Nota Dari Pencuri

 
Nota Pengakuan dari pencuri

Nota Dari Pencuri


Seorang pencuri di Chengbei, China, telah meninggalkan "Nota Pengakuan" kepada tuan punya teksi yang dicurinya. Ayat yang tertera dalam nota tersebut adalah, "Wahai Mr Cab Driver, barang dalam kenderaan anda telah dirompak pada pukul 3:30 pagi". Aduh...Politenya pencuri ni. Sempat lagi nak menulis tu..Ini mesti kes pencuri yang berdisiplin.

Itulah alkisahnya yang berlaku kepada seorang pemandu teksi, Mr Chen (nama samaran), pada 27 Oktober yang lalu. Pada hari kejadian, Mr Chen telah pulang dari bekerja pada 02:40 pagi. Seperti biasa, sebelum masuk ke rumah beliau memastikan pintu dan tingkap keretanya dikunci dengan baik. 

Keesokan harinya, sewaktu ingin keluar bekerja, beliau ternampak sebuah nota melekat di cermin keretanya. Nota yang tertera pengakuan diatas, mengejutkan beliau kerana tidak menyangka ada pencuri yang begitu sopan di China. Beliau segera memeriksa keretanya dan mendapati, RMB 200 yang ditinggalkan di dalam teksi telah hilang. Kes tersebut kini dalam siasatan polis. 

Macam-macam lah dia orang ni. Agak-agaknya  kalau you all dapat Nota apa yang you all rasa?

Comments

  1. bersopan gile pencuri tu...cube bg alamat umah skali kan senang polis nak cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu Wan..dah alang-alang rajin sangat nak tinggal notes, tinggalkan lah address sekalikan...

      Delete
  2. bersopan pun rasa nak bg oenampo kan kalau dah mencuri harta kita tu..hehe

    ReplyDelete
  3. baiknyer dia..hehehehe..

    ReplyDelete
  4. pencuri pun skrg dah advance.. polite bebenor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan pha is...tak sampai hati nak marah ya...he..he

      Delete
  5. mak aihh sempat tinggalkan nota pulak tu hehe

    ReplyDelete
  6. terlalu sopan.. mungkin betul-betul terdesak mencuri agaknya..

    ReplyDelete
  7. dalam sopan2 pun tetap mencuri.. rasanya terdesak sangat ko?? :)

    ReplyDelete
  8. he3..rasanya pncuri tu seorang yg baik kot..tu 1st time dia curi sbb terdesak..sbb tu dia tinggalkn nota =)

    ReplyDelete
  9. ada juga pencuri cenggini yer

    ReplyDelete
  10. Memang sopan santun perompak tu....hehe boleh lagi tinggal nota

    ReplyDelete
  11. Hahaa.. mmg bersopan.. nasib baik dia x beri salam sekali kt nota tu.. :D :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

1st Segmen : Kasi Terjah by Add

Renungan Pagi Jumaat