Breaking News

Sunday, September 29, 2013

Apabila TS Muhyidin Ucap "Tahniah" Pada Keluarga TS Azizan

Muhyiddin Ucap "Tahniah" Kepada Keluarga Azizan

Apabila TS Muhyidin Ucap Tahniah Pada Keluarga TS Azizan

Rasanya ramai yang dah tahu kisah kesilapan ejaan ucapan Takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang disiarkan di stesen televisyen Astro Awani pada 26 September 2013 yang lalu. Rakaman berita tersebut telah hangat diperkatakan di Facebook dan pelbagai pihak telah mengutuk Astro Awani.

Dalam laporan tersebut info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan." Ekoran berita tersebut, Astro Awani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan ejaan tersebut. Kita rasa ramai yang faham dan menerima maaf dari pihak Astro, kerana kesilapan seperti itu tak mustahil akan berlaku. Bagi kita kesilapan itu tidak disengajakan. Semoga mereka lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Apabila Perasaan Hormat Sudah Tiada

Tetapi ada satu lagi perkara yang amat menyedihkan yang dimuatkan di facebook juga berkaitan kematian Allahyarham TS Azizan. Kita ambil gambar ni dari Blog NoeSuhaimi. Bila first time tengok gambar ni kita speechless. Tak faham bagaimana ada orang dalam dunia ni yang sanggup melakukan perkara sebegini. Dan rasanya mereka-mereka ini berugama Islam. Apakah yang membuatkan mereka hilang hormat kepada saudara seislam dan yang lebih penting kepada diri mereka sendiri.

Inikah Akhlak Seorang Islam? (Jika perkataan di atas tak clear you all boleh klik untuk besarkan gambar tu atau tengok kat Blog Noesuhaimi kerana di sana lebih clear apa yang di tulis)

Semoga Allah Memberi petunjuk kepada mereka dan mengampuni dosa-dosanya.

p/s: Alfatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

27 comments:

  1. Tak patut apa yg dibuat tu.. Apa pun, semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau & menempatkannya dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. amin.

    ReplyDelete
  2. nauzubillahminzalik.. ada jugak org mcm ni kan.. bermusuh sesama islam hanya kerana fahaman politik berbeza,,, people nowaday (sigh)

    ReplyDelete
  3. isk-isk...tak habis lah buat onar....
    semoga insaf...

    Al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup cik akak..dia orang ni macam-macam peel..ngeri...

      Delete
  4. tak ptt btol..smoga sedarlah manusia2 mcm ni..jgn pntgkn diri sndri..al-fatihah bt ustaz..smoga rohnya tenang disana

    ReplyDelete
  5. nmpk mcm org dlm gambar tu xberada di mlysia.. takziah buat keluar ts azizan. al fatihah

    ReplyDelete
  6. Satu jer perkataan untuk pemilik akaun FB tu... "BODOH" hehhe

    ReplyDelete
  7. main redah jer TV nie.......bukan nak double check b4 live on tv

    ReplyDelete
  8. orang macam tu sengaja nak publisiti murahan saja.. al-fatihah kepada allayarham..

    ReplyDelete
  9. takziah buat keluarga Ustaz Azizan.. mmg tak patut betullah !

    ReplyDelete
  10. tak patut.. al fatihah kepada Allahyarham

    ReplyDelete
  11. Inilah perlunya kecekapan dan kebijaksanaan seorang pembaca berita. Saya tertanya-tanya juga, kalau pembaca berita ini prihatin tentu dia sedar dan boleh mengubahnya sendiri bukan. Untuk kebaikan bersama juga.

    ReplyDelete

  12. شركة نقل عفش بالرياض وجدة والدمام والخبر والجبيل اولقطيف والاحساء والرياض وجدة ومكة المدينة المنورة والخرج والطائف وخميس مشيط وبجدة افضل شركة نقل عفش بجدة نعرضها مجموعة الفا لنقل العفش بمكة والخرج والقصيم والطائف وتبوك وخميس مشيط ونجران وجيزان وبريدة والمدينة المنورة وينبع افضل شركات نقل الاثاث بالجبيل والطائف وخميس مشيط وبريدة وعنيزو وابها ونجران المدينة وينبع تبوك والقصيم الخرج حفر الباطن والظهران
    شركة نقل عفش بجدة
    شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    شركة نقل اثاث بالرياض
    شركة نقل عفش بالدمام
    شركة نقل عفش بالطائف
    شركة نقل عفش بمكة
    شركة نقل عفش بينبع

    ReplyDelete

Designed By