ni bukanlah solution yang terbaik untuk mengurangkan bebanan bulanan, sekurang-kurangnya ada pendapatan lebihan untuk penduduk Malaysia.

Read more ...

Sunday, September 29, 2013

8 Dosa Lidah

 
 Dosa Lidah (Cr: Google)

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai 8 Dosa-Dosa Lidah yang boleh membawa kita ke Neraka. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah SWT lidah. Lidah adalah daging yang lembut terletak di dalam mulut manusia. Walaupun lidah tidak bertulang, tetapi ia boleh mendatangkan dua kesan yang besar kepada kita, iaitu ke syurga atau ke neraka. Jika lidah digunakan dengan baik ia akan membawa kita ke syurga. Sebaliknya jika lidah disalah gunakan, ia  akan membawa kita ke neraka.

Berikut adalah 8 Dosa akibat lidah yang boleh membawa kita ke neraka:

1.Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu - Lidah perlu dibasahkan dengan zikir kepada Allah SWT.
2.Bermegah-megah dan menceritakan pada orang lain perbuatan maksiat yang dia lakukan.
3.Bercakap membuta tuli - Bercakap mengikut rasa tidak berdasarkan ilmu disebabkan kejahilannya.
4.Memaki hamun dan cakap kotor
5.Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.
6.Mengumpat dan Mengadu domba (menghasut)
7.Lidah bercabang dua
8.Memuji yang berlebihan - Pujian sering membuat orang yang menerimanya besar diri dan lebih teruk pujian diberi kepada mereka yang tidak sepatutnya.

Jom kita sama-sama menjaga lidah semoga kita sentiasa berada di dalam peliharaanNya.

Jaga Diri, Hiasi Perbadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Read more ...

Apabila TS Muhyidin Ucap "Tahniah" Pada Keluarga TS Azizan

Muhyiddin Ucap "Tahniah" Kepada Keluarga Azizan

Apabila TS Muhyidin Ucap Tahniah Pada Keluarga TS Azizan

Rasanya ramai yang dah tahu kisah kesilapan ejaan ucapan Takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang disiarkan di stesen televisyen Astro Awani pada 26 September 2013 yang lalu. Rakaman berita tersebut telah hangat diperkatakan di Facebook dan pelbagai pihak telah mengutuk Astro Awani.

Dalam laporan tersebut info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan." Ekoran berita tersebut, Astro Awani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan ejaan tersebut. Kita rasa ramai yang faham dan menerima maaf dari pihak Astro, kerana kesilapan seperti itu tak mustahil akan berlaku. Bagi kita kesilapan itu tidak disengajakan. Semoga mereka lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Apabila Perasaan Hormat Sudah Tiada

Tetapi ada satu lagi perkara yang amat menyedihkan yang dimuatkan di facebook juga berkaitan kematian Allahyarham TS Azizan. Kita ambil gambar ni dari Blog NoeSuhaimi. Bila first time tengok gambar ni kita speechless. Tak faham bagaimana ada orang dalam dunia ni yang sanggup melakukan perkara sebegini. Dan rasanya mereka-mereka ini berugama Islam. Apakah yang membuatkan mereka hilang hormat kepada saudara seislam dan yang lebih penting kepada diri mereka sendiri.

Inikah Akhlak Seorang Islam? (Jika perkataan di atas tak clear you all boleh klik untuk besarkan gambar tu atau tengok kat Blog Noesuhaimi kerana di sana lebih clear apa yang di tulis)

Semoga Allah Memberi petunjuk kepada mereka dan mengampuni dosa-dosanya.

p/s: Alfatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Read more ...

Koleksi Gambar Lucu

Read more ...

Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, Maut Di Gilis Bapa

Sudah ketentuan Ilahi, Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, menemui ajal ditangan bapanya sendiri apabila beliau telah digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya. Keadaan menyayat hati itu berlaku pada pukul 9.10 malam,  kira-kira 10 meter dari rumah pangsa milik mereka di Taman Megah, Pontian Johor.

Muhamad Rifaie Aiman, Bersikap Pelik

Difahamkan pada malam kejadian,  Muhamad Rifaie, anak bongsu daripada tujuh beradik yang selalunya hanya melambaikan tangan sewaktu bapanya mahu bekerja, bersikap pelik apabila dia begitu beria-ia hendak mengikuti bapanya sehinggakan terpaksa dua kali dihantar balik ke rumahnya yang terletak di aras bawah rumah pangsa. Bapanya tidak menyangka setelah masuk ke dalam rumah, dia kembali mengekori semula ke tempat letak kereta sebelum di langgar oleh beliau.

Muhamad Rifaie Aiman, Cedera Parah

Menurut bapanya, ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk ke tempat kerja di Johor Bahru, dia merasa seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan treler, namun dia terkejut mendapati anaknya terbaring berdekatan tayar sebelah kanan. Keadaannya berlumuran darah. Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.

p/s: Takziah kepada keluarga mangsa..
Read more ...

