Arak dalam Masakan 

Arak Dalam Masakan


Arak Dalam Masakan. Isu ni bukan isu yang isu yang baru dan ianya telah banyak kali diperkatakan sebelum ini. Ada yang jelas dan ada yang masih kabur. 

Kejadian terbaru berlaku di salah sebuah hotel terkenal di Jerantut Pahang. Pemeriksaan yang dilakukan oleh JAIP mengesahkan penggunaan arak dalam masakan di Hotel tersebut. Arak yang digunakan adalah diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.
  
 Dua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut

Masakan Dari Sumber Tidak Halal


Ketika pemeriksaan  semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal. Pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana mereka menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam. Mereka juga tidak berminat untuk memohon sijil halal kerana menggunakan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang pastinya tidak menepati syarat dan prosedur pensijilan halal.

Bila terbaca kes seperti ini, kita teringat sebuah artikel yang pernah dikeluarkan oleh Blog Khirkarya.blogspot tentang penggunaan arak dan lemak babi dalam makanan. Entry tersebut adalah merupakan temubual beliau dengan rakan, seorang chef di hotel terkenal yang berpengalaman lebih dari 15 tahun. Its an interesting artikel. You all should baca, sebagai panduan untuk kita semua.

So kesimpulannya, berhati-hati semua jika ingin menikmati hidangan di hotel-hotel atau restoran-restoran diluar sana. Pilihlah tempat yang kita yakin. Sekurang-kurangnya ada Tanda halal di pamerkan. Elakkan pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan keraguan. Ingat, setiap apa yang kita makan bakal menjadi darah yang mengalir dalam tubuh kita. Jika baik sumbernya, maka baiklah kesudahannya, jika buruk sumbernya, maka buruk juga kesudahannya.