Kenduri Kahwin Bertukar Tragedi
Kegembiran kenduri kahwin bertukar tragedi, apabila 3 maut akibat keracunan makanan, 2 lagi kritikal manakala lebih 60 orang masih menerima rawatan. Kenduri yang diadakan di Kampung Huma,
Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu yang lalu menghidangkan lauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan
kerabu pucuk paku sebagai menu utama.
Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah
Majlis kenduri tersebut disediakan secara
bergotong-royong. Walaubagaimanapun hanya tetamu yang menghadiri jamuan
sebelah petang yang dikatakan mengalami keracunan makanan. Lauk ayam masak merah yang tercemar dikatakan sebagai punca keracunan.
Cirit-Birit Dan Muntah-Muntah
Mangsa keracunan dikatakan mempunyai simpton yang sama. Sakit perut yang melampau, Cirit-birit dan juga muntah-muntah. Mangsa pertama, Nurshazana Mohd. Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak
meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengah hari selepas mengalami sakit
perut yang melampau.
Manakala mangsa kedua, Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir
Lauk, Yan, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam
perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar. Seorang
lagi mangsa, Ibrahim Mohamad, 62, menghembuskan nafas terakhir kira-kira
jam 6.30 petang di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani semalam. Mereka juga dikatakan mengalami, cirit-birit, mual serta muntah-muntah yang serius.
Dehidrasi, Punca Kematian?
Menurut Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat. Mangsa mungkin mengalami dehidrasi yang teruk yang menyebabkan kehilangan air yang serius. Mereka-mereka yang mempunyai simpton yang sama dinasihatkan segera mendapatkan rawatan. Pihak hospital juga akan mengambil sample najis mangsa untuk menentukan kuman yang dijangkiti.
Doa Mengelakkan Diri Dari Musibah
Musibah ada dimana-mana. Amalkan Doa berikut setiap hari untuk menjauhkan kita daripada segala musibah akibat keracunan makanan atau niat jahat manusia.
Ayat ni hendaklah dibaca selepas solat sebanyak 3 kali. Ianya juga perlu diamalkan sebelum makan dan minum, selain daripada doa yang selalu kita baca. Semoga Allah memelihara dan melindungi kita semua daripada segala musibah.
p/s: Takziah kepada keluarga mangsa.
dgr kat berita smlm... terkejut gak... kes yg jarang2 terjadi... nauzubillah...
ReplyDeleteMemang jarang maria..kalau setakat keracunan biasa tu selalu jugakkan..but not sampai ada yang meninggal..hmm
DeleteSaya pernah sekali kena food poisoning.. memang dehydrate sampai rasa nak mati. Kena masuk air 2 botol, 1 injek kat bontot baru boleh bukak mata. Nauzubillah, tak nak kena lagi. Skrg mmg hati2 sangat bab makan.
Deletemacam tu sekali teruknya,,,,nauzubillah..
ReplyDeleteMintak dijauhkan Allah kan aida..datang untuk meraikan pengantin, dah jadi macam ni pulak..kesian dia orang..
DeleteNauzubillah.. sedih sgt bila dlm kegembiraan bertukar tragedi. T kasih diatas perkongsian doa ye.
ReplyDeleteSimpati pada mereka Khir..Kuasa Allah kan..
DeletemasyaAllah... sampai meninggal ... mungkin dah ajal kan.. inalillah...
ReplyDeleteBetul tu Lieya..dah ditakdirkan..
DeleteNauzubillah. Baru tau. Moga yang lain-lain baik-baik saja.
ReplyDeleteHarap-harap macam tulah IM...
DeleteMasyaa Allah...blum pernah dgr kes yg mcm nih. Bahaya la skrg nak makan kenduri pun, kan. Apapun, berhati-hati la yer.
ReplyDeleteBetul tu Wan...Risau pulakkan..
DeleteTB dengar gak bnde ni..hurmm kesian rasa nya da ajal..tp tuh la pelik mkn kt kenduri pon xselemat ke?yerla kite xtau ape kandungan nye..kekadang terlepas pandang..ya allah minx dielakkan laa
ReplyDeleteTualh TB..Memang tak terfikir akan jadi macam nikan..semuanya dah ditentukan Allah..
Deletetakziah dan al-fatihah..
ReplyDeleteTakziah kepada ahli keluarga dan alfatihah kepada mereka yang dah tiada..
DeleteTakziah kepada keluarga mangsa. Malang tidak berbau...Hanya dengan doa dan tawakal mampu menghindar diri dari kecelakaan.
ReplyDeleteBetul tu BM..Coz kita tak tau apa yang Allah telah rancangkan untuk kita..Hanya doa mampu mengubahnya...
Deletetakziah :'(
ReplyDeleteinnalillah..takziah kpd kluarga mangsa..hmm smpai mninggal..kalau kes mcam ni, polis xbuat ape2 ke?? tp kalau bg saya redha jelah..bnda xsgja..smuanya Allah dah rancang..
ReplyDeleteشركة نقل عفش بالباحة
ReplyDeleteشركة نقل عفش بينبع
دينا نقل عفش بابها
نقل الاثاث بالمدينة المنورة
ارخص شركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالخرج
شركة نقل عفش بالبقعاء
شركة نقل عفش بجازان
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة كشف تسربات بالدمام
شركة عزل اسطح بالدمام
شركة تسليك مجاري بالدمام
شركة تنظيف كنب بالدمام
شركة تنظيف مساجد بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالدمام
شركة تنظيف سجاد بالمدينة المنورة
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركة عزل اسطح بالمدينة المنورة
شركة تسليك مجاري بالمدينة المنورة
شركة تنظيف وصيانة مسابح بالمدينة المنورة
شركة تنظيف الاثاث بالمدينة المنورة
شركة تنظيف ستائر بالمدينة المنورة
شركة جلي بلاط بالمدينة المنورة