Saturday, September 28, 2013

Rahsia Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Photo
 Mulakan Hari Dengan Bismillah

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,

Motivasi Pagi: Doa

Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Doa Pembuka Dua belas Pintu. Sepertimana yang kita tau Doa adalah ibadat yang sangat dituntut. Setiap kali kita berdoa, Allah pasti akan bagi ganjaran yang berbentuk pahala. Dan sesungguhnya Allah amat suka dan sayang kepada mereka yang sentiasa menadah tangan memohon sesuatu daripadaNya.

Mulakan hari kita dengan doa ini semoga segala Pintu Kebaikan terbuka untuk kita. Amiin.

Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Dan ingatlah ketika berdoa kita perlu benar-benar yakin Allah akan memperkenankan segala doa-doa kita.

Jaga Diri, Hiasi Perbadi. Selamat Beramal & Wasalam.
Read more ...

Uniknya Lukisan Ni

A Jody Steel drawing on her leg 
Wajah Joseph Gordon Levitt dan Aaron Taylor di abadikan diatas peha
Wajah Rock Star, Thom Yorke menjadi kegilaan ramai pelawat Blog beliau

Lukisan Unik Di Atas Peha & Jari

Mungkin ramai yang tak percaya, lukisan-lukisan yang unik ini dihasilkan didalam kelas, sementara menunggu kuliah berakhir. Itulah keistimewaan pelukisnya, Joddy Steel, Gadis kelahiran Florida. Dan yang lagi menarik, semua lukisan-lukisan ini di lukis di atas peha dan jari beliau.

Jodi Steel, Pemilik Lukisan Unik

Apabila kuliah berakhir, beliau akan memuatnaik lukisan tersebut di dalam blognya. Beberapa gambar 'hasil seninya' sering mendapat perhatian pengunjung-pengunjung Blognya. Antaranya wajah pelakon dan seniman seperti Joseph Gordon-Levitt serta vokalis Radiohead, Thom Yorke di atas. So talented.

Read more ...

Ngeri: Kerana Handphone, Cikgu Di Bunuh Kejam

Cikgu Sun

Ngeri. Gara-gara sebuah handphone, seorang cikgu di Sekolah Menengah di Fuzhou Linchuan, China, dibunuh kejam oleh seorang anak muridnya. Konflik di antara cikgu, Sun dan juga anak muridnya, Lei, 17 tahun bermula apabila cikgu tersebut merampas handphone milik beliau sewaktu beliau bermain-main dengan handphone tersebut semasa rehat. Beliau kemudiannya mengarahkan kedua ibubapa murid tersebut datang kesekolah untuk mengambil kembali handphone tersebut.

Tempat kejadian

Kesokan harinya, Lei, yang tidak berpuashati dengan kejadian tersebut telah berjumpa dengan pengetua sekolah tesebut untuk berbincang. Setelah itu beliau kembali ke kelas. Namun tidak lama kemudian, beliau kembali semula ke bilik guru pada pukul 11.46 pagi untuk menemui Cikgu Sun yang sedang membuat persediaan untuk masuk ke kelas. Beliau membawa bersamanya sebilah pisau pemotong buah-buahan. Setibanya di Bilik guru, beliau terus meluru ke arah cikgu tersebut lantas menyembelih leher cikgu tersebut. Tidak sempat menyelamatkan diri, Cikgu Sun, disahkan mati ditempat kejadian kerana kehilangan banyak darah. 

Cikgu Sun adalah seorang cikgu yang popular dan komited disekolah tersebut. Manakala Lee, adalah seorang pelajar yang bermasalah.
Read more ...

Friday, September 27, 2013

Misteri Orang Minyak Di Marang

 
"Orang Minyak" yang ditangkap Pada Isnin lalu

Orang Minyak Kembali

Marang kembali gempar. Kelibat misteri Orang Minyak muncul kembali. Mangsa terbaru, adalah Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, yang mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, pada hari Rabu.

Beliau yang tidur keseorangan pada malam kejadian, walaubagaimanapun bersyukur kerana tiada kejadian yang diingini berlaku kerana sempat tersedar dan menjerit menyebabkan lelaki tesebut lari menuju ke arah tingkap bilik tidur dan terjun keluar sebelum menghilangkan diri.

Kejadian ini telah menimbulkan tanda tanya penduduk sekitar kerana menurut Polis, seorang lelaki berusia 42 tahun, yang dikenali sebagai "Orang Minyak" telah ditangkap pada Isnin lalu. Lelaki pesakit mental tersebut telah ditangkap oleh Pasukan Rondaan Rakan Muda selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di Kampung Machang Lada. Beliau telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.

Penduduk di padang Midin menyifatkan kejadian itu sebagai Misteri kerana "Orang Minyak" yang ditangkap sebelum ini pastinya tiada kaitan dengan kes orang minyak yang menceroboh bilik seorang pelajar berusia 17 tahun beberapa minggu yang lalu. "Orang Minyak" sebenar masih bebas di luar sana.
Read more ...

