Nakoula Basseley Nakoula (kiri) dan Anna Gurji.
LOS ANGELES 22 Sept. - Pendedahan para pelakon filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims yang mengakui ditipu penerbit Nakoula Basseley Nakoula, memperlihatkan agenda anti-Islam yang sengaja direkanya.
Menurut pelakon wanita filem itu Cindy Lee Garcia, Anna Gurji dan
perunding skripnya, Steve Klein, semua mereka hanya diberitahu bahawa
filem tersebut sebenarnya bertajuk Desert Warriors yang mengisahkan tentang kehidupan zaman Mesir purba.
Sepanjang berlakon dalam filem bajet rendah itu, semua pelakon juga
langsung tidak menyebut nama Nabi Muhammad, sebaliknya filem itu
menceritakan tentang watak utamanya, George, yang kemudian diubah kepada
karakter Nabi Muhammad.
Sesiapa yang pernah menonton filem itu juga jelas boleh melihat ia
telah dialih suara dengan semua nama watak dan skripnya telah diubah.
Nakoula juga telah menyunting filem itu sendiri.
Tindakan lelaki itu yang menggunakan nama samaran Sam Bacile sebagai penerbit filem Innocence of Muslims, turut membangkitkan persoalan.
Nakoula, 55, yang tinggal di Los Angeles dan beragama Kristian Qibti,
pernah dikenakan hukuman penjara 21 bulan pada 2010 kerana terlibat
dalam jenayah penipuan kredit bank.
Dia juga pernah melakukan beberapa jenayah lain dan mengikut rekod
mahkamah, lelaki itu turut dikenali dengan beberapa nama samaran lain
antaranya Nicola Bacily, Erwin Salameh, Amal Nada, Daniel K. Caresman
dan P.J Tobacco.
Beberapa hari selepas bantahan dunia tercetus berikutan penyiaran
sedutan filem anti-Islam berkenaan, Nakoula pada mulanya enggan mengakui
menerbitkannya, namun kemudian mendedahkan ia diterbitkan bersama anak
lelakinya, Abanob Basseley, 21.
Bagaimanapun, dia tidak pernah menyatakan kesal dengan tindakan itu, sekali gus memarakkan lagi kemarahan masyarakat Islam.
Tujuan Nakoula menerbitkan filem anti-Islam itu juga sebenarnya
dilihat sengaja untuk mencetuskan huru-hara dan bukannya mengenai
kebebasan bersuara. - Agensi
itu adalah sifat mereka ,,semoga kita bijak bermain permainan mereka.. islam is the way for life
ReplyDeleteExactly...kita sebagai muslim kena tau rentak dia orang ni..and yang penting pastikan kita kena tunjukkan kita sayang Nabi dan agama kita...
Delete