Bicara Rasulullah S.A.W.


 
Lebih Baik Diam Dari Berkata Yang Sia-Sia (Cr Google)

Salam Motivasi Buat Semua Pembaca Blog Santai,


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Bicara Rasulullah S.A.W. Rasulullah SAW adalah manusia teragung di muka bumi Allah sejak zaman Nabi Adam a.s. Manusia yang sangat dimuliakan Allah SWT, hinggakan Allah SWT dan para malaikat pun bershalawat kepada Beliau. Biarpun kedudukannya begitu tinggi,  Rasulullah SAW sangat menjaga tutur katanya. 

1. Beliau lebih banyak berdiam, Hanya berbicara jika perlu.
2. Beliau membuka dan menutup bicara dengan nama Allah.
3. Kata-katanya jelas dan padat, penuh makna.
4. Beliau tidak pernah berkasar dan mengeluarkan kata-kata yang menghina.
5. Tidak pernah membeza-bezakan antara umatnya ketika berbicara, samada miskin  atau kaya, samada raja atau rakyat jelata.
6. Sangat meraikan perbezaan pendapat biarpun Beliau sendiri tidak bersetuju.

Pesan Rasulullah bermaksud: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.(Diriwayatkan oleh Baihaqi)   

Jom sama-sama kita mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W.

Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.

Have a good weekend everyone!!!!

Read more ...

Indahnya kejadian Allah

Indahnya kejadian Allah

Malam ni kita nak berkongsi tiga koleksi istimewa Blog Santai yang sangat indah. Truely amazing. kalau tengok sekali imbas macam teknik photography. But its not...Semuanya real. Indahnya ciptaan Allah kan...

Amazing Reflection
 Amazing Reflection
Read more ...

Apa Itu SEO


SEO

Apa itu SEO


Mesti ramai yang dah biasa dengar pasal SEO kan? And mungkin ada jugak yang tergelak tengok kita buat tajuk nikan. Yalah Blog sendiri pun masih terkial-kial ada hati nak bagi Blog tutorial ya. Actually kita sebenarnya sedang belajar mengenai SEO untuk memantapkan lagi Blog Santai. And to be honest kita memang rasa teruja sangat nak tahu details mengenai SEO ni coz sememangnya ia adalah sesuatu yang besar and menarik. So alang-alang dah baca, kita rasa tak salah kalau kita berkongsi apa yang kita baca dan belajar dengan you guys. So kalau you guys ada idea, boleh tambah and mana-mana yang tak betul ke boleh tegur ya. Kita boleh sama-sama belajar and at the end of the day, Win-Win situation. Pada yang dah expert you all boleh skip this entry ya...

Definisi SEO


SEO adalah merupakan ringkasan kepada Search Engine Optimization. Dalam bahasa mudah ianya adalah cara untuk mengoptimumkan apa yang kita buat di blog kita supaya blog kita tersenarai di search engine   seperti google, yahoo, bing dan lain².

Apa tujuan SEO?


Tujuan utama seseorang Blogger menggunakan teknik SEO adalah untuk mendapatkan trafik dari search engine/enjin carian (google, yahoo, bing dan lain²). Dalam erti kata lain jika Blog kita mempunyai teknik SEO yang bagus, the chances Blog kita tersenarai di tempat teratas atau halaman pertama search engine/enjin carian berdasarkan kata kunci tertentu adalah sangat cerah.

Secara logik, bila Blog kita berada di posisi yang baik maka Blog kita memiliki peluang yang lebih besar untuk mendapatkan pengunjung. Normally kalau kita search keyword tertentu kita akan lebih tertarik untuk meng"klik" tajuk-tajuk yang tersenarai di muka pertama dulukan, diikuti muka kedua dan seterusnya. So kalau Blog kita berada di last-last page, tak mungkin akan ada pelawat coz surely dia orang tak akan Klik sampai page ke 50 contohnya.

Penting Sangat Ke SEO Ni?


Kita rasa jawapannya adalah YA, jika seseorang blogger mementingkan Trafik (pengunjung) ke blog mereka. Paling kurang kita perlu tau perkara Basic mengenai SEO. Tapi jawapannya mungkin TIDAK, jika sekiranya seseorang blogger yang berblogging sekadar suka-suka untuk mengisi masa lapang. So kalau tak ada trafik (pengunjung) yang tinggi pun tak mendatangkan apa-apa masalah. And bagi kita sendiri, kita rasa kita perlu belajar mengenai SEO kerana walaupun tujuan kita Berblog ni hanya sekadar suka-suka, tapi kita akan puas hati kalau Blog kita berada di posisi yang baik and ramai pengunjung.

So cukuplah cerita SEO untuk hari ni. Belajar tak boleh lama-lama nanti susah nak absorb..he..he. So see you guys dalam beberapa siri SEO akan datang.

Read more ...
Designed By